Monday, 30 December 2013

Let's open our eyes


Look around yourselves
Can’t you see this wonder spread in front of you ?

The clouds floating by, the skies are clear and blue, planets in the orbits, the moon and the sun. 
Is not this such a perfect harmony ?

Let’s start question in ourselves
Is not this proof enough for us ?
Or are we so blind to push it all aside ?

We just have to open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
Guide us every single day
Dear Allah, keep us close to You until the end of time

Now look inside yourselves
Is not us in such a perfect order?
Everything is hiding in yourselves and its running in your veins
What about anger love and pain, and all the things you’re feeling?
Can you touch them with your hand?
So, are they really there?

When a baby is born
They're so helpless and weak
And you’re watching them growing
So why deny what's in front of your eyes?
Don't you think that's the biggest miracle of life?

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Rabb, we raise our hands and forever we thank You..
ALHAMDULILLAH
:)

P/S : This is Maher Zain's song, Open Your Eyes. Love this song very much. Never get bored of it. I keep listening to it everyday :) 


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Surah At Tin , ayat 5)

"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk yang hidup semula pada hari kiamat, maka perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia kerana sebenarnya Kami telah
menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan. Kami jadikan secara yang demikian kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu tentang kekuasaan Kami dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim ibu yang mengandung itu apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya. Kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak, kemudian kamu dipelihara hingga sampai ke peringkat umur dewasa. Dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan semasa kecil atau semasa dewasa dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan ingatlah satu bukti lagi, engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh, dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai." (Surah Al-Hajj , ayat 5)



Saya bukan seorang yang sempurna. Masih belajar mengenal diri sendiri sebab untuk mengenal Allah, ianya perlu bermula dengan mengenali diri sendiri. Kenali diri dari segi rohaniah bukan lahiriah. Sebab manusia tidak terdiri dari segi zahir sahaja. 
Berdiri depan cermin, dan tanya pada diri sendiri.
Adakah anda kenal siapa diri anda yang sebenarnya?



Saturday, 28 December 2013

Bab 3 : Le' Charmer

Assalamualaikum readers :)
Terima kasih atas kebaikan dan kesudian anda meluangkan masa membaca hasil nukilan saya yang tak seberapa ni ;)

Lots of love from His slave,
AC 

p/s : Thanks for your request +Amirah Hidayah ;) 

"Fuhh.. Sejuk siot.." Tuala di badan aku ketatkan. Bibirku menggigil akibat kesejukan. Pintu bilik aku kunci rapat dari dalam. Langkah aku susun menghampiri meja kecil yang terletak bersebelahan dengan katilku. Alat kawalan jauh penghawa dingin aku keluarkan dari dalam dada laci meja tersebut. Suhu penghawa dingin direndahkan. Tak betah rasanya untuk aku duduk dalam keadaan sejuk-sejuk sebegini. Terasa sengal-sengal habis satu badan. Kemudian, aku berjalan pula menuju ke set meja solek berkonsepkan kontemporari moden bersebelahan dengan wardrobe.
Masa mula-mula masuk rumah ni dulu. Memang aku dah aim dulu dah bilik ni sebab susun aturnya yang ringkas dan banyak ruang. Aku boleh bergerak dengan bebas. Nak main guling-guling dekat tengah-tengah ruangan bilik yang berlapikkan karpet berbulu nipis ni pun boleh.
Macam cerita Hindustan pulak dah! Hahaha.
Aku memang penggemar sesuatu yang berkonsepkan kontemporari. Jadi sebab itulah Zahra memberikan bilik ini kepadaku. For me, simple is elegant. Very much sophisticated, just like me…
Secara asasnya, kondominium yang aku diami selama sudah hampir 5 tahun ini adalah kepunyaan Zahra. Kondominium ini sah menjadi milik Zahra pada hari jadinya yang ke-22. Papanya, Dato' Haslam yang menghadiahkan kondominium ini kerana waktu itu kami sedang melanjutkan pelajaran tahun kedua di peringkat Degree. Sewaktu kami sama-sama masih lagi menuntut di universiti dahulu, perkhidmatan hostel memang terhad. Hostel yang ada semuanya dikhususkan untuk pelajar-pelajar freshie tahun pertama sahaja. Senior macam aku, Zahra dan Sophea dihalaunya keluar. Jadi, memang takda tempat tinggal melainkan kami menyewa. Nak menyewa bukan satu masalah tapi masalahnya sekarang, nak cari rumah itu yang susah.
Jadi, Zahra mengambil tindakan bijak dengan mengusulkan isu ketiadaan hostel kepada papanya. Jangan tidak tahu. Cik Zahra ini memang sangat berbakat dalam bidang lakonan. Tidak aku hairan sekiranya papanya sendiri boleh termakan dengan pujuk rayunya itu. Jika tidak, masakan classmates kami menggelarnya Drama Queen jika dia tidak pandai berdrama?
Kalau nak diikutkan,  Zahra dulu  request nak rumah biasa-biasa saja. Tapi papa dia hadiahkan suite pula. Advance babe, advance!
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi kecil berkusyen baldu di hadapan meja solek. Dalam keadaan menopang dagu, kedua-dua belah tanganku menoleh-noleh pipiku ke kiri dan ke kanan untuk membolehkan aku membelek wajahku yang sedikit pucat ini.
Pelembap muka daripada produk berjenama Garnier yang tersusun elok di atas meja solek aku capai sebelum penutupnya aku buka dengan cermat. Kemudian aku tuangkan sedikit pelembap tersebut ke atas facial cotton sebelum menyapunya ke serata muka dengan lembut.

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi…

I’m at the parking lot basement 2.

                What?! What is he doing here? Aku terkejut tatkala membaca pesanan WeChat yang baru aku terima daripada Tengku Fauzan Emerson itu.

                You buat apa dekat situ? Tunggu siapa?

                WeChat yang diterima daripada Fauzan itu aku balas dengan segera. Dalam otakligat berfikir gerangan apakah yang membawa Tengku Fauzan itu sampai ke mari. Ada hal mustahak ke sampai dia perlu ke sini?
Beberapa saat kemudian. Satu lagi pesanan WeChat aku terima. Masih dari pengirim yang sama.

