So after deepest consideration, I decided to further with Le' Charmer.
Here you go. I continue back with Chapter 11. Setelah lama menghilang.
Sepanjang
perjalanan menuju parkir kereta, Rayyan dan aku sama-sama diam seribu bahasa.
Mungkin dia turut sama merasakan bahawa tiada apa yang harus dibahaskan
berkenaan insiden tadi. Mungkin juga dia berasa lega kerana aku baru sahaja
menamatkan hubungannya dengan Vee.
Awww… Poor Vee…
“I gotta go. See you when I see you.” Kataku apabila kami berdua
sampai dihadapan keretaku. Rayyan hanya mengangguk. Kemudian belum sempat aku
meloloskan diri ke dalam kereta, Rayyan menghalang. Lenganku dipegang kemas. Kuat.
Aku terperanjat.
Err…
First rule of being a charmer, don’t let people touch you. You need to touch
their soul and let them hunger for your touches. But never allow them to touch
you.
“So… How to see you again?” Soal Rayyan. Senyuman manis terukir
dibibirnya. Tampak ikhlas dan polos.
He
very much reminds me of someone… Monologku seorang diri
melihat Rayyan yang sedang tersenyum. Tangannya masih belum melepaskan
lenganku.
Aku meminta Rayyan
mengeluarkan telefon bimbitnya. Rayyan pantas mengeluarkan telefon tersebut dan
menghulurkan kepadaku. Tanpa berlengah aku ambil telefon berjenama Apple itu
dan memasukkan nombor telefonku ke dalam contact
list.
‘Natalia’
Saved!
“Done.” Aku senyum seraya memulangkan telefon tersebut kepadanya.
Rayyan membalas senyumku itu dengan sebuan killer
smile.
He
reminds me of Tengku Fauzan Emerson! Those killer smiles!
Pintu kereta aku tutup
dan enjin dihidupkan. Sebelum bergerak, aku membunyikan hon kereta sebagai
tanda mengundur diri. Rayyan mengangguk faham.
Bantal tidur aku
tepuk-tepuk sedikit sebelum menghempaskan badan ke katil. “Home sweet home.” Lafazku lega. Sophea dan Zahra masih belum
pulang. Jam sudah hampir pukul 12.30 malam. Mungkin mereka bermalam dirumah
keluarga masing-masing. Dalam perjalanan pulang tadi, sempat aku menghantar WhatsApp kepada mereka berdua melalui
group WhatsApp kami bertiga, Le’ Dutchess. Tapi tiada seorang
diantara mereka berdua yang membalas pertanyaan tersebut. Aku anggarkan mereka
sedang sibuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Well,
it must be good to be home… Hati aku sayu tiba-tiba
mengenangkan nasib diri yang sudah berbulan tidak pulang ke rumah kedua
ibubapaku ini. Sebelum tidur, aku sempat menatap gambar kedua ibubapa aku yang
telah aku bingkaikan ke dalam frame
dan diletakkan di meja sisi tepi katil. Gambar itu aku tilik. Makin lama
ditenung, aku jadi semakin mengantuk dan mata mula tertutup sendiri.
Titt titt… Titt titt…
Tak sampai seminit aku
terlelap, handphone berbunyi. Ada Whatsapp masuk. Sebaris nombor yang
tidak dikenali. Aku baca Whatsapp
tersebut.
“Hi.” Kata unknown sender
tersebut.
“Who’s this?” Aku balas.
“Rayyan.” Balas unknown sender itu kembali.
Memperkenalkan dirinya.
“Oh hi, Rayyan! I baru nak terlelap. By the way, what’s up?” Soalku dalam mamai. Nombor Rayyan itu aku save di dalam contact list dengan nama
‘Rayyan’. Diskrin WhatsApp mula tertera, ‘Rayyan
is typing…’. Aku menanti dengan penuh sabar walaupun mata sudah semakin
memberat.
“Sorry. I thought I wanna have a chat. Seems like someone gotta work
tomorrow and getting sleepy. I guess I talk to you tomorrow. Breakfast, perhaps?”
Balas Rayyan diikuti dengan ajakan untuk bersarapan bersama.
Tanpa berfikir banyak,
aku respon kepada ajakan tersebut. “Sure.
RAFS Group Tower. Pick me up at the lobby. 7.30 am. I need to be back in office
before 9 am. Big meeting at 10.”
“Sure, pretty.” Balas Rayyan. Aku tepuk dahi.
