“Renee… Mana kau
Renee? Sampai hati kau tinggalkan aku seorang diri dekat sini. Rumah ni sunyi,
Renee. Aku takut. Aku perlukan kau.” Luna menangis teresak-esak sendirian di
atas katilnya. Bantal busuk kesayangannya itu dipeluk dan diramas-ramas.
Hatinya sakit ditinggalkan sendirian oleh Renee. Renee hilang entah ke mana.
Dari pagi
sampailah ke petang. Sudah berapa kali Luna masuk ke bilik Renee. Dia takut
sekiranya Renee berubah fikiran dan pulang ke rumah tanpa pengetahuannya.
Sepucuk surat yang di tinggalkan Renee itu juga dibacanya lagi buat kesekian
kali.
Dear Luna,
Luna, saat kau
baca surat aku ini. Mungkin aku sudah tiada lagi di sisi kau. Maafkan aku,
Luna. Aku perlu pergi. Aku perlu perbetulkan semua ini. Setiap yang terjadi
antara kita. Ianya salah. Salah sama sekali.
Aku sayangkan kau,
Luna. Tapi aku harus pergi. Pergi untuk membuktikan cinta aku pada kau. Pergi
untuk membuktikan cinta aku pada Tuhan Yang Esa. Izinkan aku untuk kenali diri
aku sendiri sebelum aku boleh pulang ke pangkuan kau dan kita sama-sama hidup
bahagia macam selalu.
Izinkan aku
perbetulkan diri aku dan kembali ke pangkuan Yang Esa. Semoga Tuhan dapat
mengampuni segala dosa aku. Semoga Tuhan memberkati pemergian dan perjuangan
aku. Semoga Tuhan melindungi kau untuk aku.
Bagi aku guna
kesempatan ini untuk memberitahu kau betapa aku takut dengan keputusan aku ini
untuk meninggalkan kau. Tapi aku percaya, kau kuat dan kau tak pernah takut. Kau
tak lemah. Dan takkan pernah lemah. Sebab kau Luna. Luna yang aku sayang.
Jaga diri kau
Luna. Jangan lupa Tuhan. Jangan lupakan aku.
Yang Ikhlas,
Renee
Luna mengesat
air matanya yang jatuh berguguran seperti hujan lebat di siang hari itu. Luna
cuba meraih semangat melalui pesanan yang Renee titipkan di dalam suratnya.
“Renee.. Aku
janji. Aku akan kuat. Aku tunggu kau pulang.” Luna berjanji pada dirinya
sendiri yang dia akan kuat. Dia tidak akan lemah seperti selalu. Dia berjanji
untuk membuktikan pada Renee yang dia mampu berdiri sendiri tanpa bantuan
sesiapa.
Surat di
tangannya dibawa ke dalam dakapan. Akhirnya, Luna terlelap tanpa sedar.
Hari berganti
hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Renee tetap tidak pulang.
Namun Luna tidak pernah berputus asa.
Dia tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Setiap hari dia
berharap agar Renee pulang ke rumah. Setiap hari dia akan berdiri di hadapan
pagar rumah dan menantikan kepulangan Renee. Tidak pernah sekali dia berputus
asa.
Sedang Luna leka
membelek album di tangannya, dengan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello. Ya bos. Saya di rumah. Sebentar
lagi saya datang.” Jelas Luna kepada bosnya sejurus panggilan di jawab. Bos
Luna, Puan Maznah menelefon untuk memberitahu mengenai mesyuarat Luna bersama
klien terbesarnya hari ini.
Selesai
menyimpan semula album di dalam laci, Luna terus bergegas ke pejabat.
“Assalamualaikum…” Suara garau penuh
kelelakian itu memberi salam. Redza menanti penuh debar di luar rumah. Matanya
melilau memerhati sekeliling. Sunyi. Mesti ramai jiran-tetangga yang belum
pulang dari tempat kerja.
Kemudian, mata
Redza tertancap pula pada tag yang ditampal kemas bersebelahan dengan plat
nombor rumah itu.
‘Renee & Luna’s Little Heaven’.
Tag comel
berukiran bunga-bungaan itu membuatkan Redza tersenyum sendiri. Di sentuhnya
tag itu dengan penuh berhati-hati. Kerana takut juga dikatanya penceroboh
nanti.
