So, what's the time now?
Assalamualaikum and good morning everyone!
*sipping coffee*
Well, a friend of mine told me that her book is now already published and sold. Oh dear Allah, I'm happy for her. It been ages right I didn't online this blog and had missed so many posts from you. I'm sorry. My bad. But I wish you the best of luck and succeed always!
So, regarding my writing. Ermm.. ermm.. Where do I start?
Literally, yes, I'm busy. Piles of work in my study. And my work desk, speechless. Files all over places. Notes. Reference books. What else? Proposal. Not to forget.
Boleh imagine tak ? Ke macam agak tak sampai apa yang cuba digambarkan tu ?
Ahah!
Well, I'm a human for sure. And not a robot. At times, you're thinking of giving up. And yes, I almost giving up writing! LOL. Since it's hard for me to focus and give commitments. Fortunately, the passion is still there. So yes, I won't give up. Ever!
But, I was thinking to create new 'cerpen'. Tapi tak fikir lagi what kinda genre.
Scary horror? Oh no no no! Macam tak kena with me yang acah-acah romantik ni. Eheks!
So, if you have any idea or story line. It must be interesting and less conflicts. Please do tell me. We can share ideas and come up with something cool, I shall say. Yayy?
That's all for now.
Lots of Love,
Andrea
Tuesday, 29 September 2015
Friday, 18 September 2015
Talk, talk and crap :)
Fuhh fuhh..
I think for now, that's all for today. Have a blast and enjoy your weekend everybody.
* tiup habuk * * Background music : Burnin' Up by Jessie J *
Assalamualaikum. Hiks! Lamanya lahai tak online blog. Sorry peeps!
So actually not much for me to update today. Just nak inform, yeahh I got my laptop back. Phewww. Alhamdulillah :)
So, after this boleh merajinkan diri updates blog with new short stories or novel or any random posts. But don't expect much, I'll be very busy since now I'm away for some personal reasons. But not to worry, I'll try my best to focus.
I think for now, that's all for today. Have a blast and enjoy your weekend everybody.
Lots of Love,
Andrea
Thursday, 19 February 2015
Bab 9 : Le' Charmer
Assalamualaikum and good night everyone :)
Enjoy. Sorry for the late posting. Saya sangat busy :(
Until we meet again. Soon. With more chapters to post.
“Attention everyone!!” Laung Tan Sri
Ridhwan. Lantang. Pantas menggamit perhatian para pekerjanya. Mereka yang
sedang sibuk melakukan tugasan masing-masing segera memberhentikan kerja. Semua
mata tertancap pada kami berdua.
Dari jauh, aku
senyum. Mereka memandang aku dengan kerutan seribu. Ada yang berbisik sesama
sendiri. Ada yang tersengih mesra. Macam-macam ragam dan reaksi.
Tan Sri Ridhwan
mengajak aku untuk berganjak beberapa tapak ke hadapan. Aku menurut.
“Let me introduces you to our new Managing Director,
Miss Lathia Emilia.” Tan Sri memperkenalkan aku kepada semua stafnya. Aku
senyum lagi. Saat nama aku dilaung bangga, ada satu perasaan aneh meresap ke
dalam jiwa. Darah merah juga serta-merta meresap ke pipi. Membahang satu muka.
Terbit juga perasaan malu dan segan. Tapi itu tidak akan pernah dapat
menggoyahkan keyakinan aku. Inilah masanya untuk aku buktikan aku mampu
melakukan apa sahaja.
When you believe it, you can achieve it.
Tan Sri Ridhwan
dengan lembut menolak pinggang aku. Mendorong aku untuk bergerak setapak lagi
ke hadapan. Begitu hampir dengan yang lain. Serentak dengan itu, satu tepukan
gemuruh diberikan khas buat aku. Aku membalas tepukan mereka dengan melemparkan
senyuman semanis mungkin.
Tuah ayam nampak
di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Rezeki Tuhan beri jangan ditolak.
Hargai sebaik mungkin.
Dalam hati aku
berdoa supaya kesemua mereka dihadapan aku dan di RAFS Group ini dapat menerima
aku dengan sebaiknya. Sebagaimana aku dapat menerima mereka. Aku juga sedar
bahawa kehadiran aku di syarikat ini menjadi tanda tanya dan pastinya akan
menjadi bualan orang.
