Sunday, 16 February 2014

Bab 7 : Le' Charmer

Assalamualaikum and Good Evening everyone!
Sempat update sebab fully utilized wifi Starbucks. Enjoying my writing moment at Starbucks. Chocolate Cream Chip would be a pleasure!
Hope you enjoy this Bab 7 :)



Sampai sahaja di hadapan pintu gril, segugus kunci aku keluarkan dari poket seluar track suit yang dipakai.
Erkk… Sunyinya. Mana pergi semua orang ni? Jiran-jiran mesti banyak yang belum balik lagi dari kampung ni. Waktu aku keluar rumah tadi, tak adalah rasa sunyi sangat. Hurmmm. Atau aku saja yang tak sedar yang keadaan sememangnya sunyi sejak dari awal lagi?
 Otak ligat berteka-teki sambil mata meliar memerhati sekeliling. Tangan pula dengan pantas membuka pintu gril.
            Selepas berjaya memboloskan diri, pintu gril kemudiannya aku kunci semula. Maklumlah, duduk rumah seorang diri dengan keadaan sekeliling yang sunyi memerlukan aku untuk lebih peka dan berhati-hati.
Kasut aku buka dengan lemah. Kemudian kasut itu aku simpan ke dalam almari kasut dengan cermat. Walaupun almarinya besar gedabak. Tetapi percayalah yang sesungguhnya almari sebesar itu juga tetap tidak mampu untuk menempatkan kesemua koleksi kasut aku, Sophea dan Zahra!
            Beberapa langkah aku berjalan, akhirnya aku sampai juga di depan pintu utama rumah yang berwarna cream ini. Pintu utama kondominium ini memerlukan password untuk membukanya. Jadi, tiada sebarang kunci yang diperlukan selain password yang telah diset khas oleh tuan rumah iaitu Cik Zahra Haslam. Aku hanya penumpang tetap. Jadi memang tak layak kalau nak tukar  atau tetapkan password pintu masuk ni.
Sadis, kan? Aku tahu.
Di sisi kiri dinding terdapat skrin sentuh yang bingkai di sekelilingnya diperbuat daripada stainless steel.  Sekali tengok dah macam tablet. Cuma bezanya benda kejadah ni dilekatkan di dinding dan berfungsi untuk membuka pintu utama.
Macam poyo pula. Nak masuk pun kena ada password. Haha.

