Friday, 28 July 2017

Bab 12 : Le' Charmer

            Aku berjalan dengan penuh semangat menuju ke Board Meeting Room di tingkat 7. Sampai sahaja didepan pintu board room, aku berhenti seketika. Nafas ditarik dalam. Kemudian aku hembus perlahan-lahan.
            Bismillahirrahmanirrahim…
Aku mulakan dengan langkah kanan. Pintu board room aku tolak perlahan. Saat kaki melangkah masuk, semua mata tertancap padaku. Darah merah mengalir laju. Perasaan segan mula singgah di tangkai hati. Namun, aku tetap gagahkan kaki untuk terus berjalan. Di meja berbentuk bujur dan dikelilingi hampir 30 orang lelaki dan perempuan itu, ada tag yang bertulis namaku. Lathia Emilia, Group Managing Director.
Aku pantas mengatur langkah menuju ke situ. Mataku tertancap pula pada kerusi di sebelah tempat dudukku. Ada tag bertulis ‘SM Faris Syafiq’. Tag namanya saja yang ada, namun tuan empunya badan masih belum tiba. Kerusi meja bertag ‘Tan Sri Ridhwan Adi’ dan ‘Datin Sri Fatty’ juga masih kosong. Nampaknya mereka bertiga masih belum sampai. Mungkin terlewat akibat kesesakan lalu lintas.
            By the way, I can’t wait to meet the former Group MD, SM Faris Syafiq.
            Tidak sampai satu minit aku duduk melabuhkan punggung di kerusi, Tan Sri Ridhwan Adi melangkah masuk ke dalam board room bersama seorang wanita cantik berumur lingkungan awal 50-an dan ada seorang lelaki kacak mengiringi mereka. Aku tidak pasti itu anaknya seperti yang diceritakan oleh Rayyan tadi atau pun itulah SM Faris Syafiq, bekas Managing Director syarikat. Tetapi aku yakin, wanita disebelah itu adalah isterinya.
            Tan Sri Ridhwan segak berkot hitam dan berkemeja putih. Dipadankan pula dengan tali leher berwarna kelabu dengan sedikit corak abstrak berwarna kuning dan biru tua. Wanita cantik yang mengiringinya itu tampak sangat ayu namun masih mengekalkan imej tegas seorang lady boss. Mengenakan baju kurung moden berwarna kuning diraja dan bertudung dalam rona warna yang sama. Lelaki kacak dibelakang wanita itu pula, segak dan kemas berseluar tappered slack berwarna navy blue dan berkemeja putih. Butang baju dileher dibiarkan terbuka. Kot pula disangkutkan dilengan. Bergaya.
            Mereka bertiga berjalan beriringan dan mengambil tempat di tempat duduk masing-masing. Lelaki kacak tersebut mengambil tempat di tempat duduk di sebelahku.
            Arghh! He’s Faris Syafiq. Tekaku sendiri dalam hati.
            “Assalamualaikum and good morning, everyone!” Tan Sri Ridhwan memberi salam sebagai pembuka bicara.
            “Sorry for being late. We got caught up in an emergency.” Jelasnya. Memohon maaf atas kelewatan.
            Tambahnya lagi, “As promised, Adrian supposed to join us for today’s board meeting. But his flight got delayed and he stuck with some issues in London. So he won’t be able to join us. I know that this is supposed to be his first board meeting and public appearance, but I hope you guys don’t mind. He said he is very sorry for not be able to join.” Semua yang lain mengangguk faham mendengar penjelasan Tan Sri Ridhwan mengenai ketiadaan SM Adrian.
            “By the way, let me officially introduce you to our new Managing Director, Lathia Emilia.” Tan Sri Ridhwan bangun dari kerusinya. Diikuti dengan wanita disebelahnya. SM Faris juga turut bangun. Dia mempelawa aku berdiri. Aku menurut. Tan Sri Ridhwan memberi isyarat mata kepadaku. Menyuruh aku memperkenalkan diri kepada semua board members dan staf-staf yang ada.
            Seperti yang diterangkan kepadaku oleh setiausahaku tadi, RAFS Group mempunyai 6 orang board members. Mereka ini yang menentukan siapa yang berhak memegang jawatan-jawatan tertinggi syarikat. Antara nama-nama yang disebutkan kepadaku oleh setiausahaku tadi adalah, Tan Sri Ridhwan, Datin Sri Fatty, SM Adrian, SM Faris, Allahyarham Tan Sri Aidil Farhan dan Datin Sri Syila. Tetapi memandangkan Tan Sri Aidil sudah meninggal dunia, kedudukannya sebagai board member dibiarkan kosong. Mungkin akan digantikan dengan ahli yang baru.
Jelas setiausahaku lagi, walaupun SM Faris sudah meletakkan jawatan sebagai Group Managing Director, dia masih lagi salah seorang daripada 6 orang board members keseluruhan RAFS Group. Dia masih mempunyai 10 peratus saham di dalam RAFS Group.

