Aku
berjalan dengan penuh semangat menuju ke Board
Meeting Room di tingkat 7. Sampai sahaja didepan pintu board room, aku berhenti seketika. Nafas ditarik dalam. Kemudian
aku hembus perlahan-lahan.
Bismillahirrahmanirrahim…
Aku mulakan dengan
langkah kanan. Pintu board room aku
tolak perlahan. Saat kaki melangkah masuk, semua mata tertancap padaku. Darah
merah mengalir laju. Perasaan segan mula singgah di tangkai hati. Namun, aku
tetap gagahkan kaki untuk terus berjalan. Di meja berbentuk bujur dan dikelilingi
hampir 30 orang lelaki dan perempuan itu, ada tag yang bertulis namaku. Lathia Emilia, Group Managing Director.
Aku pantas mengatur
langkah menuju ke situ. Mataku tertancap pula pada kerusi di sebelah tempat
dudukku. Ada tag bertulis ‘SM Faris Syafiq’. Tag namanya saja yang ada, namun
tuan empunya badan masih belum tiba. Kerusi meja bertag ‘Tan Sri Ridhwan Adi’
dan ‘Datin Sri Fatty’ juga masih kosong. Nampaknya mereka bertiga masih belum
sampai. Mungkin terlewat akibat kesesakan lalu lintas.
By the way, I can’t wait to meet the former Group
MD, SM Faris Syafiq.
Tidak sampai
satu minit aku duduk melabuhkan punggung di kerusi, Tan Sri Ridhwan Adi
melangkah masuk ke dalam board room bersama seorang wanita cantik
berumur lingkungan awal 50-an dan ada seorang lelaki kacak mengiringi mereka.
Aku tidak pasti itu anaknya seperti yang diceritakan oleh Rayyan tadi atau pun
itulah SM Faris Syafiq, bekas Managing
Director syarikat. Tetapi aku yakin,
wanita disebelah itu adalah isterinya.
Tan
Sri Ridhwan segak berkot hitam dan berkemeja putih. Dipadankan pula dengan tali
leher berwarna kelabu dengan sedikit corak abstrak berwarna kuning dan biru tua.
Wanita cantik yang mengiringinya itu tampak sangat ayu namun masih mengekalkan
imej tegas seorang lady boss. Mengenakan baju kurung moden
berwarna kuning diraja dan bertudung dalam rona warna yang sama. Lelaki kacak
dibelakang wanita itu pula, segak dan kemas berseluar tappered slack berwarna navy
blue dan berkemeja putih. Butang baju
dileher dibiarkan terbuka. Kot pula disangkutkan dilengan. Bergaya.
Mereka
bertiga berjalan beriringan dan mengambil tempat di tempat duduk masing-masing.
Lelaki kacak tersebut mengambil tempat di tempat duduk di sebelahku.
Arghh! He’s Faris Syafiq. Tekaku sendiri dalam hati.
“Assalamualaikum and good morning, everyone!”
Tan Sri Ridhwan memberi salam sebagai pembuka bicara.
“Sorry for being late. We got caught up in an
emergency.” Jelasnya. Memohon maaf atas kelewatan.
Tambahnya
lagi, “As promised, Adrian supposed to
join us for today’s board meeting. But his flight got delayed and he stuck with
some issues in London. So he won’t be able to join us. I know that this is
supposed to be his first board meeting and public appearance, but I hope you
guys don’t mind. He said he is very sorry for not be able to join.” Semua
yang lain mengangguk faham mendengar penjelasan Tan Sri Ridhwan mengenai
ketiadaan SM Adrian.
“By the way, let me officially introduce you
to our new Managing Director, Lathia Emilia.” Tan Sri Ridhwan bangun dari
kerusinya. Diikuti dengan wanita disebelahnya. SM Faris juga turut bangun. Dia
mempelawa aku berdiri. Aku menurut. Tan Sri Ridhwan memberi isyarat mata
kepadaku. Menyuruh aku memperkenalkan diri kepada semua board members dan staf-staf yang ada.
