“Hey baby…” Sapa Tengku Fauzan Emerson
dari jauh sebaik saja melihat kelibatku. Dia yang sedang bersandar tenang pada
kereta Ferrari kesayangannya itu cepat-cepat membetulkan dirian. Aku senyum
bahagia tiap kali dapat bersua muka dengan jejaka yang seorang ini.
Fauzan oh
Fauzan…
Berbaju kemeja
putih kemas dipadankan pula bersama seluar slack
berwarna kelabu cair, itu menambahkan lagi aura seorang pemimpin yang sudah
sedia ada didalam dirinya. Dari segi tatarias diri, Fauzan memang bijak. Dia
pandai mengenakan pakaian yang sesuai mengikut suasana dan tema.
Kacak. Bergaya.
Berduit. Berharta. Berkerjaya. Segala ciri-ciri lelaki idaman wanita, semuanya
lengkap ada pada dirinya.
No wonder women keep chasing over him!
Tengku Fauzan menghulurkan tangan kanannya.
Huluran itu aku sambut dan dengan pantas Fauzan menarik aku rapat ke badannya.
Dia menundukkan sedikit kepalanya, rambutku dihidu dalam. Tangannya
perlahan-lahan merangkul erat pinggangku.
“Fauzan, no PDA please…” Marahku dalam
nada manja. Mata sengaja aku jegilkan. Fauzan senyum senget. Killer smile!
“But I love you…” Dia berbisik sensual.
Aku geleng kepala. Tangan kanan aku tekupkan ke dadanya.
“I know. Tapi kitakan masih dalam kawasan
pejabat. Tak elok kalau orang pandang. Habislah profesionalisma I nanti.” Aku
menjeling. Fauzan akur. Perlahan-lahan dia melepaskan rangkulan tangannya dari
pinggangku.
That’s my boy!
Public Display
of Affection (PDA) adalah satu perlakuan dimana individu atau pasangan
mempunyai kecenderungan untuk menunjuk-nunjukkan kemesraan mereka pada khalayak
ramai. Menjadikan ia bahan tatapan umum.
Dari pandangan
mata sesetengah pihak memang akan nampak sangat romantis. Tapi pada pandangan
mata sebelah pihak yang lainnya, perbuatan PDA itu akan menjadi sesuatu yang
sangat meloyakan dan menjengkelkan.
Antara
perlakuan atau perbuatan fizikal yang paling kerap dan ketara boleh dilihat
adalah seperti berpegangan tangan, berpelukan, bermesraan, berkelakuan romantis
dan ada juga yang sanggup bercumbuan di depan khayalak ramai! Kelihatan melampau tetapi itulah
hakikatnya. Manusia memang bermacam ragam. Pada zaman globalisasi kini, PDA itu
ibarat satu trend.
“Well, how’s your day? Macam mana dengan
temuduga tadi?” Tanya Fauzan. Prihatin.
“Not much.” Aku jawab acuh tak acuh.
Fauzan kerut dahi.
“Apa
maksud you ‘not much’? You tak
gembira ke dapat kerja dekat syarikat besar macam RAFS Group ni?” Fauzan
bertanya lagi sambil membuntuti aku berjalan ke bahagian tempat duduk
penumpang. Pintu kereta dibukakan untukku.
“Thank you Mr. Emerson.”
“My pleasure.” Bisiknya perlahan. Mata
dikenyitkan sebelah. Berbunga-bunga pula aku rasa. Dilayan seperti permaisuri!
Dengan langkah
panjang Fauzan pantas bergerak ke tempat duduk pemandu dan segera memboloskan
diri masuk ke dalam kereta. Pemanduan dimulakan.
Dalam
kereta, kami masing-masing berjeda. Soalan Fauzan sebelum kami masuk ke dalam
kereta tadi aku biarkan tidak berjawab.
Pandangan sengaja aku buang ke luar tingkap. Jalan raya masih sesak
dengan kereta yang berpusu-pusu ingin pulang ke rumah selepas seharian
berhempas-pulas mengerah tenaga di tempat kerja.
Ada
yang memandu kereta, ada yang bermotosikal. Tak kurang juga mereka yang
menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
“Well, back to the business, Miss Lathia
Emilia. Apa yang kurang pada RAFS Group tu? RAFS Group is a big company and a gigantic corporation. You tahu,
kan?” Aku cuma mampu mengangguk kepala perlahan menjawab pertanyaan itu.