                I tunggu you lah. Nak tunggu siapa lagi? Hurry up Thia. I give you 15 minutes to get dress up.

            Belum sempat aku membalas. Satu lagi pesanan WeChat aku terima.

                Okay correction. 30 minutes. Maximum! Now get your ass up! Hurry up!

                Eh dia nak jumpa aku? Pelik. Bermacam-macam persoalan bermain di minda. Apa hal pula mamat ni nak jumpa aku? Nak marah pasal malam tadi ke? Ke sebab nak complaint yang dia sakit belakang sebab kena 'angkut' aku sampai ke bilik? Rasanya takda lah berat mana aku ni. Kan?

                Okay wait. I'll be there in 30 minutes. Minimum!

                Aku membalas pesanan WeChat Tengku Fauzan terlebih dahulu sebelum dengan segera pergi bersiap. Mujur saja aku baru lepas mandi dan ingin bersiap selepas selesai berborak dengan Zahra tadi. Kalau tidak, mahu berjanggut tuan putera seorang itu nak menunggu aku bersiap. Kesian pula dekat dia nanti. Tak pasal-pasal boleh tertidur dalam kereta. Tengku Fauzan Emerson memang sudah sedia maklum tentang tabiatku yang suka mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap ini.

"Hey darling… You look very beautiful, Thia." katanya saat melihat aku terjengol di muka pintu kereta. Pintu kereta Roll Royce itu aku buka besar sebelum melompat masuk ke dalam kereta.
Hari-hari bertukar kereta mamat ni. Semalam Ferrari, hari ni Roll Royce. Dan esok? Mungkin Koenigsegg pula. Aku jugalah yang masih setia bersama keretaku yang harganya hanya mampu membeli sebiji tayar Ferrari saja.
                "Nahh… Jemu dah dengar pujian tak ikhlas you tu Fauzan..." Aku mencebik. Bibir sengaja aku juihkan. Mengundang tawa Fauzan.  
                "Hahaha. I ikhlaslah Thia. Tak baik tahu cakap macam tu. Kecil hati I yang suci dan bersih ini. Ouch!" Fauzan menggedikkan suaranya. Dikecilkan sedikit suaranya bersama tangan yang sengaja diliuk-lentokkan ala-ala seorang penari eksotik. Geli hati pula aku melihatnya.
"Oh Lord! Come on Fauzan, you seriously don't need to do that. Creepy!" Aku memberi Fauzan pandangan ‘I can’t believe you just do that’ bersama bahu yang sengaja aku jongketkan dan kening yang terangkat sedikit.
                "Eleh.. Sekali-sekala.. Who cares?"
                "I do!" balasku pantas. Mata kujegilkan ke arahnya. Berdekah-dekah Fauzan ketawa.
"So where do we up to? Coffee house?"
                "Yup! Ben's." Fauzan senyum. Matanya memfokus pada jalan raya di hadapan. Dia menggunakan laluan tengah. Tiba di satu simpang, Fauzan membelokkan kereta ke kiri. Memasuki susur jalan menuju ke Hartamas Height .
            Aku melemparkan pandangan ke luar kenderaan sebelum berpaling menghadap Fauzan yang tampak sangat bergaya bersama kaca mata hitam Ray Ban-nya.
            “You yang hantar I sampai ke bilik malam tadi?” Lambat-lambat aku bertanya.
Fauzan senyum. “Yup. Kenapa? Tak boleh?”
“Takdalah. Pelik. Boleh pula Zahra tu izinkan you masuk sampai ke dalam bilik.” Aku mengerutkan dahiku. Fauzan ketawa kecil.
Kenapa dia ketawa? Aku ada cakap sesuatu yang kelakar ke? Pelik betullah dia ni.
Fauzan menjeling sekilas ke arahku sebelum matanya kembali fokus pada pemanduan. “Oh, I call dia dulu. Waktu tu I kejutkan you, tapi you tak bangun-bangun. So I decide untuk dukung you.” katanya tenang.
“Dukung I? Hello, I boleh jalan sendirilah.” Lengannya aku cubit. Berdecit lelaki berkemeja lengan panjang berwarna navy blue itu.
“Jalan sendiri? Haha. So funny. I kejut you banyak kali pun you tak bangun Thia. Inikan pula nak jalan sendiri. Lagi pun I tengok you tidur lena sangat. Like a baby. Perhaps, a sleeping beauty.”
Aku ketawa. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya aku apabila Fauzan terpaksa mendukungku. Bersama muka yang sudah kemerahan, aku berterima kasih kepada Fauzan. “Haha. Macam-macamlah you ni. Anyway, thank you.”
No problem baby.” Fauzan menoleh ke arahku. Daguku dicuit manja. Terkekek-kekek aku ketawa.
Apabila tawaku sudah mulai reda, Fauzan kembali bersuara. “Thia, can I ask you something?” Serius wajahnya bertanya. Tiada lagi sengihan seperti tadi. Yang ada hanyalah Fauzan yang sedang memandu bersama rahang yang berdenyut-denyut. Seperti menahan marah. Ataupun menahan emosinya daripada menguasai diri.
Hurm. What is it Fauzan?” Soalannnya aku jawab dengan soalan juga.
Last night waktu I hantar you sampai ke bilik tu…” Dia berhenti sampai di situ. Ayat tersebut dibiarkan tergantung sebelum dia menyambungnya kembali.
“Waktu I nak keluar dari bilik you, I saw a picture of you with a guy. Damn good looking handsome man. Well-dressed. Who is he, Thia?”
Sepantas kilat aku berpaling. Terbeliak kedua-dua bola mataku mendengar kenyataan yang baru meluncur laju dari mulut lelaki di sebelahku ini. “You selongkar bilik I, Fauzan?!” Naik satu oktaf nada suaraku. Tiba-tiba aku naik hantu.
Arghhh! I hate this.
Fauzan kelihatan tersentak dengan perubahan pada oktaf suaraku itu. Segera dia memperlahankan pemanduannya dan menoleh ke arahku. Bahuku cuba di usapnya namun pantas aku tepis sekuat hati. Bersama dada yang berombak-ombak menahan marah aku mencerlung tajam ke arahnya.
Siapa sangka orang setenang aku boleh berubah menjadi seekor naga betina dalam sekelip mata?
Tersedar akan cerlungan aku itu, Fauzan mula bersuara untuk meredakan ketegangan di antara kami.  “Hey chill baby chill. I tak selongkar. I nampak gambar tu terselit dekat celah cermin meja solek you.” jelasnya dengan suara yang terketar-ketar.
Aku berpaling kasar. Pandangan aku lemparkan ke luar kenderaan. Penjelasannya tidak aku endahkan. Melihatkan aku yang sedang membisu tanpa sebarang suara ini, Fauzan bersuara lagi. Masih mencuba untuk menjelaskan perkara sebenar.
Trust me, Thia. I tak selongkar privacy you. I was wondering and still wondering until now if could that man in your photo be your boyfriend?” Nada suaranya berubah. Aku mendengus geram. Jari-jemari aku genggam sekuat hati.
Rasa macam nak cekik orang!
That’s none of your business.” sangalku tegas. Gigi aku ketap dengan kuat. Urat-urat hijau di dahiku mula kelihatan.
Aghhh! Kenapa dengan kau ni Thia? Angin semacam je? Ishhh. Aku memarahi diriku sendiri apabila tersedar yang aku sudah jauh hanyut dibuai amarah.
Thia, you can count on me. Always! Kalau you nak share apa-apa, you can share it with me.”
It was nothing to be shared with, Fauzan.” marahku. Cermin mata hitam di dalam beg tangan aku ambil dan sarungkan ke wajah.
Fauzan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “But…”
Fauzan, enough is enough, okay? Let’s not talk about this again. Can we?” pintaku. Aku cuba mengawal nada suaraku supaya kembali normal. Emosi juga aku tahan daripada terusan menguasai diri dan meledak. Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku benci berbicara mengenai perkara ini. Selama ini tiada siapa yang tahu kewujudan gambar itu. Bahkan, keluarga aku mahupun Sophea dan Zahra sendiri tidak pernah tahu mengenainya.
Okay baby. As you wish…
Thanks.” Mata aku pejamkan. Penat. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya sepuluh minit terasa seperti 10 jam!
I hate this situation. It kills me!



