Tuesday, 4 November 2014

Cerpen : Oh tidak! Suamiku Diva! 1

After a very long period, here I am. Writing again. Well, it's a new start for me. 
Hope you guys enjoy reading ;)
And as always, take the goods as a remembrance, and leave the bad as a lesson. 

New short story ; Cerpen ! :)

Do enjoy reading this part on with patience! 



Ada sesiapa boleh kongsi idea apa tajuk paling sesuai untuk cerpen ni?
Kongsi idea anda dan buktikan kreativiti mu! xD



“Ini bukan kisah aku. Tapi kisah dia. Dia yang tegar mencari jalan pulang.”

Aku dan dia. Sama tapi tak serupa. Pelik tapi benar. Unik tapi istimewa…
“Macam mana kau tahu nama aku?” tanya Luna. Muka polosnya kelihatan sungguh keliru dan takut.
“Sebab aku kenal kau, Luna.” Balas Redza. Senyuman penuh istimewa dihadiahkan buat Luna. The smile reserved only for Luna.

Luna Elena. Satu nama yang tidak pernah lekang dari bibir Redza Iskandar. Nama itu sering kali di sebut di dalam setiap doanya. Wajah itu yang sering kali muncul di dalam mimpinya. Istikarah cintanya hanya buat Luna Elena. Gadis yang ditunggu selama bertahun-tahun lamanya. 

Namun, dapatkah Luna menerima Redza seperti mana Redza dapat menerima Luna dan kisah silamnya? Sedarkah Luna akan hakikat hidupnya yang sebenarnya?

Siapa Luna Elena? Siapa Renee? Dan siapa Redza Iskandar? Apa sejarah mereka?
Luna mencari jawapan dan Redza merungkai fitrah hidupnya. 


*********************************************************************************

I HATE YOU!!!!!” teriak Luna. Kuat.
You do?” Wanita itu bertanya pada Luna. Wajahnya tenang memandang Luna yang sedang merenungnya dengan penuh kebencian. Bibirnya yang merah menyala itu senget mengukir senyuman sinis.
Evil look.
Yes, I always do. Kau nak apa dari aku? Kenapa kau selalu ganggu hidup aku? Kenapa?!!” jerkah Luna. Jari-jemari di genggam erat. Badannya menggigil.
“Hahaha!!!!” Seperti kerasukan, wanita berbaju merah jambu itu ketawa mengilai sekuat hati. Lantang dan menakutkan.
Tidak cukup dengan hilai tawa, wanita berbaju merah jambu itu mula berjalan setapak demi setapak mendekati Luna. Luna yang seakan kebingungan mula berundur ke belakang.
“Luna… Luna... Luna...” Wanita itu berhenti sejenak. Kepala diliuk-lentok ke kiri dan ke kanan. Leher di regangkan. Matanya tepat memanah anak mata Luna.
“Kau lupa pada aku, Luna? Bukankah dahulu aku ini kawan baik kau?” tanya wanita itu lagi. Luna mengerutkan dahinya. Keningnya bersambung. Membuatkan wajahnya kelihatan sungguh bengis dan menakutkan.
She look murderous.
“Luna… Cuba kau ingat balik. Dulu, akulah teman kau siang dan malam. Aku kawan kau. Kawan baik kau. Kita buat baik bersama. Buat jahat pun bersama.” Wanita itu kembali mendekati Luna lagi. Luna cuba menjauhkan diri. Dia berundur dan semakin berundur ke belakang.
Paaaaapppp!
Shitttt!” Luna memejamkan matanya. Geram di dalam hatinya bertambah.
Dinding.
“Macam mana nak lari ni?” Soal Luna menggerutu di dalam hati. Luna toleh ke kiri dan ke kanan. Tiada jalan keluar. Tiada pintu. Cuma dinding. Dinding kedap yang menyeramkan.
Luna menjumpai jalan buntu. Akhirnya dia tersandar pada dinding di belakangnya. Wanita berbaju merah jambu di depannya semakin berani melangkah mendekati. Selangkah demi selangkah. Kemudian dia berhenti betul-betul di hadapan Luna. Wajahnya sangat dekat dengan wajah Luna. Sehinggakan hembusan deras nafasnya turut dapat dirasai.  
“Kau lupa pada aku? Kau lupa, Luna?” Wanita itu masih bertanyakan soalan yang sama.
Luna menundukkan wajahnya sedikit. Cuba mengingati dan mencerna segala informasi yang di tuturkan oleh wanita berbaju merah jambu itu sedari tadi.
“Aku tak kenal kau. Kenapa kau suka ganggu hidup aku? Pergilah. Pergi!!” rayu Luna diakhiri dengan teriakan dan jeritan lantang menyuruh wanita itu pergi dari hidupnya.