Tett.. Tett.. Tett.. Tett.. Tett.. Tett..
Password aku tekan. Beberapa saat kemudian..
PAPPPP !!!
            Pintu utama terbuka dengan automatiknya.
"Woahhh! Penatnya.." kataku sambil menggeliat lemah apabila sudah berjaya meloloskan diri masuk ke dalam kondominium mewah ini. Beg di bahu aku letakkan di sisi sofa.
Belum sempat aku melabuhkan punggung di atas sofa, tiba-tiba lagu 'We can't stop' nyanyian Miley Cyrus berkumandang. Segera aku keluarkan telefon bimbit Samsung Galaxy S4 dari dalam poket kiri seluar. Panggilan aku jawab dengan malas.
"Emergency, emergency!" jeritnya kuat. Ada nada cemas dalam suaranya.
            "Woww woww! Hold on Miss Zahra. Apa kes you ni? Bagilah salam dulu kalau ya pun. Ish!" bidasku pantas. Gadis itu segera memberi salam dan meneruskan perbualannya yang tergantung akibat bidasan aku tadi.
Itulah, lain kali bagi salam. Kalau tak, inilah padahnya. Belum apa-apa, dah kena counter attack dengan aku. Hahaha.
Aku memang pantang bila orang telefon aku tanpa memberi salam. Tanpa mukadimah tertiba terus terjah. Kurang sopan dan tidak beretika. Jadi sebelum 'diserang', adalah lebih baik aku counter attack mereka terlebih dahulu. Hah hah hah!
"Lathia Emilia, I need your help! You're the ONLY person that can help me! Plus, I trust you and I'm very sure that you can help me! Pleaseeeeeeee!" katanya. Lebih kepada merayu. Perkataan 'only' ditekankan. Bermakna dia benar-benar memaksudkan ayatnya tadi. Aku pula masih tekun mendengar sambil badan aku baringkan di atas sofa empuk berwarna magenta ini. Kepala aku lapikkan dengan bantal berbulu tebal berwarna cream. Bantal ni kalau sekali imbas nampak macam seekor kucing Parsi. Gebu! Kalau gomol-gomol muka pun rasa lembut dan empuk saja.
Meowwwwww… Aummmm…
Nampak tak betapa uniknya barang-barang dalam kondominium ni? Di sini jelas menunjukkan yang penghuninya kreatif! Macam aku!
Jangan risau sebab bab-bab masuk bakul angkat sendiri ni memang aku terror gila.
"Haa, what is it?" Acuh tak acuh saja aku bertanya. Iyalah, mahu tidaknya. Aku yang baru balik dari gimnasium ni terus kena layan kerenah Si Zahra ni. Penat pun tak hilang lagi ni tahu! Dahlah baju lencun basah. Untung bawa baju spare. Kalau aku dapat perempuan tu, memang nahas perempuan tu aku kerjakan. Geram pulak hati kita ni.
Sabar Thia, sabar… Astaghfirullahalazim
Tapi… Kalau aku minta ganti rugi boleh kan? Hehehe.
"You knew that my dad’s business involved many shareholders?" tanya Zahra yang sudah mulai tenang kepadaku. Aku cuma mengangguk. Macamlah budak tu boleh nampak, kan? Haha. Boleh tahan sengal juga aku ni. Haha. Otakku mula bermonolog sendiri tanpa sedar.
            Selang beberapa saat terdengar satu panahan petir di talian.
"Lathia, I’m talking to you and you sempat mengelamun?!" Kali ini, suara yang tadinya cemas sudah bertukar menjadi petir yang tajam memanah gegendang telinga.
 Ouch!!
"Yes Miss Zahra. Mana ada I mengelamun. Haihh. By the way,  apa halnya ni? Straight to the point boleh tak?" soalku bengang. Riak mukaku berubah.
            Hmm. Macam ada terhidu sesuatu yang kurang baik aje ni. Aku berkata sendiri di dalam hati. Rezeki atau bala yang bakal berlaku?
            Minta-minta hal yang baik sajalah. Enough with drama. Pleaseeeeee… Doaku dalam hati.
"Thia Emilia.. Hmm. I really need you to help me. I need you to solve this one big favour. Please Thia.. You know how much I trust you, right? So this time, I really need you to help me." Gadis itu kedengaran sangat tulus ketika ini. Aku berfikir sejenak sebelum menerima apa-apa tawaran daripada rakan baikku yang satu ini.
"You nak I tolong apa ni Zahra? Can you just spill it out? I’m not in good mood right now. So, just spill it." tanyaku kembali kepada Zahra yang sedang setia menanti responku.
Zahra sempat mengeluh sebelum menjawab pertanyaanku tadi. "Hmmm. My dad needs someone to work with his shareholder. This man is a business tycoon. Major Corporation. Malaysia's leading conglomerate. This business tycoon really needs someone to fill in the position. Someone with credibility, ability, passion, skills, knowledge, talent and well educated. And…” Zahra berhenti lama. Aku menanti dia menghabiskan ayatnya.
“And that person is you!" jeritnya penuh ceria.