*********************************************************************************


7.30 pm.

           
Itulah waktu yang tertera pada jam elektronik di dinding bilikku kini. Ahh, aku dah lambat! Aku sepatutnya bertolak dari rumah pada pukul 7.00 malam lagi kerana jarak di antara kondominium yang aku diami ini agak jauh dengan Hotel Mandarin Oriental. Itu tidak termasuk dengan kesesakan lalu lintas yang perlu aku tempuh lagi.
Padan muka kau Thia. Berborak sangat sampai tak ingat dunia. Kan dah lambat. Aku mengutuk diriku sendiri.
Inilah padahnya apabila terlalu leka berbual dengan Fauzan sampaikan aku tidak sedar yang jam sudah pun menginjak ke jam 6.30 petang. Habisnya, kelam-kabutlah aku menyuruh Fauzan menghantarku pulang semula ke kondominiumku yang tidak berapa jauh jaraknya dari coffee house yang kami berdua melepak tadi. Hampir kurang 10 minit sahaja jangka masanya.
Dalam kepala aku mencongak-congak dan memikirkan jalan terpantas untuk aku sampai ke destinasi tepat pada waktunya. Perasaan rungsing yang bermukim sangat mengganggu fikiranku saat ini. Aku takut jika aku tidak sempat untuk sampai awal daripada waktu yang telah dijanjikan. Aku sangat punctual apabila berurusan dengan masa. Pada aku, ketepatan masa itu penting. Ianya menunjukkan kredibiliti dan kesungguhan seseorang dalam menjalankan tugasan dan tanggungjawabnya. Dan apabila lambat sebegini, ya, sudah tentu aku cuak!
I’m a dead meat!
Apalah tanggapan Dato’ Mauri jika aku sampai lambat dari waktu yang telah dijanjikan. Aku mengeluh lagi buat kali yang ke berapa entah. Terlalu banyak mengeluh sampai tak terkira bilangannya.  
Sebelum beredar keluar, aku sempat menilik penampilan diri buat kali terakhir. Semuanya tampak sempurna sahaja. Di cermin panjang terpapar imej diriku yang tinggi lampai dan ditambah pula dengan kasut tinggi berjenama Charles & Keith yang bakal aku sarungkan nanti. Makin tinggilah jadinya apabila aku yang berketinggian 180 cm ini memakai kasut tinggi setinggi 5 cm itu.
Aku memilih untuk memakai sesuatu yang ringkas. Jadi, pakaian untuk makan malam bersama Dato’ Mauri pada malam ini hanyalah kemeja berlengan panjang jenis kain sutera berwarna coklat cair yang dipadankan bersama seluar jeans berpotongan rugged skinny berwarna hitam. Rambut aku biarkan lepas. Solekan pun tiada yang begitu ketara. Aku mengenakan solekan tipis sahaja. Gincu bibir berwarna nude dan lipgloss dalam rona warna yang sama. Tiada sebarang solekan dikenakan pada bahagian mata. Cukuplah sekadar di bibir sahaja.
Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, barulah aku melangkah keluar menuju ke ruang tamu. Di situ, terdapat Sophea yang baru sahaja balik daripada berjumpa dengan keluarganya. Sophea tekun menonton televisyen sehinggakan gadis petite itu tidak sedar akan kehadiranku.
"Sophea, I nak keluar kejap. Don't wait for me yaa. I ada dinner tonight.” Aku bersuara apabila Sophea masih lagi tidak perasan akan keberadaanku disebelahnya.
Aku berdeham. “Ehem ehem!”
Masih tiada respon.
“Sophea, I nak keluar ni.” Sekali lagi aku bersuara.
Masih tiada respon juga.
Haihh. Dah kenapa dia ni? Dua kali aku ulang masih tak toleh-toleh lagi.
Aku membasahkan tekak sebelum sekali lagi bersuara buat kali ketiga. Kali ini, bahu Sophea aku tepuk kuat.
“Sophea, I nak keluar!” jerkahku. Naik satu oktaf nada suaraku.
Sophea kelihatan tersentak dengan jerkahanku. Mata aku kenyitkan. Sophea memandangku dengan mata yang terkebil-kebil. Nampak gayanya, Sophea memang sedang mengelamun. Jika tidak, masakan dia boleh tersentak sampai sebegitu sekali. Kehadiranku disebelahnya juga tidak disedari. Berkali aku perlu ulang benda yang sama pula tu. Dia ada masalah besarkah? Jarang sekali aku melihat sahabat baikku yang sudah aku anggap seperti kakak kandungku ini mengelamun sampai macam itu sekali. Jasad dan rohnya seperti terpisah jauh.
Dengan muka yang jelas masih blur, Sophea bertanya, "Haaa? Dinner? With who?"
Aku garu kepala. "With someone.. Err.. Dato’ Mauri if I'm not mistaken. Don't worry. I'll take care of myself. Promise!" Tangan belah kanan aku angkat gaya ingin melafazkan ikrar. Pipi Sophea aku cium pantas sebelum kaki berjalan laju menuju ke pintu utama.
"Yeahh... Take care, baby... Do not be too late... If not I’ll lodge a police report say that you went missing for days..." pesan Sophea bersama tawa kecil sambil kaki mengekori aku sampai ke pintu gril. Pintu gril dibukakan untukku.
Almari kasut aku buka untuk mengambil sepasang kasut tinggi berjenama Charles & Keith yang masih tersimpan elok di dalam kotak kasut. Kasut aku sarungkan ke kaki sebelum menutup semula pintu gril dari arah luar. Sophea yang bersandar pada dinding bertentangan dengan almari kasut memerhatikan gerak geriku.
"Alright, babe! See ya later!" Aku melambai ke arah Sophea. Sophea membalas lambaianku bersama sebuah senyuman manis.
Oh aku tahu kau tak ikhlas untuk senyum tadi Sophea. Aku kenal kau. Kenal sangat. Dan aku pasti ada sesuatu yang berat sedang mengganggu fikiran kau saat ini. Tidak mengapa. Perkara itu akan aku siasat nanti.

