Pintu gerbang dengan dua daun berwarna
putih bersama ukiran emas yang cantik digilap tertutup rapat. Seperti tidak
mengalu-alukan kehadiran sesiapa. Mungkin juga tuan empunya rumah agam ini sukakan
privasi.
Blok batu kapur gergasi
membentuk hampir keseluruhan struktur rumah agam ini masih dalam keadaan yang
kukuh walaupun rumah ini sudah berusia puluhan tahun. Pokok-pokok subur
menghiasi laman hadapan rumah yang turut mempunyai sebuah mini fountain bersama pancuran air jernih bak kristal yang memancut
keluar dan jatuh ke dalam kolam tadahan kecil berukiran baroque.
Kereta
Beetle kesayanganku ini aku parkirkan betul-betul dihadapan halaman rumah. Berdiri dalam keadaan tangan di letakkan di
atas bumbung kereta. Badan aku sandarkan sedikit.
Scary but it’s so impressing. Pujiku
dalam hati. Bibir mengukir senyuman. Tumbuhan-tumbuhan malar segar menghijau.
Akar-akar yang menjalar walaupun berselirat tetapi masih tampak kemas. Mesti
rumah agam ini menggunakan perkhidmatan landscape
designer yang hebat. Bunga-bungaan
daripada pelbagai jenis turut subur bersama kelopak yang mekar mengembang.
Roses,
Calla Lily, Carnations, Orchids, Azaleas…
Satu persatu nama bunga
itu aku sebut. Kagum. Bibir sekali lagi mengukir senyuman lebar. MashaAllah. Cantik.
Unik. Nampak seperti rumah agam lama tapi tetap mempunyai ciri-ciri dekorasi
laman moden. What an amazing masterpiece.
Magnifico!
Jam di tangan aku
tilik. Masa nampaknya sangat mencemburui aku. Aku tidak mempunyai cukup masa
untuk menikmati keseluruhan kawasan halaman rumah agam ini.
Aku menundukkan kepala
dan memasukkan separuh daripada badanku untuk mencapai segala fail-fail dan
dokumen yang diperlukan. Kemudian enjin kereta aku matikan. Pintu disebelah
pemandu aku tutup rapat.
Okay, here we go!
Langkah
kaki aku aturkan menuju ke pintu utama berdaun dua itu. Loceng aku tekan.
Ting
tong!!
Tiada
respon. Sekali lagi aku cuba dan terus mencuba sehingga hampir beberapa kali.
Namun masih tiada jawapan daripada penghuni rumah
Haihh.
Mana penghuni rumah ni?
Tadi
ada orang. Sekarang takda pula. Magik dan ajaib! Atau rumah ni sebenarnya
memang tidak berpenghuni?! Habis tu siapa yang bercakap dengan aku dekat interkom
tadi tu?!! Aku terlopong. Terlongo kaku seorang diri di hadapan pintu berukiran
emas ini.
“Searching for whom?” Tiba-tiba ada satu
suara garau dan garang menjengah. Menyedarkan aku dari terus kaku bersama
bermacam-macam lamunan dan persoalan didalam kotak minda.
Pantas aku berpaling ke
belakang. “Ya Allah! No.. no.. no..! Don’t kill me. Please don’t kill me!”
jeritku sepenuh hati. Kuat dan cemas. Pelbagai perasaan dan emosi menyelubungi
diri. Badanku secara automatik terdorong ke belakang. Menyebabkan aku jatuh terduduk
bersandar pada pintu. Perasaan takut yang mengawal emosi menimbulkan rasa
insaf.
Ya Allah, aku tidak
mahu mati dalam keadaan sebegini. Ampun Ya Allah, ampun. Aku banyak berdosa.
Terlalu banyak, Ya Allah. Aku bukan hamba-Mu yang sempurna. Aku banyak
kekhilafan. Aku tidak menutup auratku dengan sempurna. Maafkan aku, Ya Allah.
Berikan aku peluang sekali lagi untuk bertaubat dan kembali sepenuhnya ke
jalan-Mu, Ya Allah.
