Well, this is my latest manuscript after I have lost my previous one, Le' Charmer. Devastating sad story of a writer. *sigh*
But I believe that ada hikmah behind all of these :)
So, just chillax. Read and comments ;) Your sweet comments are needed. So do kindly leave comment. Hehehehe
Oh tajuk cerita ni Drea tak confirm lagi. Just main letak saja apa yang crossed my mind. Hope it suits my story well.
Satu
persatu fail di atas meja aku buka dan belek. Habis bersepah fail-fail tersebut
memenuhi ruangan meja kerjaku.
“Arghhhhh!!!
Damn! Tak jumpa!!” teriakku sendirian
dengan kuat di dalam bilik pejabatku yang terletak di tingkat 13 bangunan suite office mewah ini. Teriakan
melepaskan geram. Jari-jemari aku genggam kemas.
Take a deep breath, Eva. Slow and steady.
Aku berpesan pada diri sendiri. Dalam hati kuat berdoa supaya fail yang dicari
itu dapat aku temui secepat mungkin. Nafas aku tarik dalam, kemudian perlahan-lahan
aku lepaskan.
Fuhhh…
Aku menunduk memandang
mejaku yang sudah bersepah ini. Aku toleh pula ke arah lantai. Kertas-kertas
kerja bertaburan memenuhi lantai marmar berwarna putih dan berkarpet berbulu
tebal berwarna hitam itu.
Serabutnya, Ya Allah.
Belum pernah lagi aku rasa seserabut ini. Ini yang pertama semenjak 3 tahun
berkhidmat sebagai Senior Executive Designer
termuda di dalam syarikat ini.
“Miss Eva, are you okay?” tanya pembantu
peribadiku yang terjengol di sebalik pintu bilik pejabatku. Aku tercengang
memandangnya yang datang entah dari mana. Kaku. Aku kaku buat seketika. Dapat
aku rasakan yang keadaan aku kelihatan sangat serabut saat ini.
“No Lia, no. I’m not okay. So not okay. I’m
late but still I’m stuck here searching for Mr. Addam’s files. I need that
files but I couldn’t find it!” kataku lemah tidak bermaya. Tanganku
menggeletar. Takut.
Ini
kalau bos tahu aku lambat ni, mahunya dia pancung kepala aku. Paling tidak pun
dia bagi aku surat cinta notis buang kerja serta-merta. Jam di tangan aku tilik
buat kesekian kalinya. What the?! Dah
pukul 11 pagi? Ya Allah, habislah aku. Meeting
tu sepatutnya dah bermula. Peluh mula merintik jatuh membasahi pipi dan dahi.
“Mr. Addam? Do you mean Mr. Furqan Addam?” tanya Alia bersama dahi yang
berkerut seribu. Aku mengangguk lemah menjawab pertanyaannya. Melihat keadaan
aku yang sangat teruk ni, perlahan-lahan Alia datang menghampiri. Tangan
kananku ditariknya. Aku hanya mengikut membuntuti langkahnya berjalan ke arah
sofa three-seated di tengah-tengah
ruangan pejabat.
“Miss
Eva duduk sini, okay? Biar saya carikan.” arahnya lembut. Aku tidak memberi
sebarang respon. Sebaliknya aku memerhatikan sahaja gerak gerinya berjalan ke
arah meja kerjaku. Proses pencarian bermula. Satu persatu fail di buka dan di
semak.
Dalam
minda ligat berfikir macam mana gadis kelahiran Selangor ini boleh kelihatan
begitu tenang dalam keadaan genting macam ini. Aku ni dah habis nafas dah nak
tarik untuk bagi minda dan fizikal aku ni tenang. Tapi tak juga berjaya.
Jam
Rolex di pergelangan tangan kananku aku tilik lagi buat ke berapa ratus
kalinya. Jam Rolex ini merupakan hadiah ulang tahun hari lahirku. Salah satu
pemberian berharga daripada Mr. Ryan Henney.
11.20am sharp! What?! Oh no! O Lord, please help me. Aku berdoa dalam
hati. Mata aku pejamkan. Peluh yang mula merintik jatuh aku lap dengan hujung
lengan baju kemeja putihku.
“Lama lagi ke ?”
tanyaku pada Alia yang masih tekun mencari. Gadis itu tidak memandang
sebaliknya dia hanya mengangguk. Aku mengeluh deras.
Huhh…
Mengikut apa yang
diberitahu oleh Mr. Ryan Henney iaitu CEO
merangkap pemilik syarikat ini. Mr. Furqan Addam itu merupakan client terbesar syarikat. Sepatutnya Mr.
Ryan sendiri yang pergi berjumpa dengannya untuk berurusan mengenai projek terbaru
syarikat ini. Tetapi semalam ada perkara yang tidak diduga telah berlaku.
