Aku amati setiap inci
ruang di dalam ballroom yang maha
cantik dan besar ini. Satu persatu aku tilik. Boleh dikatakan semua yang hadir
terdiri daripada golongan selebriti, korporat, ahli perniagaan, dan tak lupa
juga VVIP yang rata-ratanya sangat familiar
pada pandanganku. Mata-mata yang sedang memandang tidak aku hiraukan. Lantak
merekalah nak kata apapun. Aku datang untuk temankan Fauzan. Bukan nak cari
'job'. Tapi kalau dah 'rezeki' ada depan mata, takkan nak tolak, kan?
Aku berdiri di sebelah
meja bufet yang menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut. Nampak mengiurkan
makanan-makanan yang terhidang di atas meja ini. Ada pavlova, crème brulee, marshmallow pudding dan macam-macam lagi.
Tetapi aku memilih untuk makan buah-buahan saja.
Woahh,
watermelon? Nice! Juicy and good for health!
Okay, aku bukan diet.
Cuma banyak sangat makan makanan yang manis adalah sangat tidak elok. Nanti
kena diabetes.
Aku terlalu leka
menikmati buah tembikai yang sedap dan berjus ini sampaikan aku tidak perasan yang sebenarnya Dato’ Mauri sudah
lama terpacak disebelahku.
Alahai Dato' gatal ni
nak apa pula dah. Tolonglah jangan kacau. Aku baru nak fe-feeling makan buah ni. Aku memprotes dalam hati.
"Hai, makan sorang
je? Mana Tengku? Bukan tadi you dengan dia?" tanya Dato' Mauri. Aku
menoleh sedikit ke arahnya. Mangkuk di tangan aku letakkan di atas meja bufet
di sebelahku ini.
"Tengku? Oh there! He's with his ladies." Jari telunjuk aku tudingkan tepat ke
arah Fauzan yang sedang bergelak ketawa dengan anak-anak VVIP yang tengah sibuk
ingin menggodanya itu. Meluat pula aku melihat gelagat gadis-gadis gedik itu.
Menyampah!
Muka Dato' Mauri
sedikit berkerut saat ini. Seperti sedang memikirkan sesuatu.
"You tak jealous ke tengok boyfriend you layan perempuan lain? Bukan seorang yang dia tengah
layan tu. Ramai. Cantik-cantik pula tu." tanya Dato' Mauri. Sinis juga
bunyinya.
Aku hanya tersenyum
senget sebelum membalas. "Jealous?
What for? He's my man but not my boyfriend." Mata aku kenyitkan.
"Maksud you? You
masih single? Macam tu?" Dengan
penuh excited Dato' Mauri bertanya.
Soalannya aku balas dengan senyuman lebar.
"Err, so I still have chance?"
Sedikit pelik bunyi soalannya, tapi aku berpura-pura tidak menghiraukannya.
Sebaliknya aku bertanya kembali. "Meaning?"
"Haa I tak pandai
nak kasi ayat berbunga-bunga ni. So, let
me straight to the point. Haa Natalia, would you like to have a dinner with me
tomorrow night? At 8 pm. If yes, I'll pick you up." Aku tak pasti sama
ada ini satu soalan atau lebih kepada ajakan. Namun aku mengiakan aje. Kan aku
dah cakap, rezeki jangan ditolak dan bala jangan sesekali dicari.
"Sure Dato'. See you tomorrow at 8 pm. Don't
bother to pick me up. Just set the place and I'll be there." Aku
kenyitkan mata sebelum berlalu pergi. Beberapa langkah aku beredar, kedengaran
Dato' Mauri memanggil namaku. Aku menoleh kembali dan memandang tepat muka
Dato’ Mauri yang kelihatan sedikit teragak-agak itu. Kening aku jongketkan
sedikit.
"Natalia, wait! Contact number?" tanya Dato' Mauri.
Oh ya tak ya juga.
Macam mana nak tahu tempat kalau tak bagi contact
number kan? Hmm…
Nak bagi ke taknak ni? Aku
berfikir sejenak.
"Err.. Why don't you set the place now?
Esok senang. I terus jumpa you dekat sana." Aku sengih. Gigiku yang putih
berseri ini aku tayangkan buat tatapan mangsa terbaruku.
"Mandarin Oriental Hotel. Are you okay with
that?"