Thursday, 19 December 2013

Trashy Talk from the Author

Assalamualaikum w.b.t everyone and hi!

I'm Andrea. You can call me Andrea or maybe Drea. Haha. Honestly saya masih baru dalam dunia penulisan ni. Saya create novel bersiri ni pun sebab ini salah satu minat saya. Saya suka membaca dan berkongsi ilmu. Cerita saya ni memang saya reka tanpa sebarang perancangan rapi. Jadi sebarang kekurangan harap di maafkan.

Saya memang harapkan feedback dan comment yang positif serta membangunkan daripada readers.
(Lol. Ayat poyo macam ajet ajet retis je gua ni. Haha) Okay okay. Don't worry. Saya tak makan manusia jadi sebarang pendapat saya akan terima dengan hati dan minda terbuka. Cuma saya harapkan readers faham apa yang cuba saya sampaikan dalam cerita ni ;))






XoXo,
AC

Wednesday, 18 December 2013

Bab 2 : Le' Charmer

"Thia.. Wake up darling.. We're home.." Sayup-sayup kedengaran suara seseorang mengejutkanku daripada tidur. Aku kenal suara ini. Namun mataku sangat berat untuk dibuka saat ini. Aku sangat penat.
"Hey Thia.. Bangunlah.. Kita dah sampai ni.. Takkan nak tidur dekat dalam kereta ni.. Hurmm.." Suara itu bergema lagi di gegendang telingaku. Terasa seperti ada seseorang sedang mengusap-usap lembut ubun-ubunku. Aku hiraukan. Malas nak layan. Apa yang aku mahu sekarang ini hanyalah tidur!
I desperately need my beauty sleep!


KRINGGGGGGGGG!

"Ahhhhh! Kebakaran!" Aku jerit dengan sekuat hati lalu bingkas bangun dari tidur. Selimut dan bantal aku lempar ke tepi. Dengan lintang-pukang aku terus berlari keluar dari bilik tidur.
 "Kebakaran kebakaran! Tolong tolong!" Penuh kalut aku menjerit meminta tolong. Riuh rendah satu rumah. Baju tidur bercorak kotak-kotak di badan aku ramas kasar. Otak terasa buntu. Dah gaya lipas kudung pun ada juga.
Dalam kepala otak aku saat ini hanya ada satu perkara sahaja, iaitu siapa yang nak selamatkan aku daripada mati rentung terbakar?
Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini, Ya Rabbi. Aku berdoa dalam hati.
Lumrah manusia yang jahil macam aku. Bila susah baru nak ingat Tuhan. Astaghfirullahalazim…
"Woi! Apa yang terbakar? Rumah siapa yang terbakar?" herdik Zahra. Aku yang tersentak dengan herdikan itu terus tergamam. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku memandang Zahra dengan mata terkebil-kebil. Zahra membalas renunganku dengan menjongketkan kening dan bahunya.
"You kenapa ni Thia? Dah gila? Atau sawan? Ke dah sampai ‘seru’ ?" tanya Zahra lagi. Aku masih membisu.
Seru yang Zahra maksudkan itu adalah mati! Fuhh, cabul betul mulut minah ni tau. Minta di jauhkan. Tapi kalau dah ajal, aku redha.
Okay jangan nak redha sangat, Thia. Kau tu banyak dosa. Aku mengutuk diri sendiri.
Eh tapi betul ke takda kebakaran? Ke aku yang mengigau ni? Alahai malunya. Hehehe. Geli hati pula aku rasa. Suka benar mengigau aku ni haa. Hahaha.