Jadinya sebagai seorang Senior Executive
Designer (SED) di syarikat ini, aku bertanggungjawab untuk mengambil alih
tugasan tersebut.
Rambut panjangku yang
sedikit kusut ini aku sikat menggunakan jari-jemariku agar kelihatan lebih
kemas dan cantik. Aku cuba kelihatan tenang tetapi hanya Allah saja yang tahu
betapa derasnya degupan jantungku saat ini.
“I found it!” jerit Alia dengan tiba-tiba. Kuat dan ceria. Jelas
terpampang riak bangga dan lega diwajahnya. Aku pantas bangun dan berlari anak
kearahnya. Fail kini bertukar tangan.
“Alhamdulillah. Syukur,
Ya Allah.” Fail di tangan aku cium memandakan betapa bersyukurnya aku saat ini.
“Alia, you are the best. The best PA I ever have.” Gadis genit itu
aku peluk erat sebelum aku menekup kedua belah pipinya. Dan pipi gebunya itu
aku cium.
Cupp!!
Ada kesan tompakan lipstick merah di pipinya. Tapi aku
biarkan saja. Malas nak tegur. Hehehe. Nanti marah pula dia.
Alia tersenyum
memandangku. Tangan kananku dicapai dan digenggamnya erat, “It’s my pleasure and an honored for me to
serve you, Miss Eva.” Dia senyum lagi. Aku turut tersenyum.
“Okay, I gotta move. I’m late.” ujarku pantas sambil tangan sibuk
mencapai segala fail dan dokumen penting untuk dibawa bersama.
“Way too late!” sambungku lagi. Mata sengaja aku beliakkan sehingga
mencetus tawa kecil dari mulut petah gadis itu.
“But is it okay to be late?” tanya Alia dengan dahi yang berkerut.
Aku berhenti mengemas dan memandangnya. “Better
late than never.” Mata kanan aku kenyit.
Mengikut apa yang
pernah diberitahu oleh Alia yang pernah mengikuti Mr. Ryan bertemu dengan Mr.
Addam dahulu. Mr. Addam itu bertubuh gempal dan rendah orangnya. Ala-ala
pelakon veteran Toby Jones. Tapi tidak aku kisah bagaimana sekalipun rupa paras
lelaki itu. Yang aku tahu, aku mesti dapatkan tender projek pengubahsuaian dan
dekorasi rumah Mr. Furqan Addam itu. Bukan calang-calang kos projek yang
ditawarkan oleh lelaki itu. Hampir RM 5 Juta nilainya.
Banyak, bukan?
Kadangkala aku tertanya
kenapa orang-orang kaya ni sanggup menghabiskan jutaan ringgit hanya untuk
membaiki rumah mahupun membeli harta benda duniawi yang tidak akan kekal dan
boleh dibawa mati itu. Bukankah lebih elok jika wang itu digunakan untuk
mengumpul harta benda akhirat seperti membina masjid ke, membina rumah asuhan
anak yatim ke atau menderma kepada yang memerlukan.
Zaman sekarang ini
macam-macam perkara berlaku dan banyak yang memerlukan bantuan. Tengok sajalah
di negara Palestin itu, mangsa-mangsa perang semuanya memerlukan bantuan
kemanusiaan seperti makanan, tempat tinggal dan kemudahan perubatan. Tidak adil
jika satu pihak saja yang dipertanggungjawabkan untuk membantu mereka ini. Di
dalam Islam sendiri menyuruh kita untuk saling membantu yang memerlukan.
Tapi, jika tiada
projek-projek besar seperti projek Mr. Addam ni. Macam mana pula syarikat
Henney Construction and Creative Design tu nak maju?
Aku memandu kereta
Volkswagen Beetle ku memasuki jalan utama menuju ke kawasan perumahan terbiar
di kawasan Ukay Perdana. Hampir 30 minit memandu, akhirnya aku sampai juga ke
destinasi yang ingin dituju. Kereta aku pandu perlahan. Aku pandang sekeliling.
Sunyi. Sepi. Yang ada hanyalah kawasan rumah tinggalan lama. Disebelah kiriku
terbentang luas sebuah laman bertembok tinggi. Confirm ke laman ni? Sebab lokasinya agak terperosak dari kawasan
yang lain. Keadaan sunyinya hanya Allah sahaja yang tahu.
Otakku ligat berfikir
jika aku sudah tersalah alamat. Tetapi setelah beberapa kali aku menyemak
semula dokumen butiran Mr. Addam itu. Aku pasti aku berada di kawasan yang
betul.
