Assalamualaikum readers :)
Terima kasih atas kebaikan dan kesudian anda meluangkan masa membaca hasil nukilan saya yang tak seberapa ni ;)
Lots of love from His slave,
AC
p/s : Thanks for your request +Amirah Hidayah ;)
p/s : Thanks for your request +Amirah Hidayah ;)
"Fuhh.. Sejuk siot.."
Tuala di badan aku ketatkan. Bibirku menggigil akibat kesejukan. Pintu bilik
aku kunci rapat dari dalam. Langkah aku susun menghampiri meja kecil yang
terletak bersebelahan dengan katilku. Alat kawalan jauh penghawa dingin aku keluarkan
dari dalam dada laci meja tersebut. Suhu penghawa dingin direndahkan. Tak betah
rasanya untuk aku duduk dalam keadaan sejuk-sejuk sebegini. Terasa
sengal-sengal habis satu badan. Kemudian, aku berjalan pula menuju ke set meja
solek berkonsepkan kontemporari moden bersebelahan dengan wardrobe.
Masa mula-mula masuk rumah ni
dulu. Memang aku dah aim dulu dah
bilik ni sebab susun aturnya yang ringkas dan banyak ruang. Aku boleh bergerak
dengan bebas. Nak main guling-guling dekat tengah-tengah ruangan bilik yang
berlapikkan karpet berbulu nipis ni pun boleh.
Macam cerita Hindustan pulak dah! Hahaha.
Aku memang penggemar sesuatu
yang berkonsepkan kontemporari. Jadi sebab itulah Zahra memberikan bilik ini
kepadaku. For me, simple is elegant.
Very much sophisticated, just like me…
Secara asasnya, kondominium
yang aku diami selama sudah hampir 5 tahun ini adalah kepunyaan Zahra.
Kondominium ini sah menjadi milik Zahra pada hari jadinya yang ke-22. Papanya,
Dato' Haslam yang menghadiahkan kondominium ini kerana waktu itu kami sedang
melanjutkan pelajaran tahun kedua di peringkat Degree. Sewaktu kami sama-sama masih lagi menuntut di universiti
dahulu, perkhidmatan hostel memang terhad. Hostel yang ada semuanya dikhususkan
untuk pelajar-pelajar freshie tahun
pertama sahaja. Senior macam aku,
Zahra dan Sophea dihalaunya keluar. Jadi, memang takda tempat tinggal melainkan
kami menyewa. Nak menyewa bukan satu masalah tapi masalahnya sekarang, nak cari
rumah itu yang susah.
Jadi, Zahra mengambil tindakan
bijak dengan mengusulkan isu ketiadaan hostel kepada papanya. Jangan tidak
tahu. Cik Zahra ini memang sangat berbakat dalam bidang lakonan. Tidak aku
hairan sekiranya papanya sendiri boleh termakan dengan pujuk rayunya itu. Jika
tidak, masakan classmates kami menggelarnya
Drama Queen jika dia tidak pandai
berdrama?
Kalau nak diikutkan, Zahra dulu
request nak rumah biasa-biasa
saja. Tapi papa dia hadiahkan suite pula.
Advance babe, advance!
Aku melabuhkan punggung di
atas kerusi kecil berkusyen baldu di hadapan meja solek. Dalam keadaan menopang
dagu, kedua-dua belah tanganku menoleh-noleh pipiku ke kiri dan ke kanan untuk
membolehkan aku membelek wajahku yang sedikit pucat ini.
Pelembap muka daripada produk
berjenama Garnier yang tersusun elok di atas meja solek aku capai sebelum
penutupnya aku buka dengan cermat. Kemudian aku tuangkan sedikit pelembap
tersebut ke atas facial cotton
sebelum menyapunya ke serata muka dengan lembut.
Tiba-tiba telefon bimbitku
berbunyi…
I’m at the parking lot basement 2.
