Saturday, 1 February 2014

Cerpen : Mr. Paraplegic Cintaku 3

Ending for Mr. Paraplegic Cintaku :)
The real ending. 


Hari ini sudah genap 3 hari aku tidak bertegur sapa dengan Faliq. Kami juga mulai tidur berasingan bilik sejak insiden tempoh hari. Insiden pembongkaran rahsia mengenai kekejamanku terhadap lelaki itu suatu ketika dahulu. Aku takut sekiranya masalah tidak bertegur sapa kami ini akan menimbulkan permasalahan yang lebih besar seperti penceraian. Kerana di dalan surah An-Nisa’ ayat 148 ada menyebutkan,  “Dan jika seorang perem­puan bimbang akan timbul daripada suaminya ‘nusyuz’ (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai); sedang sifat bakhil (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan..”
            Jadi sebagai isteri, aku wajib untuk memperbetulkan keadaan dengan memujuk Faliq. Tapi, jauh di sudut hati aku sebenarnya takut. Aku takut sekiranya Faliq tidak mahu memaafkanku. Dan aku takut sekiranya dia akan memarahi aku seperti tempoh hari.
            Ya Allah, apa yang harus aku lakukan? Derhakakah aku, Ya Allah?

            Jam di dinding menunjukkan pukul 2.25 pagi. Aku rasa waktu sebegini memang sesuai untuk aku menunaikan solat malam.
            Aku bangun dari tidur dan segera bergerak ke kamar mandi untuk mengambil wuduk. Selesai berwuduk, sejadah di penyidai aku ambil dan aku hamparkan di tengah-tengah ruang kosong dalam bilik tidur tetamu yang menjadi bilik tidurku sejak 3 hari yang lalu.
            Pening kepala yang semakin berlarutan sejak seminggu yang lalu tidak menunjukkan sebarang petanda untuk pulih. Mahu ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Tapi aku memang tiada masa untuk semua itu. Bermula pukul 8 pagi hinggalah lewat malam. Aku akan menghabiskan waktu di pejabat sungguhpun kerjaku di pejabat buat masa ini tiadalah banyak mana pun.
            Aku lebih rela menghabiskan waktu lapangku di dalam bilik pejabatku berbanding balik ke rumah yang kini terasa sangat kosong. Nak ajak Mak Lang berborak denganku seperti dahulu, aku rasa takut. Iyalah. Semenjak Mak Lang sudah tahu kesemuanya mengenai apa yang telah aku lakukan kepada anak majikannya yang telah ditatang bagai menatang minyak yang penuh itu. Aku pasti dia juga kecewa dan marah denganku.
            Selesai menunaikan solat sunat taubat. Aku mengambil sedikit masa untuk berdoa.
“Ya Allah, aku memohon keampunan kepada Mu, Ya Allah Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Engkau Yang Hidup dan terus ada. Dan aku bertaubat kepadanya sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk membuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup pun ketika dibangkitkan nanti.” Aku meraup muka dengan kedua belah tangan selepas selesai sahaja memanjatkan doa meminta kemaafan daripada Yang Maha Esa.
Telekung yang sudah dipakai aku lipat dan simpan kembali ke dalam almari. Sejadah aku sidai semua di penyidainya. Mataku rasa memberat. Kepala juga pening semacam. Badan rasa tak selesa. Jadi aku memutuskan untuk sambung tidur sebelum bangun semula nanti untuk menunaikan solat subuh.