Apatah lagi
dengan status aku sebagai seorang yang baru tapi sudah dapat memegang jawatan
tinggi di dalam syarikat. Tentu saja ada tanggapan negatif yang akan timbul.
Kalau hendak difikirkan, siapa saja yang tidak akan berfikiran negatif?
Allahualam…
Tapi selepas
melihat ekspresi muka setiap seorang daripada staf di sini, aku percaya, dengan
izin Tuhan mereka akan dapat menerima kehadiran aku dengan baik dan positif.
Aku yakin!
Alhamdulillah…
Melainkan ada
diantara mereka yang tahu dan sedar mengenai status sosial aku!
Gulp!
“Okay
Thia, itu kawasan pantri. Yang dekat hujung itu pula kawasan Gents and Ladies. Manakala yang
bersebelahan dengan pantri itu kawasan kerja-kerja printing dan photocopy dijalankan.
Yang selebihnya, kalau awak ingin tahu awak boleh tanya staf-staf disini.”
Jelas Tan Sri Ridhwan di sebelahku. Aku mengangguk faham bersama ekspresi muka
yang ketara menunjukkan betapa kagumnya aku dapat berdiri disini. Senyuman
senget tersungging dibibir. Tan Sri Ridhwan yang segak berdiri disamping aku
ini turut sama tersenyum. Dengan tangan yang sengaja dimasukkan ke dalam poket
seluar slack, bersama kot yang
tersarung kemas di badan membuatkan dia nampak sangat menggoda.
He is old but amazing. Sorry Mister Emerson, this
man’s obviously can beat you up!
Aku ketawa nakal
dalam hati.
Sedang aku sibuk
mengamati dan mengenalpasti setiap sudut dan bilik yang terdapat di ruangan
kerja tingkat 20 ini, datang pula seorang wanita cina berumur awal 40-an
menghampiri. Aku memandang tidak beriak.
“Hi, Miss Thia. I’m Cathy.” Kata wanita
cina di depanku ini. Lembut suaranya memperkenalkan diri. Sekali tengok dah
macam baba nyonya Melaka. Tangan
dihulurkan untuk bersalaman.
Aku menyambut
hulurannya itu. “Oh hey… Lathia Emilia.
Nice to know you, Cathy.” Balasku
ramah dan teruja. Cathy yang manis berpakaian cheongsam ini juga turut teruja sama denganku.
Melihat aku dan
Cathy beramah mesra, staf-staf yang lain mula menampilkan diri untuk bersalaman
dan berkenalan. Tan Sri Ridhwan awal-awal lagi sudah meminta diri. Ada
panggilan yang harus dibuat katanya.
“Selamat pagi,
Cik Thia. Saya Aiman. 25 tahun dan masih solo.” Kata si jejaka berkulit hitam
manis berkaca mata di depan. Bahu Cathy dirangkulnya rapat. Cathy cuba untuk
menolak tetapi tidak berjaya. Aiman senyum nakal.
Aku tergelak
lucu melihat gelagat Aiman. Suka menyakat. Kesian Cathy yang sudah agak berumur
itu kerana perlu melayan kerenahnya.
“Pagi Aiman.
Haha. Saya rasa tak perlu kot awak
sebut pasal umur dan status awak tu. Hahaha.” Jelas aku dengan mata sebelah
kanan sengaja aku kenyitkan. Aiman ternganga. Kedua-dua tapak tangannya
ditekupkan ke dada.
Rasa dupdapdupdap lettew Aiman tu. Siapa tak kenal penangan menggoda Lathia Emilia?
“Cik Thia
tinggal dekat mana? Dah kahwin ke? Dah ada anak? Cik Thia, nak tak keluar makan
malam dengan saya?” Bertalu-talu soalan yang ditanya. Terbuntang mata aku
mendengarnya.
Aku cuba buka
mulut untuk menjawab, namun sebelum sempat aku melakukan sedemikian, ada satu
suara nyaring dan lantang mencelah.
“Hello Aiman! A managing director doesn’t date an assistant, okay?” Sinis betul
ayat itu. Berdesing telinga aku. Mereka yang mendengar hanya mampu telan liur.
Menyinga juga rasa hati aku ini. Mulut siapa yang tiada lesen tu? Kesian pula
aku lihat si Aiman yang sudah terkulat-kulat malu ini.