"Takda lah. Tadi I dengar bunyi macam loceng kebakaran je. Tu yang kelam-kabut I bangun. Habis tunggang-langgang katil I. Sorry. Hehehe." Aku sengih. Sengih kambing orang tua-tua panggil.
Zahra menghampiriku bersama secawan kopi panas di tangan. Kopi dihulur kepadaku sebelum dia menghempaskan badannya di atas sofa empuk berwarna magenta di hadapanku ini.
"Nah. Minum ni. Haihh. Itu bukan loceng kebakaran. Tapi itukan bunyi phone alarm you. Dah lupa ke? Bunyi alarm macam nak kejutkan bomba. Phone mahal, tapi ringtone kuno." sempat lagi Zahra mengutuk aku. Aku mencebikkan bibir tanda protes. Ada ke patut dia kutuk ringtone aku? Sampai hati kau Zahra! Touching! Namun huluran Zahra itu tetap aku sambut penuh berhati-hati.
. Wow, kopi panas babe. Kalau tumpah kopi ni dekat badan aku, confirm sopak! Susahlah nak cari job nanti. Hahaha.
Hot caramel machiato coffeeS-w-e-e-t… Mug di tangan aku bawa ke hidung dan aroma yang terhasil daripada coffee ini aku hidu sedalam yang mungkin. Tahu tak yang aroma yang dihasilkan oleh hot coffee itu sangat seksi dan mengiurkan?
Coffee mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Sebagai seorang penggemar dan coffee addict. Aku sudah sedia maklum mengenai kelebihan kopi. Walaupun disebalik kebaikan itu ada terselit keburukannya juga. But who cares?
Antara enam kelebihan kopi ialah yang pertama ianya mengurangkan risiko seseorang daripada terkena penyakit gout. Kedua, kopi baik untuk kesihatan hati manusia. Ketiga, boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan seseorang. Keempat, memberi tempoh hidup yang lebih lama. Tapi pada aku ajal maut itu di tangan Allah S.W.T. Jadinya aku tak berapa nak setujulah dengan kelebihan yang keempat itu. Mengikut kajian pakar, kopi dapat memanjangkan tempoh usia seseorang. Tetapi kalau dah ditetapkan di Luh Mahfuz, yang mati tetap akan mati tidak kira umur, masa atau dimana jua. Kelebihan kopi yang kelima ialah dapat memberi kesihatan yang lebih baik kerana kopi mempunyai perangsang yang boleh mempengaruhi minda dan psikologi seseorang. Dan yang terakhir iaitu yang keenam ialah kopi dapat mengelakkan seseorang daripada terkena penyakit merbahaya.
. "Alaaaa.. Biarlah…" kataku manja. Aku melabuhkan punggung di sebelah Zahra. Mug tadi aku letakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan sofa.
"Zahra, Sophea mana? Tak nampak batang hidung pun?" tanyaku penuh selamba. Kepala aku lentokkan di atas bahu Zahra. Zahra membiarkan saja aku melentokkan kepalaku di atas bahunya yang ‘empuk’ ini.
Empuk macam Dunlop pillow. Hahahaha
"Sophea keluar. Ada family matters katanya." balas Zahra. Mata masih melekat pada tv flatscreen berjenama Samsung di depan.
"Ohh.." balasku ringkas. Tak mahu bertanya lebih. Nanti di kata busy body pula.
"Zahra, you tak keluar ke today? I ingatkan nak keluarlah. Hehehe. You taknak temankan I?" Kedengaran sangat gedik suaraku saat ini. Gedik yang sengaja di buat-buat.
Oh please stop it, Lathia.
Okay tuan-tuan dan puan-puan, ini namanya proses memujuk. Walaupun hakikat peratusan untuk Zahra termakan pujuk rayuku ini sangat tipis. Mungkin 10 daripada 100 peratus? Sikit, bukan?
Haih. Kalaulah si Zahra ni nak makan pujuk rayu aku! Aku mencebik.
"Taknaklah Thia. I penat. I ni dari hari Isnin sampailah Jumaat I kerja. Keluar pagi, malam baru balik. Haa bukan macam you. You tu hidup goyang kaki aje. Kan, Thia?" Pehaku digosok-gosoknya sebelum dia menoleh kemudiannya tersenyum lebar ke arahku. Nampak gayanya Zahra memang berniat untuk perli aku.  Pedas berdesing ayatnya masuk ke dalam rongga telingaku.
Ouch!
Tetapi jika nak diikutkan secara faktanya, betul juga cakap Zahra itu. Sememangnya sejak dari zaman kuliah lagi Zahra telah mula membantu ayahnya menguruskan syarikat sedikit demi sedikit. Zahra mula berkerja secara part-time sebagai seorang Managing Director di syarikat pembinaan ayahnya selepas tamat sahaja pengajian diplomanya. Itu menurut apa yang pernah diberitahu oleh Zahra sendiri sewaktu pertama kali aku mengenalinya pada sesi suai kenal minggu pertama kami belajar bersama di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam dulu.
Sewaktu kami sama-sama mengambil degree dahulu, setiap hari Sabtu dan Ahad, Zahra akan menghabiskan masanya di pejabat. Menguruskan syarikat. Kadangkala, aku dan Sophealah yang akan membantunya di pejabat. She’s a hard-working lady, doesn’t she?
Tetapi sekarang, Zahra sudah bekerja secara sepenuh masa di syarikat ayahnya seminggu selepas kami tamat saja pengajian Master in Business Administration (Hons) International Business. Kini, kami masing-masing menunggu hari graduation day yang bakal berlangsung dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang.

"Alaaa I kerja juga okay. Kerja menghabiskan duit orang lain. Hahaha!" sambungku. Berdekah-dekah aku ketawa. Kalah jantan. Saja nak buat Zahra sakit hati.
Zahra menjegilkan biji matanya yang bulat itu. "Menghabiskan duit Tengku Fauzan you tu? Itu jelahkan kerja you? Thia.. Thia.." katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar jawapanku tadi.
"Haa Thia, I dengan Sophea tak kisah kalau you nak buat apa pun. Cuma.. Please do take care of yourself. Men nowadays are very dangerous. Pagi tadi I tengok berita, ada seorang perempuan ni mati dibunuh. Menurut Polis, motif pembunuhan disebabkan oleh dendam. Lelaki tu berdendam dengan si mati. Katanya, si mati tu kaki kikis. I harap you tak tergolong daripada kaki kikis tu Thia.. Nauzubillah.. " Zahra mengusap-usap kepalaku. Aku tergamam mendengar kata-kata yang baru saja meluncur laju keluar daripada mulut Zahra tadi.
Gulp!
Tiba-tiba aku rasa terharu. Perasaan terharu itu menyelinap masuk ke dalam sanubariku tanpa aku pinta dan sedari. Terharu kerana dikurniakan dua orang sahabat yang sangat penyayang dan mengambil berat.
Ya Allah, mereka sangat mengambil berat tentang diriku... Sungguh aku terharu… Dalam hati aku memanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa. Walaupun ada perlian dalam ayat yang dituturkan oleh Zahra itu, tapi aku tahu dia berniat baik dan dia tidak mahu sesuatu yang buruk menimpaku. Sungguh aku terharu dengan keprihatinan dua orang sahabat sehidup sematiku ini.. Zahra dan Sophea.. Aku beryukur, Ya Allah.

