Monday, 22 August 2022

Bab 1 : Annyeong, J.

Malam terasa sunyi. Aku sendiri bersama sebotol Barbican sejuk ditangan. Bulan separa sayu menerangi malam. 

TIK TOK TIK TOK...

Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Otak ligat berputar memainkan sesuatu yang tidak pasti. Overthink dan replaying hampir semua perkara dan keputusan hidup yang telah dibuat. Overthinking sesuatu yang mungkin tidak akan terjadi.

Sampai bila? Aku tertanya sendiri. Sampai bila aku ingin hidup diburu bayang hitam. Hidup tidak terurus. Otak kelaut. Makan bila mahu bukan bila perlu. Berlawan dengan diri sendiri. Ibarat 10 personaliti berkongsi dalam satu jasad yang sama. 

Arghhh, sakit. Penat! Lelah! 

I indeed living on survival mode. Constant battle between staying alive and ending it.

Sedang aku hanyut dalam fikiran sendiri, tiba-tiba telefon berdering. Aku toleh melihat nama pemanggil. 

TAREEQ HAYDEN

Aku slide skrin untuk menjawab panggilan itu. Penuh lesu menyapa, "Hello, Tareeq Hayden. It's 3 AM in the morning. Kenapa tu?" Tariq dengan suaranya yang dalam itu membalas, "Nothing. You tak tidur lagi? You alright?"

Aku letak botol Barbican ditangan dan bangun menghampiri sliding door. Pandangan aku lemparkan keluar. Memandang kosong bangunan mencakar langit sambil menjawab, "No. Same old, same old."

"Rindu?" soal Tareeq. Perlahan tapi cukup untuk ditangkap pendengaran tajamku. Aku tarik nafas dalam sebelum menjawab soalan 1 million dollar itu. "Sangat." balasku sepatah. Ringkas tapi penuh ikhlas.

"Can we meet?" ajar Tareeq dalam nada memujuk Tareeq. Lelaki yang seorang ini pandai bermain nada sesuai dengan situasi. 

Aku telan liur. Dengan tiba-tiba kedua belah tanganku menggigil. Ada peluh kecil mulai membasahi dahi. Liur tersekat. Dada sesak sukar untuk bernafas. Aku pantas mencapat sisi kain langsir untuk dipegang. 

Back to reality. Get a grip. Hold on!

Aku pejam mata. Perlahan-lahan aku mengira dalam hati. Aku cuba bernafas. One.. two.. three.. Aku kira sampai lapan. Breathe, Mikayla. Breathe...

Aku berjeda. Lama. Tareeq di talian diam menanti. Aku yakin dia faham. Dalam hati aku bermonolog sendiri, "Mampukah aku?" Aku sedia maklum akan kenyataan dan realiti yang sekiranya aku bersetuju untuk berjumpa dengan Tareeq, itu ibarat aku melangkah kembali pada kenangan lalu. 

It's like I'm digging my own grave.

"Just two of us? Atau dengan yang lain?" Aku tanya dalam gigil. Yang lain aku maksudkan itu adalah sahabat-sahabat karib kami. 

Najmi

Zayn

Amin

Hakim

Jazeel

Tareeq menghembus nafas perlahan, "Just us. Me and you." Sambungnya lagi, "We need to talk." Nada berubah serius.

Simple sentence. Heavy message.