“Anyway, excuse me?” Dari celah-celah
mereka yang berdiri mengkerumuni aku, ada seorang gadis genit berjalan membelah
laluan. Mereka semua berganjak ketepi. Membiarkan dia lalu menghampiri aku.
“Hi. I’m Lolita.” Dia memperkenalkan
diri. Kepalanya mendongak. Aku menunduk sedikit memandangnya. Mataku tepat
memanah anak matanya. Lolita menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran itu
aku sambut separuh hati. Kemudian baru aku sedar sesuatu, gadis genit ini
sedang hamil! Perutnya memboyot ke depan.
Dari cara dia
merenung mata aku, ada sesuatu yang terselindung dibalik mata gadis genit ini.
Pandangannya tajam. Seperti cuba menyampaikan sesuatu. Tetapi tidak berjaya.
“Erm, Cik Thia.”
Aiman memanggil. Menyedarkan aku. Aku mengangkat wajah mencari suara itu.
“Ya Aiman?”
“Saya pergi
sambung kerja dululah. Maaflah tadi saya terbuat lawak bodoh. Saya bukan
sengaja. Saja nak bergurau. Lagi pula Cik Thiakan orang baru. Saya tak naklah
Cik Thia tertekan bekerja dengan kami. Anyway,
it’s good to have you here. You’re very different compares to what we have
before.” Luah Aiman dengan sayu. Nada suaranya lemah dan mengendur. Cathy
disebelahnya memandang Aiman dengan penuh simpati. Lengan Aiman di usapnya.
Lagak seorang wanita yang penuh dengan naluri keibuan.
“Aiman, it’s okay.” Aku senyum. Kemudian
Aiman berpaling meninggalkan kami. Mereka yang lain turut sama bergerak kembali
ke meja masing-masing.
There is something strange about this so-called
Lolita. I have to find out!
Apa pun aku
memang tak boleh terima ayat langsi
dia tadi. Main mencelah tak tentu pasal. Tak padan dengan hamil. Tak tahukah
dia bahawa orang yang bersikap biadap ketika hamil selalunya akan mengalami
kesukaran sewaktu ingin melahirkan nanti?
Sementara aku
menunggu Tan Sri Ridhwan kembali, aku mengambil peluang yang ada untuk melawat
tempat-tempat yang ditunjukkan Tan Sri Ridhwan tadi. Dari
bilik pantri, aku berjalan perlahan ke bilik photocopy and printing.
“Thia, are you alright?” Cuitan di bahu
bersama bisikan lembut ditelinga menyentakkan aku. Aku dongak kepala sedikit.
“Eh Tan Sri,
maaf. Saya okay. Cuma belajar nak suaikan diri.” Jelas aku. Tan Sri Ridhwan
sengih tayang gigi mendengar penjelasan aku.
“Tak apa. Take your time, okay?” Aku angguk
kepala. Segan. Lembut tutur bicara dan sopan Tan Sri Ridhwan ini. Membuatkan
aku rasa seperti sudah lama mengenali lelaki ini. Padahal baru pertama kali
bersua muka.
Strange…
“Thia, are you free today?” Soal Tan Sri
Ridhwan saat kami berdua-duaan di dalam lif.
“Yes, I am. Kenapa Tan Sri? Ada apa-apa
kerja ke yang saya nak kena buat?” Aku bertanya polos.
Tan Sri Ridhwan
tersenyum lucu. Aku jadi pelik. Bibir aku ketap kemas.
“Did I say something wrong?” Soalku.
Tan Sri Ridhwan
geleng kepala. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
“Would you like to have a lunch date with me,
today?” Aku rasa bagai nak pengsan mendengar ajakan tanpa segan silu dari
pemilik syarikat yang sedang merenung aku seperti hendak makan ini.
“Err…” Aku kelu lidah.
“Ermm… I-I-I…” Belum sempat aku memberi
kata putus. Tiba-tiba pintu lif terbuka. Terjengul wajah seorang gadis di
hadapan kami. Pantas aku dan Tan Sri Ridhwan keluar dari perut lif. Baju yang
tidak berkedut ini aku betul-betulkan. Tan Sri Ridhwan pula membetulkan tali
lehernya.il
Gadis melayu
muda berbaju kurung songket ungu dengan rambut disanggul kemas di depan kami ini
memandang aku dan Tan Sri Ridhwan silih berganti. Aku garu kepala. Tan Sri
Ridhwan tayang muka selamba. Gadis itu telan liur. Gulp!