What?! What is he doing here? Aku
terkejut tatkala membaca pesanan WeChat yang baru aku terima daripada Tengku
Fauzan Emerson itu.
You
buat apa dekat situ? Tunggu siapa?
WeChat
yang diterima daripada Fauzan itu aku balas dengan segera. Dalam otakligat berfikir
gerangan apakah yang membawa Tengku Fauzan itu sampai ke mari. Ada hal mustahak
ke sampai dia perlu ke sini?
Beberapa saat kemudian. Satu
lagi pesanan WeChat aku terima. Masih dari pengirim yang sama.
I
tunggu you lah. Nak tunggu siapa lagi? Hurry
up Thia. I give you 15 minutes to get dress up.
Belum
sempat aku membalas. Satu lagi pesanan WeChat aku terima.
Okay correction. 30 minutes. Maximum! Now get your ass up! Hurry up!
Eh dia
nak jumpa aku? Pelik. Bermacam-macam persoalan bermain di minda. Apa hal pula mamat ni nak jumpa aku? Nak marah pasal
malam tadi ke? Ke sebab nak complaint
yang dia sakit belakang sebab kena 'angkut' aku sampai ke bilik? Rasanya takda
lah berat mana aku ni. Kan?
Okay wait. I'll be there in 30 minutes.
Minimum!
Aku
membalas pesanan WeChat Tengku Fauzan terlebih dahulu sebelum dengan segera
pergi bersiap. Mujur saja
aku baru lepas mandi dan ingin bersiap selepas selesai berborak dengan Zahra
tadi. Kalau tidak, mahu berjanggut tuan putera seorang itu nak menunggu aku
bersiap. Kesian pula dekat dia nanti. Tak pasal-pasal boleh tertidur dalam
kereta. Tengku Fauzan Emerson memang sudah sedia maklum tentang tabiatku yang
suka mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap ini.
"Hey darling… You look very beautiful, Thia." katanya saat
melihat aku terjengol di muka pintu kereta. Pintu kereta Roll Royce itu aku
buka besar sebelum melompat masuk ke dalam kereta.
Hari-hari bertukar kereta mamat ni. Semalam Ferrari, hari ni Roll
Royce. Dan esok? Mungkin Koenigsegg pula. Aku jugalah yang masih setia bersama
keretaku yang harganya hanya mampu membeli sebiji tayar Ferrari saja.
"Nahh… Jemu dah dengar pujian tak ikhlas
you tu Fauzan..." Aku mencebik. Bibir sengaja aku juihkan. Mengundang tawa
Fauzan.
"Hahaha.
I ikhlaslah Thia. Tak baik tahu cakap macam tu. Kecil hati I yang suci dan
bersih ini. Ouch!" Fauzan
menggedikkan suaranya. Dikecilkan sedikit suaranya bersama tangan yang sengaja diliuk-lentokkan
ala-ala seorang penari eksotik. Geli hati pula aku melihatnya.
"Oh Lord! Come on Fauzan, you seriously don't need to do that. Creepy!"
Aku memberi Fauzan pandangan ‘I can’t believe you just do that’ bersama bahu
yang sengaja aku jongketkan dan kening yang terangkat sedikit.
"Eleh..
Sekali-sekala.. Who cares?"
"I do!" balasku pantas. Mata
kujegilkan ke arahnya. Berdekah-dekah Fauzan ketawa.
"So where do we up to? Coffee
house?"
"Yup! Ben's."
Fauzan senyum. Matanya memfokus pada jalan raya di hadapan. Dia menggunakan
laluan tengah. Tiba di satu simpang, Fauzan membelokkan kereta ke kiri. Memasuki
susur jalan menuju ke Hartamas Height .
Aku melemparkan
pandangan ke luar kenderaan sebelum berpaling menghadap Fauzan yang tampak
sangat bergaya bersama kaca mata hitam Ray
Ban-nya.