 “PERGIIII!!!”          
“Ya Allah, Luna!” Matanya celik membulat. Renee bangun lintang-pukang apabila terdengar teriakan kuat hadir dari bilik Luna. Sepantas kilat dia berlari ke arah bilik Luna. Sampai sahaja dihadapan pintu bilik, tombol pintu dipulas pantas dan dia segera mendapatkan Luna yang sedang meracau-racau di atas katil.
            “Dia mimpi lagi.” Desis hati Renee.
            Dengan penuh berhati-hati, dia mengejutkan Luna yang sedang hanyut dibawa arus mimpi ngeri itu. Ini bukan kali pertama Renee berhadapan dengan situasi mencemaskan ini.
Terdetik juga dalam hatinya untuk berpindah bilik dan tidur berkongsi katil dengan Luna. Namun dia tahu, itu bukan satu idea yang baik memandangkan keadaan dirinya dan Luna yang sungguh berbeza.
            Mereka serupa tetapi berbeza.
“Luna… Bangun, sayang.” Kepala Luna dipangkunya. Perlahan-lahan pipi gadis itu diusap lembut dengan penuh kasih. Tetapi Luna masih meracau dan tidak sedarkan diri.
Oh my poor Luna…
            Renee mencuba lagi sehingga beberapa kali, “Luna, please wake up. You had a bad dream again… Wake up please, my dear Luna.” Bisiknya lembut di telinga kiri Luna. Kepala Luna masih elok di pangkunya.
           
Terasa seperti ada suara yang memanggil. Luna cuba mencari dari mana arahnya suara itu hadir. Tetapi dia tidak mampu. Dia tidak larat. Renungan tajam wanita berbaju merah jambu di hadapannya membuatkan dia tidak mampu untuk melawan sungguhpun dia tahu yang dia lebih daripada mampu. Kekuatannya luar biasa.
            “Luna… Please bangun…” Sekali lagi suara itu menyeru namanya. Merayu.

            Melihatkan keadaan Luna yang masih tidak sedarkan diri dan meracau itu, Renee segera mengangkat kepala Luna dengan berhati-hati daripada pangkuannya dan di letakkan kembali kepala gadis itu ke atas bantal dengan elok. Kemudian, Renee bangun menyusun langkah menuju ke kamar mandi untuk mengambil secawan air untuk direnjiskan ke muka Luna.