Erk.. Apa benda yang berat semacam ni? Kataku dalam hati. Tanganku cuba menguis-nguis bantal yang menghempap pinggangku. Tapi tak berjaya. Akhirnya aku tersedar daripada tidur apabila terasa ada sesuatu melingkar di pinggangku. Ini bukan bantal ni!
Segera badan aku iringkan ke kiri.
Ya Allah! Faliq?!
Mataku yang masih mamai ini terus saja terbuka luas apabila melihat sesusuk tubuh yang sedang nyenyak itu. Ada desiran nafas halus menghembus keluar dari hidungnya.
Macam mana Faliq boleh ada dekat sebelah aku ni? Bila masa dia masuk? Macam mana aku boleh tak sedar yang sedari tadi lagi tangannya erat melingkar memeluk pinggangku?
Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran.
Selimut aku tarik dan badan Faliq aku selimutkan dengan selimut tadi. Pipinya perlahan-lahan aku usap. Takut sekiranya dia terbangun. Aku tidak mahu mengganggu tidurnya. Biarlah dia tidur.
Eh kejap, jam dah pukul berapa ni ya?
Tersedar akan itu, aku pantas menoleh ke kanan memandang jam di dinding.
7.30 AM?!!
Bermakna aku dah terlepas waktu subuh! Astaghfirullahalazim… Apa nak jadi dengan kau ni, Wan? Baru buat solat sunat taubat, dah terbuat dosa lain pula. Aku memarahi diriku sendiri akibat kecuaianku.
Aku bangun dari pembaringan dan duduk dalam keadaan mengiring sambil tangan kiriku memangku kepalaku.
Wajah tenang Faliq yang sedang khusyuk tidur aku tatap. Seperti bayi saja riak wajahnya.
Faliq, I miss you
Desisku dalam hati. Hatiku merintih sayu. Sungguh. Aku rindukan dirinya.
How I wish you know how much I missed you? How much I missed your tender smile, your voice, your sweet words. Simply, I miss everything about you, Mohd Ammar Faliq.
Rasa sebak mula menyelubungi diri. Setitik demi setitik air mataku mengalir dan jatuh membasahi permukaan wajah. Tanpa sedar, setitik air mataku jatuh tepat mengenai pipi Faliq.
Oh no! Aku mulai kalut.
Patut aku lap atau biarkan saja air mata di pipinya itu?
Kalau lap. Mesti dia akan terjaga nanti. Kalau tak lap. Kantoilah yang aku menangis sambil curi-curi tatap wajah dia.
Arghh! Better aku pergi mandi sekarang.
Selimut yang menyelubungi separuh daripada badanku ini aku alihkan ke tepi. Perlahan-lahan aku mengengsot untuk turun dari katil.
Where are you going, sayang?” Tiba-tiba ada suara serak-serak basah bertanya. Aku tersentak. Terasa seperti lenganku digenggam erat. Automatik aku kaku. Badanku sejuk membeku seperti iceberg.
Oh tidak! Dia dah bangun.
Aku kekal membeku di atas katil.  Tidak berani untuk bergerak mahupun bersuara.
            “Still don’t wanna talk to me?” bisiknya lembut di telinga kananku. Aku diam. Tidak memberi sebarang respon.
            “Sayang…” Perlahan-lahan tangannya pula yang mula merayap memelukku dari arah belakang.
            Aku mula rasa semacam. Keliru sama ada hendak berasa bahagia atau pun takut dalam pada masa yang sama.
            “Hey sexy… I’m talking to you. Don’t you wanna talk to me, baby?” pujuknya lembut dan penuh manja. Seketika aku terbuai dengan suara sensualnya itu. Faliq mendekatkan badannya dengan belakang badanku. Tangan kanannya memeluk erat pinggangku manakala tangan kirinya mengusap-usap pelipisku. Manakala dagunya diletakkan di atas bahuku.
            “Sayang… Awak tahu tak. Berdosa sekiranya isteri tidak melayan suami. Kita dah 3 hari tak bertegur sapa. Don’t you miss me?”
            Aku menjawab soalan Faliq dengan menggelengkan kepala.
            “Hmmm…” Faliq mendengus deras. Badannya dipusingkan dan dia kembali berbaring dalam keadaan meniarap dengan muka yang sengaja disembamkan pada bantal.
            Merajuklah tu. Manja!


            Aku sampai di office tepat pada jam 9 pagi. Sampai-sampai saja aku tengok semua perkerja lain sedang sibuk menyiapkan tugasan mereka. Tapi tak lupa juga pada segelintir yang sibuk menjual ketupat di pagi hari.
            Astaghfirullahalazim… Apalah yang best sangat mengumpat orang tu. Yang si mengumpat mendapat dosa, yang diumpat mendapat pahala. Tak rasa rugi ke mengumpat orang akak-akak oit? Nak ditegur, aku takut nanti di kata biadap pula. Walaupun aku merupakan seorang yang berjawatan tinggi di dalam pejabat ni. Tapi aku masih menghormati mereka atas faktor umur yang jauh benar bezanya.
           