Aku memakirkan kereta
Beetle ku di tepi laluan kiri jalan raya utama. Aku mendapati yang aku kini
berada betul-betul dihadapan pagar besar, tinggi dan megah berkerawang berwarna
emas dan agak pudar warnanya. 14 foot
tall. Seperti sebuah istana lama saja keadaannya. Tapi kalau tengok balik,
dah macam rumah kerabat raja England pun ada.
Disisi kanan tembok
dinding bercat putih itu ada satu plag yang bertulis ‘The Addam’s Mansion’. Aku
telan liur. Namanya saja sudah cukup untuk membuatkan bulu romaku meremang. Ya
Allah, kenapa seram sangat kawasan perumahan ni?
Aku memutuskan untuk keluar
dari kereta untuk mendekati pintu pagar tersebut agar aku dapat berbicara
dengan orang di dalam itu menggunakan interkom yang melekat di sisi kiri tembok
pagar besar antik setinggi 14 kaki yang tersergam indah itu.
Indah ke? Indah pada
pandangan mata kasar. Tapi pada dasarnya, rumah ni tak ubah seperti istana
tinggalan British di zaman perang dahulu. Scary
and full of mystery. Aku tertanya bagaimana Mr. Henney boleh bersetuju untuk
menerima tawaran tuan empunya mansion
ini.
Perlahan-lahan,
selangkah demi selangkah aku mendekati pintu pagar. What the?! Aku ternganga. Cermin mata hitam Rayban yang dipakai aku
tanggalkan. Kaki berjalan lagi. Cuba untuk menikmati pemandangan dengan lebih
jelas dan dekat.
Wow!
Tak syak lagi sangkaan aku. Ini sememangnya sebuah rumah agam lama ala-ala
istana tinggalan British dahulu. Disebalik kerawang pagar itu aku dapat lihat
pokok-pokok pine besar di tanam di sepanjang jalan masuk ke rumah. Dari celahan
pokok-pokok itu dapat juga aku lihat sebuah rumah agam bercat lusuh berwarna
coklat dari pelbagai tona megah berdiri. Besar. Cukup besar. Boleh buat muzium.
Beberapa saat menikmati
pemandangan dalam perkarangan rumah, aku mula bergerak beberapa langkah ke
kiri. Butang pada interkom ditekan.
“Mr. Addam? Hello? Anyone?” Aku pandang sekeliling. Kosong.
Sunyi. Liur aku telan. Kelat.
“Over here.” Ada satu suara garau menyahut menjawab pertanyaanku.
Aku toleh. Mencari arah dari mana suara itu muncul. Namun hampa, tiada sesiapa.
Liur ditelan lagi. Bulu-bulu romaku mula meremang.
“Err… Hi! I’m Eva from Henney’s
Construction and Creative Design.” kataku dengan nada ceria. Cuba berlagak
tenang. Nak lari tak boleh. Kalau aku lari, confirm
Mr. Henney bunuh aku. Gamaknya hilanglah satu-satunya anak tunggal Encik Ehsan
Firdausy ini.
“Well-informed, Eva. Get in. Feel free to park your Beetle anywhere you
want.” balasnya dingin dan serius.
Aku toleh ke belakang
memandang Beetle kesayanganku yang baru aku beli beberapa bulan yang lepas. Eh
macam mana dia boleh tahu yang aku datang naik Beetle ni? Dia skodeng aku ke? Aku garu dahi. Pelik.
Aku toleh kembali ke
hadapan dan baru aku tersedar yang rupanya ada beberapa buah kamera CCTV di
pasang pada atas pagar dan disepanjang jalan masuk perkarangan rumah.
Butang interkom aku
tekan kembali, “Can I get in?”
tanyaku. Namun tiada jawapan diterima. Satu keluhan terbit dari bibirku.
Orang-orang kaya memang
semuanya berperangai macam ini ke? Dingin. Angkuh. Sombong. Arghhhh! Aku jerit
kuat dalam hati.
Tapi tidak adil untuk
aku berkata begitu kerana bukan semuanya berperangai sebegitu. Masih ada yang
merendah diri dan sangat bersifat mesra dengan orang sekeliling. Seperti salah
satu client HCCD dahulu, Haji Sheikh
Adrian Mikhail. Orangnya sangat peramah walaupun riak wajahnya tampak sombong
dan angkuh. Ego paling tepat sekali. Isterinya juga cantik dan baik sekali. Persis
model Victoria Secret’s Angels. Secocok betul mereka berdua itu. Haji muda
beristeri cantik persis bidadari.
Can
I have a man like him and live a happily ever after life like them?
Tiba-tiba pintu pagar
terbuka perlahan sedikit demi sedikit. Dengan pantas aku berlari mendapatkan
keretaku. Pintu di bahagian pemandu aku buka dan terus melompat masuk ke dalam
kereta. Kereta aku pandu laju memasuki kawasan perkarangan rumah agam itu.
“Thankssss!” jeritku
kuat.