Oh
damn! When man started giving you pet name and calling you ‘pretty’…
Hari ini aku tiba di
pejabat tepat pada pukul 7 pagi. Seperti yang dijanjikan semalam, Rayyan
sepatutnya menjemput aku pada pukul 7.30 pagi untuk bersarapan pagi bersama.
Sekarang jam menunjukkan sudah hampir pukul 7.25 pagi. Tetapi masih tiada
apa-apa khabar berita daripada Rayyan. Aku rasa kemungkinan besar dia terlupa.
Tak pun masih lena dibuai mimpi.
Memandangkan setiausaha
aku belum sampai dan masih terlalu awal, aku memutuskan untuk turun ke pantri
untuk membuat secawan kopi.
A
cup of coffee won’t cost a thing.
Beberapa langkah
berjalan, telefon bimbitku berbunyi, incoming
call ‘Rayyan’. Aku pantas menjawab panggilan tersebut.
“Yes?” Jawabku tegas. Seperti memahami intonasi aku, Rayyan dengan
lembut bersuara, “Is it too late now to
say sorry?” Aku kulum senyum.
You’re
just like him… So much reminds me of him… Tengku Fauzan Emerson.
Monologku dalam hati.
Awww…
Rindunya…
“Never too late to say sorry but we’re getting late for breakfast. Where
are you?”
“One minute late and I’m at the lobby. So… chop chop!” Jawab Rayyan
penuh semangat dan ceria.
This
man totally enjoying his Wednesday morning!
“Alright.” Balasku sepatah dan terus berpatah balik ke dalam bilik
pejabat untuk mengambil handbag dan
pantas menuju ke lobi.
Setibanya di lobi,
boleh dilihat dengan jelas kelibat Rayyan yang sedang bersandar tenang di sisi
keretanya. BMW 5 Series.
Well,
not bad…
“Sorry, Natalia. I got caught up in the traffic.” Rayyan meminta
maaf atas kelewatannya.
“Apology accepted, and where are we going?” Soalku seraya memaafkan
kelewatannya itu.
“Starbucks?” Rayyan memberi cadangan. Aku mengangguk setuju. Rayyan
kemudian mengiringi aku ke pintu penumpang. Pintu dibukakan dan tangan kanannya
menyentuh lembut pinggangku, menyuruh aku masuk.
I
wish he uses less touch and more talk. If Fauzan sees this, he might kill us
both.
Ngomelku seorang diri di dalam kereta. Rayyan pula melangkah panjang menuju ke
tempat pemandu.
“Ready?” Soalnya sambil menoleh kearahku. Aku mengangguk. Rayyan
memulakan pemanduan. Pecutan 160 km/jam. Aku rasa anak-anak orang kaya ni ada
satu tabiat tidak suka memandu secara perlahan. Mungkin sebab mereka terlalu
kaya dan tidak takutkan speed trap!
Kalau aku, aku rela memandu perlahan. Biar perlahan asal selamat. Tapi
kadangkala, laju juga aku memandu apabila menggunakan kereta Ferrari kepunyaan
Tengku Fauzan itu. Tapi disebabkan kereta kesayangan aku, si Peugeot itu bukanlah
sebuah Ferrari, jadi kelajuan agak terbatas.
Hee...
Aku
sengih sendiri. Geli hati.
“So, what’s your real name?” Rayyan bertanya tanpa berbasa-basi
mahupun segan silu tatkala menyedari kami hanya berjeda dari tadi.
“Natalia.” Aku jawab
sepatah.
“Just Natalia? Are you sure?”
Rayyan mula menduga. Intonasi berubah serius.
He’s
trying to psycho me. Monologku sendiri apabila menyedari si
mangsa sudah mula bermain psikologi dengan bertanyakan soalan-soalan maut.
“Yes. Natalia. Just Natalia.”
“Come on, Na-Ta-Lia.” Kata Rayyan dalam nada sarkastik.
“It cannot be just Natalia. I believe your name is somewhat different.”
Sambungnya lagi. Aku telan liur. Gulp!
Jantung berdegup kencang.
How on earth mamat ni all of sudden boleh tanya soalan macam
ni? Aku berteka-teki sendiri. Sebal juga aku rasa.
“Straight to the point, I know who you are
and your name is obviously not Natalia.” Aku menoleh ke arahnya. Mataku
memanah tajam anak matanya yang berbulu mata panjang dan lebat itu.
Dangg!