“Err.
What a pleasant surprise! Saya tak sangka pula Tan Sri dah sampai. Saya
baru nak jemput Tan Sri dengan Miss Thia dekat bawah tadi.” Gadis bersongket
ungu memecahkan kesunyian.
“It’s okay. I think I better leave. Kamu
berdua bolehlah berkenalan dulu.” Tan Sri Ridhwan meminta diri. Dia berpaling
untuk menuju ke lif. Sebelum itu sempat dia menghadiahkan renungan tajam
kepadaku. Aku telan liur. Jantung berdegup kencang.
Wow.
This man's really is something... Hypnotic...
“Hi Miss Thia. I’m Suzanna. Your PA. Lisa
told me that you are here. But I have something to prepare just now. Sorry.”
Suzanna meminta maaf .
“Nahh.. It's okay. Awak mesti banyak
kerja, kan? Saya faham.”
“Thank you. Anyway, I’m looking forward to
work with you.” Kami bersalaman. Sama-sama berbalas senyuman. Mesra tetapi
tetap menjaga batas profesionalisma.
“Pleasure to
work with you, Miss Thia.” Ucap Suzanna.
“You should
be. Well, let's kick off. Shall we?” Ajakku dengan bersemangat. Suzanna
jongket bahu. Kemudian kami berjalan beriringan menuju ke satu ruangan yang
agak tersorok.
Hmm...
Where are we heading actually?
“Suzanna…” Aku
memanggil Suzanna yang sibuk mencatat sesuatu di dalam planner. Suzanna segera mengangkat wajahnya, planner ditutup dan dia menoleh ke arah aku.
“Suzanna, do you know Lolita?” Soalku
tanpa berbasa-basi. Langkah kaki yang laju tadi aku perlahankan sedikit.
Suzanna ikutan sama memperlahankan langkahnya. Sampai di satu selekoh, Suzanna
berhenti. Aku pun berhenti sama. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari celahan
planner tadi.
Sekeping kad
akses bersalut platinum dileretkan
pada autolock.
“Come in…” Pelawa Suzanna. Aku ikut.
Saat kaki kami
melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat yang luas dan kosong di tingkat 29
ini, dengan tiba-tiba Suzanna bertanya, “The
10th floor’s Lolita?”
Aku jongket bahu.
Perjalanan diteruskan lagi.
Secara
terperincinya dapat aku ulaskan yang suasana di tingkat 29 ini sangat kosong
dan sunyi. Ruangan penuh privasi dan terselindung jauh dari dunia luar.
Menggunakan tema
hitam putih dan diserikan pula dengan perhiasan pasu dan ukiran kayu abstrak
berkonsepkan kontemporari, itu sememangnya menambahkan lagi seri hiasan dalaman
ruangan ini.
Simple… Elegance… Rich… Perfect!
Penggunaan perabot
dalam kadar yang sangat minima menunjukkan betapa pereka ruangan ini sangat
bijak bermain dengan ruang dan mempunyai citarasa yang unik. Lukisan-lukisan
mahal karya pelukis terkenal turut menghiasi dinding yang kosong dan lebar.
Mataku tiba-tiba
tertancap pada sebuah lukisan besar di belakang tabir meja kerjaku. . Menggunakan teknik sketching, lukisan itu tampak hidup walaupun dilukis dengan hanya
menggunakan arang.
Am I in a heaven?
Tak
terasa seperti berada di sebuah pejabat langsung!
Di sudut kirinya
pula terdapat satu set sofa berwarna putih berbentuk separa bulat. Di hadapan
sofa itu ada sebuah meja kecil dan diatasnya tersusun beberapa naskah majalah
Vogue dan Malaysian Tattler. Manakala di sudut kanan pula diletakkan sebuah
meja kerja yang panjang dan lebar. Diatasnya meja kerja berwarna hitam itu ada
satu set komputer berteknologi tinggi Apple.
Itu mesti meja
kerja Suzanna. Aku meneka sendiri.