Surprise surprise!” Wajahnya terjengol di sebalik muka pintu bilik pejabatku.
Aku berhenti menaip. Segera merenung tepat ke arah lelaki yang segak berkot di depanku ini.
Nak kemana siap dengan tuxedo ni?
Dia berjalan menghampiriku. Paper bag berlabel Gucci di letakkan di atas sisi kiri meja kerjaku. Aku mendongak kepala sedikit memandangnya yang berdiri cuma beberapa inci jaraknya denganku. Mataku membulat melihat wajah yang ceria itu. Kemudian kerusiku ditariknya agak mendekatinya sehingga aku dapat rasakan lututnya berlaga dengan lututku yang sedang duduk dalam keadaan bersilang kaki ini.
Anything?” Aku bertanya dalam nada jual mahal. Berjauh hatilah kiranya sebab kena marah dengan teruk. Bukan kena marah saja. Tapi siap kena maki baik punya! Tapi… Aku tidak salahkan dia. Dia berhak untuk marah. Semuanya berpunca daripadaku.
Nothing. Saja datang. Nak melawat isteri sendiri. Salah ke?” Soalnya. Kening kirinya dijongketkan. Bibir pula tersenyum senget.
“Melawat siap pakai tuxedo?” Soalannya aku jawab dengan soalan juga. Faliq menggelengkan kepalanya beberapa kali. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya. Tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.
Segak. Seperti selalu. Tambahan pula, dia kini tidak lagi menggunakan tongkat mahupun kerusi roda.
Mungkin inilah Faliq yang menjadi kegilaan ramai gadis-gadis sewaktu di universitinya dahulu. Lelaki tinggi lampai persisi model. Muka komersialnya membuatkan dia digilai dan disukai ramai walaupun mengikut bonda Faliq ini dahulu sewaktu remajanya sangat nakal tapi baik hati. Wajahnya serius. Tapi kalau kena dengan cara, lelaki ini sangat bijak membuat orang tersenyum.
Dia ada karisma tersendiri. Gayanya lain daripada yang lain. Itu juga salah satu sebab kenapa aku boleh jatuh cinta dengan lelaki ini.
Kasanova tapi baik hati. Itu sesuatu yang jarang untuk di temui.
One in a billion.
Did man’s worn tuxedo only on special occasions?” tanyanya dengan penuh sinis.
Aku bangun dari dudukku dan berjalan melintasi Faliq menuju ke arah dinding kaca di sebelah kanan meja kerjaku.
Dari aras 15 ini dapat aku lihat manusia yang sedang ligat bergerak ke hulu dan ke hilir dengan tujuan tersendiri.
“Masih marah?”
Aku tersenyum mendengar soalan yang barusan keluar dari mulut Faliq itu.
It supposed to be me the one to pissed off and going with this silent treatment. Not you.”
Yeahh. You’re right. Awak yang patut marah dan saya yang sepatutnya pujuk awak. Bukan awak yang pujuk saya, Faliq.”
Glad that you notice that, my love.” Dia kenyit mata.
Perhaps... when each of them will turn from his wicked way; then I will forgive their wickedness and their sin.”
Haa?” Aku tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh suamiku ini. Aku berpaling memandangnya yang masih berdiri di sisi kerusi kerjaku. Dia senyum. Aku memandangnya pelik.
It’s a translation for The Torah. Jeremiah, verse 3.
You read The Torah?” tanyaku dengan riak tidak percaya.
Yes. For knowledge and better understanding. To avoid confusion.” Faliq senyum. Tenang.
“Allah itu Maha Pengampun. Dia mengampunkan kesalahan dan dosa hamba-Nya. Dan siapalah saya untuk menghukum awak? Sesungguhnya di dalam surah As-Syura’ ayat 40, Allah S.W.T ada menceritakan yang jika kita hendak membalas  kejahatan yang orang lain lakukan terhadap kita. Maka balaslah kejahatan yang sama beratnya dan juga setimpal balasannya. Dalam pada itu, sesiapa yang memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepadanya, maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah S.W.T dengan diberi balasan yang sebaik- baiknya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang- orang yang berlaku zalim.”
Penerangan Faliq itu aku dengar penuh tekun. Kepala aku tundukkan memandang lantai. Jari-jemari aku genggam erat.  Kemudian, perlahan-lahan mata aku pejam rapat.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Hanya pada-Mu aku memohon keampunan, Ya Allah.
“Apa gunanya jika abang membalas balik apa yang pernah sayang lakukan dahulu? Itu semua takkan membawa apa-apa kebaikan buat abang. Dan tak juga akan mendatangkan kepuasan serta kebahagiaan. Sedangkan Rasulullah pun memaafkan umatnya yang menzaliminya.” Terang Faliq lagi. Aku telan liur. Ayatnya itu menusuk tepat ke kalbuku.
Oh wait! Abang? Sayang? Wow. Dia dah pandai gelar diri dia ‘abang’! This is something new... Very new.
“Sayang bersalah tapi sayang dah minta maaf. Dan maaf itulah ubat paling mujarab. Maaf itu jugakan mendorong kepada kebahagiaan. Plus, macam mana abang nak marahkan sayang dengan sebegitu lama sedangkan sayang kebahagiaan. Sayang semangat abang.” Tambahnya lagi. Dia senyum dan berjalan merapatiku. Perlahan-lahan tangannya memeluk pinggangku. Aku membalas pelukannya. Matanya aku renung dalam. Cuba meluahkan rasa.
“Saya… Saya…”
“Kita tutup buku lama. Kita buka buku baru okay?” Sangkalnya pantas sebelum sempat aku menuturkan apa yang terbuku di hati. Dahiku dikucup lama. Aku sebak.
“Sayang isteri abang. Abang cintakan sayang sangat-sangat. Kesalahan masa lampau sayang. Itu semua dah lama berlalu. Abang dah tak nak ingat. Apa yang abang tahu. I just want my wife back. I want my sexy Audrey’s back. That’s all.” Tangan kirinya mengusap pipiku. Aku mengalihkan muka. Malu. Dapat aku rasa darah merah meresap ke mukaku.
Woahh! I’m blushing!
So you forgive me, right?” tanyaku dalam nada manja. Tali leher yang dipakai oleh Faliq aku lurut-lurutkan. Hujung tali leher itu aku pintal.
Yes, sayang…” balas Faliq bersama senyuman lebar.
Oh baby, I love you! Tapi ayatku ini hanya mampu aku luahkan di dalam hati. Sebabnya aku segan. Hahaha.
Faliq meleraikan pelukan dan bergerak ke arah meja kerjaku. Beg kertas berlabel Gucci tadi di ambilnya. Mataku mengekori langkah suamiku itu. “Before that, you need to have this. And I give you one hour to get ready.” Arahnya kepadaku.
“Apa…” Belum sempat aku menghabiskan ayat, Faliq meletakkan jari telunjuknya dibibirku. Memberi isyarat supaya aku berhenti berbicara.
Go change now.” Sambungnya lagi. Punggungku ditepuknya.
What?!
Aku menjengilkan biji mataku. Berdekah-dekah Faliq ketawa.
Naughty boy!