            “Assalamualaikum and very good morning. I’m Lathia Emilia, your new Group Managing Director. I believe that this is our first official meeting, and I’m looking forward to work with all of you. If you have any suggestions or anything that you believe I should know, just inform me. I’ll be as cooperative as possible. I know I’m new, but I believe in each one of you. I believe that we can work well as a team. Correct me if I’m wrong. But, I will try my best and hardest to make RAFS Group one step further than the rest. In the meantime, I still need your highest cooperation in helping and guiding me, so I could guide you in return and we could have a win-win situation.” Aku memberi sepatah dua kata. Sepanjang ucapan, aku dapat melihat muka-muka mereka yang sudah mula menunjukkan ketidaksenangan mereka terhadap perlantikkan aku sebagai Group Managing Director.
            Aku tidak pernah menyangka dapat memegang jawatan setinggi ini. Demi Tuhan. Tidak pernah terfikir untuk berdiri di syarikat gergasi ini dengan memegang jawatan setinggi ini. Ini semua ibarat mimpi.
Benar kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Aku bersyukur dengan rezeki yang Tuhan beri. Tidak pernah aku duga, setelah pelbagai dugaan yang aku tempuhi, akhirnya berbaloi juga semuanya.
Alhamdulillah…
           
            “Saya yakin, ramai diantara kalian disini yang tertanya kenapa saya memilih Thia sebagai Group Managing Director syarikat. Sejujurnya, keputusan diambil sebulat suara selepas menerima persetujuan daripada kesemua board members.” Tan Sri Ridhwan mula menjelaskan alasan kepada perlantikan aku.
            Tambahnya lagi, “Saya yakin, SM Faris selaku bekas Group MD juga yakin akan keputusan yang dibuat oleh beliau. Sebab saya tahu, setelah hampir enam tahun beliau memegang jawatan tersebut, tidak mudah untuk melepaskan begitu saja. Banyak yang perlu dititikberatkan. Banyak aspek yang perlu dilihat. Tambahan pula, beliau mula memegang jawatan GMD sejak dari umur 25 tahun. Telah banyak yang dilaluinya sepanjang hampir enam tahun ini. Jadi, saya dan board members yang lain sangat berharap, anda semua mampu bekerjasama dengan Thia. Beri tunjuk ajar sekiranya ada perkara mahupun selok-belok syarikat yang beliau masih tidak tahu. Saya percaya anda semua merupakan team members yang baik dan berkaliber. Saya inginkan satu kumpulan yang bekerjasama dalam menyelesaikan apa jua masalah yang sedang dan bakal dihadapi syarikat. Seterusnya, saya serahkan kepada Faris untuk memberi ucapan.” Tan Sri Ridhwan mengakhiri ucapannya. SM Faris bangun dari duduknya. Dia berdeham membasahkan tekak.
            By the way, board meeting always this boring? Hmm… Aku mengeluh panjang di tempat dudukku.
            “Assalamualaikum dan selamat pagi. Seperti apa yang telah Tan Sri Ridhwan atau uncle saya ucapkan sebentar tadi, memang benar. Tidak mudah untuk saya lepaskan jawatan sebagai GMD setelah hampir enam tahun. Tetapi, saya rasa saya tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana saya percaya ada mereka yang lebih layak untuk memgang jawatan tersebut.” SM Faris menjatuhkan pandangannya kepadaku. Matanya memanah tepat anak mataku. Ada satu perasaan aneh meresap masuk ke tangkai jiwa.
            Perasaan yang aneh. Perasaan ni tak sama macam perasaan aku apabila pertama kali bertemu dengan Tengku Fauzan mahupun Rayyan. Perasaan apakah ini?
            “Saya yakin, Thia adalah orang yang paling layak untuk jawatan GMD ini. Dengan kelayakan pelajaran dan pengalaman beliau, beliau berhak. Tipu sekiranya saya kata saya tidak sedih melepaskan jawatan yang telah saya galas hampir suku umur saya ini, tetapi saya juga ada komitmen yang lain terhadap keluarga dan syarikat milik arwah ayahanda saya. NAF Corporation juga memerlukan perhatian, jadi saya rasa, sudah tiba masanya saya mengundur diri dari kedudukan saya selama ini di RAFS Group. Walaupun begitu, saya masih lagi salah seorang daripada board members yang sah di dalam RAFS Group. Jadi, jangan risau. Saya sangat berharap, penukaran GMD yang baru dapat menyuntik semangat dan aura yang baru kepada RAFS Group. Tambahan pula, sekembalinya SM Adrian nanti, saya percaya beliau bakal mengubah dan membawa RAFS Group ke tahap yang lebih tinggi.” Dengan itu SM Faris mengakhir ucapannya. Satu board room memberikan tepukan gemuruh kepadanya.
Akhirnya!! Aku bersorak dalam hati.
Mereka yang lain bangun dari duduk dan berjalan menggerumuni SM Faris. Ada yang berpeluang mengambil gambar, ada yang sempat berpelukan dengannya dan ada juga yang minta untuk berswafoto.
Yeah, selfie for the ladies.
Dari sini aku dapat lihat bahawa SM Faris Syafiq adalah seorang yang sangat disegani dan digeruni kerana sifat ramahnya. Beliau melayan pekerjanya dengan sama rata dan penuh hormat. Tidak hairanlah beliau boleh memegang jawatan GMD selama hampir enam tahun.
He has a strong support system.
“Sebelum kita semua bersurai dan kami menamatkan mesyuarat hari ini, saya ingin menjemput anda semua ke majlis makan malam sempena menyambut kedatangan Lathia Emilia sebagai GMD yang baru dan kepulangan SM Adrian. Dengan itu, anda semua, termasuklah staf-staf yang lain dijemput hadir ke majlis makan malam tersebut minggu hadapan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis bermula pada pukul 8 malam dan dijangka tamat pada pukul 12 tengah malam. But, I leave the after-party for the youngsters. Tan Sri Ridhwan mengenyit sebelah mata kepada SM Faris. SM Faris sengih mendengar ayat ‘I leave the after-party for the youngsters’ tadi.
I bet he loves to party.

