Assalamualaikum :)
Today I felt like posting, so here it is.
Bab 8 Le' Charmer ;)
Baju di badan aku
betulkan. Bow
tie
di leher aku kemaskan. Rambut yang disanggul rapi membentuk hipster
bun
yang kemas dan tinggi aku tilik. Memastikan tiada helaian rambut yang
terkeluar.
Hari ini hari
pertama aku akan melangkah ke dunia yang baru. Dunia pekerjaan.
Tawaran Zahra semalam aku terima dengan hati yang terbuka sungguhpun
rasa takut dan gementar acap kali menjengah hati. Rasa ragu-ragu di
dalam hati tidak boleh disangkal lagi.
Ya, sejujurnya aku
takut. Ini bukan sekadar pekerjaaan tetapi aku menggalas
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Zahra. Amanah yang berat.
Amanah yang melibatkan hutang budi yang tidak akan pernah terbayar
dengan menggunakan wang ringgit kerana hutang budi perlu di balas
dengan budi. Begitu juga hutang nyawa. Hutang nyawa di balas dengan
nyawa.
Dokumen di dalam
hardcovers file
aku semak semula bagi memastikan yang aku telah memuatkan semua
sijil-sijil dan dokumen penting yang diperlukan dengan tepat dan
lebih dari mencukupi. More
is
better.
Itu pesan Zahra. Aku hanya menurut sebab dia lebih berpengalaman
dalam dunia pekerjaan.
Everything is
complete!
Now
I’m ready to go.
Aku berjalan ke arah
cermin panjang untuk menilik penampilan diri buat kali terakhir
sebelum keluar mendapatkan Zahra yang sedang menunggu di ruang tamu.
Hari ini aku
mengenakan pencil
skirt
paras bawah lutut bersama kemeja berwarna krim yang ditambah pula
dengan aksesori bow
tie
yang sama warna dengan warna kasut yang bakal aku sarung nanti, iaitu
merah.
Kasut jenis
stilettos
yang merupakan hadiah daripada ibunda Tengku Fauzan itu aku simpan
dengan baik di dalam kotaknya. Bukan senang nak dapat kasut rekaan
pereka ternama dan tersohor dunia Louis Vuitton itu. Mungkin aku
cukup bertuah dapat mengenali ibunda kesayangan Fauzan itu.
Penampilan di wajah
tiada yang begitu ketara. Pembayang mata berwarna nude
aku kenakan pada kawasan mata dan lipstik berwarna seduction
red
aku oleskan pada bibir. Nampak garang tetapi tetap natural dan
ringkas.
Bunyi bising di
ruang tamu memberi aku satu petanda yang anak dara Dato’ Hisham itu
sedang seronok menikmati rancangan “How I Met Your Mother” yang
bersiaran di rangkaian Astro 722 itu.
It’s 8am in the
morning and she’s laughing like crazy, enjoying her favorite
comedy?
Don’t
she knows that we’ll running late?
Kepala aku gelengkan beberapa kali. Haihh. Zahra oh Zahra. Aku
mengeluh perlahan tetapi bibir tetap mengulum senyum tatkala melihat
gelagat sahabat karibku itu.
“Good
morning,
sweety!”
Sapaku manja. Zahra menoleh, mulutnya melopong. Ternganga seketika.
Kemudian meletus pula tawanya yang kuat dan agak menjengkelkan itu.
“Wow, are you
going for an interview or flirt date?”
Tanyanya dalam tawa yang masih bersisa. Aku tidak memberi respon. Aku
sudah biasa dan lali dengan pertanyaan sebegitu.
“I’m going
for an interview in favor of my best friend.”
Sebuah senyuman palsu aku hadiahkan buatnya. Aku pasti Zahra faham
maksud disebalik senyuman aku itu.
“Okay,
I’m
sorry.
I
didn’t mean to hurt your feeling but you look damn stunning and
mesmerizing with that look.”
Bahuku ditepuknya lembut.
“By the way,
shall we?”
Sambungnya lagi. Soalan Zahra itu aku jawab dengan anggukan.
Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, permudahkanlah urusanku pada
hari ini.
“Thia, don’t
forget to smile and use your possessive skills okay?
I
know you are very excellent at it. Make sure you impress him before
anyone else does. And it is never too late to ask for opinion on what
should you do and what you should have to make sure that you can do
your job and tasks well. Remember that, okay honey?”