“Sebenarnya,
I dah sampai dekat bangunan RAFS Group tu awal lagi. I cuba tanya security dan receptionist dekat information
counter di lobi tadi. I asked them if
they have any staff named Natalia. Unfortunately, they said there is no such
person named Natalia. They only have Lathia Emilia, the new Group Managing
Director for RAFS Group.” Rayyan senyum perli. Aku ternganga.
They know me? That fast?!
“Err
err…” Tiba-tiba lidah menjadi kelu. Aku mengeluh panjang. Nafas panjang
dilepaskan.
I shouldn’t ask him to pick me up at the
office. Aku menyesali perbuatanku sendiri yang tidak berhati-hati. Aku
sepatutnya tidak perlu menyuruh Rayyan untuk menjemputku di pejabat.
Alright
girls! Second rule,
never let your victim know and invade your personal territory; office,
residential, family or any personal information. Keep it as private and confidential
as possible!
“Sebenarnya
Rayyan, I baru je bekerja dekat RAFS Group tu. Today is my second day. Tapi I tak sangka pula tak sampai dua hari
I bekerja, security dan receptionist pun boleh tahu dan kenal I.”
Rayyan
tersengih menampakkan barisan giginya yang putih bersih. “You tu MD baru
syarikat, I rasa semua orang kenal you. I
bet, they even made internal announcement on your hiring. Try check out the company’s internal e-mail,
I’m very sure they have interesting entry for you.” Tambahnya.
“Mana
you tahu?” Aku bertanya hairan sambil mengeluarkan telefon dari handbag. Dengan pantas aku membuka e-mel
menerusi telefon bimbitku. Ada satu e-mel yang belum dibaca.
Internal Announcement: Ms. Lathia
Emilia, the new Group Managing Director for RAFS Group
Aku
membuka entri tersebut. Ya Tuhan! Gambarku memperagakan couture dress berpotongan bareback
rekaan Valentino sewaktu di majlis makan malam gala sebulan yang lalu terpampang
besar di ruangan entri. Aku masih ingat saat gambar itu diambil. Waktu itu aku
sedang membetulkan leretan baju couture
tersebut apabila datangnya seorang jurugambar menepuk bahuku. Aku masih ingat
nama jurugambar tersebut. Amir.
Waktu itu Amir meminta
izin untuk mengambil gambar aku untuk diletakkan di dalam portfolio kerjayanya. Tanpa menyoal banyak, aku terus membenarkan
Amir mengambil beberapa keeping gambarku. Tak sangka pula gambar itu boleh
tersebar luas. Mungkin juga gambar itu telah di muat naik ke dalam Instagram
atau mana-mana laman sosial media.
Caption
yang tertera di headline entri, ‘Lathia Emilia, the first female Group Managing
Director for RAFS Group, replacing SM Faris Syafiq’ menggamit perhatian.
Aku mula membaca isi
kandungan entri berbahasa Inggeris tersebut.
"Former Managing Director of RAFS
Group, SM Faris Syafiq (31) has tendered his resignation letter from the
position 3 months ago after decided to manages his own family business legacy,
NAF Corporation that owned by his late father, Tan Sri SM Aidil Farhan. After the
late Tan Sri SM Aidil Farhan passed away, SM Faris which also the only son and
inheritor of his late father’s legacy decided to take over the company. The
late Tan Sri Aidil Farhan was Tan Sri SM Ridhwan Adi (55), owner of RAFS Group,
biological brother.
(Picture Above) Miss Lathia Emilia
was chosen by Tan Sri Ridhwan Adi and his fellow Board of Directors as the
right candidate to hold the position as the company, RAFS Group Managing
Director, replacing SM Faris, who held the position for almost 6 years until he
finally decided to resign. When asked, Tan Sri Ridhwan Adi, without any further
comment or explanation said that Lathia Emilia’s hiring is fully supported and
agreed by the Board. He also claimed, the Board decided to hire Lathia Emilia
(27) as the Group Managing Director of the company based on her experiences and
knowledge. They believe, Lathia Emilia could make changes into the company.