Renee?
Sudah lama Redza
melupakan nama itu. Tidak sanggup untuk dia mengingati insan itu lagi. Insan
yang sudah tiada. Yang kehilangannya satu rahmat buat Rezda. Dan Redza tidak
pernah sekalipun menyesal akan kehilangan insan itu.
Jam di tangan
ditilik. 3.30 petang. Sudah hampir 10 minit dia berdiri di depan pagar rumah.
Salam yang diberi sedari awal tadi juga masih tidak berjawab.
“Mesti tuan
rumah tiada dirumah ni.” Tebak hati kecil Redza. Jam pula masih awal. Oleh itu dia
memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam rumah menggunakan kunci pendua yang
sememangnya berada di dalam simpanannya. Berguna juga kunci pendua ini
untuknya. Sangkanya dulu, ingin dibuang saja kunci ini. Sama seperti dia
membuang kenangan lama itu.
Pintu kayu jati
berwarna putih itu dibuka luas dari arah luar. Mata Redza membuntang. Ternganga
sebentar mulutnya melihat. Pemandangan isi perut rumah yang cantik dan bersih
terpampang di kanvas mata. Nyata, Redza kagum. Perabot di dalam rumah itu
disusun rapi. Lantai bersih. Karpet kecil berbentuk hati menghiasi lantai ke
ruang tamu.
“Wow! Impressive!”
Puji Redza. Dia berdiri segak dengan sebelah tangan di masukkan ke dalam poket
seluar. Travelling beg diletakkan
rapat dengan kakinya. Redza toleh ke kiri. Dia tergamam. Mulutnya melopong
membentuk huruf ‘O’.
MashaAllah!
Potret gambar Luna dan Renee yang tergantung indah di dinding di tatapnya lama.
Di dalam potret
tersebut jelas terpancar kemesraan dan kasih sayang antara Renee dan Luna. Luna
yang memakai gaun berwarna putih bersih itu kelihatan sangat bahagia dan
gembira apabila Renee mencium pipinya. Sekeliling mereka berdua dihiaskan
dengan belon-belon bercorak polka dot yang banyak.
Renee oh Renee…
Dapatkah aku menggantikan tempat kau di dalam hidupnya? Desis hati kecil Redza.
Satu keluhan
berat dilepaskan. Namun dia takkan mudah melatah. Akan dicuba sepenuh keringat
untuk menjayakan misi ini.
Tanpa berlengah,
Redza mengambil begnya dan terus menuju ke bilik tidur Renee. Bilik itu tidak
berkunci, jadi mudah untuk Redza masuk ke dalam. Travelling beg di letakkan di
hadapan almari baju. Beg galas pula di letakkan di atas katil.
“Same old… Same old…” Omel Redza sendirian. Badannya yang masih mengalami jetlag itu di hempaskan ke atas katil.
Lama-kelamaan, dia terlelap.
Redza terjaga
apabila terdengar ada seseorang membuka pintu utama rumah. Dia segera keluar dari biliknya. Perlahan-lahan
dia berjalan ke pintu utama.
“Luna?” Tanya
Redza tatkala terlihat kelibat seorang wanita di depan pintu. Berambut panjang
dan berbaju kurung lembut.
Luna yang
terdengar ada seseorang memanggil namanya pantas berpaling. Dia kaget. Tas
tangan dan kunci yang dijinjit bersama terlepas dari tangan.
Luna mula
menggigil. Dia menjerit sekuat hati. “Arghhhhhhhhh!”
Redza menutup
telinganya rapat dengan kedua belah tangan. “This woman!” Redza geram dengan jeritan Luna.
“Macam mana kau
tahu nama aku?” Soal Luna. Muka polosnya kelihatan sungguh keliru dan takut.
“Sebab aku kenal
kau, Luna.” Balas Redza. Selamba. Senyuman penuh istimewa dihadiahkan buat
Luna. The smile reserved only for Luna.
Luna menjadi
semakin takut. Badannya menggigil. Dia takut yang teramat. Tanpa diundang dan
dirancang, fikirannya melayang. Otaknya mula berimaginasi. Dia membayangkan pelbagai
kemungkinan yang bakal terjadi kepada dirinya. Mungkin lelaki dihadapannya ini
akan menyakitinya. Berniat untuk mencederakannya.