"Sure Dato'. Esok I jumpa you dekat sana
okay Dato'. Bye Dato'. Tengku is waiting for me." Tangan
aku lambaikan sebelum pergi meninggalkan Dato' Mauri seorang diri dan kembali
kepada Fauzan yang sedang memerhati dari jauh.
Selepas 4 jam
meluangkan masa di dalam ballroom,
akhirnya tamat juga majlis pada malam ini. Fuhh lega! Aku dan Fauzan jalan
beriringan untuk keluar dari ballroom.
Dalam pada itu, sempat juga Fauzan bersalaman dengan beberapa orang selebriti
wanita yang mengenalinya.
Well,
siapa saja yang tidak kenal dengan si jejaka tampan bernama Tengku Fauzan
Emerson? Everyone does! He's rich and stills a bachelor.
"Wonderful dress.." puji Fauzan yang
tiba-tiba muncul entah dari mana entah.
"Nice suit!" bidasku pantas sambil
tersengih menampakkan barisan gigiku.
"Marchesa?" tebak Fauzan.
"Tettt!
Try again!" balasku kembali.
Kening aku angkat-angkatkan dengan niat ingin mencabar si jejaka kacak
disampingku ini untuk terus meneka.
"Err, Marc Jacobs?"
"Marc Jacobs? No way! Hahaha."
Aku senyum bersama tawa kecil di hujung ayat. Kepala aku geleng-gelengkan.
"Versace? Or is it Valentino?" Masih tidak mahu mengalah. Fauzan terusan
mencuba. He just doesn't know how to give
up, doesn’t he?
"Nope, it’s Gucci’s Resort, Your Highness."
balasku dengan bangganya sambil badan aku bongkokkan sedikit ala-ala memberi
tunduk hormat kepada Permaisuri England.
"Alright alright. You win! You win! Hahahaha." Fauzan mengalah selepas tekaannya semuanya meleset
jauh daripada jawapan yang sebenar. Akhirnya terburai tawa kami berdua. Fauzan
menekan-nekan perutnya menahan senak akibat terlalu banyak ketawa.
"Riding solo?" tanya Fauzan selepas
tawanya reda.
Bersama
senyuman nakal, aku membalas pertanyaannya itu. "Yeah.. Solo as always dude." Satu tumbukan lembut aku
‘hadiahkan’ pada bahu kirinya.
"Sakitlah
Thia. Ish. Pakai gaun cantik-cantik. Gucci
pula tu. Tapi tak habis-habis dengan sikap kasar you tu." Fauzan
menggosok-gosok bahunya yang baru aku tumbuk tadi. Bukan sakit pun sebenarnya,
tapi biasalah. Fauzan ni kalau tidak kenakan aku memang tak senanglah hidup
dia.
"Majlis
dah habis. I dah rimas duduk dalam ballroom
ni. Banyak paparazzi, sweetheart."
"I
dah takda benda nak buat lepas ni. Apa kata kita pergi lepak mana-mana
ke?" Fauzan bertanya lagi sambil tangan ligat membetulkan sut di badan.
Aku di sebelah hanya mengikut dan membuntuti langkah Fauzan keluar melalui
pintu utama lobi hotel.
"Anywhere Thia?" tanya Fauzan yang
sedang fokus memandu Ferrari 458 GTR berwarna putihnya ini. Senyuman senget
terukir di bibir.
Aku melemparkan
pandangan ke luar tingkap. Memandang panorama alam dan langit yang indah
diceriakan dengan kerdipan bintang yang bertaburan memenuhi lautan langit
ciptaan Tuhan yang Maha Esa sebelum mata tertancap pada lampu-lampu jalan yang
terang-benderang menerangi malam ini.
"I'm all free tonight, so impressed me! Hahahaa." Aku ketawa kecil di
hujung ayatku.
Fauzan
mengangguk-anggukkan kepalanya mengikut rentak lagu yang sedang berkumandang. Volume speaker dikuatkan. Setiap bait
lagu Your Body nyanyian Christina Aguilera dinyanyikan dengan penuh perasaan.
Aku membiarkan sahaja Fauzan tenggelam dalam dunianya sendiri.
"Who's the prey this time?" tanya
Fauzan. Memecahkan kesunyian selepas agak lama kami berdiam diri.
"That not-so-handsome guy just now. He's in.
Hahaha."
"Oh you mean Dato' Mauri?"