Sesekali Fauzan menoleh kearah aku. Mukanya seperti tidak berpuas hati dengan
jawapan aku tadi.
“Memanglah
syarikat besar. Tapi I baru nak mula kerja. Setakat satu hari suntuk I habiskan
masa dekat pejabat tadi. I rasa syarikat tu okay saja. Macam tak ada apa-apa
masalah.”
“Habis
itu kenapa you macam tak gembira?” Fauzan bertanya lagi. Nadanya tegas. Aku mengeluh lemah mendengar soalan yang
diajukan.
Macam mana aku
hendak terangkan pada kau, Fauzan? Luahku dalam hati.
“Syarikat tu
memang besar. Mewah. Ekslusif. Korporat. Macam-macam lagi yang you takkan mampu
terfikir dek akal. Tapi, entahlah. I tak pasti. I rasa macam ada sesuatu yang
tidak kena. Atau mungkin itu semua cuma mainan perasaan I. Mungkin sebab I
belum dapat suaikan diri.”
What a paranoid, Lathia… Kutukku
pada diri sendiri.
“Tapi you jangan
risau. I tahu I boleh buat. It takes
time, but I will survive!” Aku mengubah intonasi suara kepada nada yang
lebih ceria dan bersemangat.
Sungguhpun
begitu, aku tetap merasakan ada sesuatu yang pelik mengenai RAFS Group
Corporation. Dan ada sesuatu yang menarik tentang pemilik syarikat itu, Tan Sri
Ridhwan Adi.
Hmm… Whatever it is, he attracts me…
Apa
hikmah disebalik semua percaturan hidup yang telah Engkau takdirkan ini, Ya
Tuhan?
Aku pejam mata.
Dalam beberapa saat saja semuanya menjadi sunyi dan gelap. Akhirnya aku
terlelap.
Hari ini
kedua-dua orang rakan baikku tiada dirumah. Ada urusan keluarga katanya. Jadi
terpaksalah aku keluar makan malam seorang diri. Tapi yang aku pelik itu,
kenapa mesti kedua-duanya mempunyai urusan yang sama pada masa yang sama?
Mungkin itu
hanya kebetulan. Bukan ke bagus kalau Tengku Fauzan ada bersama. Tidaklah aku
bosan keluar berseorangan.
I wish you’re here…
Kereta Peugeot
kesayanganku dipandu laju membelah langit malam yang terang-benderang di tengah-tengah
kota bandaraya Kuala Lumpur. Volume
pemain DVD aku kuatkan. Lagu nyanyian Skylar Grey berkumandang memenuhi ruangan
kereta. Setiap bait lirik lagu itu aku nyanyi dengan penuh perasaan.
Sampai saja di
tempat parkir kereta di pusat membeli-belah Pavilion KL, kereta aku parkirkan berdekatan
dengan lif. Senang untuk aku naik ke atas nanti. Tak perlu untuk berjalan
jauh-jauh. Lagipula bahaya memandangkan hari sudah malam dan kawasan parkir ini
agak sunyi.
Selesai mengunci
pintu kereta, aku terus menaiki lif. Butang lif aku tekan.
Third Floor.
Suara operator berkumandang. Aku keluar dari perut lif dan terus menuju ke Michelangelo. Fine dining cuisine Michelangelo menjadi tempat makan malam
pilihan.
Sesudah
menikmati makan malam di Michelangelo,
aku berjalan pula menuju ke Starbucks yang terletak bertentangan. Beberapa
langkah berjalan, tiba-tiba mataku tertancap pada dua orang merpati sejoli.
Itu bukan Rayyan
ke? Aku bertanya sendiri. Jejaka kacak itu aku tilik tajam dari jauh.
Sah! Itu memang Rayyan! Dan aku juga
cam muka perempuan didepannya.
Nampaknya
tercapai juga impian aku untuk membalas dendam. Ha ha ha!! Aku gelak jahat
dalam hati. Tak sangka mereka berdua juga berada di Starbucks. Lagi mudahlah
kerja aku. Melihat si gadis tekun memujuk, muncul satu idea jahat di kepala.
Pantas aku menghampiri meja mereka.