***************************************************************************

                Faliq berjalan penuh segak bersama tuxedo yang dipakainya datang menghampiriku. Dari jauh aku dapat lihat sengihan penuh menggodanya itu. Wajah nakalnya yang satu itu takkan pernah hilang sungguhpun dengan perubahan umur yang meningkat dari sehari ke sehari. Manusia mana saja yang tidak meningkat umurnya?
Tapi benar kata Mak Lang dahulu. Faliq memang nakal. Naughty. Romantic. Sweet. Full of suprises.
Sampai sahaja di hadapanku, perlahan-lahan dia membongkokkan badan dan menghulurkan tangan kanannya kepadaku. Kemudian, dia berlutut dengan sebelah kaki. Gaya seperti ingin melamar. Aku tersenyum malu. Mesti orang-orang dalam dining ni pelik melihat gelagat kami berdua.
Would you like to dance with me, Madame?” tanya Faliq dengan penuh pesona gaya seorang putera yang ingin mengajak puteri idamannya menari di majlis-majlis rasmi.
            “Yes, my Prince.” Balasku dengan intonasi ala-ala Cinderella. Hulurannya tadi aku sambut.
            “Before that, you need to close your eye with this!” Faliq menunjukkan kain berwarna hitam yang akan digunakan untuk menutup mataku. Aku menggeleng kepala melihat senyuman nakal yang terbit di bibir suamiku ini.
Haihh… Macam-macam. Kataku dalam hati.
Namun aku biarkan sahaja Faliq menutup mataku dengan kain tadi. Selesai mataku ditutup. Dia memimpin tanganku. Erat pegangannya.

