Tuesday, 9 December 2014

Bab 8 : Le' Charmer

Assalamualaikum :)
Today I felt like posting, so here it is.
Bab 8 Le' Charmer ;)


Baju di badan aku betulkan. Bow tie di leher aku kemaskan. Rambut yang disanggul rapi membentuk hipster bun yang kemas dan tinggi aku tilik. Memastikan tiada helaian rambut yang terkeluar.
Hari ini hari pertama aku akan melangkah ke dunia yang baru. Dunia pekerjaan. Tawaran Zahra semalam aku terima dengan hati yang terbuka sungguhpun rasa takut dan gementar acap kali menjengah hati. Rasa ragu-ragu di dalam hati tidak boleh disangkal lagi.
Ya, sejujurnya aku takut. Ini bukan sekadar pekerjaaan tetapi aku menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Zahra. Amanah yang berat. Amanah yang melibatkan hutang budi yang tidak akan pernah terbayar dengan menggunakan wang ringgit kerana hutang budi perlu di balas dengan budi. Begitu juga hutang nyawa. Hutang nyawa di balas dengan nyawa.

Dokumen di dalam hardcovers file aku semak semula bagi memastikan yang aku telah memuatkan semua sijil-sijil dan dokumen penting yang diperlukan dengan tepat dan lebih dari mencukupi. More is better. Itu pesan Zahra. Aku hanya menurut sebab dia lebih berpengalaman dalam dunia pekerjaan.
Everything is complete! Now I’m ready to go.
Aku berjalan ke arah cermin panjang untuk menilik penampilan diri buat kali terakhir sebelum keluar mendapatkan Zahra yang sedang menunggu di ruang tamu.
Hari ini aku mengenakan pencil skirt paras bawah lutut bersama kemeja berwarna krim yang ditambah pula dengan aksesori bow tie yang sama warna dengan warna kasut yang bakal aku sarung nanti, iaitu merah.
Kasut jenis stilettos yang merupakan hadiah daripada ibunda Tengku Fauzan itu aku simpan dengan baik di dalam kotaknya. Bukan senang nak dapat kasut rekaan pereka ternama dan tersohor dunia Louis Vuitton itu. Mungkin aku cukup bertuah dapat mengenali ibunda kesayangan Fauzan itu.
Penampilan di wajah tiada yang begitu ketara. Pembayang mata berwarna nude aku kenakan pada kawasan mata dan lipstik berwarna seduction red aku oleskan pada bibir. Nampak garang tetapi tetap natural dan ringkas.
Bunyi bising di ruang tamu memberi aku satu petanda yang anak dara Dato’ Hisham itu sedang seronok menikmati rancangan “How I Met Your Mother” yang bersiaran di rangkaian Astro 722 itu.
It’s 8am in the morning and she’s laughing like crazy, enjoying her favorite comedy? Don’t she knows that we’ll running late? Kepala aku gelengkan beberapa kali. Haihh. Zahra oh Zahra. Aku mengeluh perlahan tetapi bibir tetap mengulum senyum tatkala melihat gelagat sahabat karibku itu.

Good morning, sweety!” Sapaku manja. Zahra menoleh, mulutnya melopong. Ternganga seketika. Kemudian meletus pula tawanya yang kuat dan agak menjengkelkan itu.
Wow, are you going for an interview or flirt date?” Tanyanya dalam tawa yang masih bersisa. Aku tidak memberi respon. Aku sudah biasa dan lali dengan pertanyaan sebegitu.
I’m going for an interview in favor of my best friend.” Sebuah senyuman palsu aku hadiahkan buatnya. Aku pasti Zahra faham maksud disebalik senyuman aku itu.
Okay, I’m sorry. I didn’t mean to hurt your feeling but you look damn stunning and mesmerizing with that look.” Bahuku ditepuknya lembut.
By the way, shall we?” Sambungnya lagi. Soalan Zahra itu aku jawab dengan anggukan.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, permudahkanlah urusanku pada hari ini.

Thia, don’t forget to smile and use your possessive skills okay? I know you are very excellent at it. Make sure you impress him before anyone else does. And it is never too late to ask for opinion on what should you do and what you should have to make sure that you can do your job and tasks well. Remember that, okay honey?” Pesan Zahra panjang lebar. Aku hanya mengangguk dan sesekali membalas setiap pertanyaannya dengan senyuman.
Hey, I’m talking. Say something, would you?” Bahuku di tonyoh kuat. Geram mungkin dengan sikap aku yang hanya berdiam diri sepanjang perjalanan ke lokasi temuduga.
Yes, mom. I’m listening.” Perkataan ‘mom’ itu aku tekankan. Tangan aku letakkan di bahu dan mata aku buntangkan. Sengaja mengundang marah si ibu singa disebelahku ini.
Orang tengah cuak dia pula sibuk membebel. Apa kes? Tapi berguna sebenarnya segala pesanan dan bebelan Zahra itu. Aku dengar semuanya. Cuma malas untuk memberi respon dan bersuara. Aku lebih selesa berdiam diri supaya aku dapat menyediakan diri aku sepenuhnya dengan kekuatan mental dan psikologi.
Ya, temuduga memang senang tapi nak meyakinkan pihak majikan supaya dapat menerima kita dengan seluruh kelayakan yang kita ada bukan mudah. Memerlukan minda yang kuat dan mampu berfikir dengan pantas supaya dapat menjawab kesemua pertanyaan yang diusulkan dengan bijak. Penggunaan gaya bahasa dan lenggok badan juga perlu betul supaya tampak meyakinkan dan memberangsangkan.