“Ehem ehem!” Aku
berdeham kasar. Mereka berdua memandang aku serentak. Rayyan senyum. Vee
cemberut. Bagus!
“Hey, it’s you! The one yang sengaja tolak I dalam pool tu kan?” Soalku sinis. Sengaja aku menjirus minyak ke dalam api
yang marak.
Tak puas dengan Vee, kini Rayyan pula aku
pergunakan untuk mengenakan Vee. “Hi
sayang, where have you been? I rindu tahu. Lama I tunggu. You tak muncul
pun. You kata you busy dengan
kerjalah, apalah. Tup tup, I terserempak dengan you dekat sini. Siap dating pula tu. You couple lagi ke dengan minah
ni?” Mata Rayyan terbeliak mendengar ayat spontan dariku. Vee yang sudah
kepanasan segera bangun dari duduknya. Dia berdiri mencekak pinggang.
““Hello, excuse me. Apa masalah you ni?” Dia
menengking. Bahuku ditolaknya kasar. Sambil pura-pura menghembus habuk di bahu,
dengan tenang aku membalas, “Oh for your
information, I’m Natalia.” Tangan kanan aku hulur. Formal. Muka masih kekal
tenang. Dalam hati sudah tergelak sakan melihat raut wajah cemberut dan meluat
Vee.
“I’m Vee.” Kata Vee memperkenalkan diri
dengan penuh lagak.
“Well informed, Miss Vee. By the way, dah lama kenal Rayyan?”
Soalku tanpa berbasa-basi.
Vee membetulkan
rambutnya. Sengaja dilibaskan mengenai mukaku. “3 months.” Jawabnya sombong.
“Wow, 3
months? Lamanya! Setahu I, Rayyan ni paling lama dia boleh bertahan pun around 3 weeks. Well, good job Vee. You must
have something valuable to offer him whenever he needs it.” Kiasku sinis.
Aku pasti Vee faham apa yang aku maksudkan.
“What?! Hey, you jangan macam-macam eh Natalia.”
“Come on lah Vee. I kenal dia almost 3 years kot.” Tipuku. Rayyan di
sebelah hanya memerhati tanpa memberi sebarang respon. Tenang saja lelaki itu.
“Baby, betul ke you kenal dia dah 3 tahun??
Is she your ex?!!” Rayyan yang baru
hendak menghirup kopi ditangan terus tersedak. Merah padam mukanya. Aku menutup
mulut menahan tawa yang hampir terburai.
Oh God! I’m so good! Aku memuji diri sendiri
dalam hati.
Vee yang sudah kelihatan
seperti singa betina mengepal-ngepal penumbuknya. Dengan suara yang sudah naik
beberapa oktaf, dia menuduhku. “Miss
Natalia, I know exactly what type of
woman you are!”
“Oh really? You do? Wow, what am I then?”
Polos aku bertanya. Berpura-pura.
I know myself
better, Vee…
“A slut. A gold-digger. A wedding breaker!”
Vee menuduh bertubi-tubi. Jari telunjuk dituding tepat ke muka aku.
Aku ketawa
kecil. Vee ketap bibir. Geram sungguh dia melihat aku yang masih tenang
membalas setiap tohmahannya.
Aku tarik nafas
dalam dan langsung membidas. “Bercakap dengan cermin ke Vee?”
“Gold digger tu you. Bukan I.” Sambungku
lagi.
“I’m not a wedding breaker but I’m worse than
that.” Mata aku kenyitkan.
“I’m a home-wrecker and a relationship destroyer.
Anyway, more expensive than a slut as you claimed.”
Aku hulur tangan
pada Rayyan. Tanpa berfikir banyak, huluran tanganku dibalas. Tangan itu aku
genggam erat. Sebelum beredar sempat aku berpaling ke belakang dan
menghadiahkan satu flying kiss kepada
Vee yang melopong melihat aku membawa pergi kekasih hatinya.
Do you think I’m scared?
Think twice Vee.
Aku senyum sinis
dalam hati. Puas pula hati aku dapat mengajar perempuan seperti Vee itu. Aku
bukan ingin merendahkan martabat kaumku sendiri. Tapi aku rasa aku patut
memberi sedikit peringatan dan
pengajaran kepada Vee. Bukan sewenang-wenangnya dia dapat melakukan apa saja
kepada sesiapa yang dikehendakinya.
No comments:
Post a Comment
Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