Lathia Emilia broke the rules by
being the first ‘outsider’ to be hired as Managing Director in that family
conglomerate business. Historically, RAFS Group has always been a family
business that fully owned and managed by the family members of Tan Sri Ridhwan
Adi. RAFS Group Board of Directors is consisting of Tan Sri Ridhwan Adi (RAFS
Group, Group Chairman), SM Adrian Mikhail (29) (RAFS Group, Group CEO), SM
Faris Syafiq (RAFS Group former Group Managing Director/NAF Corporation
Chairman), Datin Sri Fattimatul Summayah (54) (RAFS Creative Design and
Innovation Centre CEO) and Datin Sri Syila (55) (NAF Corporation CEO)
Lathia Emilia who comfortable with
the name, Thia, is a graduate from both Regent’s Business School, London and
had received her MBA at Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Business leaders around the World
are now excited and looking forward to see the future changes that will be bring
forward by RAFS Group new Group Managing Director, Lathia Emilia, in order to
make RAFS Group one step higher than what it already is."
Aku ternganga
membaca entri tersebut. Dunia terasa seperti terhenti seketika. Mata tidak berkedip.
Rasa seperti berada di awang-awangan. Nafas tiba-tiba terasa sesak. Rangkap
terakhir entri tersebut benar-benar menunjukkan bahawa betapa tingginya harapan
RAFS Group terhadap aku.
“Hey, are you okay?” Soal Rayyan dengan muka
panik apabila aku terkaku disebelahnya.
“Haa?” Tanyaku. Blur.
“Dah
sampai. Starbucks. Jom?” Ajaknya. Menyuruh aku keluar dari kereta. Aku menurut
tanpa sebarang bunyi bersama otak yang masih beku.
“Can I have one Hot Caramel Macchiato? Make it venti and skinny. No whipped cream and extra vanilla syrup for Rayyan. And you?” Rayyan bertanya padaku. Tangan kirinya menyelak helaian rambutku yang sudah sedikit terburai. Merah padam mukaku jadinya. Barista di kaunter tersipu-sipu melihat kami berdua.
No PDA please… No PDA… Bad enough that the
whole RAFS Group knows me now… Don’t make it a national gossip…
“Err… Gimme one Iced Signature Chocolate.
Skinny, less ice and no whipped cream.” Pesanku. Barista yang bertag nama
‘Izzati’ itu mengangguk faham.
“Name?”
“Thia.” Aku jawab sepatah.
“Anything else?” Soalnya kepada Rayyan pula. Rayyan menggelengkan
kepalanya menandakan tidak.
Selesai mengambil air
masing-masing, kami berjalan menuju ke arah meja yang terletak agak tersorok
dibalik dinding.
Saat punggung mencecah
kerusi, Rayyan tanpa segan silu memulakan bicara. Macam-macam soalan yang
disoalnya. Aku pula yang jadi kekok ingin menjawab soalan tersebut.
“Why Natalia?” Soal Rayyan. Soalan yang sama yang pernah diajukan
kepadaku oleh Tengku Fauzan Emerson.
Why
Natalia…
“I don’t know but I’m comfortable not sharing my personal information to
strangers.” Tipuku.
Well,
takkanlah nak bagi tahu hal sebenar yang aku menggunakan nama Natalia tersebut
sebab tak nak mangsa-mangsaku tahu nama sebenar aku.
“Including name?” Tambah Rayyan. Aku mengangguk. Rayyan senyum
senget.
“I rasa you dah
konfiuskan ramai orang. Lelaki. Perempuan. Being
secretive is good but the bad part is when they found out who you really are.
You gotta be prepared to answer those questions later on.” Rayyan menghirup
air Caramel Macchiatonya.
“Jadi, macam mana
tiba-tiba you boleh jadi Group Managing Director untuk RAFS Group. Bukan
Managing Director saja. But you are a GMD that going to manage the
whole group. Meaning that, the whole subsidiaries of the company; RAFS Creative
Design and Innovation Centre, RAFS Construction, RAFS Investment, RAFS
Properties is under your provision and management. Setahu I, tak mudah nak
‘pecah masuk’ syarikat tu. Sebab Tan Sri Ridhwan tu memang sangat
menitikberatkan nilai kekeluargaan. Family
first. Sebab tu, syarikat tu di monopoli oleh ahli keluarganya sahaja. But not all. Only those yang Tan Sri
betul-betul percaya dan yakin sahaja.”
Tambahnya lagi, “SM
Faris itu pula merupakan anak kepada arwah abang Tan Sri Ridhwan. SM Adrian
pula anak lelaki tunggal Tan Sri Ridhwan dan Datin Sri Fatty. Tapi yang
peliknya mengenai this Adrian guy, no one ever seen him. No one.
I rasa sejak lahir lagi memang tak pernah ada apa-apa gosip mahupun khabar
berita mengenai SM Adrian. He never
introduced his son to anyone.”