“Aku dah janji
pada Renee yang aku akan jaga diri aku. Aku akan lindungi diri aku.” Nekad Luna
di dalam hatinya.
Seperti ada
rasukan yang menghasut, Luna bertindak melulu. Dia berlari melintasi Redza dan
menuju ke arah meja makan. Pisau buah di dalam bakul di atas meja makan di ambilnya.
Pisau buah itu digenggam dengan erat. Redza di hadapan sudah mula cuak. Matanya
membuntang. Nafasnya seperti tersekat.
“Luna… Sabar Luna,
sabar. Letakkan pisau tu. Luna aku orang baik. Aku takda niat nak sakiti kau.
Aku Redza. Redza Iskandar!” Redza menyakinkan Luna yang kelihatan seperti orang
dirasuk.
“Tak! Kau tipu!
Aku tak kenal kau. Siapa Redza? Redza mana?!” Luna bertempik. Pisau masih erat
di genggamannya.
“Aku Redza
Iskandar. Percayalah pada aku. Aku orang baik, Luna.” Redza mencuba sekali
lagi. Tapi Luna tidak percaya. Dia sebaliknya menggeleng-gelengkan kepalanya
beberapa kali.
Redza yang
hampir berputus asa akhirnya membuat aksi nekad. Dia pantas berlari ke arah Luna dan menerkam perempuan itu tanpa
memikirkan sebarang risiko yang dia mungkin tercedera ataupun mati ditikam.
Pisau di tangan
Luna di rampasnya dan di buang jauh ke tepi. “Aku Redza Iskandar Minhat!!”
Teriak Redza yang sedang menghempap Luna dengan badan tegapnya.
Luna yang masih
tergemam dengan tindakan nekad Redza hanya mampu diam tidak berkutik. Bibirnya
terketar-ketar.
“Abang Renee!”
Teriak Redza sekali lagi. Dia memanah tepat anak mata Luna yang ketakutan itu.
“Ha??
S-s-se-ja-kk bila Renee ada abang?” Soal Luna gagap. Dadanya berombak-ombak.
Air mukanya kelihatan seperti hendak menangis. Soalan yang diajukan oleh Luna
itu Redza biarkan tidak berjawab. Dia tidak mahu merumitkan keadaan.
“Get off me.” Rayu Luna lembut. Meminta
Redza bangun dari badannya. Sakit agaknya dihempap lelaki sebesar Redza. Kudrat
seorang lelaki memang tidak mampu ditandingi oleh seorang wanita.
Redza lekas
bangun dari posisinya. Dia menepuk-nepuk bahunya. Dikibas-kibaskan sedikit
bajunya. Kemudian tangan kanan dihulurkan kepada Luna. Ingin memberi
pertolongan kepada Luna untuk bangun.
“Thanks.” Ucap Luna.
“I didn’t know that Renee have a brother.”
Tambah Luna lagi. Dia senyum sedikit.
Redza lega
melihat senyuman terbit di bibir Luna. Dalam erti kata lain, mungkin Luna telah
mempercayainya dan akan membenarkan dia tinggal di sini buat sementara waktu.
Supaya mudah untuk dia melakukan misinya.
Malam itu, Luna
memasak makan malam. Selalunya dia jarang memasak untuk makan malam. Tetapi
disebabkan ada tetamu di rumah, jadi dia akan memasak.
Selesai mengatur
makanan di atas meja, Luna bergerak ke bilik Renee yang kini dihuni oleh Redza.
Selepas insiden petang tadi, Redza langsung tidak keluar dari bilik. Segan
mungkin dengan Luna.
Maklumlah,
diakan seorang lelaki. Tinggal pula dengan seorang wanita. Mesti banyak
tanggapan negatif bakal diterima mereka sekiranya jiran-tetangga terlihat
kelibatnya di dalam rumah itu.
“Redza…” Luna
mengetuk beberapa kali pintu bilik Redza.
“Redza…”
Diketuknya lagi dan lagi. Namun tidak berjawab. Luna memutuskan untuk masuk
sahaja ke dalam bilik tersebut.