Sepanjang perjalanan menuju ke tempat yang ingin ditujui oleh Faliq. Bermacam-macam soalan ditanyanya. Aku menjawab setiap soalannya dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.
            “Sayang, sayang ingat tak dulu sayang ada ajak abang menari sekali dengan sayang?” tanya Faliq. Tanganku masih erat digenggamnya. Aku rasa sudah lima minit aku berjalan dalam keadaan menutup mata sebegini.
            “Mestilah ingat.” Jawabku ringkas.
            “Waktu tu abang tak boleh nak berjalan lagi macam sekarang ni. Tapi sayang  banyak bantu abang. Sentiasa sokong abang. Bagi abang dorongan. Semangat.”
            “Dan abang terharu bila malam tu sayang sanggup papah abang dan menari sekali dengan abang.”
            “Hahaha. No problem, abang. I did that with pleasure and I felt honoured to have had that chance to dance with you.” Aku senyum di hujung ayat.
            Cupp!!
Pipiku diciumnya.
            “Thanks, sayang. Anyway, we’re arrived.” Bisiknya dengan sensual di telingaku.
Thanks Allah. Finally, arrived! I’m excited! Jeritku dalam hati. Dalam pada masa yang sama, tanganku cuba membuka balutan yang menutup mataku ini.
            “Ahah! Not yet. One more.” Kata Faliq. Pantas dia melarang aku daripada membuka balutan tersebut. Aku mencebik. Bibir aku muncungkan sedapa. Dapat aku dengar dengan jelas Faliq ketawa dengan gelagatku.  

            “Ready, sayang?”
            “I’m ready for anything as long as I have you with me for the rest of my life. Til’ Jannah. Insya-Allah.” Balasku romantik. Lengannya aku peluk. Perlahan-lahan kami kembali berjalan.

            Selang seminit berjalan. Akhirnya kami berhenti serentak. Aku hanya menanti Faliq membukakan balutan di mataku.
            “Surprise!” Jeritnya penuh teruja. Perlahan-lahan aku membuka mataku.
            “Masha-Allah!” Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku lihat saat ini. Aku menekup mulutku dengan kedua belah tangan. Mataku membulat. Air mata mula bergenangan di tubir mata. Aku memandang sekelilingku.
            Aku kini berada di dalam ballroom. Ballroom yang ruangan dalamnya cantik dan indah dihiasi dengan pokok-pokok pine berwarna putih bersama dedaunan kristal. Bunga ros berwarna pink dan pastel menghiasi lantai ballroom. Bebola kristal dalam pelbagai saiz berkilauan menghiasi langit ballroom.
            Ada dua orang gadis berpakaian Greek Goddess berwarna pastel brown sedang berdiri di pintu masuk ballroom bersama pelita palsu di tangan mereka. Jejaka-jejaka kacak pula berdiri di setiap sisi ballroom. Lebih kurang 12 orang kesemuanya. Masing-masing memakai mantel berwarna coklat dan di atas kepala jejaka-jejaka tersebut ada mahkota berwarna gold ala-ala Greek God.
            Aku tidak pasti dengan nama temanya. But for sure, today is a fairy tale!

            Aku  kembali mengalihkan pandanganku memandang Faliq yang sedari tadi hanya memerhatikanku.
            “Shall we?” bisiknya.
            Aku angguk.
            Faliq merapatkan badannya denganku. Tanganku ditariknya dan di letakkan di atas bahunya. Pinggangku di peluk erat. Mataku direnung dalam. Aku membalas kembali renungannya. Perlahan-lahan bibir mengukir senyuman lebar. Faliq juga begitu.