Dengan itu, board meeting pun tamat dan semua sudah mula bersurai meninggalkan board room. Cuma SM Faris sahaja yang lambat keluar dari board room. Masih sibuk dengan telefonnya. Tidak mahu berduaan, aku segera bangun dari dudukku. Tapi belum sempat aku beredar, SM Faris menahan. “Hey, wait!” Katanya. Aku toleh memandangnya.
Yes?” Soalku. Sebuah senyuman ikhlas aku hadiahkan buat jejaka kacak di hadapan.
“Tak nak perkenalkan diri you ke?” Seloroh SM Faris. Ramah dan mesra. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Huluran itu aku sambut. Mesra tetapi tetap mengekalkan level of professionalism.
I thought you knew me since you choses me to be your replacement.” Aku membalas selorohnya dengan seloroh juga.
Sis cuba guys, sis cuba.
“Ya, itu I tahu. I tahu latar belakang you berdasarkan CV you tapi I belum berpeluang untuk berjumpa dengan you in person. Jadi ini kali pertama. So, tak nak perkenalkan diri?” Katanya lagi. Masih mencuba.
Belum sempat aku bersuara untuk memperkenalkan diri, SM Faris terlebih dahulu memulakan. Sekali lagi dia menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman.
 “I guess you are not a first mover. So, let me start. I’m Faris Syafiq. But you can call me Faris. Oh wait I forgot! Untuk you, I rela you panggil I ‘hubby’.” Mata kanannya dikenyitkan nakal.
Oh… Naughty boy…
Huluran tangannya aku sambut. “Oh you wanna play that game? Alright. So, I’m Lathia Emilia. You can call me Thia. Tapi untuk you, I rela you panggil I ‘baby’. Eh salah! Wifey, mungkin?” Aku mengeyitkan mata kiriku. Membalas perbuatan Faris tadi.
Faris menekup dadanya dengan kedua belah tangan. Membuat lagak seperti ingin pengsan. Aku tersengih melihat gelagatnya itu.
If we have kid together, I would name her, Fathia. Faris plus Thia.” Terkekek aku ketawa mendengar gurauan itu.
Oh… Kids… Nak uruskan seorang suami pun belum tentu boleh. Inikan pula seorang anak. Monologku sendiri.
            “So, shall we ‘baby’?” Ajak Faris. Aku kerut dahi.
            “Shall we? Where?” Tanyaku tidak mengerti.
            “Buat anak!” Aku tergamam. Tidak percaya ayat itu yang keluar daripada mulut seorang bekas GMD di RAFS Group yang juga merupakan chairman dan pemilik kepada NAF Corporation.
            Melihat aku yang tergamam, Faris cepat-cepat membetulkan ayatnya. “Bukanlah. I gurau je. Jom lunch?”
            “Only two of us?” Soalku.
            Faris kerutkan mukanya. “Sadly no. With my aunty and uncle. Too bad you have not seen my cousin yet.” Tambahnya.
            “Tapi bagus juga. Sekurangnya I dapat jumpa dengan you dulu. Well, if you rasa I handsome, sepupu I yang seorang itu seratus kali ganda lebih handsome dari I.” Faris memuji sepupunya, SM Adrian selepas memuji dirinya sendiri.
            Ini yang aku kurang faham. Kau dah berayat manis dengan aku, tapi puji sepupu kau sampai melambung-lambung. So, kau sebenarnya nak tackle aku ke nak ‘kenenkan’ aku dengan sepupu kau yang entah wujud ke entah tidak tu? Aku mengomel seorang diri di dalam hati.
            “He’s the perfect combination of my uncle and aunty. Our family ada darah kacukan, so mixed blood.”
            “Well Faris…” Aku sudah berkira-kira ingin menolak pelawaan untuk makan tengah hari bersama, tapi sebelum aku sempat menghabiskan ayat, Faris dengan pantas mengeluarkan iPhone dari dalam poket seluarnya, dan dia mendail nombor seseorang. Dari hujung talian, aku terdengar suara seorang lelaki.
            “Hey Uncle! I’m sorry but I can’t join you for the lunch. I have lunch date with my baby.” Faris menjeling kearahku. Aku senyum geleng kepala. Pandai bermain kata-kata jejaka yang seorang ini.
            Tengku Fauzan… Rayyan… SM Faris…
            So, who’s next?
            Lelaki dihujung talian yang aku pasti itu sudah semestinya Tan Sri Ridhwan mula bertanya kembali kepada Faris, “Baby? Who?”
            “Laaaathia Emiliaaa!” Jawab Faris dalam nada berlagu. Namaku sengaja dilagukan.
Since I’m her hubby now and she’s my wifey. So I got to teman her for lunch. I invited her to join us but she doesn’t want to join. Segan mungkin. So, tell Aunty that I am so sorry. But I’ll be home for dinner.” Lebar panjang Faris menjelaskan kepada pakciknya itu. Aku yakin hubungan mereka sangat rapat. Sudah seperti ayah dan anak.
            “Settle. Jom!” Faris pantas menarik tanganku. Aku ternganga. Nasib baik kami masih lagi di dalam board room. Jadi tiada siapa nampak adegan kami berdua. Tapikan, aku tak cakap pun aku setuju nak makan tengahari berdua dengan dia?
            Mula-mula hubby… Lepas tu wifey… Lepas tu ajak buat anak… Lepas tu makan tengahari… Lepas ni apa pula?
            Oh wait! I bet you’ve must been thinking that he’ll bring me home and do whatever things that playboy always do, huh?
Oh please people, get a grip! Don’t go too far. I don’t do room service. Like I said, touch their souls, not their body. Less touch, more talk. 