Bedebuk! Gugur jantung gua beb!
Aku tersedak mendengar ayat terakhir yang  meluncur keluar dari mulutnya. Ini kalau aku tengah minum air ni, confirm tersembur keluar habis semua air tu.
Apasal pula aku? Ish. Mengarut sajalah si Zahra ni. Bebelku dalam hati.
"Hahaha. You bergurau, kan?” tanyaku dengan ketawa yang sengaja dibuat-buat.
No, I’m not, Thia.”
“Zahra, based on what you just told me. He's a business tycoon. I'm very sure that he's capable to find someone extra-ordinarily perfect to fill in the job.  For sure, that person is not me! He can hire someone more experienced than me. Well, he can do job interview. Make advertisements. Do online hiring or whatever possible. Major corporation will surely have enough financial stability to bear the cost, sweetheart. Tak perlu nak guna jalan pintas suruh your dad carikan pekerja untuk dia. First, menyusahkan your dad. Second, menyusahkan you. Third, ia bakal menyusahkan I juga." jawabku dengan penuh sarkastik.
            "Thia, ini bukan pasal kos. Kalau kos, I guarantee yang mereka lebih dari mampu untuk tampung semua kos perbelanjaan tu. Pengalaman? Itu bukan keutamaannya buat masa ni. Masalahnya sekarang, benda ni melibatkan hutang. Hutang budi. This tycoon is a Tan Sri. Dia dah banyak tolong ayah I dan hasil daripada pertolongan dia itulah yang berjaya mengembangkan bisnes ayah I Thia. 35 peratus daripada saham syarikat ayah I belongs to him!" terang Zahra kepadaku. Aku sebenarnya tak tahu nak bagi respon apa. Jadi aku akan bagi Zahra peluang untuk membebel panjang lebar tentang idea mengarut dia nak suruh aku bekerja dengan Tan Sri mana entah.
Oh, aku suka kerja dengan golongan elit ni. Tapi aku prefer benda tu aku usahakan sendiri dan bukan dengan cara recommendation macam ni. Sangat tak cool sebab aku dah biasa survive semuanya sendiri.
A lone ranger will always survive alone.
"Setiap projek atau tender yang ayah I dapat, semuanya hasil pertolongan daripada Tan Sri. His corporation's dealing with big projects. Million or billion dollar cost projects. Jadi bila ada projek pembinaan kecil-kecilan, Tan Sri akan serahkan semua projek itu kepada ayah I. Ayah I yang akan uruskan. Benda ni secara tidak langsung menaikkan nama syarikat ayah I. Tan Sri banyak syorkan syarikat ayah I pada kawan-kawan dia. Dia dah banyak sangat bantu ayah I. Based on what that I know Thia, he did all that because he thinks that my dad's company has potential to grow and that's part of his contribution to the Bumiputeras." kendur sahaja suara Zahra menjelaskan kepadaku.
            "Tan Sri sangat memerlukan seseorang untuk bekerja dengannya. Dia boleh je nak buat interview atau advertisement seperti yang you cakap tadi tu. Tapi masa yang tak mengizinkan. Dia sangat sibuk kebelakangan ni. Hampir semua benda dia uruskan sendiri. Dia susah nak percayakan orang. Yang untungnya, dia percayakan ayah I. Jadi, dia minta tolong ayah I carikan seseorang yang boleh dipercayai untuk bantu dia. Nak tak nak, ayah I wajib tolong dia sebab dia dah banyak sangat bantu ayah I. Kalau ayah I tak tolong, perkara ni mungkin akan memberi kesan kepada hubungan baik di antara ayah I dan Tan Sri. Ayah I taknak kecewakan dia. Dan I juga taknak kecewakan ayah I." sambungnya lagi.
            "Zahra, apa kata you sendiri yang pergi kerja dengan Tan Sri tu? You ada full package yang Tan Sri tu perlukan. I think that's way much better because you knew his core businesses and all his business stuff." Aku memberi idea kurang bernas walaupun aku sudah tahu yang Zahra takkan bersetuju dengan ideaku yang satu ini.
Sejujurnya, aku buntu babe! Stuck stuck! Someone, please punch me!
"Cik Thia Emilia.. Kalau I pergi kerja dengan Tan Sri tu, ayah I macam mana? Siapa yang nak uruskan syarikat ayah I ni ? He can't do everything alone and what is my function as his daughter's if I can't help him?!" Ada nada garang dalam jawapan yang diberikan oleh Zahra itu.
Alright... Statement aku tadi dah berjaya 'bangunkan' ibu singa yang sedang 'tidur' tadi.
Aku berasa kasihan pula dengan si Zahra ni. Benarlah kata orang-orang tua. Hutang wang boleh dibayar ganti tetapi hutang budi di bawa sampai ke mati.