“He really does exist?”
Tiba giliranku pula untuk menyoal. Menarik. Ada anak, tetapi tidak pernah
memperkenalkan anaknya pada dunia. Tapi kenapa?
“Of course that man does exist. Walaupun gambar dan beritanya tak
pernah muncul dalam mana-mana media, tapi dia memang wujud.”
“Met him before?” Soalku lagi. Semakin tertarik.
“I belum pernah berjumpa atau melihat muka
dia. Cuma yang I tahu, dia dibesarkan diluar negara oleh pekerja-pekerja ayahnya
memandangkan Tan Sri dan Datin Sri berada di Malaysia. But they do visit him often, at least once a month. Sekarang,
memang tak ada satu orang pun yang tahu mana SM Adrian berada.” Rayyan
membetulkan kaca mata wayfarer nya.
“You seem to know a lot about these people. Related?” Aku senyum
senget. Sebelah kening aku jongketkan sedikit.
“Thia, I owned my own publication firm. I know all the gossips. I do
publications on entertainment, corporate, socialite, elite and just name it.
So, it is important for me to investigate before I post or publish anything. At
some point, they even pay me to create speculation and gossip. They have this
mind set that gossips make people famous and they really wanna be famous.”
Jelas Adrian tentang pekerjaannya. Sekarang baru aku tahu apa sebenarnya
pekerjaan lelaki didepanku ini. Jadinya, mulai sekarang aku perlu lebih
berhati-hati.
Agak-agak dia tahu tak
gosip mengenai kisah percintaan aku dengan Tengku Fauzan Emerson? Memikirkan
hal itu membuatkan aku rasa jantung seperti ingin luluh. Tekak mula loya. Mual.
“Don’t be surprised if I say, I actually do know a lot about you.”
Rayyan mengaku jujur. Aku terkesima.
I
told ya!
“How?” Sengaja aku menduga.
“When we first met at the pool, I couldn’t get any chance to ask you
further about yourself. You made me anxious about you. So, I started to use my
intelligence to search information about you. I got to say, you’re very famous
among the elites. Your circles are very wow! Just my advice, be careful. That’s
not the kind of world you want to live in forever.” Aku cuma hanya mampu
mengangguk setuju. Mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh Rayyan. Tidak
berguna untuk berdolak-dalih. Lelaki didepanku ini semestinya sudah tahu banyak
perkara mengenai dunia sosial termasuk dunia elitku.
“Are you really in love with that Emerson guy?” Soalan itu membuatkan
aku tersedak. Habis tersembur air coklat yang sedang aku sedut.
“You m-e-ean, Tengku Fauzan Emerson?” Soalku terketar-ketar. Rayyan
mengangguk. Dia mengambil tisu dan dilapkan bibirku yang sudah comot ini.
Bajunya yang terkena semburan air coklat aku itu dibiarkan saja.
“Your shirt?” Kataku yang terperasan
akan keadaan baju Rayyan yang sudah kotor.
“It’s okay. I can change it anytime. I have my own wardrobe in office.”
Jelas Rayyan memenangkan aku yang sudah sedikit gelabah melihat baju kerjanya
yang kotor.
Ya Tuhan! Mesti mahal
kalau nak ganti kemeja tu. Mahu memakan belanja ribuan ringgit untuk sehelai
baju kemeja sahaja.
“Are you sure? Or you can give
it to me. I can dobby it for you.” Pelawaku dengan perasaan serba-salah.
Damnn! First breakfast and I ruined it.
“No need, honey. It is o-kay.”
Rayyan sengaja menegaskan perkataan ‘okay’ tersebut. Menandakan yang dia betul-betul
tidak kisah.
“It almost 8.40. I gotta send you back to office. You have meeting right
at 10?” Soal Rayyan apabila aku
selesai menghabiskan air coklatku.
“Board meeting. Yeayy!” Jawabku dalam nada teruja yang sengaja
dibuat-buat. Rayyan geleng kepala, lucu melihat gelagatku. Kemudian dia
menghulurkan tangan kanannya. Aku dongak memanah tepat anak matanya yang terlindung
di balik wayfarernya itu. Hendakku tolak hulurannya, tetapi terasa seperti tidak sopan pula sebab Rayyan
kelihatan seperti seorang lelaki yang baik. Perwatakannya persis seorang playboy, tetapi sebenarnya bukan.
He
is quite decent.
No comments:
Post a Comment
Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