Pesan Zahra panjang lebar. Aku hanya mengangguk dan sesekali membalas
setiap pertanyaannya dengan senyuman.
“Hey,
I’m talking. Say something, would you?”
Bahuku di tonyoh kuat. Geram mungkin dengan sikap aku yang hanya
berdiam diri sepanjang perjalanan ke lokasi temuduga.
“Yes, mom. I’m
listening.”
Perkataan ‘mom’ itu aku tekankan. Tangan aku letakkan di bahu dan
mata aku buntangkan. Sengaja mengundang marah si ibu singa
disebelahku ini.
Orang tengah cuak
dia pula sibuk membebel. Apa kes? Tapi berguna sebenarnya segala
pesanan dan bebelan Zahra itu. Aku dengar semuanya. Cuma malas untuk
memberi respon dan bersuara. Aku lebih selesa berdiam diri supaya aku
dapat menyediakan diri aku sepenuhnya dengan kekuatan mental dan
psikologi.
Ya, temuduga memang
senang tapi nak meyakinkan pihak majikan supaya dapat menerima kita
dengan seluruh kelayakan yang kita ada bukan mudah. Memerlukan minda
yang kuat dan mampu berfikir dengan pantas supaya dapat menjawab
kesemua pertanyaan yang diusulkan dengan bijak. Penggunaan gaya
bahasa dan lenggok badan juga perlu betul supaya tampak meyakinkan
dan memberangsangkan.
“Okay Thia,
it’s time to go and please get out from my car now.”
Kata Zahra. Aku mengerutkan dahi. Mata aku kecilkan. “Sampai hati
you halau I Zahra? Kalaulah I tahu yang you nak halau I, awal-awal
lagi I sanggup drive
sendiri daripada suruh you hantarkan. Huhh!” Aku mendengus geram.
Penumbuk di tangan aku kepalkan kemas menahan geram di hati.
“Take it easy,
young lady.
I suruh cepat sebab I nak kena pergi office.
Kalau tak, takda maknanya I nak halau you lah. Now
cepatlah. Nanti you lambat pergi interview.
I pula lambat masuk office.”
Bisingnya dengan bibir yang tidak pernah penat berbicara. Aku sudah
faham dan masak benar dengan perangainya yang satu ini. Dia bukan
suka menunggu lama-lama. Semua benda yang melibatkan kerja perlu
disiapkan dan disempurnakan dalam kadar segera dan pantas. Kami
berkongsi prinsip yang sama iaitu to
arrived on time or before and to never be late.
Langkah kanan aku
ambil. Semoga mendapat keberkatan pada pagi yang penuh bermakna ini.
Tiada yang aku harapkan selain berdoa agar semuanya berjalan dengan
lancar. Ini sesuatu yang baru. Satu permulaan baru.
Aku berjalan melalui
lobi utama bangunan suite
office
30 tingkat ini dengan penuh gementar tetapi tetap tenang. Stay
cool.
Senyuman aku layangkan ikhlas buat tatapan orang sekeliling yang
memandang bagai mahu menelanku.
Sempat aku melihat
penampilanku pada pantulan dinding yang berlapikkan stainless
steel
itu.
Well, everything
looks just nice from head to toes. Great!
Membelok ke kiri,
aku berjalan menuju ke lif. Sampai sahaja di depan lif, butang lif
aku tekan. Di kiri dan kananku terdapat beberapa orang pekerja yang
baru sampai selang beberapa saat selepasku. Mereka juga turut mahu
menggunakan lif sama sepertiku.
Ting tong!
Lif tiba. Pintu lif
terbuka luas. Aku dan mereka yang lain serentak berpusu masuk ke
dalam lif.
“Welcome to
RAFS Group, ladies and gentlemen. Have a nice day.
Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke Kumpulan RAFS. Semoga anda
menikmati hari yang baik.” Satu suara lunak yang datangnya daripada
radio interkom bergema memenuhi ruangan dalam lif. Kata-kata aluan
yang cukup bernas. Paling best,
didatangkan dalam versi dwibahasa!
Bahasa jiwa bangsa!
Aku kagum. Berapa
agaknya kos yang mereka perlu tanggung untuk mendapatkan lif
sebegini?
Loceng di tepi
dinding bersebelahan pintu kaca yang luas melebar ini aku tekan.