Seperti
yang diterangkan kepadaku oleh setiausahaku tadi, RAFS Group mempunyai 6 orang board members. Mereka ini yang menentukan siapa yang berhak memegang
jawatan-jawatan tertinggi syarikat. Antara nama-nama yang disebutkan kepadaku
oleh setiausahaku tadi adalah, Tan Sri Ridhwan, Datin Sri Fatty, SM Adrian, SM
Faris, Allahyarham Tan Sri Aidil Farhan dan Datin Sri Syila. Tetapi
memandangkan Tan Sri Aidil sudah meninggal dunia, kedudukannya sebagai board member dibiarkan kosong. Mungkin akan digantikan dengan ahli yang
baru.
Jelas setiausahaku
lagi, walaupun SM Faris sudah meletakkan jawatan sebagai Group Managing Director, dia masih lagi salah seorang
daripada 6 orang board members keseluruhan RAFS Group. Dia
masih mempunyai 10 peratus saham di dalam RAFS Group.
“Assalamualaikum and very good morning. I’m
Lathia Emilia, your new Group Managing Director. I believe that this is our
first official meeting, and I’m looking forward to work with all of you. If you
have any suggestions or anything that you believe I should know, just inform
me. I’ll be as cooperative as possible. I know I’m new, but I believe in each
one of you. I believe that we can work well as a team. Correct me if I’m wrong.
But, I will try my best and hardest to make RAFS Group one step further than
the rest. In the meantime, I still need your highest cooperation in helping and
guiding me, so I could guide you in return and we could have a win-win
situation.” Aku memberi sepatah dua kata. Sepanjang ucapan, aku dapat
melihat muka-muka mereka yang sudah mula menunjukkan ketidaksenangan mereka
terhadap perlantikkan aku sebagai Group
Managing Director.
Aku
tidak pernah menyangka dapat memegang jawatan setinggi ini. Demi Tuhan. Tidak
pernah terfikir untuk berdiri di syarikat gergasi ini dengan memegang jawatan
setinggi ini. Ini semua ibarat mimpi.
Benar kata pepatah,
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Aku bersyukur dengan
rezeki yang Tuhan beri. Tidak pernah aku duga, setelah pelbagai dugaan yang aku
tempuhi, akhirnya berbaloi juga semuanya.
Alhamdulillah…
“Saya
yakin, ramai diantara kalian disini yang tertanya kenapa saya memilih Thia
sebagai Group Managing Director syarikat. Sejujurnya, keputusan diambil sebulat
suara selepas menerima persetujuan daripada kesemua board members.” Tan Sri
Ridhwan mula menjelaskan alasan kepada perlantikan aku.
Tambahnya
lagi, “Saya yakin, SM Faris selaku bekas Group MD juga yakin akan keputusan
yang dibuat oleh beliau. Sebab saya tahu, setelah hampir enam tahun beliau memegang
jawatan tersebut, tidak mudah untuk melepaskan begitu saja. Banyak yang perlu
dititikberatkan. Banyak aspek yang perlu dilihat. Tambahan pula, beliau mula
memegang jawatan GMD sejak dari umur 25 tahun. Telah banyak yang dilaluinya
sepanjang hampir enam tahun ini. Jadi, saya dan board members yang lain sangat
berharap, anda semua mampu bekerjasama dengan Thia. Beri tunjuk ajar sekiranya
ada perkara mahupun selok-belok syarikat yang beliau masih tidak tahu. Saya
percaya anda semua merupakan team members yang baik dan berkaliber. Saya
inginkan satu kumpulan yang bekerjasama dalam menyelesaikan apa jua masalah
yang sedang dan bakal dihadapi syarikat. Seterusnya, saya serahkan kepada Faris
untuk memberi ucapan.” Tan Sri Ridhwan mengakhiri ucapannya. SM Faris bangun
dari duduknya. Dia berdeham membasahkan tekak.
By the way, board meeting always this
boring? Hmm… Aku mengeluh panjang di tempat dudukku.
“Assalamualaikum
dan selamat pagi. Seperti apa yang telah Tan Sri Ridhwan atau uncle saya
ucapkan sebentar tadi, memang benar. Tidak mudah untuk saya lepaskan jawatan
sebagai GMD setelah hampir enam tahun. Tetapi, saya rasa saya tidak boleh
pentingkan diri sendiri kerana saya percaya ada mereka yang lebih layak untuk
memgang jawatan tersebut.” SM Faris menjatuhkan pandangannya kepadaku. Matanya
memanah tepat anak mataku. Ada satu perasaan aneh meresap masuk ke tangkai
jiwa.