Okay Thia, it’s time to go and please get out from my car now.” Kata Zahra. Aku mengerutkan dahi. Mata aku kecilkan. “Sampai hati you halau I Zahra? Kalaulah I tahu yang you nak halau I, awal-awal lagi I sanggup drive sendiri daripada suruh you hantarkan. Huhh!” Aku mendengus geram. Penumbuk di tangan aku kepalkan kemas menahan geram di hati.
Take it easy, young lady. I suruh cepat sebab I nak kena pergi office. Kalau tak, takda maknanya I nak halau you lah. Now cepatlah. Nanti you lambat pergi interview. I pula lambat masuk office.” Bisingnya dengan bibir yang tidak pernah penat berbicara. Aku sudah faham dan masak benar dengan perangainya yang satu ini. Dia bukan suka menunggu lama-lama. Semua benda yang melibatkan kerja perlu disiapkan dan disempurnakan dalam kadar segera dan pantas. Kami berkongsi prinsip yang sama iaitu to arrived on time or before and to never be late.

Langkah kanan aku ambil. Semoga mendapat keberkatan pada pagi yang penuh bermakna ini. Tiada yang aku harapkan selain berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. Ini sesuatu yang baru. Satu permulaan baru.
Aku berjalan melalui lobi utama bangunan suite office 30 tingkat ini dengan penuh gementar tetapi tetap tenang. Stay cool. Senyuman aku layangkan ikhlas buat tatapan orang sekeliling yang memandang bagai mahu menelanku.
Sempat aku melihat penampilanku pada pantulan dinding yang berlapikkan stainless steel itu.
Well, everything looks just nice from head to toes. Great!
Membelok ke kiri, aku berjalan menuju ke lif. Sampai sahaja di depan lif, butang lif aku tekan. Di kiri dan kananku terdapat beberapa orang pekerja yang baru sampai selang beberapa saat selepasku. Mereka juga turut mahu menggunakan lif sama sepertiku.

Ting tong!
Lif tiba. Pintu lif terbuka luas. Aku dan mereka yang lain serentak berpusu masuk ke dalam lif.
Welcome to RAFS Group, ladies and gentlemen. Have a nice day. Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke Kumpulan RAFS. Semoga anda menikmati hari yang baik.” Satu suara lunak yang datangnya daripada radio interkom bergema memenuhi ruangan dalam lif. Kata-kata aluan yang cukup bernas. Paling best, didatangkan dalam versi dwibahasa!
Bahasa jiwa bangsa!
Aku kagum. Berapa agaknya kos yang mereka perlu tanggung untuk mendapatkan lif sebegini?


Loceng di tepi dinding bersebelahan pintu kaca yang luas melebar ini aku tekan. Bunyi yang terhasil berjaya menarik perhatian si penyambut tetamu di dalam. Pintu dibukanya dari dalam menggunakan alat kawalan yang tersedia di atas kaunter.
Aku berjalan masuk saat pintu ditolak dari arah luar. Penuh yakin aku mendekati kaunter. Gadis itu berdiri. Menyambut kehadiran aku dengan penuh mesra.
Selamat pagi. Ya, boleh saya bantu?” Sapanya.
Aku senyum sebelum bersuara. “Pagi. Saya Thia. Saya datang untuk interview dengan Tan Sri. Is he available?” Jelasku lancar dan penuh sopan. Gadis itu segera menyemak buku notanya.
In recommendation of Miss Al-Zahra, is it?” Tanya gadis berambut ikal mayang berwarna merah itu. Cantik orangnya. Sungguh ciptaan Allah itu cantik-cantik belaka.
Yes, I am.” Aku senyum lagi. Dia turut tersenyum sama. Manis. Aku memerhati sekeliling. Luas kawasan pejabat di tingkat 28 ini.
Di hujung sebelah kiri aku terdapat sebuah bilik utama yang pintunya diperbuat daripada blurred tinted glass dan dibingkaikan pula dengan stainless steel. Senada dengan pemegangnya yang turut diperbuat daripada stainless steel.
Di sekitarnya pula terdapat bilik pantri, stor penyelenggaraan, stor fail dan dokumen, serta beberapa bilik penyimpanan yang lain. Agak sunyi juga keadaan di tingkat 28 ini.

Walaubagaimanapun, aku tetap kagum dengan susun atur dalamannya. Sofistikated, moden dan mewah. Ruangan yang sangat besar. Pekerja bebas untuk bergerak. Yang uniknya lagi, hanya ada beberapa orang pekerja saja di sini. Lebih kurang 4 orang kesemuanya. Setiap pekerja juga mempunyai ruangan kerja mereka sendiri.
Mengikut kajian yang pernah dijalankan di Jepun, ruang kerja yang besar dan selesa bukan sahaja memberi ruang untuk bergerak bebas tetapi memberi ruang untuk minda berkembang dan aktif. Dapat mewujudkan otak yang cerdas serta mempunyai daya intelektual reponsif yang tinggi.
Jadinya pekerja akan lebih cepat memberi respon terhadap sesuatu perkara atau pertanyaan yang diajukan. Selain itu, dapat menghasilkan idea-idea yang lebih moden, segar dan sofistikated. Secara tidak langsung, idea yang terlahir dapat memberi keuntungan kepada syarikat.
Bijak, bukan?