"Maybe. I can't recall his name and I don't
even care about who he is. As long as he
got what I wanted, I'm all in and he need to pay me for my precious time. He
asked me for a dinner tomorrow night at 8 pm. Mandarin Oriental Hotel."
Aku menerangkan serba sedikit tentang apa yang baru aku bualkan bersama Dato'
Mauri sewaktu di dalam ballroom itu
tadi.
Kami kembali diam.
Selepas terasa yang
kesunyian mula menguasai malam kami, tiba-tiba Fauzan bersuara. “Thia.. Why Natalia instead of Thia or Lathia?” tanya Fauzan. Kepala
ditolehkan sedikit memandangku sebelum dia kembali memandang jalan raya di hadapan.
Aku sudah dapat meneka maksud disebalik soalan Tengku Fauzan Emerson itu.
“You knew the answer Fauzan. Why bother asking anyway?”
“You know that I’m concerned about you. So
answer me and don’t leave me hanging without any explanation like you always
does, darling.” Betul cakap Fauzan, selama ini setiap kali dia bertanyakan
mengenai hal yang sama, aku hanya mengambil sikap berdiam diri. Padaku, biarlah
hal itu menjadi rahsia dan misteri, dan tiada siapa perlu tahu kenapa aku
melakukan semua ini.
“Because I don’t want any of those jerks to know my real name and
identity. Mysterious is sexy.” Tegas aku menjawab. Aku senyum sinis. Fauzan
menggeleng-gelengkan kepalanya mendengarkan jawapan ringkasku. Dia tahu aku
menipunya. Keluhan berat terbit dari bibir seksinya itu.
Kereta yang dipandu
Fauzan akhirnya sampai juga ke destinasi yang ingin dituju. Mist Club. Fauzan menunggu giliran untuk menurunkan
penumpang. Selepas beberapa saat menunggu, datang seorang valet membukakan
pintu untuk aku keluar. Kemudian, lelaki berbaju kemas dan bervest itu membukakan pintu untuk Fauzan
pula. Fauzan menyerahkan kunci kereta Ferrari-nya kepada lelaki itu sebelum keretanya
dipandu ke tempat parkir.
Dari luar sudah
kedengaran bunyi muzik techno yang
sangat kuat. Berdentam-dentum bunyinya. Bingit. Aku melangkah membuntuti Fauzan
masuk ke dalam kelab. Tangan kananku dipimpin oleh Fauzan. Aku membiarkan saja
tanganku dipimpin olehnya. Kemas betul pegangannya. What a gentleman he is..
Kadangkala aku hairan,
Fauzan ni pegang tangan aku kuat-kuat macam takut sangat aku hilang. Lupakah
dia bahawa aku sudah cukup dewasa untuk menjaga diri sendiri?
Keadaan dalam kelab
sangat malap. Yang ada hanyalah lampu berwarna-warni yang berselang-seli
menyinari segenap ruangan dalam kelab serba mewah dan ekslusif ini. Sejujurnya,
aku tidak sukakan suasana malap sebegini. Ianya menyukarkan aku untuk berjalan
dan mengaburi pandangan mataku.
Walaupun begitu, aku
memaksa juga kakiku berjalan membelah lautan manusia-manusia yang sedang leka
dibuai godaan hawa nafsu. Sedang aku cuba memerhatikan keadaan sekeliling,
kakiku tersadung dengan kaki seorang gadis muda yang sedang duduk dalam keadaan
bersilang kaki di atas sebuah bangku berhampiran dengan bar. Dari gayanya, aku
tahu gadis itu sedang mabuk. Lihat sajalah lenggok badannya itu. Terlentok
sana, terlentok sini. Macam orang takda tulang saja. Nak kata seksi, tidak.
Menggoda pun tidak.
Low
class people, maybe?
Aku bernasib baik
kerana belum sempat mukaku mencium lantai, Fauzan dengan pantas mencapai
lenganku dan membantu aku yang sudah separuh tersungkur ini untuk berdiri
semula dengan betul. Bahuku dipaut kemas dan badanku dirapatkan dengan
badannya.
Thank
again Fauzan. You saved me.
Dalam hati, aku
berterima kasih kepada Fauzan. Bibirku perlahan-lahan mengukir senyuman
bahagia.
Sungguh tidak dapat nak
dibayangkan apa yang bakal terjadi sekiranya Fauzan lambat menyelamatkan aku
tadi. Confirm malu beb! Jatuh saham
aku yang vogue ini nanti. Hahaha.