Bab 11 : Le' Charmer

Assalamualaikum

So after deepest consideration, I decided to further with Le' Charmer.

Here you go. I continue back with Chapter 11. Setelah lama menghilang.


            Sepanjang perjalanan menuju parkir kereta, Rayyan dan aku sama-sama diam seribu bahasa. Mungkin dia turut sama merasakan bahawa tiada apa yang harus dibahaskan berkenaan insiden tadi. Mungkin juga dia berasa lega kerana aku baru sahaja menamatkan hubungannya dengan Vee.
            Awww… Poor Vee…
I gotta go. See you when I see you.” Kataku apabila kami berdua sampai dihadapan keretaku. Rayyan hanya mengangguk. Kemudian belum sempat aku meloloskan diri ke dalam kereta, Rayyan menghalang. Lenganku dipegang kemas. Kuat. Aku terperanjat.
Err… First rule of being a charmer, don’t let people touch you. You need to touch their soul and let them hunger for your touches. But never allow them to touch you.
So… How to see you again?” Soal Rayyan. Senyuman manis terukir dibibirnya. Tampak ikhlas dan polos.
He very much reminds me of someone… Monologku seorang diri melihat Rayyan yang sedang tersenyum. Tangannya masih belum melepaskan lenganku.
Aku meminta Rayyan mengeluarkan telefon bimbitnya. Rayyan pantas mengeluarkan telefon tersebut dan menghulurkan kepadaku. Tanpa berlengah aku ambil telefon berjenama Apple itu dan memasukkan nombor telefonku ke dalam contact list.
‘Natalia’
Saved!
Done.” Aku senyum seraya memulangkan telefon tersebut kepadanya. Rayyan membalas senyumku itu dengan sebuan killer smile.
He reminds me of Tengku Fauzan Emerson! Those killer smiles!
Pintu kereta aku tutup dan enjin dihidupkan. Sebelum bergerak, aku membunyikan hon kereta sebagai tanda mengundur diri. Rayyan mengangguk faham.