Aku berdoa dalam hati.
Meminta pada Yang Esa. Perlahan-lahan, mata aku pejam rapat. Dua kalimah
syahadah aku tuturkan perlahan dengan penuh keikhlasan seperti hampir tidak
kedengaran.
Selepas hampir 5 minit
bersandar dalam keadaan mata terpejam rapat, akhirnya aku membuka mataku apabila
terasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Dia masih disitu.
Lelaki bertopi kebun
yang sedikit koyak bersama baju yang kotor berlumuran pasir dan tanah gambut
itu masih disitu. Terpacak memandangku dengan wajah yang serius dan bengis.
Kapak dan cangkul juga masih dipegang erat di kedua-dua belah tangannya.
Perlahan-lahan dia berjalan
mendekati. Kapak di tangan kanannya diangkat tinggi. Persis ingat mentetakku
dengan kapaknya itu. Dia menundukkan badannya. Merapatiku. Mukanya yang comot
berlumuran pasir hitam dan berjambang bersama riak wajah bengis itu didekatkan
dengan mukaku. Terlalu rapat sehinggakan aku dapat rasakan hembusan nafas
derasnya.
Aku pejam mata. Takut.
Tak sanggup nak tengok lelaki ini menghayun kapaknya ke arahku.
“Ya Allah, andai ini
penamat hidupku di dunia ini. Rahmati dan redhai aku, Ya Allah.” lafazku kuat.
“What. The. Hell. Is. Wrong. With. You?” Lelaki itu bertanya. Setiap
perkataan itu disebutnya dengan jelas sepatah demi sepatah.
Aku tidak memberi
respon. Duduk tersandar kaku pada daun pintu.
“Hey!!” jerkahnya. Kepalaku ditoleh-tolehkan ke kiri dan ke kanan
beberapa kali.
“I can’t afford to watch myself being killed by a massacre!” tuturku
dengan bibir yang menggeletar. Mata masih terpejam.
“Open your damn eyes and look at me. Do I look like a massacre?”
tanyanya garang dan kasar. Tetapi tona suaranya berubah. Sedikit lembut dari
tadi.
Aku buka mata sebelah
demi sebelah. Lelaki bertopi kebun itu berdiri dalam keadaan sebelah tangan
bercekak pinggang.
“Yes. You do.” jawabku perlahan. Mata aku melirik ke arah tangan
kirinya. Oh cangkul dah takda! Kemudian beralih pula ke tangan kanannya. Erkk..
Kapak masih di genggam erat!
“Whattt?!” Mata dibuntangkan. Aku telan liur.
“There!! Axe!!” Jari
telunjuk kanan aku tudingkan ke arah kapak ditangannya.
“Follow me.” Arahnya tegas. Aku berdiri dan menurut arahannya. He is such a weirdo. I have no idea how long
can I stand with this man. Arghhh! Omelku sendiri dalam hati. Bibir aku
muncungkan. Cemberut.
Aku mempertimbangkan
idea untuk pergi beredar meninggalkan rumah agam ini dan membiarkan Mr. Henney
sahaja yang menguruskan projek ini sendiri. Tapi itu akan menjadi sangat tidak
profesional and how can Eva do that? That is so against her work protocol and
ethics.
Pada masa yang sama
bagaikan ada satu hasutan jahat dan berani mengawal serta menaikkan tahap ingin
tahu aku tentang rahsia yang terselindung di sebalik pintu besar berukiran emas
dihadapanku ini.
Aku memerhatikan lelaki
disebelahku ini dengan penuh teliti. Orangnya tinggi lampai dan bertubuh sasa.
Berkulit cerah dan mempunyai jambang yang sedikit keperangan apabila terdedah pada
sinaran cahaya matahari yang kian terik memancar.
Sekeping kad akses
diperbuat daripada steel ditarik
keluar daripada poket kirinya. Dia berjalan menghampiri pintu dan kad tadi
dileretkan pada kekunci pad auto-electronic
lock. Password ditekan. 11 digit dimasukkan.