Leher Zahra aku peluk erat. Sebelah tanganku melingkat di lehernya. "Eh Zahra!" Peha gadis itu aku tampar dengan kuat. Tersentak dia dengan tamparan paduku itu. Hahaha. Opocot! Sorry Zahra! Hehehe.
Aku tersengih melihat muka cemberut Zahra. Bersama cerlungan mata yang seperti hendak menelanku itu, Zahra bersuara, "You kenapa Thia?! Terkejut tahu tak? Kalau ya pun nak suruh I mati cepat. Agak-agaklah. Sakit tahu tak?  You tu kering tapi boleh tahan ganasnya. Macam nyah tahu? Ish." Zahra menggosok-gosok pehanya yang baru ditamparku itu. Laser betul mulut Zahra ni. Dia kalau dapat bercakap, memang main lepas sahaja. Siapa yang tidak mengenalinya, mungkin akan berasa kurang senang dengan perangainya yang terlebih 'jujur' itu.
"Janganlah marah. I nak tanya ni. Hurmm.. Pagi tadi siapa hantar I balik sampai masuk ke dalam bilik? Seriously, I tak sedar apa-apa. I was too exhausted and super-duper tired." Peha Zahra yang aku tampar tadi, aku gosok perlahan-lahan. Tak dinafikan, kuat juga tamparanku tadi. Berbekas!
"Tengku Fauzan Emerson." Ringkas Zahra menjawab. Matanya memfokus pada rancangan Master Chef US musim keempat yang sedang bersiaran itu. Aku terkejut. Pucat lesi mukaku saat mendengar sebaris nama itu terbit keluar daripada mulut Zahra.

What?!
TENGKU FAUZAN EMERSON?!




Bab 1 : Le' Charmer

Aku amati setiap inci ruang di dalam ballroom yang maha cantik dan besar ini. Satu persatu aku tilik. Boleh dikatakan semua yang hadir terdiri daripada golongan selebriti, korporat, ahli perniagaan, dan tak lupa juga VVIP yang rata-ratanya sangat familiar pada pandanganku. Mata-mata yang sedang memandang tidak aku hiraukan. Lantak merekalah nak kata apapun. Aku datang untuk temankan Fauzan. Bukan nak cari 'job'. Tapi kalau dah 'rezeki' ada depan mata, takkan nak tolak, kan?
Aku berdiri di sebelah meja bufet yang menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut. Nampak mengiurkan makanan-makanan yang terhidang di atas meja ini. Ada pavlova, crème brulee, marshmallow pudding dan macam-macam lagi. Tetapi aku memilih untuk makan buah-buahan saja.
Woahh, watermelon? Nice! Juicy and good for health!
Okay, aku bukan diet. Cuma banyak sangat makan makanan yang manis adalah sangat tidak elok. Nanti kena diabetes.
Aku terlalu leka menikmati buah tembikai yang sedap dan berjus ini sampaikan aku tidak  perasan yang sebenarnya Dato’ Mauri sudah lama terpacak disebelahku.
Alahai Dato' gatal ni nak apa pula dah. Tolonglah jangan kacau. Aku baru nak fe-feeling makan buah ni. Aku memprotes dalam hati.
"Hai, makan sorang je? Mana Tengku? Bukan tadi you dengan dia?" tanya Dato' Mauri. Aku menoleh sedikit ke arahnya. Mangkuk di tangan aku letakkan di atas meja bufet di sebelahku ini.
"Tengku? Oh there! He's with his ladies." Jari telunjuk aku tudingkan tepat ke arah Fauzan yang sedang bergelak ketawa dengan anak-anak VVIP yang tengah sibuk ingin menggodanya itu. Meluat pula aku melihat gelagat gadis-gadis gedik itu.
Menyampah!
Muka Dato' Mauri sedikit berkerut saat ini. Seperti sedang memikirkan sesuatu.
"You tak jealous ke tengok boyfriend you layan perempuan lain? Bukan seorang yang dia tengah layan tu. Ramai. Cantik-cantik pula tu." tanya Dato' Mauri. Sinis juga bunyinya.
Aku hanya tersenyum senget sebelum membalas. "Jealous? What for? He's my man but not my boyfriend." Mata aku kenyitkan.
"Maksud you? You masih single? Macam tu?" Dengan penuh excited Dato' Mauri bertanya. Soalannya aku balas dengan senyuman lebar.
"Err, so I still have chance?" Sedikit pelik bunyi soalannya, tapi aku berpura-pura tidak menghiraukannya. Sebaliknya aku bertanya kembali. "Meaning?"
"Haa I tak pandai nak kasi ayat berbunga-bunga ni. So, let me straight to the point. Haa Natalia, would you like to have a dinner with me tomorrow night? At 8 pm. If yes, I'll pick you up." Aku tak pasti sama ada ini satu soalan atau lebih kepada ajakan. Namun aku mengiakan aje. Kan aku dah cakap, rezeki jangan ditolak dan bala jangan sesekali dicari.
"Sure Dato'. See you tomorrow at 8 pm. Don't bother to pick me up. Just set the place and I'll be there." Aku kenyitkan mata sebelum berlalu pergi. Beberapa langkah aku beredar, kedengaran Dato' Mauri memanggil namaku. Aku menoleh kembali dan memandang tepat muka Dato’ Mauri yang kelihatan sedikit teragak-agak itu. Kening aku jongketkan sedikit.
"Natalia, wait! Contact number?" tanya Dato' Mauri.
Oh ya tak ya juga. Macam mana nak tahu tempat kalau tak bagi contact number kan? Hmm…
Nak bagi ke taknak ni? Aku berfikir sejenak.
"Err.. Why don't you set the place now? Esok senang. I terus jumpa you dekat sana." Aku sengih. Gigiku yang putih berseri ini aku tayangkan buat tatapan mangsa terbaruku.
"Mandarin Oriental Hotel. Are you okay with that?"
            "Sure Dato'. Esok I jumpa you dekat sana okay Dato'. Bye Dato'. Tengku is waiting for me." Tangan aku lambaikan sebelum pergi meninggalkan Dato' Mauri seorang diri dan kembali kepada Fauzan yang sedang memerhati dari jauh.