Aku heartless tapi senang cair bila datang bab kawan-kawan ataupun keluarga. Pada aku, kekayaan boleh dicari tapi teman berkongsi suka duka macam si Zahra ni memang susah nak di cari ganti.
"Hmm. Bukan I taknak tolong you. But Zahra, manalah I tahu bab-bab architechture semua bagai ni. I have no experience working in architecture field, honey. Hmm. Why don't you ask Sophea? I think she can help you out of this mess." cadangku dengan pantas.
            "I know you trust me.. But.. Errr.. But..” Tergagap-gagap aku nak menjawab. Bila aku dah buntu, inilah yang akan berlaku. Gagap!
"But what Thia? Since when you gagap ni Thia? Hahaha.” Sakan Zahra menggelakkanku.
            Amboi.. Seronok bahan nampak? Aku tahu yang dia sebenarnya dah tahu yang aku takkan dapat mengelak atau larikan diri. Sebab tu dia seronok bahan aku bila aku tergagap! Ishh.
"But I have no experience!" Aku terjerit kecil. Cuba menghilangkan rasa gementar di hati. Ciss! Hilang macho aku.
"What if I fill in the job but they don't like me? Maksud I, macam mana kalau Tan Sri tu tak suka I or cara I buat kerja? Haa, nanti your dad juga yang kena tanggung all the complaints." sambungku lagi. Sekali lagi cuba untuk memberi idea kepada Zahra.
"Oh, Thia my baby... You tahukan yang Sophea tak minat dunia konglomerat ni? Hmm. Lagipun, dia kena uruskan bisnes bakery dia yang baru nak mula tu." kendur saja suara gadis itu berkata-kata. Sedih pula aku rasa. Lagi pun, dia telah banyak membantuku selama ni. Tengok sajalah rumah yang aku diami sekarang ini. Ini semua hasil jasa baik sahabatku ini.
Inilah masalahnya apabila kita terlalu banyak termakan budi seseorang. Nak tak nak, aku kenalah terima tawaran Zahra yang satu ini.
Are you sure, Thia? Aku bertanya pada diri sendiri.
"Anyway Thia. I tak habis explain lagi you dah potong cakap I. Haihh. Listen here very carefully dear. Miss Lathia Emilia, you won't be handling any architechture or construction projects. This company is a conglomerate and literally they have involved in many sectors. They are not focusing on architechture only. They also involve in food and beverages (F&B). Plus, they have other core businesses. Automotive, investment, plantation. I can't say it Emilia because it's a lot!" Ada keterujaan dalam nada suara Zahra kali ini. Mungkin dia sedang cuba mempengaruhi mindaku supaya aku berminat dan terima tawarannya.
Alright! Aku tersepit kali ni. Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati emak. Huwaaaa!
"Errr Zahra, bagi I masa sampai petang ni boleh? Let me think about it. Okay?" Penuh simpati aku berkata-kata. Mohon supaya Zahra memberi aku peluang untuk berfikir.
"Alright babe. I'll call you back at 3pm. Tak pun. Kalau I balik kondo malam ni, kita bincang dekat kondo saja, okay. Tadaaaa! Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam." balasku ringkas.
Hutang? Hutang budi di balas budi. Hutang wang di balas wang. Hutang nyawa di balas nyawa. Hutang aku dengan Zahra ni nak di balas dengan apa?
I'm stuck!

          


6 comments:

  1. bkn thia duk nganb member dia k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your question.
      And yes, Thia duduk dengan member dia. In the prev chapter I did mentioned that kawan kawan dia semua balik rumah family masing masing. Basically, they all tak balik kondo lagi. Kiranya Zahra call Thia utk inform awal awal about the job offer :)
      Hopefully my exlpanation solved your problem.
      Thanks for reading ;)

      Delete
  2. Ok tpi kalo boleh banykkan scene dlm stu bab lgi best...anyway..good job kak drea!!-tiera

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah :) Tapi bab ni memang fokus pada job offer. Sebab tu ada satu scene saja. Anyway, thanks for your comment ! Appreciate that :)

      Delete
  3. nice one babe, suka ayat2 you!senang nak faham.. abes da baca..next chap plez hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank for spending your precious time reading my blog, babe :) Hehe. Next chapter? InsyaAllah. Sebab manuscript untuk story ni dah hilang. Itu yang stuck sampai chapter 7. InsyaAllah, maybe I can find a way to continue with this story. By the way, I already start with new manuscript, 'Hijrah Cinta Eva Cooper'. Hehe

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