Bantal tidur aku tepuk-tepuk sedikit sebelum menghempaskan badan ke katil. “Home sweet home.” Lafazku lega. Sophea dan Zahra masih belum pulang. Jam sudah hampir pukul 12.30 malam. Mungkin mereka bermalam dirumah keluarga masing-masing. Dalam perjalanan pulang tadi, sempat aku menghantar WhatsApp kepada mereka berdua melalui group WhatsApp kami bertiga, Le’ Dutchess. Tapi tiada seorang diantara mereka berdua yang membalas pertanyaan tersebut. Aku anggarkan mereka sedang sibuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Well, it must be good to be home… Hati aku sayu tiba-tiba mengenangkan nasib diri yang sudah berbulan tidak pulang ke rumah kedua ibubapaku ini. Sebelum tidur, aku sempat menatap gambar kedua ibubapa aku yang telah aku bingkaikan ke dalam frame dan diletakkan di meja sisi tepi katil. Gambar itu aku tilik. Makin lama ditenung, aku jadi semakin mengantuk dan mata mula tertutup sendiri.
Titt titt… Titt titt…
Tak sampai seminit aku terlelap, handphone berbunyi. Ada Whatsapp masuk. Sebaris nombor yang tidak dikenali. Aku baca Whatsapp tersebut.
Hi.” Kata unknown sender tersebut.
Who’s this?” Aku balas.
“Rayyan.” Balas unknown sender itu kembali. Memperkenalkan dirinya.
Oh hi, Rayyan! I baru nak terlelap. By the way, what’s up?” Soalku dalam mamai. Nombor Rayyan itu aku save di dalam contact list dengan nama ‘Rayyan’. Diskrin WhatsApp mula tertera, ‘Rayyan is typing…’. Aku menanti dengan penuh sabar walaupun mata sudah semakin memberat.
Sorry. I thought I wanna have a chat. Seems like someone gotta work tomorrow and getting sleepy. I guess I talk to you tomorrow. Breakfast, perhaps?” Balas Rayyan diikuti dengan ajakan untuk bersarapan bersama.
Tanpa berfikir banyak, aku respon kepada ajakan tersebut. “Sure. RAFS Group Tower. Pick me up at the lobby. 7.30 am. I need to be back in office before 9 am. Big meeting at 10.
Sure, pretty.” Balas Rayyan. Aku tepuk dahi.
Oh damn! When man started giving you pet name and calling you ‘pretty’…