“You yang hantar I sampai ke bilik
malam tadi?” Lambat-lambat aku bertanya.
Fauzan
senyum. “Yup. Kenapa? Tak boleh?”
“Takdalah.
Pelik. Boleh pula Zahra tu izinkan you masuk sampai ke dalam bilik.” Aku
mengerutkan dahiku. Fauzan ketawa kecil.
Kenapa dia
ketawa? Aku ada cakap sesuatu yang kelakar ke? Pelik betullah dia ni.
Fauzan
menjeling sekilas ke arahku sebelum matanya kembali fokus pada pemanduan. “Oh,
I call dia dulu. Waktu tu I kejutkan
you, tapi you tak bangun-bangun. So I
decide untuk dukung you.” katanya
tenang.
“Dukung I? Hello, I boleh jalan sendirilah.”
Lengannya aku cubit. Berdecit lelaki berkemeja lengan panjang berwarna navy blue itu.
“Jalan
sendiri? Haha. So funny. I kejut you
banyak kali pun you tak bangun Thia. Inikan pula nak jalan sendiri. Lagi pun I
tengok you tidur lena sangat. Like a baby.
Perhaps, a sleeping beauty.”
Aku ketawa.
Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa malunya aku apabila Fauzan
terpaksa mendukungku. Bersama muka yang sudah kemerahan, aku berterima kasih
kepada Fauzan. “Haha. Macam-macamlah you ni. Anyway, thank you.”
“No problem baby.” Fauzan menoleh ke
arahku. Daguku dicuit manja. Terkekek-kekek aku ketawa.
Apabila
tawaku sudah mulai reda, Fauzan kembali bersuara. “Thia, can I ask you something?” Serius wajahnya bertanya. Tiada
lagi sengihan seperti tadi. Yang ada hanyalah Fauzan yang sedang memandu bersama
rahang yang berdenyut-denyut. Seperti menahan marah. Ataupun menahan emosinya
daripada menguasai diri.
“Hurm. What is it Fauzan?” Soalannnya aku
jawab dengan soalan juga.
“Last night waktu I hantar you sampai ke
bilik tu…” Dia berhenti sampai di situ. Ayat tersebut dibiarkan tergantung
sebelum dia menyambungnya kembali.
“Waktu I nak
keluar dari bilik you, I saw a picture of
you with a guy. Damn good looking handsome man. Well-dressed. Who is he, Thia?”
Sepantas
kilat aku berpaling. Terbeliak kedua-dua bola mataku mendengar kenyataan yang baru
meluncur laju dari mulut lelaki di sebelahku ini. “You selongkar bilik I,
Fauzan?!” Naik satu oktaf nada suaraku. Tiba-tiba aku naik hantu.
Arghhh! I hate this.
Fauzan
kelihatan tersentak dengan perubahan pada oktaf suaraku itu. Segera dia memperlahankan
pemanduannya dan menoleh ke arahku. Bahuku cuba di usapnya namun pantas aku tepis
sekuat hati. Bersama dada yang berombak-ombak menahan marah aku mencerlung tajam
ke arahnya.
Siapa sangka
orang setenang aku boleh berubah menjadi seekor naga betina dalam sekelip mata?
Tersedar akan
cerlungan aku itu, Fauzan mula bersuara untuk meredakan ketegangan di antara
kami. “Hey chill baby chill. I tak selongkar. I nampak gambar tu terselit
dekat celah cermin meja solek you.” jelasnya dengan suara yang terketar-ketar.
Aku berpaling
kasar. Pandangan aku lemparkan ke luar kenderaan. Penjelasannya tidak aku endahkan.
Melihatkan aku yang sedang membisu tanpa sebarang suara ini, Fauzan bersuara
lagi. Masih mencuba untuk menjelaskan perkara sebenar.
“Trust me, Thia. I tak selongkar privacy you. I was wondering and still wondering until now if could that man in your photo be your
boyfriend?” Nada suaranya berubah. Aku mendengus geram. Jari-jemari aku
genggam sekuat hati.