Miss Lathia Emilia, please follow me.” Ajakan gadis penyambut tetamu bertag nama Lisa ini menyedarkan aku. Aku angguk seraya membuntuti langkahnya menuju terus ke kiri. Ke arah bilik besar berpintu kaca itu.
Kad akses dileretkan pada auto-padlock. Pintu ditolaknya dari arah luar.
Tan Sri, she’s here.” Dari samar-samar suaranya, dapat aku dengar perbualannya dengan orang di dalam bilik besar tersebut.
Oh bilik Tan Sri rupanya… Mesti Tan Sri ni dah berumur dan berbadan gempal. Well, typical Tan Sri likes!
Oh let her come in, Lisa.” Kata orang di dalam. Suaranya penuh dengan lunak kelelakian. Membayangkan personalitinya, dengan tiba-tiba rasa gugup mula menjengah hati.
Control Thia, control… Aku mengingatkan diri untuk mengawal emosi.
Miss Thia. Please…” Pelawa Lisa. Aku ketap bibir sebelum tersenyum seraya menganggukkan kepala.
Ya Allah, persiapkan kami mengenai urusan kami dengan petunjuk-Mu. Doa aku baca kuat dalam hati. Memulakan langkah dengan langkah kanan.

Kerusinya dipalingkan membelakangi aku. Dari samar-samar kedudukannya itu, aku hanya dapat melihat pergerakkannya saja. Kelihatan seperti dia sedang meneliti fail. Fail berwarna hitam itu diangkat tinggi. Menutup keseluruhan wajahnya.
Aku menanti penuh sabar untuk dia berpaling. Hampir satu minit juga aku berdiri disini.
Tekun juga Tan Sri ni membaca. Ke dia mengeja? Rabun kot!
Dari satu minit, kini sudah menginjak ke minit yang ke lima. Aku masih bersabar. Tapi apabila sudah hampir masuk minit yang ke tujuh, aku mula mengeluh.
Akhirnya terbit juga satu keluhan dari bibir. “Huhhh…”
Serentak dengan itu, tiba-tiba kerusi berpaling. Aku tersentak. Darah berderau. Bulu roma tegak berdiri. Jantung tidak usah diperkatakan lagi. Sudah semestinya jantung aku berdegup kencang. Lebih kencang daripada enjin sebuah Ferrari.
Hello!” Sapa lelaki yang sedang bersandar tenang di hadapan aku. Fail hitam tadi ditutup dan disusun ke tepi meja kerja. Necktie dibetulkan. Kemudian matanya fokus memandang aku yang sedang tercegat kaku di depannya ini.
You may sit.” Dia mempelawa. Aku senyum. Senang dengan pelawaan itu.
Selepas tujuh minit. Sekarang baru boleh duduk? Aku berdesis dalam hati.
Control Thia, control…

Good morning Tan Sri. I’m Thia. I came in recommendation of Miss Al-Zahra and Dato’ Hisham.” Lancar aku memperkenalkan diri pada lelaki segak berkot di hadapan aku ini. Lelaki yang umurnya dalam linkungan pertengahan 50-an itu masih gagah orangnya. Berbadan tegap dan fashionable!
Segak berkot hitam yang dipadankan pula dengan tali leher berwarna merah dan kemeja kelabu gelap. Sekali pandang ada iras-iras orang Arab. Mungkin juga ada darah kacukan Arab mengalir dalam diri lelaki yang bergelar Tan Sri ini. Tapi yang aku musykil, kenapa lelaki ini tidak seperti yang aku bayangkan?
Aku bayangkan seorang Tan Sri yang sudah berumur dengan badan yang gempal. Ala-ala typical Tan Sri yang selalu aku lihat di kaca televisyen mahupun surat khabar. Tetapi lelaki di depan aku ini sangat lain perwatakan dan penampilannya. Lebih tenang. Cool.

Yes, morning Miss Thia. Have a sit. You need coffee or anything suits you well?” Pelawanya mesra dan penuh sopan. Melihat lelaki ini mengingatkan aku tentang abah. Abah yang sudah lama tidak aku temui.
Aku duduk sebagai balasan menerima pelawaan dari Tan Sri tadi. “Nevermind Tan Sri. I’m fine.” Responku.
Dahlah jemput duduk. Siap nak pelawa coffee bagai? Awesome gila Tan Sri ni. Pujiku dalam hati.
Nahh… Chill Thia. Let me call Lisa.” Sangkalnya pantas. Butang interkom segera ditekan. Terdengar suara Lisa menjawab panggilan di hujung talian.
Lisa, can I have a cup of coffee for Miss Thia?” Kata Tan Sri.
Please make it less sweet and make sure it’s made with love.” Tambahnya lagi.
Hahaha. Okay Tan Sri. As you wish.” Jawab Lisa kembali mengakhiri perbualan melalui interkom bersama Tan Sri.
You’re already too sweet, so I made your coffee less sweet.” Kata Tan Sri. Matanya melirik kearahku sebelum dia mengenyitkan mata kirinya.
Aku yang terperasan akan perbuatan Tan Sri itu cepat-cepat melarikan pandangan ke arah lain.