Selepas 4 jam meluangkan masa di dalam ballroom, akhirnya tamat juga majlis pada malam ini. Fuhh lega! Aku dan Fauzan jalan beriringan untuk keluar dari ballroom. Dalam pada itu, sempat juga Fauzan bersalaman dengan beberapa orang selebriti wanita yang mengenalinya.
Well, siapa saja yang tidak kenal dengan si jejaka tampan bernama Tengku Fauzan Emerson? Everyone does! He's rich and stills a bachelor.
"Wonderful dress.." puji Fauzan yang tiba-tiba muncul entah dari mana entah.
"Nice suit!" bidasku pantas sambil tersengih menampakkan barisan gigiku.
            "Marchesa?" tebak Fauzan.
            "Tettt! Try again!" balasku kembali. Kening aku angkat-angkatkan dengan niat ingin mencabar si jejaka kacak disampingku ini untuk terus meneka.
            "Err, Marc Jacobs?"
            "Marc Jacobs? No way! Hahaha." Aku senyum bersama tawa kecil di hujung ayat. Kepala aku geleng-gelengkan.
            "Versace? Or is it Valentino?" Masih tidak mahu mengalah. Fauzan terusan mencuba. He just doesn't know how to give up, doesn’t he?
            "Nope, it’s Gucci’s Resort, Your Highness." balasku dengan bangganya sambil badan aku bongkokkan sedikit ala-ala memberi tunduk hormat kepada Permaisuri England.
            "Alright alright. You win! You win! Hahahaha." Fauzan mengalah selepas tekaannya semuanya meleset jauh daripada jawapan yang sebenar. Akhirnya terburai tawa kami berdua. Fauzan menekan-nekan perutnya menahan senak akibat terlalu banyak ketawa.
            "Riding solo?" tanya Fauzan selepas tawanya reda.
            Bersama senyuman nakal, aku membalas pertanyaannya itu. "Yeah.. Solo as always dude." Satu tumbukan lembut aku ‘hadiahkan’ pada bahu kirinya.
            "Sakitlah Thia. Ish. Pakai gaun cantik-cantik. Gucci pula tu. Tapi tak habis-habis dengan sikap kasar you tu." Fauzan menggosok-gosok bahunya yang baru aku tumbuk tadi. Bukan sakit pun sebenarnya, tapi biasalah. Fauzan ni kalau tidak kenakan aku memang tak senanglah hidup dia.
            "Majlis dah habis. I dah rimas duduk dalam ballroom ni. Banyak paparazzi, sweetheart."
            "I dah takda benda nak buat lepas ni. Apa kata kita pergi lepak mana-mana ke?" Fauzan bertanya lagi sambil tangan ligat membetulkan sut di badan. Aku di sebelah hanya mengikut dan membuntuti langkah Fauzan keluar melalui pintu utama lobi hotel.
           
            "Anywhere Thia?" tanya Fauzan yang sedang fokus memandu Ferrari 458 GTR berwarna putihnya ini. Senyuman senget terukir di bibir.
Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Memandang panorama alam dan langit yang indah diceriakan dengan kerdipan bintang yang bertaburan memenuhi lautan langit ciptaan Tuhan yang Maha Esa sebelum mata tertancap pada lampu-lampu jalan yang terang-benderang menerangi malam ini.
"I'm all free tonight, so impressed me! Hahahaa." Aku ketawa kecil di hujung ayatku.
Fauzan mengangguk-anggukkan kepalanya mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang. Volume speaker dikuatkan. Setiap bait lagu Your Body nyanyian Christina Aguilera dinyanyikan dengan penuh perasaan. Aku membiarkan sahaja Fauzan tenggelam dalam dunianya sendiri.

            "Who's the prey this time?" tanya Fauzan. Memecahkan kesunyian selepas agak lama kami berdiam diri.
            "That not-so-handsome guy just now. He's in. Hahaha."
            "Oh you mean Dato' Mauri?"
            "Maybe. I can't recall his name and I don't even care about who he is.  As long as he got what I wanted, I'm all in and he need to pay me for my precious time. He asked me for a dinner tomorrow night at 8 pm. Mandarin Oriental Hotel." Aku menerangkan serba sedikit tentang apa yang baru aku bualkan bersama Dato' Mauri sewaktu di dalam ballroom itu tadi.
Kami kembali diam.

Selepas terasa yang kesunyian mula menguasai malam kami, tiba-tiba Fauzan bersuara. “Thia.. Why Natalia instead of Thia or Lathia?” tanya Fauzan. Kepala ditolehkan sedikit memandangku sebelum dia kembali memandang jalan raya di hadapan. Aku sudah dapat meneka maksud disebalik soalan Tengku Fauzan Emerson itu.
You knew the answer Fauzan. Why bother asking anyway?”
            “You know that I’m concerned about you. So answer me and don’t leave me hanging without any explanation like you always does, darling.” Betul cakap Fauzan, selama ini setiap kali dia bertanyakan mengenai hal yang sama, aku hanya mengambil sikap berdiam diri. Padaku, biarlah hal itu menjadi rahsia dan misteri, dan tiada siapa perlu tahu kenapa aku melakukan semua ini.
Because I don’t want any of those jerks to know my real name and identity. Mysterious is sexy.” Tegas aku menjawab. Aku senyum sinis. Fauzan menggeleng-gelengkan kepalanya mendengarkan jawapan ringkasku. Dia tahu aku menipunya. Keluhan berat terbit dari bibir seksinya itu.