Perasaan
yang aneh. Perasaan ni tak sama macam perasaan aku apabila pertama kali bertemu
dengan Tengku Fauzan mahupun Rayyan. Perasaan apakah ini?
“Saya
yakin, Thia adalah orang yang paling layak untuk jawatan GMD ini. Dengan
kelayakan pelajaran dan pengalaman beliau, beliau berhak. Tipu sekiranya saya
kata saya tidak sedih melepaskan jawatan yang telah saya galas hampir suku umur
saya ini, tetapi saya juga ada komitmen yang lain terhadap keluarga dan
syarikat milik arwah ayahanda saya. NAF Corporation juga memerlukan perhatian,
jadi saya rasa, sudah tiba masanya saya mengundur diri dari kedudukan saya
selama ini di RAFS Group. Walaupun begitu, saya masih lagi salah seorang
daripada board members yang sah di dalam RAFS Group. Jadi, jangan risau. Saya
sangat berharap, penukaran GMD yang baru dapat menyuntik semangat dan aura yang
baru kepada RAFS Group. Tambahan pula, sekembalinya SM Adrian nanti, saya
percaya beliau bakal mengubah dan membawa RAFS Group ke tahap yang lebih
tinggi.” Dengan itu SM Faris mengakhir ucapannya. Satu board room memberikan
tepukan gemuruh kepadanya.
Akhirnya!! Aku bersorak
dalam hati.
Mereka yang lain bangun
dari duduk dan berjalan menggerumuni SM Faris. Ada yang berpeluang mengambil
gambar, ada yang sempat berpelukan dengannya dan ada juga yang minta untuk
berswafoto.
Yeah,
selfie for the ladies.
Dari sini aku dapat
lihat bahawa SM Faris Syafiq adalah seorang yang sangat disegani dan digeruni
kerana sifat ramahnya. Beliau melayan pekerjanya dengan sama rata dan penuh
hormat. Tidak hairanlah beliau boleh memegang jawatan GMD selama hampir enam
tahun.
He
has a strong support system.
“Sebelum kita semua
bersurai dan kami menamatkan mesyuarat hari ini, saya ingin menjemput anda
semua ke majlis makan malam sempena menyambut kedatangan Lathia Emilia sebagai
GMD yang baru dan kepulangan SM Adrian. Dengan itu, anda semua, termasuklah
staf-staf yang lain dijemput hadir ke majlis makan malam tersebut minggu
hadapan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis bermula
pada pukul 8 malam dan dijangka tamat pada pukul 12 tengah malam. But, I
leave the after-party for the youngsters.” Tan Sri Ridhwan mengenyit sebelah mata kepada SM Faris. SM Faris
sengih mendengar ayat ‘I leave the
after-party for the youngsters’ tadi.
I
bet he loves to party.
Dengan itu, board meeting pun tamat dan semua sudah mula bersurai meninggalkan board room. Cuma SM Faris sahaja yang lambat keluar dari board room. Masih sibuk dengan telefonnya. Tidak mahu berduaan, aku segera
bangun dari dudukku. Tapi belum sempat aku beredar, SM Faris menahan. “Hey, wait!” Katanya. Aku toleh
memandangnya.
“Yes?” Soalku. Sebuah senyuman ikhlas aku hadiahkan buat jejaka
kacak di hadapan.
“Tak nak perkenalkan
diri you ke?” Seloroh SM Faris. Ramah dan mesra. Dia menghulurkan tangannya
untuk bersalaman. Huluran itu aku sambut. Mesra tetapi tetap mengekalkan level of professionalism.
“I thought you knew me since you choses me to be your replacement.”
Aku membalas selorohnya dengan seloroh juga.
Sis
cuba guys, sis cuba.
“Ya, itu I tahu. I tahu
latar belakang you berdasarkan CV you
tapi I belum berpeluang untuk berjumpa dengan you in person. Jadi ini kali pertama. So, tak nak perkenalkan diri?” Katanya lagi. Masih mencuba.
Belum sempat aku
bersuara untuk memperkenalkan diri, SM Faris terlebih dahulu memulakan. Sekali
lagi dia menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman.
“I guess
you are not a first mover. So, let me start. I’m Faris Syafiq. But you can call
me Faris. Oh wait I forgot! Untuk you, I rela you panggil I ‘hubby’.” Mata kanannya dikenyitkan
nakal.