TAN SRI SHEIKH RIDHWAN ADI.
Itu nama yang tertera pada plat di atas meja. Nama itu aku tatap lama.
Hmm… Jadi inilah orang yang Zahra ceritakan malam tadi? Tan Sri Ridhwan Adi. Bakal majikanku. Seorang usahawan konglomerat terhebat dan tersohor negara. Sangat peramah dan humble orangnya. Tidak kekok untuk berbicara dan tidak sombong. Yang paling penting, charming dan witty!
Oh jadi kamulah Thia, ya?” Tanya Tan Sri bersama senyuman senget di bibir.
Aku angguk beberapa kali. “Ya, Tan Sri.” Malu pula aku rasa.
Well, cantik orangnya. Bijak betul Dato’ dan anaknya pilih.”
Tak adalah. Biasa-biasa saja saya ni Tan Sri.” Aku mula tersipu malu. Bukan senang nak tengok aku tersipu malu. Lagi-lagi apabila dipuji.
Pujian dan tohmahan adalah perkara biasa dalam hidup aku. Lagi-lagi dengan status sosialku yang agak terkenal di kalangan golongan elit.
No. You look stunning. Kalau saya kenalkan kamu dengan wife saya, mesti dia suka.” Tambahnya lagi. Menambahkan lagi bahang di wajahku. Darah merah yang meresap ke pipi membuatkan rasa hangat mula menguasai diri.
Ah, wait! Did he say wife? Maknanya dia dah kahwin? Ishh. Melepas! Kalau tak boleh aku buat ‘job’ tambahan baru. Hahaha!
So, do you bring any resume?”
Yes I have. And I have my certificates with me too. In case you need it for reference and evaluation.” Tangan menghulurkan hardcovers file yang dibawa sedari awal tadi.
Fail bertukar tangan. “Sure Thia.” Dia senyum. Aku juga senyum.

Name: Lathia Emilia Binti Iman Eusoff
Age: 27 years old
Permanent Address: Taman Bullion Mewah, Batu Caves, 68100, Selangor, Malaysia
Correspondent Address: ThiaEmilia@yahoo.com
Contact Number: 0111-2829718
Date of Birth: 8 July 1987
Marital Status: Single
Academic Qualification: A Level (David Game College, United Kingdom, 2005), BA (Hons) International Business (Regent's University of London, United Kingdom, 2006-2009), Master in Business Economic (Universiti Institut Teknologi MARA, Malaysia, 2010-2013)
Skills: Economies Analysis, Marketing, Administrative, Research and Development, Leadership Skill
Working Experience: No official working experience


You once studied in Regent’s?” Tanya Tan Sri dengan riak pelik. Keningnya terangkat sebelah. Dahinya berkerut. Nada suaranya juga berubah serius.
Aku angguk. Senyuman mekar melebar. “Yes, Tan Sri. I stayed in UK for overall 5 years. After I finished my BA in International Business, I further my studies in local university back in Malaysia.” Jelas aku lagi. Penuh yakin memberi penerangan lanjut. Aku menurut nasihat Zahra. Untuk senantiasa yakin dan bersemangat.
Tan Sri Ridhwan mengangguk-angguk kepalanya. Bibir pula yang sengaja dijuihkan. “Impressive. You back to Malaysia for Master? With no other reason? That was it. Sure?” Soalnya lagi dalam nada menduga. Aku tarik nafas dalam. Mula berasa kurang selesa dengan serta-merta.
Sejujurnya aku tidak mahu bercerita lebih mengenai pelajaranku di UK dahulu. Aku lebih selesa menceritakan penglibatan dan aktiviti aku di Malaysia.
Yes, Tan Sri. After I finished my Bachelor’s Degree, I back to Malaysia for Master. I took MBA in UiTM .” Aku menjelaskan satu persatu dengan tidak terlalu terperinci.
Besides studying, what else did you do in UK?” Aku tergamam. Hati tersentap. Pelik pun ada. Musykil itu lagilah ada. Riak muka tak usah dikira. Tentunya kelihatan ketara yang aku terkejut dengan soalan yang diajukan.
Kenapa soalan ni macam tak ada kaitan dengan temuduga aje?
Mungkin Tan Sri sengaja nak menduga kau, Thia. Aku cuba bersangka baik. Walaupun hati sudah mulai ragu dan curiga.
Selain belajar? Saya rasa takda buat apa-apa. Masa di UK, saya memang fokuskan sepenuh masa pada pelajaran. Takda kerja sambilan.”
Habis itu, macam mana awak sara makan minum, perbelanjaan dan segala yang awak perlukan masa belajar di UK dahulu?” Tan Sri merapatkan kerusinya dengan meja. Fail dijauhkan sedikit. Kemudian dia duduk dalam keadaan menongkat dagu. Matanya tidak lekang daripada memanah anak mata aku.
Aku cuba menyembunyikan ketidakselesaan dalam hati. Dari cara Tan Sri melihat serta gerak-geri tubuhnya, seperti hendak menggoda pun ada. Tapi sebelum dia goda aku, baik aku goda dia dahulu!
Nasib baik kau ni bakal majikan aku. Kalau tidak, dengan kau sekali aku kebas. Aku bermonolog dalam hati.