Luna memulas
tombol pintu. “Red-dd-dd…” Ayat Luna mati di situ saat pintu bilik ditolaknya
dari luar. Air liur tersekat di kerongkong.
Oh shit! Carut hati
Luna. Matanya terbuntang melihat Redza terlentang di atas katil tanpa sebarang
baju di badan. Cuma seluar panjangnya yang masih tersarung.
Redza yang
terasa seperti pintu biliknya dibuka segera bangun dari baringan. Dia terkejut
melihat Luna tercacang di pintu bilik.
“Kau… Buat apa
ni?” Tanya Redza sambil menggosok-gosok matanya. Dia berdiri berjalan
menghampiri Luna.
Luna telan liur.
“Er-er… Aku nak ajak kau makan sebenarnya. Aku dah masak.” Jelas Luna sambil
menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Alright. Kau keluar dulu. Lepas mandi
aku makan.”
“Okay. Takpa.
Kita makan sekali. Aku tunggu. Kau mandilah dulu.” Redza mengangguk faham. Luna
berlalu keluar dari bilik Redza.
You’re so dead, Luna.
Sumpah Luna pada dirinya sendiri.
“Thanks. Sedap kau masak.” Puji Redza
selesai mereka makan malam bersama.
Luna yang duduk
bertentangan dengan Redza tersipu-sipu. Malu dipuji Redza. Sebelum ini tidak
pernah ada orang memuji masakannya.
“So, kau tinggal seorang saja dalam rumah
ni?” Tanya Redza. Cuba memulakan perbualan dan mengurangkan kejanggalan antara
mereka.
“Tak. Dulu
tinggal dengan Renee. Tapi lepas dia keluar,
tinggal seorang jelah.”
“Dah lama Renee
tinggalkan rumah ni?” Sambung Redza. Berpura-pura tidak tahu. Dalam hati berdoa
agar Luna tidak mengesyaki apa-apa padanya yang tiba-tiba datang entah dari mana
dan bertanya mengenai Renee.
Luna gigit
bibir. Cuba menahan sebak. Mendengar Redza menyebut nama Renee, membuatkan rasa
rindunya terhadap Renee semakin membuak.
“Lamalah juga.
Setahun lebih. Tak pasti dia pergi mana. Anyway,
you’re his brother. You sure know where she is now, right?” Tanya Luna pada
Redza. Redza tersedak dengan tiba-tiba. Tak sangka Luna akan bertanya.
“Yes. But then, I rarely met her too. So, I
don’t know her whereabout.” Tipu Redza. Luna mengangguk faham. Redza
menarik nafas lega dalam hati.
“Takpalah. Aku
tak nak tanya banyak. Kau rehatlah.” Luna cuba mematikan perbualan. Dia mahu cepat-cepat
mengemas meja makan tersebut dan masuk ke dalam bilik untuk berehat kerana masih
ada kerja yang perlu disiapkan awal pagi esok.
“Luna…” Panggil
Redza dengan lembut apabila Luna sudah mula bangun dari duduknya.
“Aku minta maaf
sebab buat kau terkejut petang tadi. Aku tak sengaja. Dan aku harap kau tak
kisah aku tumpang dekat bilik Renee. Aku janji aku tak kacau kau. Kau anggap je
macam aku tak ada dalam rumah ini.” Kata Redza. Berharap Luna dapat
memaafkannya dan menerimanya dengan baik.
“Takpalah.
Asalkan kau tak jadikan rumah aku sarang pelacur atau bawa balik perempuan
sudahlah.” Langsi Luna memberikan peringatan. Redza tercengang. Tak sangka
kata-kata itu meluncur keluar dari bibir Luna.
“Oh wait! Kau ingat aku ni kaki perempuan
ke apa?” Marah Redza. Dia sudah berdiri bercekak pinggang. Tak sampai sehari
tinggal di sini. Luna sudah mengeluarkan kata-kata tidak berasas padanya.
Niatnya untuk meminta maaf dan memperbetulkan sebarang salah faham berubah
menjadi pertengkaran.
“Few minutes
ago you look just nice and just fine. You know, Luna? Now you changed, all of sudden saying something ridiculous. More like
accusing me.” Jelas Redza. Rahangnya berdenyut. Luna kebil mata beberapa
kali. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Redza.