Everyday I wake up next to a angel
More beautiful than words could say
They said it wouldn't work but what did they know?
Cause years passed and we're still here today
Never in my dreams did I think that this would happen to me

As I stand here before my woman
I cant fight back the tears in my eyes
Oh how could I be so lucky
I must've done something right
And I promise to love her for the rest of my life

Seems like yesterday when she first said hello
Funny how time fly's by when you're in love
It took us a lifetime to find each other
It was worth the wait cause I finally found the one
Never in my dreams did I think that this would happen to me

As I stand here before my woman
I cant fight back the tears in my eyes
Oh how could I be so lucky
I must've done something right
And I promise to love her for the rest of my life

                        Lagu Rest of My Life nyanyian Bruno Mars bergema. Aku senyum lagi buat kesekian kalinya. Faliq mengeratkan lagi pelukan. Dan tanganku kini melingkar di lehernya. Kepala pula aku lentokkan pada dada bidangnya.  Kami akhirnya terbuai dalam keindahan suasana dan lagu yang penuh romantik ini.
            “Baby, I love you…” bisik Faliq seksi ditelingaku.
            “I love you too, my love…” balasku. Sensual. Pipinya aku cium. Faliq tersenyum manis. Aku kembali melentokkan kepala. Dan kami bergerak menari seiring dengan alunan lagu.
He’s my husband. He’s my man. He’s my Imam. He’s my Faliq. He’s my Paraplegic Cintaku.
            Ya Allah, terima kasih untuk kebahagiaan ini. Jodoh yang ditetapkan oleh-Mu ini sangat sempurna buatku. Takdir yang telah Engkau tetapkan untuk kesemua hamba-Mu juga cukup sempurna. Alhamdulillah…



            
Mr. DH :)
Handsome, right ?
He's an Irish-Asian American ;)

15 comments:

  1. kak dreaaaaaaaaa.....it's was the besttttttt short story that i was read along my life....best sesangat and for your information i'm fall in love with Faliq !!! Ya Allah !!! only virtual not a real okay...kahkahkah XD....kalau ada lagi roger ya kak drea.....<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Alhamdulillah. Akak hanya menghasilkan karya. Terpulang pada readers untuk menilai. Anyway, thanks again :)
      Hope you got the message there in this short story ;)
      Harap ada pengajaran yang dapat dipelajari. Hanya menyampai. Pujian semuanya milik Allah :)

      Delete
  2. Akk citer akk mmg best sehingga menusuk klbu ... hehe ... i like it :) ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks you Ain :) Alhamdulillah. Glad you like it ;)

      Delete
  3. Yippieee!! Happy ending ~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Tiera :) Happy ending :D Hahaha. Thanks !

      Delete
  4. yeay...puas hati..best giler....suka sangat...nak cerpen yg sweet camni lagi..please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :) Glad you like it ;) Saya cuma buat apa yang saya rasa perlu. Saya hope reader dapat faham mesej dalam cerita ni. Thanks again ! Will update more soon. InsyaAllah :)

      Delete
  5. Yeah akak ! Terbaik laa ~ bestt laa.. Like and love this story.. They're so sweet .. Jealous tengok diorang.. hehehe.. Wuaa! I like Faliq ! ^_^ hehehe .. Seriously kak, i like this story ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa. You're not the first to say that. Most of the ladies love Faliq. Me, jealous too. Audrey is one lucky lady. Ahahaa :) Thanks for reading. Alhamdulillah glad you like it! :D

      Delete
    2. yeahh ! hehe... jealous ngan Audrey kan? ^_^ okay .. Post la banyak agi cerpen or novel.. nanti Afiey baca and comment :)

      Delete
    3. Tunggulah akak free. Nanti akak post eh ? :) Thank you for reading and support tau. Anyway, semua yang pernah baca cerpen ni jealous dengan Audrey. Hahaha. Faliq is hers. Lol !

      Delete
  6. Wktu Audrey pening2 tu ingtkn dia pregnant .. hehe bt lh special edition :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks reading Soffy. Haha. Ramai juga yang ingat she was pregnant. Hehe. Special edition? Well, insyaAllah. I will. Keep supporting!

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