Berkenaan dengan tanggungan perbelanjaan, itu semua di uruskan oleh penaja. Saya merupakan salah seorang daripada pelajar tajaan waktu tu. Selain itu, ada juga dapat allowance dari ibubapa. Hidup saya waktu di London dahulu tak adalah mewah pun. Sederhana. Dan boleh dikatakan susah juga kerana nilai taraf hidup dan sara diri di sana agak tinggi dan jauh berbeza dengan di Malaysia.” Aku berkata jujur.
Tapi memang benar, sewaktu di London dahulu, taraf hidup mereka memang tinggi. Untuk aku yang datangnya dari keluarga yang susah ini, memang sengsara jugalah nak keep up dengan semuanya. Mujurlah ada rakan-rakan senegara yang jauh lebih tinggi kesenangan hidupnya yang sedia membantu. Aku bersyukur.
What about your social life? Any commitment?” Aku semakin bingung dengan soalan yang ditanya.
Yeah… Yeah... I’m a socialite. I got my side income from my flirtatious man, Tengku Fauzan Emerson. Tan Sri kenal? Mestilah kenal, kan? Siapa tak kenal The Emersons. Selain tu saya juga goda lelaki dan suka bersosial sana sini.
Jawab macam tu, boleh?
Huh! Sebal! Aku mendengus geram dalam hati.
Sabar Thia, sabar… Dugaan bekerja. Aku tarik nafas kemudian tersengih paksa. Ngee!
Well, I have no comment. I think it is too personal for me to share. I hope you don’t mind and hopefully it won’t affect my interview profile.” Aku menjawab soalan gaya seorang artis yang baru diterjah oleh Michelle Lee dari Melodi.
Fuhh… Interview could not be harder.
Haha. Bijaknya awak. Jawapan selamat ya, Thia?” Tan Sri berseloroh. Dapat aku dengar tawa kecil terbit dari bibirnya. Aku turut sama tertawa.
Baiklah… Based on your resume and education background, I’m sure that you got full package of what this company needs. And I think, I have no problem hiring you and putting you in that position.”
Sebelum tu, boleh saya tahu posisi apa sebenarnya Tan Sri?” Tanyaku polos. Senyuman aku ukirkan pada bibir. Muka penuh dengan tanda tanya.
Tan Sri diam tidak menjawab. Sebaliknya dia membelakangkan kerusinya sedikit. Kemudian dia berdiri. Kot di badan dibetulkan. Dia sengih tayang gigi. Rambutnya sedikit beruban tetapi tetap kemas bergel itu diperkemaskan menggunakan hujung jari.
Aku leka memerhati. Kacak! Boleh tahan kacak juga lelaki ini walaupun sudah berumur. Pujiku dalam hati.
Mesti anak dia lebih kacak, kan?
Ehem! Kamu berangan apa tu Thia? Haha.” Teguran Tan Sri Ridhwan mengembalikan aku ke dunia nyata. Marah padam mukaku apabila Tan Sri menegur aku sebegitu.
Dia perasan ke aku berangan tadi?
Anyway, congratulation Miss Lathia Emilia. You are now my new Managing Director for RASF Group Corporation. I’m looking forward to see your works.” Tangan dihulurkan kepadaku. Aku tergamam. Tercengang. Rasa macam hendak pitam.
Managing Director? Like seriously?
Baru first time kerja dah dapat jawatan tinggi?
Wow, I must be very damn lucky. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Hati tidak putus mengutuskan doa. Memanjat kesyukuran pada Ilahi.





Tuesday, 4 November 2014

Cerpen : Oh tidak! Suamiku Diva! 1

After a very long period, here I am. Writing again. Well, it's a new start for me. 
Hope you guys enjoy reading ;)
And as always, take the goods as a remembrance, and leave the bad as a lesson. 

New short story ; Cerpen ! :)

Do enjoy reading this part on with patience! 



Ada sesiapa boleh kongsi idea apa tajuk paling sesuai untuk cerpen ni?
Kongsi idea anda dan buktikan kreativiti mu! xD



“Ini bukan kisah aku. Tapi kisah dia. Dia yang tegar mencari jalan pulang.”

Aku dan dia. Sama tapi tak serupa. Pelik tapi benar. Unik tapi istimewa…
“Macam mana kau tahu nama aku?” tanya Luna. Muka polosnya kelihatan sungguh keliru dan takut.
“Sebab aku kenal kau, Luna.” Balas Redza. Senyuman penuh istimewa dihadiahkan buat Luna. The smile reserved only for Luna.

Luna Elena. Satu nama yang tidak pernah lekang dari bibir Redza Iskandar. Nama itu sering kali di sebut di dalam setiap doanya. Wajah itu yang sering kali muncul di dalam mimpinya. Istikarah cintanya hanya buat Luna Elena. Gadis yang ditunggu selama bertahun-tahun lamanya. 

Namun, dapatkah Luna menerima Redza seperti mana Redza dapat menerima Luna dan kisah silamnya? Sedarkah Luna akan hakikat hidupnya yang sebenarnya?

Siapa Luna Elena? Siapa Renee? Dan siapa Redza Iskandar? Apa sejarah mereka?
Luna mencari jawapan dan Redza merungkai fitrah hidupnya. 