Teringat akan
keadaan Luna. Redza mula mengawal amarahnya. Dia beristighfar beberapa kali di
dalam hati. Takut sekiranya Luna bertindak luar jangkaan seperti tadi.
“Tak apalah
Luna. Aku masuk bilik dulu.” Redza meminta izin. Segera berlalu pergi.
Melangkah ke bilik Renee yang kini menjadi biliknya.
Pagi itu Luna
bangun dengan perasaan bersalah yang menggunung. Seperti biasa, setiap kali dia
melakukan kesalahan. Dia akan berasa sangat bersalah dan cuba sedaya upaya
untuk memperbetulkan kesalahannya.
Selesai mengikat
rambutnya dan membentuk satu sanggul yang kemas di kepala, Luna segera mengambil
fail dan beg tangannya untuk berangkat ke tempat kerja. Dia berjalan keluar dari
biliknya dan menuju ke ruang tamu.
Diperhatikan
sekeliling. Tiada orang. Kemudian dia berjalan pula menuju ke dapur. Masih
tiada orang. Dia yakin Redza masih belum bangun. Dia pasti yang Redza bukan
seorang morning person. Jadi mudahlah untuknya keluar ke kerja setiap
pagi tanpa perlu bersua muka dengan Redza.
Namun, tanpa
pengetahuan Luna, Redza sebenarnya adalah seorang morning person. Sama seperti Renee.
Setiap pagi, selesai
saja solat subuh, Redza akan berjaga dan menyiapkan kerjanya. Bekerja sebagai
seorang editor majalah memudahkan
kerja Redza. Dia tidak perlu ke pejabat untuk menyiapkan kerja. Bahkan semuanya
boleh diselesaikan di rumah sahaja.
Terdengar bunyi
seseorang menutup pintu memberi Redza petunjuk yang Luna sudah berangkat ke
tempat kerja.
“She’s gone. Now, it’s time for me to win her
heart.” Redza keluar dari bilik selepas terdengar bunyi enjin kereta Luna
meninggalkan perkarangan rumah.
Dia mengambil
iPhone 6 di dalam poketnya dan meng-google
menu masakan untuk di masak pada petang nanti.
Setelah
mendapatkan apa yang dimahukan. Redza menyimpan kembali iPhone 6 nya di dalam poket
dan mengambil kunci rumah untuk keluar pergi membeli bahan-bahan masakan.
Sedar yang dia
juga bersalah malam tadi, Redza cepat muncul dengan idea untuk memohon maaf
dengan memasakkan makan malam buat Luna. Romantic
candle light dinner. Itu ideanya.
Luna menolak
pintu rumah dengan dahi yang berkerut seribu. Dia pelik kerana dari luar lagi
dia sudah dapat menghidu bau makanan yang sangat menyelerakan. Beef steak. Makanan kegemaran. Tiada
orang tahu mengenai makanan kegemarannya itu selain Renee. Dia beranggapan yang
mungkin dia terlalu lapar sehingga terhidu bau makanan tersebut.
Pagar gril di
tarik dan dikunci dari dalam. Pintu kayu itu pula ditolaknya menggunakan
punggung saja. Dengan langkah longlai dia berjalan setapak demi setapak ke
ruang tamu.
Tapi alangkah
terkejutnya apabila ruang tamunya berubah menjadi restoran. Sofanya telah
beralih kedudukan.
Ada meja kecil
dengan dua kerusi di baluti kain putih dan dihiasi reben berwarna hot pink
menghiasi ruang tamunya. Di atas meja tersebut ada dua pinggan stik daging.
Siap dengan lilin sekali!
Luna yang masih
kebingungan tiba-tiba terasa lengannya di pegang lembut oleh seseorang. Dia
yang terperanjat terus berpaling ke belakang.
Redza senyum
apabila anak matanya bertembung dengan anak mata Luna. Mood romantik
menyelubungi mereka berdua. Redza memegang lembut jari-jemari Luna dan di
tariknya gadis itu duduk di kerusi yang telah dihiasnya.
Setelah
masing-masing duduk dengan selesa, Redza memulakan perbicaraan. “Dinner is on me.” Katanya dalam nada romantis. Luna masih kehairanan. Lain pula Redza malam
ini berbanding semalam.