Hari ini aku tiba di pejabat tepat pada pukul 7 pagi. Seperti yang dijanjikan semalam, Rayyan sepatutnya menjemput aku pada pukul 7.30 pagi untuk bersarapan pagi bersama. Sekarang jam menunjukkan sudah hampir pukul 7.25 pagi. Tetapi masih tiada apa-apa khabar berita daripada Rayyan. Aku rasa kemungkinan besar dia terlupa. Tak pun masih lena dibuai mimpi.
Memandangkan setiausaha aku belum sampai dan masih terlalu awal, aku memutuskan untuk turun ke pantri untuk membuat secawan kopi.
A cup of coffee won’t cost a thing.
Beberapa langkah berjalan, telefon bimbitku berbunyi, incoming call ‘Rayyan’. Aku pantas menjawab panggilan tersebut.
Yes?” Jawabku tegas. Seperti memahami intonasi aku, Rayyan dengan lembut bersuara, “Is it too late now to say sorry?” Aku kulum senyum.
You’re just like him… So much reminds me of him… Tengku Fauzan Emerson. Monologku dalam hati.
Awww… Rindunya…
Never too late to say sorry but we’re getting late for breakfast. Where are you?”
One minute late and I’m at the lobby. So… chop chop!” Jawab Rayyan penuh semangat dan ceria.
This man totally enjoying his Wednesday morning!
Alright.” Balasku sepatah dan terus berpatah balik ke dalam bilik pejabat untuk mengambil handbag dan pantas menuju ke lobi.
Setibanya di lobi, boleh dilihat dengan jelas kelibat Rayyan yang sedang bersandar tenang di sisi keretanya. BMW 5 Series.
Well, not bad…
Sorry, Natalia. I got caught up in the traffic.” Rayyan meminta maaf atas kelewatannya.
Apology accepted, and where are we going?” Soalku seraya memaafkan kelewatannya itu.
Starbucks?” Rayyan memberi cadangan. Aku mengangguk setuju. Rayyan kemudian mengiringi aku ke pintu penumpang. Pintu dibukakan dan tangan kanannya menyentuh lembut pinggangku, menyuruh aku masuk.
I wish he uses less touch and more talk. If Fauzan sees this, he might kill us both. Ngomelku seorang diri di dalam kereta. Rayyan pula melangkah panjang menuju ke tempat pemandu.
Ready?” Soalnya sambil menoleh kearahku. Aku mengangguk. Rayyan memulakan pemanduan. Pecutan 160 km/jam. Aku rasa anak-anak orang kaya ni ada satu tabiat tidak suka memandu secara perlahan. Mungkin sebab mereka terlalu kaya dan tidak takutkan speed trap! Kalau aku, aku rela memandu perlahan. Biar perlahan asal selamat. Tapi kadangkala, laju juga aku memandu apabila menggunakan kereta Ferrari kepunyaan Tengku Fauzan itu. Tapi disebabkan kereta kesayangan aku, si Peugeot itu bukanlah sebuah Ferrari, jadi kelajuan agak terbatas.
Hee... Aku sengih sendiri. Geli hati.
So, what’s your real name?” Rayyan bertanya tanpa berbasa-basi mahupun segan silu tatkala menyedari kami hanya berjeda dari tadi.
“Natalia.” Aku jawab sepatah.
Just Natalia? Are you sure?” Rayyan mula menduga. Intonasi berubah serius.
He’s trying to psycho me. Monologku sendiri apabila menyedari si mangsa sudah mula bermain psikologi dengan bertanyakan soalan-soalan maut.
Yes. Natalia. Just Natalia.”
Come on, Na-Ta-Lia.” Kata Rayyan dalam nada sarkastik.
It cannot be just Natalia. I believe your name is somewhat different.” Sambungnya lagi. Aku telan liur. Gulp! Jantung berdegup kencang.
            How on earth mamat ni all of sudden boleh tanya soalan macam ni? Aku berteka-teki sendiri. Sebal juga aku rasa.
            “Straight to the point, I know who you are and your name is obviously not Natalia.” Aku menoleh ke arahnya. Mataku memanah tajam anak matanya yang berbulu mata panjang dan lebat itu.
            Dangg!
            “Sebenarnya, I dah sampai dekat bangunan RAFS Group tu awal lagi. I cuba tanya security dan receptionist dekat information counter di lobi tadi. I asked them if they have any staff named Natalia. Unfortunately, they said there is no such person named Natalia. They only have Lathia Emilia, the new Group Managing Director for RAFS Group.” Rayyan senyum perli. Aku ternganga.
            They know me? That fast?!
            “Err err…” Tiba-tiba lidah menjadi kelu. Aku mengeluh panjang. Nafas panjang dilepaskan.
            I shouldn’t ask him to pick me up at the office. Aku menyesali perbuatanku sendiri yang tidak berhati-hati. Aku sepatutnya tidak perlu menyuruh Rayyan untuk menjemputku di pejabat.
Alright girls! Second rule, never let your victim know and invade your personal territory; office, residential, family or any personal information. Keep it as private and confidential as possible!
            “Sebenarnya Rayyan, I baru je bekerja dekat RAFS Group tu. Today is my second day. Tapi I tak sangka pula tak sampai dua hari I bekerja, security dan receptionist pun boleh tahu dan kenal I.”
            Rayyan tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih. “You tu MD baru syarikat, I rasa semua orang kenal you. I bet, they even made internal announcement on your hiring. Try check out the company’s internal e-mail, I’m very sure they have interesting entry for you.” Tambahnya.
            “Mana you tahu?” Aku bertanya hairan sambil mengeluarkan telefon dari handbag. Dengan pantas aku membuka e-mel menerusi telefon bimbitku. Ada satu e-mel yang belum dibaca.
            Internal Announcement: Ms. Lathia  Emilia, the new Group Managing Director  for RAFS Group
            Aku membuka entri tersebut. Ya Tuhan! Gambarku memperagakan couture dress berpotongan bareback rekaan Valentino sewaktu di majlis makan malam gala sebulan yang lalu terpampang besar di ruangan entri. Aku masih ingat saat gambar itu diambil. Waktu itu aku sedang membetulkan leretan baju couture tersebut apabila datangnya seorang jurugambar menepuk bahuku. Aku masih ingat nama jurugambar tersebut. Amir.
Waktu itu Amir meminta izin untuk mengambil gambar aku untuk diletakkan di dalam portfolio kerjayanya. Tanpa menyoal banyak, aku terus membenarkan Amir mengambil beberapa keeping gambarku. Tak sangka pula gambar itu boleh tersebar luas. Mungkin juga gambar itu telah di muat naik ke dalam Instagram atau mana-mana laman sosial media.

Caption yang tertera di headline entri, ‘Lathia Emilia, the first female Group Managing Director for RAFS Group, replacing SM Faris Syafiq’ menggamit perhatian.

Aku mula membaca isi kandungan entri berbahasa Inggeris tersebut.

"Former Managing Director of RAFS Group, SM Faris Syafiq (31) has tendered his resignation letter from the position 3 months ago after decided to manages his own family business legacy, NAF Corporation that owned by his late father, Tan Sri SM Aidil Farhan. After the late Tan Sri SM Aidil Farhan passed away, SM Faris which also the only son and inheritor of his late father’s legacy decided to take over the company. The late Tan Sri Aidil Farhan was Tan Sri SM Ridhwan Adi (55), owner of RAFS Group, biological brother.