*********************************************************************************

I HATE YOU!!!!!” teriak Luna. Kuat.
You do?” Wanita itu bertanya pada Luna. Wajahnya tenang memandang Luna yang sedang merenungnya dengan penuh kebencian. Bibirnya yang merah menyala itu senget mengukir senyuman sinis.
Evil look.
Yes, I always do. Kau nak apa dari aku? Kenapa kau selalu ganggu hidup aku? Kenapa?!!” jerkah Luna. Jari-jemari di genggam erat. Badannya menggigil.
“Hahaha!!!!” Seperti kerasukan, wanita berbaju merah jambu itu ketawa mengilai sekuat hati. Lantang dan menakutkan.
Tidak cukup dengan hilai tawa, wanita berbaju merah jambu itu mula berjalan setapak demi setapak mendekati Luna. Luna yang seakan kebingungan mula berundur ke belakang.
“Luna… Luna... Luna...” Wanita itu berhenti sejenak. Kepala diliuk-lentok ke kiri dan ke kanan. Leher di regangkan. Matanya tepat memanah anak mata Luna.
“Kau lupa pada aku, Luna? Bukankah dahulu aku ini kawan baik kau?” tanya wanita itu lagi. Luna mengerutkan dahinya. Keningnya bersambung. Membuatkan wajahnya kelihatan sungguh bengis dan menakutkan.
She look murderous.
“Luna… Cuba kau ingat balik. Dulu, akulah teman kau siang dan malam. Aku kawan kau. Kawan baik kau. Kita buat baik bersama. Buat jahat pun bersama.” Wanita itu kembali mendekati Luna lagi. Luna cuba menjauhkan diri. Dia berundur dan semakin berundur ke belakang.
Paaaaapppp!
Shitttt!” Luna memejamkan matanya. Geram di dalam hatinya bertambah.
Dinding.
“Macam mana nak lari ni?” Soal Luna menggerutu di dalam hati. Luna toleh ke kiri dan ke kanan. Tiada jalan keluar. Tiada pintu. Cuma dinding. Dinding kedap yang menyeramkan.
Luna menjumpai jalan buntu. Akhirnya dia tersandar pada dinding di belakangnya. Wanita berbaju merah jambu di depannya semakin berani melangkah mendekati. Selangkah demi selangkah. Kemudian dia berhenti betul-betul di hadapan Luna. Wajahnya sangat dekat dengan wajah Luna. Sehinggakan hembusan deras nafasnya turut dapat dirasai.  
“Kau lupa pada aku? Kau lupa, Luna?” Wanita itu masih bertanyakan soalan yang sama.
Luna menundukkan wajahnya sedikit. Cuba mengingati dan mencerna segala informasi yang di tuturkan oleh wanita berbaju merah jambu itu sedari tadi.
“Aku tak kenal kau. Kenapa kau suka ganggu hidup aku? Pergilah. Pergi!!” rayu Luna diakhiri dengan teriakan dan jeritan lantang menyuruh wanita itu pergi dari hidupnya.


 “PERGIIII!!!”          
“Ya Allah, Luna!” Matanya celik membulat. Renee bangun lintang-pukang apabila terdengar teriakan kuat hadir dari bilik Luna. Sepantas kilat dia berlari ke arah bilik Luna. Sampai sahaja dihadapan pintu bilik, tombol pintu dipulas pantas dan dia segera mendapatkan Luna yang sedang meracau-racau di atas katil.
            “Dia mimpi lagi.” Desis hati Renee.
            Dengan penuh berhati-hati, dia mengejutkan Luna yang sedang hanyut dibawa arus mimpi ngeri itu. Ini bukan kali pertama Renee berhadapan dengan situasi mencemaskan ini.
Terdetik juga dalam hatinya untuk berpindah bilik dan tidur berkongsi katil dengan Luna. Namun dia tahu, itu bukan satu idea yang baik memandangkan keadaan dirinya dan Luna yang sungguh berbeza.
            Mereka serupa tetapi berbeza.
“Luna… Bangun, sayang.” Kepala Luna dipangkunya. Perlahan-lahan pipi gadis itu diusap lembut dengan penuh kasih. Tetapi Luna masih meracau dan tidak sedarkan diri.
Oh my poor Luna…
            Renee mencuba lagi sehingga beberapa kali, “Luna, please wake up. You had a bad dream again… Wake up please, my dear Luna.” Bisiknya lembut di telinga kiri Luna. Kepala Luna masih elok di pangkunya.
           
Terasa seperti ada suara yang memanggil. Luna cuba mencari dari mana arahnya suara itu hadir. Tetapi dia tidak mampu. Dia tidak larat. Renungan tajam wanita berbaju merah jambu di hadapannya membuatkan dia tidak mampu untuk melawan sungguhpun dia tahu yang dia lebih daripada mampu. Kekuatannya luar biasa.
            “Luna… Please bangun…” Sekali lagi suara itu menyeru namanya. Merayu.

            Melihatkan keadaan Luna yang masih tidak sedarkan diri dan meracau itu, Renee segera mengangkat kepala Luna dengan berhati-hati daripada pangkuannya dan di letakkan kembali kepala gadis itu ke atas bantal dengan elok. Kemudian, Renee bangun menyusun langkah menuju ke kamar mandi untuk mengambil secawan air untuk direnjiskan ke muka Luna.

            Basah.
Air renjisan Renee itu membasahi hampir keseluruhan wajahnya.
            Sejuk yang mencengkam dan ditambah pula dengan kedinginan penghawa dingin akhirnya menyedarkan Luna dari mimpi ngerinya.
            Luna membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya meramas kuat jari-jemari panjang Renee yang sedang mengusap-usap ubun-ubunnya.
“Renee…” Panggilnya perlahan.
            Hati Renee berasa lega. “Alhamdulillah…” Lafaznya dalam hati. Bersyukur ke hadrat Ilahi.
            “Yes, Luna.” Senyuman manis di hadiahkan buat Luna.
            “Renee, aku mimpi lagi. Aku mimpi perempuan tu lagi.” Jelas Luna dengan muka yang basah dengan campuran peluh dan air renjisan.
            “Dia cakap apa dekat kau?” Tanya Renee dalam nada yang tenang. Cuba memahami keadaan Luna.
            “She said, I am her and she is me. And she also said that I and she used to be best friends.” Jelas Luna dengan bersungguh-sungguh. Tangan Renee di tariknya dan di bawa ke dalam dakapan.
            “She said we did good things and had done bad things together. Cara dia cakap tu macam kami dah kenal lama. Sangat lama.”
“Dengan reaksi muka dia yang… Ya Allah… Tak dapat aku nak gambarkan Renee.” Tambah Luna lagi. Matanya bulat merenung anak mata Renee yang cantik itu. Walaupun dalam samar cahaya lampu tidur, Renee tetap kelihatan cantik pada pandangan mata Luna. Gadis itu memang cantik.
            Renee telan liur. Perkara yang paling dia takutkan bakal berlaku nampaknya. Segala yang cuba dielakkan ,nampaknya semakin hari semakin menjadi-jadi dan membahayakan.
            “Kau ada tanya nama dia siapa, Luna? Dia tinggal mana? Macam mana dia kenal kau dan kenapa dia selalu ada dalam mimpi kau?” Renee cuba memprovokasi fikiran Luna dalam diam.
            Luna geleng kepala. “Tak Renee, aku tak tanya.” Renee mengeluh lembut. Akhirnya dua orang sahabat baik itu masing-masing terdiam.