Bunyi yang terhasil berjaya menarik perhatian si penyambut tetamu di
dalam. Pintu dibukanya dari dalam menggunakan alat kawalan yang
tersedia di atas kaunter.
Aku berjalan masuk
saat pintu ditolak dari arah luar. Penuh yakin aku mendekati kaunter.
Gadis itu berdiri. Menyambut kehadiran aku dengan penuh mesra.
“Selamat pagi. Ya,
boleh saya bantu?” Sapanya.
Aku senyum sebelum
bersuara. “Pagi. Saya Thia. Saya datang untuk interview
dengan Tan Sri. Is
he available?”
Jelasku lancar dan penuh sopan. Gadis itu segera menyemak buku
notanya.
“In
recommendation of Miss Al-Zahra, is it?” Tanya
gadis berambut ikal mayang berwarna merah itu. Cantik orangnya.
Sungguh ciptaan Allah itu cantik-cantik belaka.
“Yes, I am.”
Aku senyum lagi. Dia turut tersenyum sama. Manis. Aku memerhati
sekeliling. Luas kawasan pejabat di tingkat 28 ini.
Di hujung sebelah
kiri aku terdapat sebuah bilik utama yang pintunya diperbuat daripada
blurred
tinted
glass
dan dibingkaikan pula dengan stainless
steel.
Senada dengan pemegangnya yang turut diperbuat daripada stainless
steel.
Di sekitarnya pula
terdapat bilik pantri, stor penyelenggaraan, stor fail dan dokumen,
serta beberapa bilik penyimpanan yang lain. Agak sunyi juga keadaan
di tingkat 28 ini.
Walaubagaimanapun,
aku tetap kagum dengan susun atur dalamannya. Sofistikated, moden dan
mewah. Ruangan yang sangat besar. Pekerja bebas untuk bergerak. Yang
uniknya lagi, hanya ada beberapa orang pekerja saja di sini. Lebih
kurang 4 orang kesemuanya. Setiap pekerja juga mempunyai ruangan
kerja mereka sendiri.
Mengikut kajian yang
pernah dijalankan di Jepun, ruang kerja yang besar dan selesa bukan
sahaja memberi ruang untuk bergerak bebas tetapi memberi ruang untuk
minda berkembang dan aktif. Dapat mewujudkan otak yang cerdas serta
mempunyai daya intelektual reponsif yang tinggi.
Jadinya pekerja akan
lebih cepat memberi respon terhadap sesuatu perkara atau pertanyaan
yang diajukan. Selain itu, dapat menghasilkan idea-idea yang lebih
moden, segar dan sofistikated. Secara tidak langsung, idea yang
terlahir dapat memberi keuntungan kepada syarikat.
Bijak, bukan?
“Miss Lathia
Emilia, please follow me.”
Ajakan gadis penyambut tetamu bertag nama Lisa ini menyedarkan aku.
Aku angguk seraya membuntuti langkahnya menuju terus ke kiri. Ke arah
bilik besar berpintu kaca itu.
Kad akses dileretkan
pada auto-padlock.
Pintu ditolaknya dari arah luar.
“Tan Sri, she’s
here.”
Dari samar-samar suaranya, dapat aku dengar perbualannya dengan orang
di dalam bilik besar tersebut.
Oh bilik Tan Sri
rupanya… Mesti Tan Sri ni dah berumur dan berbadan gempal. Well,
typical Tan Sri likes!
“Oh let her
come in, Lisa.”
Kata orang di dalam. Suaranya penuh dengan lunak kelelakian.
Membayangkan personalitinya, dengan tiba-tiba rasa gugup mula
menjengah hati.
Control Thia,
control…
Aku mengingatkan diri untuk mengawal emosi.
“Miss Thia.
Please…”
Pelawa Lisa. Aku ketap bibir sebelum tersenyum seraya menganggukkan
kepala.
Ya Allah, persiapkan
kami mengenai urusan kami dengan petunjuk-Mu. Doa aku baca kuat dalam
hati. Memulakan langkah dengan langkah kanan.
Kerusinya
dipalingkan membelakangi aku. Dari samar-samar kedudukannya itu, aku
hanya dapat melihat pergerakkannya saja. Kelihatan seperti dia sedang
meneliti fail. Fail berwarna hitam itu diangkat tinggi. Menutup
keseluruhan wajahnya.