Rasa macam
nak cekik orang!
“That’s none of your business.” sangalku
tegas. Gigi aku ketap dengan kuat. Urat-urat hijau di dahiku mula kelihatan.
Aghhh! Kenapa dengan kau ni Thia? Angin semacam je? Ishhh. Aku memarahi diriku sendiri
apabila tersedar yang aku sudah jauh hanyut dibuai amarah.
“Thia, you can count on me. Always! Kalau
you nak share apa-apa, you can share it with me.”
“It was nothing to be shared with, Fauzan.”
marahku. Cermin mata hitam di dalam beg tangan aku ambil dan sarungkan ke
wajah.
Fauzan
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “But…”
“Fauzan, enough is enough, okay? Let’s not talk about this again. Can we?”
pintaku. Aku cuba mengawal nada suaraku supaya kembali normal. Emosi juga aku
tahan daripada terusan menguasai diri dan meledak. Dalam hati hanya Tuhan saja
yang tahu betapa aku benci berbicara mengenai perkara ini. Selama ini tiada
siapa yang tahu kewujudan gambar itu. Bahkan, keluarga aku mahupun Sophea dan
Zahra sendiri tidak pernah tahu mengenainya.
“Okay baby. As you wish…”
“Thanks.” Mata aku pejamkan. Penat.
Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya sepuluh minit terasa seperti 10
jam!
I hate this situation. It kills me!
*********************************************************************************
7.30 pm.
Itulah waktu yang tertera pada
jam elektronik di dinding bilikku kini. Ahh, aku dah lambat! Aku sepatutnya
bertolak dari rumah pada pukul 7.00 malam lagi kerana jarak di antara
kondominium yang aku diami ini agak jauh dengan Hotel Mandarin Oriental. Itu
tidak termasuk dengan kesesakan lalu lintas yang perlu aku tempuh lagi.
Padan muka kau Thia. Berborak
sangat sampai tak ingat dunia. Kan dah lambat. Aku mengutuk diriku sendiri.
Inilah padahnya apabila
terlalu leka berbual dengan Fauzan sampaikan aku tidak sedar yang jam sudah pun
menginjak ke jam 6.30 petang. Habisnya, kelam-kabutlah aku menyuruh Fauzan
menghantarku pulang semula ke kondominiumku yang tidak berapa jauh jaraknya
dari coffee house yang kami berdua
melepak tadi. Hampir kurang 10 minit sahaja jangka masanya.
Dalam kepala aku
mencongak-congak dan memikirkan jalan terpantas untuk aku sampai ke destinasi
tepat pada waktunya. Perasaan rungsing yang bermukim sangat mengganggu
fikiranku saat ini. Aku takut jika aku tidak sempat untuk sampai awal daripada
waktu yang telah dijanjikan. Aku sangat punctual
apabila berurusan dengan masa. Pada aku, ketepatan masa itu penting. Ianya
menunjukkan kredibiliti dan kesungguhan seseorang dalam menjalankan tugasan dan
tanggungjawabnya. Dan apabila lambat sebegini, ya, sudah tentu aku cuak!
I’m a dead meat!
Apalah tanggapan Dato’ Mauri
jika aku sampai lambat dari waktu yang telah dijanjikan. Aku mengeluh lagi buat
kali yang ke berapa entah. Terlalu banyak mengeluh sampai tak terkira
bilangannya.
Sebelum beredar keluar, aku
sempat menilik penampilan diri buat kali terakhir. Semuanya tampak sempurna
sahaja. Di cermin panjang terpapar imej diriku yang tinggi lampai dan ditambah
pula dengan kasut tinggi berjenama Charles & Keith yang bakal aku sarungkan
nanti. Makin tinggilah jadinya apabila aku yang berketinggian 180 cm ini
memakai kasut tinggi setinggi 5 cm itu.