Renee dan Luna merupakan sahabat baik. Mereka berkenalan hampir empat tahun yang lalu. Sepanjang Luna tinggal bersama Renee, Reneelah yang banyak membantu Luna dan menguruskan hampir kesemua perkara berkaitan Luna. Termasuklah menanggung makan dan minum serta memberi tempat tinggal yang selesa buat Luna. Tidak pernah sekali pun dia mengungkitnya.
Wang bukanlah satu masalah buat Renee memandangkan dia mempunyai kerjayanya sendiri. Kerjaya yang sangat sesuai dengan sifatnya yang suka membantu orang lain itu.
Setelah sekian lama berdiam, Renee kembali bersuara. “Luna… Kita jumpa doktor nak tak? Kita buat check up? Please…” Pujuk Renee. Mencuba sedaya-upayanya. Namun hampa apabila cadangannya hanya dibalas dengan gelengan.
Itulah Luna. Apabila diajak berjumpa dengan doctor, dia tidak mahu. Dia menolak sekeras-kerasnya. Renee sebagai seorang yang sangat memahami, tidak mahu memaksa atau bercakap lebih. Dia tahu itu bakal mengganggu emosi dan proses pemulihan Luna.
Semenjak pertama kali Luna menjejakkan kaki ke dalam rumah Renee, dunianya berubah. Dia merasa bebas dan tiada yang dapat mengongkong atau mengarahnya lagi seperti dahulu.
            Apabila bersama Renee, Luna memperolehi semangat yang luar biasa. Semangat yang baru. Renee bijak mengambil hatinya dan membuat dia tenang. Itu sedikit sebanyak dapat membantu Luna untuk mengawal dirinya.
Tetapi bagi Renee, sejauh manapun Luna yakin yang dirinya semakin sembuh, Renee tetap pasti yang gadis itu masih memerlukan bantuan daripada mereka yang arif. Dia akan berikhtiar sehabis mungkin untuk mengubati Luna. Dan Luna juga perlu berikhtiar untuk mencari penawar buat dirinya.
Di dalam Islam itu sendiri ada menyuruh setiap hamba-Nya yang ditimpa ujian dalam bentuk penyakit agar sentiasa berikthiar untuk mencari ubat penyembuh. Sesungguhnya setiap jenis penyakit yang menimpa seseorang itu adalah ujian daripada Allah S.W.T. Itu juga merupakan bukti ataupun tanda yang juga dikenali sebagai buah tangan dan hadiah daripada Tuhan Yang Maha Esa sebagai tanda yang Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya.
Ujian, cubaan, dugaan mahupun bala yang Allah turunkan kepada hamba-Nya, disebalik semua itu ada tersirat dan tersurat tujuan dan hikmah yang tersendiri. Dan tiada kuasa yang dapat menduga atau menyoal kuasa Allah. Perancangan Allah buat hamba-Nya sangat sempurna kerana Dialah sebaik-baik perancang.
Ujian dan dugaan bertujuan untuk membersihkan hati setiap orang mukmin yang sejati. Dan itulah yang membezakan diantara orang munafik dan orang beriman. Juga pembeza diantara seorang Muslim dan kafir.
Dengan ujian dan dugaan yang diberi, ianya dapat menghapuskan dosa setiap hamba. Dosa ini terhapus dengan adanya sifat bersabar dan sentiasa redha dengan apa yang telah Allah turunkan. Bersabar itu merupakan salah satu tanda ketaatan dan keimanan seseorang insan terhadap Sang Pencipta.
 Selain itu, ianya turut dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Juga membentuk nilai-nilai murni yang baik dalam diri setiap hamba.  
Seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah S.W.T segala perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya."


*********************************************************************************

            “La la la la la…La la la la la…” Lagu nyanyian Shakira berkumandang. Renee bernyanyi riang di ruang makan sambil tangan cekap menyediakan sarapan pagi buat Luna.
            “Amboi, bahagia nampak anak dara sekor ni? Apa kes? Dapat boypreeeengg baru ke, Cik Kak?  Hehehe.” Tegur Luna yang baru keluar dari bilik tidurnya sambil ketawa mengekek.
            Renee terdiam mendengar kenyataan Luna tadi. Gulp!
            “Nyanyi pun salah? Macamlah tak biasa dengar aku nyanyi kan kau, nokkk!” Bidas Renee dengan tangan sebelah bercekak pinggang dan sebelah lagi memegang pisau sapuan roti.
            “Ala, kau tu selalunya kalau siap menyanyi bagai. Mestilah ada benda yang istimewa berlaku. Tak dapat pakwe baru, dapat gaji extra. Takda yang lainlah. Itu je yang ada, nyah.”
            Renee menjeling ke arah Luna. Luna angkat kening. Roti di atas pinggan di sambarnya dan di kunyah penuh selera.
            Hmm… Wheat bread with Nutella and creamy spread. Yummy!