            Basah.
Air renjisan Renee itu membasahi hampir keseluruhan wajahnya.
            Sejuk yang mencengkam dan ditambah pula dengan kedinginan penghawa dingin akhirnya menyedarkan Luna dari mimpi ngerinya.
            Luna membuka matanya perlahan-lahan. Tangannya meramas kuat jari-jemari panjang Renee yang sedang mengusap-usap ubun-ubunnya.
“Renee…” Panggilnya perlahan.
            Hati Renee berasa lega. “Alhamdulillah…” Lafaznya dalam hati. Bersyukur ke hadrat Ilahi.
            “Yes, Luna.” Senyuman manis di hadiahkan buat Luna.
            “Renee, aku mimpi lagi. Aku mimpi perempuan tu lagi.” Jelas Luna dengan muka yang basah dengan campuran peluh dan air renjisan.
            “Dia cakap apa dekat kau?” Tanya Renee dalam nada yang tenang. Cuba memahami keadaan Luna.
            “She said, I am her and she is me. And she also said that I and she used to be best friends.” Jelas Luna dengan bersungguh-sungguh. Tangan Renee di tariknya dan di bawa ke dalam dakapan.
            “She said we did good things and had done bad things together. Cara dia cakap tu macam kami dah kenal lama. Sangat lama.”
“Dengan reaksi muka dia yang… Ya Allah… Tak dapat aku nak gambarkan Renee.” Tambah Luna lagi. Matanya bulat merenung anak mata Renee yang cantik itu. Walaupun dalam samar cahaya lampu tidur, Renee tetap kelihatan cantik pada pandangan mata Luna. Gadis itu memang cantik.
            Renee telan liur. Perkara yang paling dia takutkan bakal berlaku nampaknya. Segala yang cuba dielakkan ,nampaknya semakin hari semakin menjadi-jadi dan membahayakan.
            “Kau ada tanya nama dia siapa, Luna? Dia tinggal mana? Macam mana dia kenal kau dan kenapa dia selalu ada dalam mimpi kau?” Renee cuba memprovokasi fikiran Luna dalam diam.
            Luna geleng kepala. “Tak Renee, aku tak tanya.” Renee mengeluh lembut. Akhirnya dua orang sahabat baik itu masing-masing terdiam.

Renee dan Luna merupakan sahabat baik. Mereka berkenalan hampir empat tahun yang lalu. Sepanjang Luna tinggal bersama Renee, Reneelah yang banyak membantu Luna dan menguruskan hampir kesemua perkara berkaitan Luna. Termasuklah menanggung makan dan minum serta memberi tempat tinggal yang selesa buat Luna. Tidak pernah sekali pun dia mengungkitnya.
Wang bukanlah satu masalah buat Renee memandangkan dia mempunyai kerjayanya sendiri. Kerjaya yang sangat sesuai dengan sifatnya yang suka membantu orang lain itu.
Setelah sekian lama berdiam, Renee kembali bersuara. “Luna… Kita jumpa doktor nak tak? Kita buat check up? Please…” Pujuk Renee. Mencuba sedaya-upayanya. Namun hampa apabila cadangannya hanya dibalas dengan gelengan.
Itulah Luna. Apabila diajak berjumpa dengan doctor, dia tidak mahu. Dia menolak sekeras-kerasnya. Renee sebagai seorang yang sangat memahami, tidak mahu memaksa atau bercakap lebih. Dia tahu itu bakal mengganggu emosi dan proses pemulihan Luna.
Semenjak pertama kali Luna menjejakkan kaki ke dalam rumah Renee, dunianya berubah. Dia merasa bebas dan tiada yang dapat mengongkong atau mengarahnya lagi seperti dahulu.
            Apabila bersama Renee, Luna memperolehi semangat yang luar biasa. Semangat yang baru. Renee bijak mengambil hatinya dan membuat dia tenang. Itu sedikit sebanyak dapat membantu Luna untuk mengawal dirinya.
Tetapi bagi Renee, sejauh manapun Luna yakin yang dirinya semakin sembuh, Renee tetap pasti yang gadis itu masih memerlukan bantuan daripada mereka yang arif. Dia akan berikhtiar sehabis mungkin untuk mengubati Luna. Dan Luna juga perlu berikhtiar untuk mencari penawar buat dirinya.
Di dalam Islam itu sendiri ada menyuruh setiap hamba-Nya yang ditimpa ujian dalam bentuk penyakit agar sentiasa berikthiar untuk mencari ubat penyembuh. Sesungguhnya setiap jenis penyakit yang menimpa seseorang itu adalah ujian daripada Allah S.W.T. Itu juga merupakan bukti ataupun tanda yang juga dikenali sebagai buah tangan dan hadiah daripada Tuhan Yang Maha Esa sebagai tanda yang Allah sentiasa sayangkan hamba-Nya.
Ujian, cubaan, dugaan mahupun bala yang Allah turunkan kepada hamba-Nya, disebalik semua itu ada tersirat dan tersurat tujuan dan hikmah yang tersendiri. Dan tiada kuasa yang dapat menduga atau menyoal kuasa Allah. Perancangan Allah buat hamba-Nya sangat sempurna kerana Dialah sebaik-baik perancang.
Ujian dan dugaan bertujuan untuk membersihkan hati setiap orang mukmin yang sejati. Dan itulah yang membezakan diantara orang munafik dan orang beriman. Juga pembeza diantara seorang Muslim dan kafir.
Dengan ujian dan dugaan yang diberi, ianya dapat menghapuskan dosa setiap hamba. Dosa ini terhapus dengan adanya sifat bersabar dan sentiasa redha dengan apa yang telah Allah turunkan. Bersabar itu merupakan salah satu tanda ketaatan dan keimanan seseorang insan terhadap Sang Pencipta.
 Selain itu, ianya turut dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Juga membentuk nilai-nilai murni yang baik dalam diri setiap hamba.  
Seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah S.W.T segala perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya."