Aku menanti penuh
sabar untuk dia berpaling. Hampir satu minit juga aku berdiri disini.
Tekun juga Tan Sri
ni membaca. Ke dia mengeja? Rabun kot!
Dari satu minit,
kini sudah menginjak ke minit yang ke lima. Aku masih bersabar. Tapi
apabila sudah hampir masuk minit yang ke tujuh, aku mula mengeluh.
Akhirnya terbit juga
satu keluhan dari bibir. “Huhhh…”
Serentak dengan itu,
tiba-tiba kerusi berpaling. Aku tersentak. Darah berderau. Bulu roma
tegak berdiri. Jantung tidak usah diperkatakan lagi. Sudah semestinya
jantung aku berdegup kencang. Lebih kencang daripada enjin sebuah
Ferrari.
“Hello!” Sapa
lelaki yang sedang bersandar tenang di hadapan aku. Fail hitam tadi
ditutup dan disusun ke tepi meja kerja. Necktie
dibetulkan. Kemudian matanya fokus memandang aku yang sedang tercegat
kaku di depannya ini.
“You may sit.”
Dia mempelawa. Aku senyum. Senang dengan pelawaan itu.
Selepas tujuh
minit. Sekarang baru boleh duduk? Aku berdesis dalam hati.
Control Thia,
control…
“Good morning
Tan Sri. I’m Thia. I came in recommendation of Miss Al-Zahra and
Dato’ Hisham.”
Lancar aku memperkenalkan diri pada lelaki segak berkot di hadapan
aku ini. Lelaki yang umurnya dalam linkungan pertengahan 50-an itu
masih gagah orangnya. Berbadan tegap dan fashionable!
Segak berkot hitam
yang dipadankan pula dengan tali leher berwarna merah dan kemeja
kelabu gelap. Sekali pandang ada iras-iras orang Arab. Mungkin juga
ada darah kacukan Arab mengalir dalam diri lelaki yang bergelar Tan
Sri ini. Tapi yang aku musykil, kenapa lelaki ini tidak seperti yang
aku bayangkan?
Aku bayangkan
seorang Tan Sri yang sudah berumur dengan badan yang gempal. Ala-ala
typical
Tan Sri yang selalu aku lihat di kaca televisyen mahupun surat
khabar. Tetapi lelaki di depan aku ini sangat lain perwatakan dan
penampilannya. Lebih tenang. Cool.
“Yes,
morning Miss Thia. Have a sit. You need coffee or anything suits you
well?”
Pelawanya mesra dan penuh sopan. Melihat lelaki ini mengingatkan aku
tentang abah. Abah yang sudah lama tidak aku temui.
Aku duduk sebagai
balasan menerima pelawaan dari Tan Sri tadi. “Nevermind
Tan Sri. I’m fine.”
Responku.
Dahlah jemput duduk.
Siap nak pelawa coffee
bagai? Awesome
gila Tan Sri ni. Pujiku dalam hati.
“Nahh… Chill
Thia. Let me call Lisa.”
Sangkalnya pantas. Butang interkom segera ditekan. Terdengar suara
Lisa menjawab panggilan di hujung talian.
“Lisa, can I
have a cup of coffee for Miss Thia?” Kata Tan Sri.
“Please make it
less sweet and make sure it’s made with love.”
Tambahnya lagi.
“Hahaha.
Okay
Tan Sri.
As
you wish.”
Jawab Lisa kembali mengakhiri perbualan melalui interkom bersama Tan
Sri.
“You’re
already too sweet, so I made your coffee less sweet.”
Kata Tan Sri. Matanya melirik kearahku sebelum dia mengenyitkan mata
kirinya.
Aku yang terperasan
akan perbuatan Tan Sri itu cepat-cepat melarikan pandangan ke arah
lain.
TAN SRI SHEIKH
RIDHWAN ADI.
Itu nama yang
tertera pada plat di atas meja. Nama itu aku tatap lama.
Hmm… Jadi inilah
orang yang Zahra ceritakan malam tadi? Tan Sri Ridhwan Adi. Bakal
majikanku. Seorang usahawan konglomerat terhebat dan tersohor negara.
Sangat peramah dan humble
orangnya. Tidak kekok untuk berbicara dan tidak sombong. Yang paling
penting, charming
dan
witty!