Pakai gaun mewah rekaan Gucci,
tertiba jatuh tersungkur dalam kelab? Embarassing
moment! OMG!
Tak mungkin aku, si
Lathia Emilia a.k.a Natalia ini boleh jatuh tersungkur dalam kelab. No way, baby!
Hakikatnya, sejak dari
dulu lagi aku memang alah pada persekitaran yang gelap dan malap macam dalam
kelab ini walaupun aku sudah terbiasa dengan dunia sosial sebegini. Aku
tidaklah kerap sangat melepak di kelab-kelab malam yang penuh dengan godaan
hawa nafsu ini, tetapi melepak sebegini sehingga larut malam adalah sebahagian
daripada aktivitiku sejak beberapa tahun yang lalu. Aku sudah terbiasa dengan
‘dunia’ yang cukup melalaikan ini. Tapi jika aku dibenarkan untuk memilih di antara
melepak di kelab malam ataupun coffeehouse,
aku akan memilih coffee house. Lebih
santai. Selalunya, aku menjejakkan kaki ke kelab malam hanya bila Fauzan ada
bersama.
Fauzan merangkul
pinggangku. Dia memilih untuk duduk di kerusi paling hujung kerana padanya itu
sajalah tempat dia boleh mencari privasi ketika berhibur. Dalam pada masa yang
sama, dia ingin mengelakkan kehadirannya dihidu oleh gadis-gadis yang ingin
menggodanya atau lebih tepat lagi ialah menggoda duitnya. Dan juga bagi
mengelakkan dirinya dikesan oleh pengintip upahan ayahandanya, Tengku Jazmine.
"Fauzan, I'm thirsty." Aku pinta
dengan penuh manja. Lebih kepada merengek. Badan aku pusingkan sedikit
menghadap Fauzan yang sedang bersandar di sebelahku. Tangan kanannya mengusap
lembut belakangku. Perutnya yang berketak itu aku raba dengan penuh menggoda.
Fauzan tersenyum melihat gelagatku yang serupa kucing parsi ini. Sebuah killer smile penuh menggoda dihadiahkan
buatku. Kacak! Kau memang kacak Tengku Fauzan Emerson. Kekacakan yang mampu
menggoyah iman sesiapa saja.
"You seriously don't have to do that Thia…
Hurmm… It worries me Thia.. You might make me lose control you know…"
Rambutku yang terburai sedikit diselitkannya ke belakang telinga. Menampakkan
subang bertakhtakan berlian 12 karat yang tergantung indah ditelingaku.
Fauzan mendekatkan
wajahnya dengan leherku. “Thia, you do
smell good. Your scent fascinating me.”
Melihatkan Fauzan yang
tidak senang duduk itu, berdekah-dekah aku ketawa. Kelakar. Aku ingatkan kental
sangat. Goyah juga dia rupanya.
Siapa sahaja yang tak
goyah dengan kehebatan kau, Lathia Emilia? Suara mindaku mula berkata-kata.
Fauzan memanggil
seorang pelayan yang secara kebetulannya lalu di hadapan kami. Pelayan muda yang
sedang menatang sedulang botol arak berlabel Jack Daniel itu datang
menghampiri. Senyuman manis terukir dibibirnya. Aku membalas senyuman itu.
Mesra. Orang berbudi, kita berbahasa. Etika. Itu prinsip penting dalam hidup
aku.
"Give me one glass of non-alcohol fresh
Mojito and one bottle of Vodka. I need slices of lemon too.. Hurry please..
Someone's thirsty.." pinta Fauzan kepada pelayan muda di depannya itu
sebelum matanya meleret memandangku bersama sebuah sengihan.
Perli aku lah tu mamat
ni. Haihh. Aku bermonolog dalam hati.
Mungkin aku jahat, tapi
aku tidak sentuh arak ataupun minuman beralkohol. Dan salah satu kebaikan
Tengku Fauzan Emerson yang aku kagumi adalah, walau sesosial macam mana sekali
pun dia, dia tidak pernah mengajarku menyentuh air haram itu sungguhpun dia
sendiri meminumnya. Sesungguhnya, tidak pernah terlintas di benak fikiranku
untuk menyentuh air kencing syaitan itu. Jahat aku masih ada batasnya. Jahat
aku juga ada sebabnya.