Kereta yang dipandu Fauzan akhirnya sampai juga ke destinasi yang ingin dituju. Mist Club.  Fauzan menunggu giliran untuk menurunkan penumpang. Selepas beberapa saat menunggu, datang seorang valet membukakan pintu untuk aku keluar. Kemudian, lelaki berbaju kemas dan bervest itu membukakan pintu untuk Fauzan pula. Fauzan menyerahkan kunci kereta Ferrari-nya kepada lelaki itu sebelum keretanya dipandu ke tempat parkir.
Dari luar sudah kedengaran bunyi muzik techno yang sangat kuat. Berdentam-dentum bunyinya. Bingit. Aku melangkah membuntuti Fauzan masuk ke dalam kelab. Tangan kananku dipimpin oleh Fauzan. Aku membiarkan saja tanganku dipimpin olehnya. Kemas betul pegangannya. What a gentleman he is..
Kadangkala aku hairan, Fauzan ni pegang tangan aku kuat-kuat macam takut sangat aku hilang. Lupakah dia bahawa aku sudah cukup dewasa untuk menjaga diri sendiri?
Keadaan dalam kelab sangat malap. Yang ada hanyalah lampu berwarna-warni yang berselang-seli menyinari segenap ruangan dalam kelab serba mewah dan ekslusif ini. Sejujurnya, aku tidak sukakan suasana malap sebegini. Ianya menyukarkan aku untuk berjalan dan mengaburi pandangan mataku.
Walaupun begitu, aku memaksa juga kakiku berjalan membelah lautan manusia-manusia yang sedang leka dibuai godaan hawa nafsu. Sedang aku cuba memerhatikan keadaan sekeliling, kakiku tersadung dengan kaki seorang gadis muda yang sedang duduk dalam keadaan bersilang kaki di atas sebuah bangku berhampiran dengan bar. Dari gayanya, aku tahu gadis itu sedang mabuk. Lihat sajalah lenggok badannya itu. Terlentok sana, terlentok sini. Macam orang takda tulang saja. Nak kata seksi, tidak. Menggoda pun tidak.
Low class people, maybe?
Aku bernasib baik kerana belum sempat mukaku mencium lantai, Fauzan dengan pantas mencapai lenganku dan membantu aku yang sudah separuh tersungkur ini untuk berdiri semula dengan betul. Bahuku dipaut kemas dan badanku dirapatkan dengan badannya.
Thank again Fauzan. You saved me.
Dalam hati, aku berterima kasih kepada Fauzan. Bibirku perlahan-lahan mengukir senyuman bahagia.
Sungguh tidak dapat nak dibayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya Fauzan lambat menyelamatkan aku tadi. Confirm malu beb! Jatuh saham aku yang vogue ini nanti. Hahaha. Pakai gaun mewah rekaan Gucci, tertiba jatuh tersungkur dalam kelab? Embarassing moment! OMG!
Tak mungkin aku, si Lathia Emilia a.k.a Natalia ini boleh jatuh tersungkur dalam kelab. No way, baby!
Hakikatnya, sejak dari dulu lagi aku memang alah pada persekitaran yang gelap dan malap macam dalam kelab ini walaupun aku sudah terbiasa dengan dunia sosial sebegini. Aku tidaklah kerap sangat melepak di kelab-kelab malam yang penuh dengan godaan hawa nafsu ini, tetapi melepak sebegini sehingga larut malam adalah sebahagian daripada aktivitiku sejak beberapa tahun yang lalu. Aku sudah terbiasa dengan ‘dunia’ yang cukup melalaikan ini. Tapi jika aku dibenarkan untuk memilih di antara melepak di kelab malam ataupun coffeehouse, aku akan memilih coffee house. Lebih santai. Selalunya, aku menjejakkan kaki ke kelab malam hanya bila Fauzan ada bersama.
Fauzan merangkul pinggangku. Dia memilih untuk duduk di kerusi paling hujung kerana padanya itu sajalah tempat dia boleh mencari privasi ketika berhibur. Dalam pada masa yang sama, dia ingin mengelakkan kehadirannya dihidu oleh gadis-gadis yang ingin menggodanya atau lebih tepat lagi ialah menggoda duitnya. Dan juga bagi mengelakkan dirinya dikesan oleh pengintip upahan ayahandanya, Tengku Jazmine.

"Fauzan, I'm thirsty." Aku pinta dengan penuh manja. Lebih kepada merengek. Badan aku pusingkan sedikit menghadap Fauzan yang sedang bersandar di sebelahku. Tangan kanannya mengusap lembut belakangku. Perutnya yang berketak itu aku raba dengan penuh menggoda. Fauzan tersenyum melihat gelagatku yang serupa kucing parsi ini. Sebuah killer smile penuh menggoda dihadiahkan buatku. Kacak! Kau memang kacak Tengku Fauzan Emerson. Kekacakan yang mampu menggoyah iman sesiapa saja.
            "You seriously don't have to do that Thia… Hurmm… It worries me Thia.. You might make me lose control you know…" Rambutku yang terburai sedikit diselitkannya ke belakang telinga. Menampakkan subang bertakhtakan berlian 12 karat yang tergantung indah ditelingaku.
Fauzan mendekatkan wajahnya dengan leherku. “Thia, you do smell good. Your scent fascinating me.
Melihatkan Fauzan yang tidak senang duduk itu, berdekah-dekah aku ketawa. Kelakar. Aku ingatkan kental sangat. Goyah juga dia rupanya.
Siapa sahaja yang tak goyah dengan kehebatan kau, Lathia Emilia? Suara mindaku mula berkata-kata.
Fauzan memanggil seorang pelayan yang secara kebetulannya lalu di hadapan kami. Pelayan muda yang sedang menatang sedulang botol arak berlabel Jack Daniel itu datang menghampiri. Senyuman manis terukir dibibirnya. Aku membalas senyuman itu. Mesra. Orang berbudi, kita berbahasa. Etika. Itu prinsip penting dalam hidup aku.
"Give me one glass of non-alcohol fresh Mojito and one bottle of Vodka. I need slices of lemon too.. Hurry please.. Someone's thirsty.." pinta Fauzan kepada pelayan muda di depannya itu sebelum matanya meleret memandangku bersama sebuah sengihan.
Perli aku lah tu mamat ni. Haihh. Aku bermonolog dalam hati.

Mungkin aku jahat, tapi aku tidak sentuh arak ataupun minuman beralkohol. Dan salah satu kebaikan Tengku Fauzan Emerson yang aku kagumi adalah, walau sesosial macam mana sekali pun dia, dia tidak pernah mengajarku menyentuh air haram itu sungguhpun dia sendiri meminumnya. Sesungguhnya, tidak pernah terlintas di benak fikiranku untuk menyentuh air kencing syaitan itu. Jahat aku masih ada batasnya. Jahat aku juga ada sebabnya.