“Oh jadi kamulah
Thia, ya?” Tanya Tan Sri bersama senyuman senget di bibir.
Aku angguk beberapa
kali. “Ya, Tan Sri.” Malu pula aku rasa.
“Well,
cantik orangnya. Bijak betul Dato’ dan anaknya pilih.”
“Tak adalah.
Biasa-biasa saja saya ni Tan Sri.” Aku mula tersipu malu. Bukan
senang nak tengok aku tersipu malu. Lagi-lagi apabila dipuji.
Pujian dan tohmahan
adalah perkara biasa dalam hidup aku. Lagi-lagi dengan status
sosialku yang agak terkenal di kalangan golongan elit.
“No. You look
stunning.
Kalau saya kenalkan kamu dengan wife
saya, mesti dia suka.” Tambahnya lagi. Menambahkan lagi bahang di
wajahku. Darah merah yang meresap ke pipi membuatkan rasa hangat mula
menguasai diri.
Ah,
wait!
Did
he say wife?
Maknanya dia dah kahwin? Ishh. Melepas! Kalau tak boleh aku buat
‘job’ tambahan baru. Hahaha!
“So, do you
bring any resume?”
“Yes I have.
And I have my certificates with me too. In case you need it for
reference and evaluation.”
Tangan menghulurkan hardcovers
file
yang dibawa sedari awal tadi.
Fail bertukar
tangan. “Sure
Thia.”
Dia senyum. Aku juga senyum.
Name: Lathia
Emilia Binti Iman Eusoff
Age: 27 years old
Permanent
Address: Taman Bullion Mewah, Batu Caves, 68100, Selangor, Malaysia
Correspondent
Address: ThiaEmilia@yahoo.com
Contact Number:
0111-2829718
Date of Birth: 8
July 1987
Marital Status:
Single
Academic
Qualification: A Level (David Game College, United
Kingdom, 2005), BA (Hons) International Business (Regent's University of London, United Kingdom, 2006-2009), Master in Business Economic
(Universiti Institut Teknologi MARA, Malaysia, 2010-2013)
Skills: Economies
Analysis, Marketing, Administrative, Research and Development,
Leadership Skill
Working
Experience: No official working experience
“You once
studied in Regent’s?”
Tanya Tan Sri dengan riak pelik. Keningnya terangkat sebelah. Dahinya
berkerut. Nada suaranya juga berubah serius.
Aku angguk. Senyuman
mekar melebar. “Yes,
Tan Sri. I stayed in UK for overall 5 years. After I finished my
BA in International Business, I further my studies in local
university back in Malaysia.”
Jelas aku lagi. Penuh yakin memberi penerangan lanjut. Aku menurut
nasihat Zahra. Untuk senantiasa yakin dan bersemangat.
Tan Sri Ridhwan
mengangguk-angguk kepalanya. Bibir pula yang sengaja
dijuihkan. “Impressive.
You
back to Malaysia for Master?
With
no other reason?
That
was it.
Sure?”
Soalnya lagi dalam nada menduga. Aku tarik nafas dalam. Mula berasa
kurang selesa dengan serta-merta.
Sejujurnya aku tidak
mahu bercerita lebih mengenai pelajaranku di UK dahulu. Aku lebih
selesa menceritakan penglibatan dan aktiviti aku di Malaysia.
“Yes, Tan Sri.
After I finished my Bachelor’s Degree, I back to Malaysia for
Master. I took MBA in UiTM
.” Aku menjelaskan satu persatu dengan tidak terlalu terperinci.
“Besides
studying, what else did you do in UK?”
Aku tergamam. Hati tersentap. Pelik pun ada. Musykil itu lagilah ada.
Riak muka tak usah dikira. Tentunya kelihatan ketara yang aku
terkejut dengan soalan yang diajukan.
Kenapa soalan ni
macam tak ada kaitan dengan temuduga aje?
Mungkin Tan Sri
sengaja nak menduga kau, Thia. Aku cuba bersangka baik. Walaupun hati
sudah mulai ragu dan curiga.
“Selain belajar?
Saya rasa takda buat apa-apa. Masa di UK, saya memang fokuskan
sepenuh masa pada pelajaran. Takda kerja sambilan.”
“Habis itu, macam
mana awak sara makan minum, perbelanjaan dan segala yang awak
perlukan masa belajar di UK dahulu?” Tan Sri merapatkan kerusinya
dengan meja. Fail dijauhkan sedikit. Kemudian dia duduk dalam keadaan
menongkat dagu. Matanya tidak lekang daripada memanah anak mata aku.