Aku memilih untuk memakai
sesuatu yang ringkas. Jadi, pakaian untuk makan malam bersama Dato’ Mauri pada
malam ini hanyalah kemeja berlengan panjang jenis kain sutera berwarna coklat
cair yang dipadankan bersama seluar jeans berpotongan rugged skinny berwarna hitam. Rambut aku biarkan lepas. Solekan pun
tiada yang begitu ketara. Aku mengenakan solekan tipis sahaja. Gincu bibir
berwarna nude dan lipgloss dalam rona warna yang sama.
Tiada sebarang solekan dikenakan pada bahagian mata. Cukuplah sekadar di bibir
sahaja.
Setelah berpuas hati dengan
penampilan diri, barulah aku melangkah keluar menuju ke ruang tamu. Di situ,
terdapat Sophea yang baru sahaja balik daripada berjumpa dengan keluarganya.
Sophea tekun menonton televisyen sehinggakan gadis petite itu tidak sedar akan kehadiranku.
"Sophea, I nak keluar
kejap. Don't wait for me yaa. I ada dinner tonight.” Aku bersuara apabila
Sophea masih lagi tidak perasan akan keberadaanku disebelahnya.
Aku berdeham. “Ehem ehem!”
Masih tiada respon.
“Sophea, I nak keluar ni.”
Sekali lagi aku bersuara.
Masih tiada respon juga.
Haihh. Dah kenapa dia ni? Dua
kali aku ulang masih tak toleh-toleh lagi.
Aku membasahkan tekak sebelum
sekali lagi bersuara buat kali ketiga. Kali ini, bahu Sophea aku tepuk kuat.
“Sophea, I nak keluar!” jerkahku.
Naik satu oktaf nada suaraku.
Sophea kelihatan tersentak
dengan jerkahanku. Mata aku kenyitkan. Sophea memandangku dengan mata yang
terkebil-kebil. Nampak gayanya, Sophea memang sedang mengelamun. Jika tidak,
masakan dia boleh tersentak sampai sebegitu sekali. Kehadiranku disebelahnya
juga tidak disedari. Berkali aku perlu ulang benda yang sama pula tu. Dia ada
masalah besarkah? Jarang sekali aku melihat sahabat baikku yang sudah aku
anggap seperti kakak kandungku ini mengelamun sampai macam itu sekali. Jasad
dan rohnya seperti terpisah jauh.
Dengan muka yang jelas masih blur, Sophea bertanya, "Haaa? Dinner? With who?"
Aku garu kepala. "With someone.. Err.. Dato’ Mauri if I'm not
mistaken. Don't worry. I'll take care of myself. Promise!" Tangan
belah kanan aku angkat gaya ingin melafazkan ikrar. Pipi Sophea aku cium pantas
sebelum kaki berjalan laju menuju ke pintu utama.
"Yeahh... Take care, baby... Do not be too late... If not I’ll lodge a police report say that
you went missing for days..." pesan Sophea bersama tawa kecil sambil kaki
mengekori aku sampai ke pintu gril. Pintu gril dibukakan untukku.
Almari kasut aku buka untuk
mengambil sepasang kasut tinggi berjenama Charles & Keith yang masih
tersimpan elok di dalam kotak kasut. Kasut aku sarungkan ke kaki sebelum
menutup semula pintu gril dari arah luar. Sophea yang bersandar pada dinding bertentangan
dengan almari kasut memerhatikan gerak geriku.
"Alright, babe! See ya later!"
Aku melambai ke arah Sophea. Sophea membalas lambaianku bersama sebuah senyuman
manis.
Oh aku tahu kau tak ikhlas
untuk senyum tadi Sophea. Aku kenal kau. Kenal sangat. Dan aku pasti ada
sesuatu yang berat sedang mengganggu fikiran kau saat ini. Tidak mengapa.
Perkara itu akan aku siasat nanti.
No comments:
Post a Comment
Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