(Picture Above) Miss Lathia Emilia was chosen by Tan Sri Ridhwan Adi and his fellow Board of Directors as the right candidate to hold the position as the company, RAFS Group Managing Director, replacing SM Faris, who held the position for almost 6 years until he finally decided to resign. When asked, Tan Sri Ridhwan Adi, without any further comment or explanation said that Lathia Emilia’s hiring is fully supported and agreed by the Board. He also claimed, the Board decided to hire Lathia Emilia (27) as the Group Managing Director of the company based on her experiences and knowledge. They believe, Lathia Emilia could make changes into the company.

Lathia Emilia broke the rules by being the first ‘outsider’ to be hired as Managing Director in that family conglomerate business. Historically, RAFS Group has always been a family business that fully owned and managed by the family members of Tan Sri Ridhwan Adi. RAFS Group Board of Directors is consisting of Tan Sri Ridhwan Adi (RAFS Group, Group Chairman), SM Adrian Mikhail (29) (RAFS Group, Group CEO), SM Faris Syafiq (RAFS Group former Group Managing Director/NAF Corporation Chairman), Datin Sri Fattimatul Summayah (54) (RAFS Creative Design and Innovation Centre CEO) and Datin Sri Syila (55) (NAF Corporation CEO)

Lathia Emilia who comfortable with the name, Thia, is a graduate from both Regent’s Business School, London and had received her MBA at Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Business leaders around the World are now excited and looking forward to see the future changes that will be bring forward by RAFS Group new Group Managing Director, Lathia Emilia, in order to make RAFS Group one step higher than what it already is."

            Aku ternganga membaca entri tersebut. Dunia terasa seperti terhenti seketika. Mata tidak berkedip. Rasa seperti berada di awang-awangan. Nafas tiba-tiba terasa sesak. Rangkap terakhir entri tersebut benar-benar menunjukkan bahawa betapa tingginya harapan RAFS Group terhadap aku.
            “Hey, are you okay?” Soal Rayyan dengan muka panik apabila aku terkaku disebelahnya. 
“Haa?” Tanyaku. Blur.
            “Dah sampai. Starbucks. Jom?” Ajaknya. Menyuruh aku keluar dari kereta. Aku menurut tanpa sebarang bunyi bersama otak yang masih beku.