‘Password Approved’ tertera pada
skrin auto-electronic lock. Pintu
dikuak dari luar.
Oh
my God!! What the?!!
Aku ternganga. Pegun dan statik. Untuk beberapa ketika, aku jakun. Mengamati
setiap inci ruangan entrance hall
rumah agam ini. Perlahan-lahan aku berjalan setapak demi setapak sebelum
berhenti betul-betul di tengah ruangan entrance
hall.
Huge
entrance hall with wide vast area and grand curved stair case that leads up the
first floor of the mansion. Ya Allah, this décor is so mesmerizing
yet intimidating. Lush!!
“Dark brown taupe with hints of creamy white and gold, and well-done
baroque woodwork along with rich dark black and grey hardwood parquet floor.”
Satu persatu perincian dekorasi rumah ini aku tuturkan perlahan. Terpukau.
Aku tidak dapat menahan
diri daripada terus terpesona dengan kecantikkan dekorasi dalaman rumah agam
milik Mr. Addam ini.
“Ehem ehem!” Aku toleh
ke kiri. Terperasan akan wajah kurang senang dan menjengkelkan si lelaki
bertopi kebun yang comot itu, cepat-cepat aku berhenti berbicara.
“Are you done?” soalnya dingin. Aku angguk.
“Shall we?” tanyanya lagi. Aku senyum dan angguk serentak.
Kami berjalan melintasi
pintu gerbang yang memisahkan entrance
hall dengan living room area. Ada
pasu besar berketinggian lebih kurang 5 kaki yang dihiaskan dengan jambangan
bunga calla lily dan lilac orchid menghiasi laluan utama
menuju ke living area ini.
Oh
no!
This is exciting! Tapak tangan aku
gosok laju. Teruja dengan paparan panorama indah dan mempesonakan di depan
kanta mata.
Dinding ruangan rehat di
hiasi dengan leather tile panels
berwarna hitam bersama wallpaper bercorak royal patterns berwarna dark
grey dan silver. Set sofa
berwarna pearl cream berbentuk separa bulat tersusun elok di
tengah-tengah ruangan yang cukup besar ini. Set tv plasma berukuran 60 inci
berjenama Samsung dilekatkan ke dinding menghadap sofa.
60
inch high definition 3D flat screen tv with neat rich pearl cream sofa?
Well, this is a genius masterpiece. Pujiku
dalam hati. Di sebelah kiri set sofa
ada satu set coffee table berwarna
hitam yang pada pandangan aku ianya diperbuat daripada kayu jati gred kelas
pertama. Di atasnya terhidang sepinggan biskut cip coklat dan satu teko teh
panas.
“Have a seat. Enjoy the tea and cookies.” Pelawa si lelaki bertopi
kebun. Aku angguk. Kerusi ditarik dan aku melabuhkan punggung di situ. Si
lelaki beredar meninggalkan aku sendirian. Pantas dan cekap pergerakannya.
Tapp.. Tapp.. Tapp..
Ada bunyi derapan tapak
kaki berjalan. Semakin lama semakin dekat dan jelas kedengaran. Aku berpaling
ke belakang.
Tiada sesiapa.
Kemudian aku berpaling
pula ke kiri dan ke kanan.
Masih tiada sesiapa.
Pelik. Bunyi seperti
ada yang berjalan, tetapi siapa? Nak kata si lelaki bertopi kebun. Aku rasa itu
mustahil. Setahu aku tadi lelaki itu memakai kasut but ‘Pau Chu Kang’. Tapi
bunyi yang aku dengar barusan tadi terhasil daripada lagaan tapak kasut wanita.
High heels!
Persoalan demi
persoalan bermain di kotak minda. Aku cuba mencari jawapan. Bulu roma yang kian
menegak menambahkan lagi rasa musykil dan takut. Pada masa yang sama, hati
masih galak dan penuh dengan rasa ingin tahu yang kian membuak.
Well,
who would that be?