            Sedang mereka seronok menjamu selera, tiba-tiba Luna terhidu sesuatu yang aneh datang dari arah dapur rumah. Dia memberi isyarat bahu pada Renee. Bagaikan tahu apa yang dimaksudkan oleh Luna, Renee menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Tetapi bau itu semakin menebal dan menusuk hidung. Masing-masing tidak mahu menjenguk keadaan di dapur. Akhirnya Luna mengalah. Roti di tangan di letakkan semula ke atas pinggan. Dia berjalan masuk ke dapur.
            “Ya Allah Ya Tuhanku, Reneeeeee!!!” Jeritnya sekuat hati.
            Renee tersentak. Dia pantas berlari mendapatkan Luna. “Apasal?” Soalnya polos. Dadanya mencungap. Dipandangnya Luna dari atas ke bawah. Tidak berkedip.
            “Woi, kau nak suruh kita mati rentung ke???!” Amuk Luna dengan jari menuding ke arah seloyang kek yang telah rentung di atas kitchen bar.
            Renee menoleh. “Astaghfirullahalazim. Aku lupa lah, nokkkk!!” Dia tepuk dahi. Muka minta kesian dilayangkan. Meminta keampunan dari Luna yang sudah merah padam mukanya. Marah.
            “Sabar Luna, Sabar. Aku takut. Tolong jangan mengamuk.” Bisik hati kecil Renee.
            “Lupa lupa. Apa je yang kau tak lupa, wehh??” Luna bertanya kasar.
Memang gangster awek sekor ni! Kalah Kak Yong!
Renee ketap bibir. Bibir bawahnya di gigit kuat. Nasib saja tidak berdarah. Takut benar dia melihat keadaan Luna yang sedang amuk itu. Dia takut sekiranya sesuatu yang teruk berlaku.
            Melihat perilaku Renee yang sedang berdiri dalam keadaan menggigit bibir itu membuatkan Luna terkesima seketika.
Ermm. Sexy…” Getus hati kecil Luna dalam diam. Ada getaran dalam hatinya. Nalurinya seakan berkecamuk. Bercampur aduk. Nafsunya seperti diuji.  
            Sedang Luna terkesima dengan perbuatan Renee. Renee pula terpana dengan seraut wajah polos dengan mata bulat yang terpamer indah di depan kanta matanya. Kedua bola mata Renee tekun merenung mata bulat milik Luna. Tanpa sedar, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
Masing-masing ibarat terpukau dengan kecantikan satu sama lain.
Ouchhh!”  Tiba-tiba Luna mengaduh.
            Renee tersentak. Mulai panik. “Kenapa Luna? Kau okay ke?” Matanya membuntang. Dia menggelabah. Dipegangnya kedua belah bahu Luna dengan mata tidak lekang dari memeriksa setiap inci tubuh gadis itu.
            Luna mengangkat jari telunjuknya sehingga ke paras mata Renee yang ternyata jauh lebih tinggi darinya. “Jari aku terkena baking tray. Sakit. Panas.”  Luna cembeng. Bibirnya muncung sedepa.
            Renee geleng kepala beberapa kali. Dia mendengus. “Hmmm. Ingatkan apa tadi. Meh sini jari tu.” Pinta Renee. Luna menghulurkan jarinya.
            Renee memegang lembut jari tersebut dan dibawanya ke bibir. Perlahan-lahan diciumnya jari telunjuk gadis comel di hadapannya itu.
            Luna pelik. Hatinya berdegup semakin kencang. Ada sesuatu yang tidak kena. Tapi dia tidak mampu untuk bersuara. Bagaikan kaku. Terpukau lagi dengan perilaku Renee.
            “Kenapa dengan aku ni?” tanya Luna pada dirinya sendiri.
            Lama Renee mencium jari telunjuk Luna itu sehinggakan dia tidak sedar yang sedari tadi Luna memerhatikannya. Dalam tidak sedar, Renee sebenarnya berasa tenang.
            “Ehem ehem.” Luna berdehem. Mengejutkan Renee dari lamunannya.
Lamunan terhenti!
Renee tersentak. Baru dia sedar yang jari Luna masih melekat di bibirnya. Jemari gadis itu masih kemas di dalam genggamannya. Segera tangan Luna di lepaskan dari genggamannya.
            “Alright… This is beyond awkward.” Luah Luna. Ralat dan pelik.
            “Errrkkk… Yeah…” Renee bersetuju. Kepala di angguk dengan muka yang memerah. Blushing, maybe.
            “Aku nak mandi!” Kata Luna pantas. Dia segera berpaling dan menuju ke kamar mandi di dalam bilik tidurnya.  Kakinya laju melangkah. Renee pula masih terpinga-pinga seorang diri.

Wahai Tuhan, cinta apakah ini? Kenapa begini yang terjadi? Perasaan aneh apakah ini? Rasanya pelik tetapi menyenangkan. Aku tenteram.
Aku dan dia sama. Serupa. Tapi getaran itu. Getaran jiwa itu. Dari mana hadirnya ia?
Luna dan Renee masing-masing mempersoalkan perkara yang sama. Masing-masing buntu dengan perasaan masing-masing.
Tapi pada Luna, ada satu saja persoalannya saat ini.
Songsangkah aku?