            “Can I have one Hot Caramel Macchiato? Make it venti and skinny. No whipped cream and extra vanilla syrup for Rayyan. And you?” Rayyan bertanya padaku. Tangan kirinya menyelak helaian rambutku yang sudah sedikit terburai. Merah padam mukaku jadinya. Barista di kaunter tersipu-sipu melihat kami berdua.
            No PDA please… No PDA… Bad enough that the whole RAFS Group knows me now… Don’t make it a national gossip…
            “Err… Gimme one Iced Signature Chocolate. Skinny, less ice and no whipped cream.” Pesanku. Barista yang bertag nama ‘Izzati’ itu mengangguk faham.
            “Name?”
            “Thia.” Aku jawab sepatah.   
Anything else?” Soalnya kepada Rayyan pula. Rayyan menggelengkan kepalanya menandakan tidak.
Selesai mengambil air masing-masing, kami berjalan menuju ke arah meja yang terletak agak tersorok dibalik dinding.
Saat punggung mencecah kerusi, Rayyan tanpa segan silu memulakan bicara. Macam-macam soalan yang disoalnya. Aku pula yang jadi kekok ingin menjawab soalan tersebut.
Why Natalia?” Soal Rayyan. Soalan yang sama yang pernah diajukan kepadaku oleh Tengku Fauzan Emerson.
Why Natalia…
I don’t know but I’m comfortable not sharing my personal information to strangers.” Tipuku.
Well, takkanlah nak bagi tahu hal sebenar yang aku menggunakan nama Natalia tersebut sebab tak nak mangsa-mangsaku tahu nama sebenar aku.
Including name?” Tambah Rayyan. Aku mengangguk. Rayyan senyum senget.
“I rasa you dah konfiuskan ramai orang. Lelaki. Perempuan. Being secretive is good but the bad part is when they found out who you really are. You gotta be prepared to answer those questions later on.” Rayyan menghirup air Caramel Macchiatonya.
“Jadi, macam mana tiba-tiba you boleh jadi Group Managing Director untuk RAFS Group. Bukan Managing Director saja. But you are a GMD that going to manage the whole group. Meaning that, the whole subsidiaries of the company; RAFS Creative Design and Innovation Centre, RAFS Construction, RAFS Investment, RAFS Properties is under your provision and management. Setahu I, tak mudah nak ‘pecah masuk’ syarikat tu. Sebab Tan Sri Ridhwan tu memang sangat menitikberatkan nilai kekeluargaan. Family first. Sebab tu, syarikat tu di monopoli oleh ahli keluarganya sahaja. But not all. Only those yang Tan Sri betul-betul percaya dan yakin sahaja.”
Tambahnya lagi, “SM Faris itu pula merupakan anak kepada arwah abang Tan Sri Ridhwan. SM Adrian pula anak lelaki tunggal Tan Sri Ridhwan dan Datin Sri Fatty. Tapi yang peliknya mengenai this Adrian guy, no one ever seen him. No one. I rasa sejak lahir lagi memang tak pernah ada apa-apa gosip mahupun khabar berita mengenai SM Adrian. He never introduced his son to anyone.”
He really does exist?” Tiba giliranku pula untuk menyoal. Menarik. Ada anak, tetapi tidak pernah memperkenalkan anaknya pada dunia. Tapi kenapa?
Of course that man does exist. Walaupun gambar dan beritanya tak pernah muncul dalam mana-mana media, tapi dia memang wujud.”
Met him before?” Soalku lagi. Semakin tertarik.
 “I belum pernah berjumpa atau melihat muka dia. Cuma yang I tahu, dia dibesarkan diluar negara oleh pekerja-pekerja ayahnya memandangkan Tan Sri dan Datin Sri berada di Malaysia. But they do visit him often, at least once a month. Sekarang, memang tak ada satu orang pun yang tahu mana SM Adrian berada.” Rayyan membetulkan kaca mata wayfarer nya.
You seem to know a lot about these people. Related?” Aku senyum senget. Sebelah kening aku jongketkan sedikit.
Thia, I owned my own publication firm. I know all the gossips. I do publications on entertainment, corporate, socialite, elite and just name it. So, it is important for me to investigate before I post or publish anything. At some point, they even pay me to create speculation and gossip. They have this mind set that gossips make people famous and they really wanna be famous.” Jelas Adrian tentang pekerjaannya. Sekarang baru aku tahu apa sebenarnya pekerjaan lelaki didepanku ini. Jadinya, mulai sekarang aku perlu lebih berhati-hati.
Agak-agak dia tahu tak gosip mengenai kisah percintaan aku dengan Tengku Fauzan Emerson? Memikirkan hal itu membuatkan aku rasa jantung seperti ingin luluh. Tekak mula loya. Mual.
Don’t be surprised if I say, I actually do know a lot about you.” Rayyan mengaku jujur. Aku terkesima.
I told ya!
How?” Sengaja aku menduga.
When we first met at the pool, I couldn’t get any chance to ask you further about yourself. You made me anxious about you. So, I started to use my intelligence to search information about you. I got to say, you’re very famous among the elites. Your circles are very wow! Just my advice, be careful. That’s not the kind of world you want to live in forever.” Aku cuma hanya mampu mengangguk setuju. Mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh Rayyan. Tidak berguna untuk berdolak-dalih. Lelaki didepanku ini semestinya sudah tahu banyak perkara mengenai dunia sosial termasuk dunia elitku.
Are you really in love with that Emerson guy?” Soalan itu membuatkan aku tersedak. Habis tersembur air coklat yang sedang aku sedut.
You m-e-ean, Tengku Fauzan Emerson?” Soalku terketar-ketar. Rayyan mengangguk. Dia mengambil tisu dan dilapkan bibirku yang sudah comot ini. Bajunya yang terkena semburan air coklat aku itu dibiarkan saja.
Your shirt?” Kataku yang terperasan akan keadaan baju Rayyan yang sudah kotor.
It’s okay. I can change it anytime. I have my own wardrobe in office.” Jelas Rayyan memenangkan aku yang sudah sedikit gelabah melihat baju kerjanya yang kotor.
Ya Tuhan! Mesti mahal kalau nak ganti kemeja tu. Mahu memakan belanja ribuan ringgit untuk sehelai baju kemeja sahaja.
Are you sure? Or you can give it to me. I can dobby it for you.” Pelawaku dengan perasaan serba-salah.
Damnn! First breakfast and I ruined it.
No need, honey. It is o-kay. Rayyan sengaja menegaskan perkataan ‘okay’ tersebut. Menandakan yang dia betul-betul tidak kisah.
It almost 8.40. I gotta send you back to office. You have meeting right at 10?” Soal Rayyan apabila aku selesai menghabiskan air coklatku.
Board meeting. Yeayy!” Jawabku dalam nada teruja yang sengaja dibuat-buat. Rayyan geleng kepala, lucu melihat gelagatku. Kemudian dia menghulurkan tangan kanannya. Aku dongak memanah tepat anak matanya yang terlindung di balik wayfarernya itu. Hendakku tolak hulurannya,  tetapi terasa  seperti tidak sopan pula sebab Rayyan kelihatan seperti seorang lelaki yang baik. Perwatakannya persis seorang playboy, tetapi sebenarnya bukan.
He is quite decent.