Oh…
Naughty boy…
Huluran tangannya aku
sambut. “Oh you wanna play that game?
Alright. So, I’m Lathia Emilia. You can
call me Thia. Tapi untuk you, I rela you panggil I ‘baby’. Eh salah! Wifey,
mungkin?” Aku mengeyitkan mata kiriku. Membalas perbuatan Faris tadi.
Faris menekup dadanya
dengan kedua belah tangan. Membuat lagak seperti ingin pengsan. Aku tersengih
melihat gelagatnya itu.
“If we have kid together, I would name her, Fathia. Faris plus Thia.”
Terkekek aku ketawa mendengar gurauan itu.
Oh…
Kids… Nak uruskan seorang suami pun belum tentu boleh.
Inikan pula seorang anak. Monologku sendiri.
“So, shall we ‘baby’?” Ajak Faris. Aku
kerut dahi.
“Shall we? Where?” Tanyaku tidak
mengerti.
“Buat
anak!” Aku tergamam. Tidak percaya ayat itu yang keluar daripada mulut seorang
bekas GMD di RAFS Group yang juga merupakan chairman
dan pemilik kepada NAF Corporation.
Melihat
aku yang tergamam, Faris cepat-cepat membetulkan ayatnya. “Bukanlah. I gurau
je. Jom lunch?”
“Only two of us?” Soalku.
Faris
kerutkan mukanya. “Sadly no. With my
aunty and uncle. Too bad you have not seen my cousin yet.” Tambahnya.
“Tapi
bagus juga. Sekurangnya I dapat jumpa dengan you dulu. Well, if you rasa I handsome,
sepupu I yang seorang itu seratus kali ganda lebih handsome dari I.” Faris memuji sepupunya, SM Adrian selepas memuji
dirinya sendiri.
Ini
yang aku kurang faham. Kau dah berayat manis dengan aku, tapi puji sepupu kau
sampai melambung-lambung. So, kau
sebenarnya nak tackle aku ke nak
‘kenenkan’ aku dengan sepupu kau yang entah wujud ke entah tidak tu? Aku
mengomel seorang diri di dalam hati.
“He’s the perfect combination of my uncle and
aunty. Our family ada darah
kacukan, so mixed blood.”
“Well Faris…” Aku sudah berkira-kira
ingin menolak pelawaan untuk makan tengah hari bersama, tapi sebelum aku sempat
menghabiskan ayat, Faris dengan pantas mengeluarkan iPhone dari dalam poket
seluarnya, dan dia mendail nombor seseorang. Dari hujung talian, aku terdengar
suara seorang lelaki.
“Hey Uncle! I’m sorry but I can’t join you for the lunch. I have lunch date with my
baby.” Faris menjeling kearahku. Aku senyum geleng kepala. Pandai bermain
kata-kata jejaka yang seorang ini.
Tengku Fauzan… Rayyan… SM Faris…
So, who’s next?
Lelaki
dihujung talian yang aku pasti itu sudah semestinya Tan Sri Ridhwan mula
bertanya kembali kepada Faris, “Baby?
Who?”
“Laaaathia
Emiliaaa!” Jawab Faris dalam nada berlagu. Namaku sengaja dilagukan.
“Since I’m her hubby now and she’s my wifey. So I got to teman her for lunch. I invited her to join us but
she doesn’t want to join. Segan mungkin. So, tell Aunty that I am so sorry. But I’ll be home for dinner.”
Lebar panjang Faris menjelaskan kepada pakciknya itu. Aku yakin hubungan mereka
sangat rapat. Sudah seperti ayah dan anak.
“Settle. Jom!” Faris pantas menarik
tanganku. Aku ternganga. Nasib baik kami masih lagi di dalam board room. Jadi tiada siapa nampak adegan kami berdua. Tapikan, aku tak
cakap pun aku setuju nak makan tengahari berdua dengan dia?
Mula-mula
hubby… Lepas tu wifey… Lepas tu ajak buat anak… Lepas tu makan tengahari… Lepas ni
apa pula?
Oh wait! I bet you’ve must been thinking that he’ll bring me home and do
whatever things that playboy always do, huh?
Oh
please people, get a grip! Don’t go too far. I don’t do room service. Like I
said, touch their souls, not their body. Less touch, more talk.
No comments:
Post a Comment
Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