“Luna, I’m sorry about last night.” Redza
memohon maaf. Luna memandang tepat anak mata Redza. Mencari keikhlasan. Dia
keliru. Antara mahu percaya atau tidak. Namun dari gaya Redza meminta maaf, dia
tahu lelaki itu ikhlas.
“It’s okay. Can we eat? I’m hungry.” Kata Luna dengan gelojoh
tanpa segan silu. Tapi memang benar. Dia memang sedang kelaparan setelah
seharian tidak menjamah apa-apa makanan. Ubat juga tidak disentuhnya. Kesibukan
menyebabkan dia hilang selera makan.
“Sure.” Redza tidak berkata banyak. Dia
mengikut Luna makan sekali. Sesekali di pandangnya sekilas muka jelita gadis
didepannya itu.
“Redza, thank you. Sedap kau masak. Sama macam
Renee. Renee pun pandai memasak juga. Rasa masakan kau orang pun sama!” Puji
Luna. Redza yang sedang menghirup air tersedak. Dia batuk terbahak-bahak.
Luna yang
terkejut segera mendapatkan Redza. Belakang lelaki itu di tepuk-tepuk dan
diusap lembut. Redza yang terkejut dengan tindakan pantas Luna itu jadi kaku.
Sentuhan Luna memberi satu kejutan padanya. Entah kenapa. Dia rasa seperti
disambar elektrik. Tangkai hatinya bergetar.
Dek kerana
egonya sebagai seorang lelaki, dicubanya sorok getaran itu. “It’s okay. Kau duduklah makan. Aku okay.
Tersedak sikit je.” Kata Redza. Nada suara diselambakan. Tayang muka heartless.
“Okay. Kau nak
air?” Pelawa Luna. Cuba mengubah suasana.
“Tak apa.” Jawab
Redza. Luna angguk faham. Dia bermain-main dengan makanan di dalam pinggan. Mereka
berjeda buat seketika.
Melihat keadaan
yang sedikit sunyi, Luna memecahkan kesunyian dengan menyanyi kecil. Redza yang
sedari tadi berusaha menghabiskan makanan di pinggan terus terhenti. Mukanya
diangkat sedikit memandang Luna.
“Sesungguhnya
engkaulah makhluk yang kusayang…
“… tetapi cinta
kita ini cinta terlarang…” Lagu Cinta Terlarang nyanyian Kangen Band itu di
dendangkan perlahan. Redza ketap bibir. Hatinya luruh melihat Luna menyanyikan
bait-bait lagu tersebut.
Tanpa sedar, air
mata Luna berguguran. Redza hanya mampu memandang. Mungkin menangis saja dapat
membantu Luna melepaskan rindunya pada Renee.
Redza duduk diam
tidak terkutik. Luna pula mengesat air matanya yang berjuraian menggunakan
hujung baju.
“Sorry. Woman. Can be super emotional.”
Tutur Luna dengan suara yang kendur bersama wajah yang sugul. Makin di kesat,
makin laju air mata yang mengalir dari tubir matanya.
Redza yang sudah
tidak tahan, akhirnya bangun dari duduknya dan terus menarik Luna berdiri ke
dalam dakapannya. Ubun-ubun kepala Luna diusap lembut.
“It’s okay… Just cry. Cry if that makes you
okay.” Pujuk Redza penuh kasih. Dia berasa kasihan melihat keadaan Luna.
Tapi apakan daya. Dia perlu mengotakan janjinya pada Renee.
Entah kenapa.
Pelukan Redza membuatkan Luna berasa tenang. Sakitnya merindui Renee sedikit
sebanyak terubat. Mungkin kerana Redza adalah abang kepada Renee.
Renee… Lelaki
yang sedang memeluk aku ini. Dia mengingatkan aku pada kau. Pelukan kau.
Pujukan kau. Sedikit pun tidak berbeza. Aku rindu kau. Pulanglah… Rayu Luna
dalam hati. Perlahan-lahan, dia menyembamkan mukanya ke dada bidang Redza. Spontan
Redza memeluknya dengan erat.
Maafkan aku,
Luna. Lafaz Redza dalam hati. Pada masa yang sama, dia memejamkan matanya dan tangannya
lembut mengusap rambut Luna.