Aku cuba
menyembunyikan ketidakselesaan dalam hati. Dari cara Tan Sri melihat
serta gerak-geri tubuhnya, seperti hendak menggoda pun ada. Tapi
sebelum dia goda aku, baik aku goda dia dahulu!
Nasib baik kau ni
bakal majikan aku. Kalau tidak, dengan kau sekali aku kebas. Aku
bermonolog dalam hati.
“Berkenaan dengan
tanggungan perbelanjaan, itu semua di uruskan oleh penaja. Saya
merupakan salah seorang daripada pelajar tajaan waktu tu. Selain itu,
ada juga dapat allowance
dari ibubapa. Hidup saya waktu di London dahulu tak adalah mewah pun.
Sederhana. Dan boleh dikatakan susah juga kerana nilai taraf hidup
dan sara diri di sana agak tinggi dan jauh berbeza dengan di
Malaysia.” Aku berkata jujur.
Tapi memang benar,
sewaktu di London dahulu, taraf hidup mereka memang tinggi. Untuk aku
yang datangnya dari keluarga yang susah ini, memang sengsara jugalah
nak keep
up
dengan semuanya. Mujurlah ada rakan-rakan senegara yang jauh lebih
tinggi kesenangan hidupnya yang sedia membantu. Aku bersyukur.
“What about
your social life?
Any
commitment?”
Aku semakin bingung dengan soalan yang ditanya.
Yeah… Yeah...
I’m a socialite. I got my side income from my flirtatious man,
Tengku Fauzan Emerson.
Tan Sri kenal? Mestilah kenal, kan? Siapa tak kenal The Emersons.
Selain tu saya juga goda lelaki dan suka bersosial sana sini.
Jawab macam tu,
boleh?
Huh! Sebal! Aku
mendengus geram dalam hati.
Sabar Thia, sabar…
Dugaan bekerja. Aku tarik nafas kemudian tersengih paksa. Ngee!
“Well, I have
no comment. I think it is too personal for me to share. I hope you
don’t mind and hopefully it won’t affect my interview profile.”
Aku
menjawab soalan gaya seorang artis yang baru diterjah oleh Michelle
Lee dari Melodi.
Fuhh… Interview
could not be harder.
“Haha. Bijaknya
awak. Jawapan selamat ya, Thia?” Tan Sri berseloroh. Dapat aku
dengar tawa kecil terbit dari bibirnya. Aku turut sama tertawa.
“Baiklah… Based
on your resume and education background, I’m sure that you got
full
package of what this company needs. And I think, I have no problem
hiring you and putting you in that position.”
“Sebelum tu, boleh
saya tahu posisi apa sebenarnya Tan Sri?” Tanyaku polos. Senyuman
aku ukirkan pada bibir. Muka penuh dengan tanda tanya.
Tan Sri diam tidak
menjawab. Sebaliknya dia membelakangkan kerusinya sedikit. Kemudian
dia berdiri. Kot di badan dibetulkan. Dia sengih tayang gigi.
Rambutnya sedikit beruban tetapi tetap kemas bergel itu diperkemaskan
menggunakan hujung jari.
Aku leka memerhati.
Kacak! Boleh tahan kacak juga lelaki ini walaupun sudah berumur.
Pujiku dalam hati.
Mesti anak dia lebih
kacak, kan?
“Ehem! Kamu
berangan apa tu Thia? Haha.” Teguran Tan Sri Ridhwan mengembalikan
aku ke dunia nyata. Marah padam mukaku apabila Tan Sri menegur aku
sebegitu.
Dia perasan ke aku
berangan tadi?
“Anyway,
congratulation Miss Lathia Emilia. You are now my new Managing
Director for RASF Group Corporation. I’m looking forward to see
your works.”
Tangan dihulurkan kepadaku. Aku tergamam. Tercengang. Rasa macam
hendak pitam.
Managing
Director?
Like
seriously?
Baru first
time
kerja dah dapat jawatan tinggi?
Wow, I must be
very damn lucky.
Alhamdulillah.
Rezeki dari Allah. Hati tidak putus mengutuskan doa. Memanjat
kesyukuran pada Ilahi.
No comments:
Post a Comment
Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