*********************************************************************************

            “La la la la la…La la la la la…” Lagu nyanyian Shakira berkumandang. Renee bernyanyi riang di ruang makan sambil tangan cekap menyediakan sarapan pagi buat Luna.
            “Amboi, bahagia nampak anak dara sekor ni? Apa kes? Dapat boypreeeengg baru ke, Cik Kak?  Hehehe.” Tegur Luna yang baru keluar dari bilik tidurnya sambil ketawa mengekek.
            Renee terdiam mendengar kenyataan Luna tadi. Gulp!
            “Nyanyi pun salah? Macamlah tak biasa dengar aku nyanyi kan kau, nokkk!” Bidas Renee dengan tangan sebelah bercekak pinggang dan sebelah lagi memegang pisau sapuan roti.
            “Ala, kau tu selalunya kalau siap menyanyi bagai. Mestilah ada benda yang istimewa berlaku. Tak dapat pakwe baru, dapat gaji extra. Takda yang lainlah. Itu je yang ada, nyah.”
            Renee menjeling ke arah Luna. Luna angkat kening. Roti di atas pinggan di sambarnya dan di kunyah penuh selera.
            Hmm… Wheat bread with Nutella and creamy spread. Yummy!

            Sedang mereka seronok menjamu selera, tiba-tiba Luna terhidu sesuatu yang aneh datang dari arah dapur rumah. Dia memberi isyarat bahu pada Renee. Bagaikan tahu apa yang dimaksudkan oleh Luna, Renee menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Tetapi bau itu semakin menebal dan menusuk hidung. Masing-masing tidak mahu menjenguk keadaan di dapur. Akhirnya Luna mengalah. Roti di tangan di letakkan semula ke atas pinggan. Dia berjalan masuk ke dapur.
            “Ya Allah Ya Tuhanku, Reneeeeee!!!” Jeritnya sekuat hati.
            Renee tersentak. Dia pantas berlari mendapatkan Luna. “Apasal?” Soalnya polos. Dadanya mencungap. Dipandangnya Luna dari atas ke bawah. Tidak berkedip.
            “Woi, kau nak suruh kita mati rentung ke???!” Amuk Luna dengan jari menuding ke arah seloyang kek yang telah rentung di atas kitchen bar.
            Renee menoleh. “Astaghfirullahalazim. Aku lupa lah, nokkkk!!” Dia tepuk dahi. Muka minta kesian dilayangkan. Meminta keampunan dari Luna yang sudah merah padam mukanya. Marah.
            “Sabar Luna, Sabar. Aku takut. Tolong jangan mengamuk.” Bisik hati kecil Renee.
            “Lupa lupa. Apa je yang kau tak lupa, wehh??” Luna bertanya kasar.
Memang gangster awek sekor ni! Kalah Kak Yong!
Renee ketap bibir. Bibir bawahnya di gigit kuat. Nasib saja tidak berdarah. Takut benar dia melihat keadaan Luna yang sedang amuk itu. Dia takut sekiranya sesuatu yang teruk berlaku.
            Melihat perilaku Renee yang sedang berdiri dalam keadaan menggigit bibir itu membuatkan Luna terkesima seketika.