“Are you ready?” Tanya Suzanna dengan
muka penuh teruja. Dia menggosok-gosok kedua-dua belah telapak tangannya. Excited! Aku jadi gemuruh dengan
tiba-tiba. Nafas aku tarik dalam. Hati melafazkan kalimah Bismillahirahmanirrahim.
“Close your eyes.” Aku pejam mata.
“Miss Thia, this is your room.” Pintu sliding door yang diperbuat daripada
kayu dan berpegang stainless steel di
depanku ini ditolaknya kuat dari arah luar. Aku tercengang. Liur terasa kelat
dengan tiba-tiba.
Tak tahu
bagaiman hendak aku gambarkan perasaan aku ketika ini. Pintu besar berwarna
hitam dengan pembuka pintu yang memanjang kebawah itu kelihatan sangat
menyeramkan.
“Staring from today, this is going to be your
office. So this is your room.” Terang Suzanna. Aku masih diam tidak
terkutik. Kaget!
“Ini bilik yang
sama ke bekas Managing Director awak yang dulu guna?” Suzanna menggeleng. Aku
kerut dahi.
“Bukan?”
“Bukan.” Suzanna
senyum.
“Habis itu ini
bilik siapa?” Aku bertanya lagi. Aku rasa semua ini sangat memerlukan
penjelasa. Kesemua ini nampak seperti tidak masuk akal dan sangat diluar
jangkaan. Tak mungkin bilik seorang Managing Director adalah sebesar dan
semewah ini. Sedangkan bilik Tan Sri Ridhwan selaku pemilih syarikat juga tidak
sehebat bilik yang aku miliki sekarang.
“Soalan Miss
Thia itu saya tak dapat nak jawab. Saya cuma menjalankan tugas selaku PA Miss
Thia sahaja. Selebihnya, bukan dibawah skop kerja saya.” Serius dan tegas
Suzanna menerangkan. Aku ketap bibir.
“This is insane; a mind-blowing kind of
insanity, Suzanna.” Suzanna senyum mendengar pendapat aku. Geram pula aku rasa.
“Ini alat
kawalan jauh. Alat ini dapat membantu Miss Thia untuk menyelak atau membuka
tirai langsir tanpa perlu bergerak dari tempat duduk. So, just push the button here.”
Suzanna memberi
sedikit demonstrasi ringkas. Aku masih terasa seperti berada di dunia yang
lain. This is beyond crazy!
“Semua benda
yang ada dalam bilik ni adalah milik Miss Thia.” Aku tercengang. Mulutku
melopong membentuk ‘O’ yang besar.
Suzanna
menyambung lagi, “Maksud saya. Semua kemudahan, peralatan atau apa saja yang
berada di dalam bilik ini adalah untuk kegunaan Miss Thia.”
“Really??!” Suzanna mengangguk.
Suzanna
susun langkah ingin meninggalkan ruangan, tapi dengan pantas aku menghalang.
“Awak tak habis lagi jawab soalan saya. Lolita… Awak kenal dia?” Soalan aku
dibalas dengan satu senyuman sinis.
“Miss
Thia, untuk pengetahuan Miss Thia. Dalam RAFS Group ini siapa saja tak kenal
dengan si Lolita tu? Nama pun Lolita. Saya
rasa dari namanya saja, Miss Thia dah boleh agak bagaimana si Lolita tu
sebenarnya.” Suzanna kenyit mata. Aku gigit bibir. Otak memproses laju apa yang
dituturkan oleh Suzanna tadi.
Lolita?
Hmm…
Kalau
tak salah aku, Lolita itu asalnya pada zaman 60an. Lolita merupakan gelaran
yang diberikan oleh orang pada zaman ketika itu untuk mana-mana gadis muda yang
suka menggoda lelaki lebih tua atau terlebih umur. Tapi tidak pernah pula aku
mengambil tahu dengan lebih lanjut mengenai perihal golongan Lolita ni. Tapi
kalau bimbo, memang aku selalu dengar. Dunia hari ini memang banyak dipenuhi bimbo!
“Is she married?” Suzanna angkat bahu.
Tak pasti sama ada itu non-verbal sign
untuk ‘tidak tahu’ ataupun ‘no comment’.
Perbualan kami terhenti di situ. Masing-masing membisu.
Labels: Novel
Andrea Charming,
Ilham Karangkraf,
Karya Seni,
Novel,
Penulisan2u
Subscribe to:
Comments (Atom)