Ermm. Sexy…” Getus hati kecil Luna dalam diam. Ada getaran dalam hatinya. Nalurinya seakan berkecamuk. Bercampur aduk. Nafsunya seperti diuji.  
            Sedang Luna terkesima dengan perbuatan Renee. Renee pula terpana dengan seraut wajah polos dengan mata bulat yang terpamer indah di depan kanta matanya. Kedua bola mata Renee tekun merenung mata bulat milik Luna. Tanpa sedar, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.
Masing-masing ibarat terpukau dengan kecantikan satu sama lain.
Ouchhh!”  Tiba-tiba Luna mengaduh.
            Renee tersentak. Mulai panik. “Kenapa Luna? Kau okay ke?” Matanya membuntang. Dia menggelabah. Dipegangnya kedua belah bahu Luna dengan mata tidak lekang dari memeriksa setiap inci tubuh gadis itu.
            Luna mengangkat jari telunjuknya sehingga ke paras mata Renee yang ternyata jauh lebih tinggi darinya. “Jari aku terkena baking tray. Sakit. Panas.”  Luna cembeng. Bibirnya muncung sedepa.
            Renee geleng kepala beberapa kali. Dia mendengus. “Hmmm. Ingatkan apa tadi. Meh sini jari tu.” Pinta Renee. Luna menghulurkan jarinya.
            Renee memegang lembut jari tersebut dan dibawanya ke bibir. Perlahan-lahan diciumnya jari telunjuk gadis comel di hadapannya itu.
            Luna pelik. Hatinya berdegup semakin kencang. Ada sesuatu yang tidak kena. Tapi dia tidak mampu untuk bersuara. Bagaikan kaku. Terpukau lagi dengan perilaku Renee.
            “Kenapa dengan aku ni?” tanya Luna pada dirinya sendiri.
            Lama Renee mencium jari telunjuk Luna itu sehinggakan dia tidak sedar yang sedari tadi Luna memerhatikannya. Dalam tidak sedar, Renee sebenarnya berasa tenang.
            “Ehem ehem.” Luna berdehem. Mengejutkan Renee dari lamunannya.
Lamunan terhenti!
Renee tersentak. Baru dia sedar yang jari Luna masih melekat di bibirnya. Jemari gadis itu masih kemas di dalam genggamannya. Segera tangan Luna di lepaskan dari genggamannya.
            “Alright… This is beyond awkward.” Luah Luna. Ralat dan pelik.
            “Errrkkk… Yeah…” Renee bersetuju. Kepala di angguk dengan muka yang memerah. Blushing, maybe.
            “Aku nak mandi!” Kata Luna pantas. Dia segera berpaling dan menuju ke kamar mandi di dalam bilik tidurnya.  Kakinya laju melangkah. Renee pula masih terpinga-pinga seorang diri.

Wahai Tuhan, cinta apakah ini? Kenapa begini yang terjadi? Perasaan aneh apakah ini? Rasanya pelik tetapi menyenangkan. Aku tenteram.
Aku dan dia sama. Serupa. Tapi getaran itu. Getaran jiwa itu. Dari mana hadirnya ia?
Luna dan Renee masing-masing mempersoalkan perkara yang sama. Masing-masing buntu dengan perasaan masing-masing.
Tapi pada Luna, ada satu saja persoalannya saat ini.
Songsangkah aku?

No comments:

Post a Comment

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