"Thia.. Wake up darling.. We're home.."
Sayup-sayup kedengaran suara seseorang mengejutkanku daripada tidur. Aku kenal
suara ini. Namun mataku sangat berat untuk dibuka saat ini. Aku sangat penat.
"Hey Thia..
Bangunlah.. Kita dah sampai ni.. Takkan nak tidur dekat dalam kereta ni..
Hurmm.." Suara itu bergema lagi di gegendang telingaku. Terasa seperti ada
seseorang sedang mengusap-usap lembut ubun-ubunku. Aku hiraukan. Malas nak
layan. Apa yang aku mahu sekarang ini hanyalah tidur!
I
desperately need my beauty sleep!
KRINGGGGGGGGG!
"Ahhhhh!
Kebakaran!" Aku jerit dengan sekuat hati lalu bingkas bangun dari tidur. Selimut
dan bantal aku lempar ke tepi. Dengan lintang-pukang aku terus berlari keluar
dari bilik tidur.
"Kebakaran kebakaran! Tolong
tolong!" Penuh kalut aku menjerit meminta tolong. Riuh rendah satu rumah.
Baju tidur bercorak kotak-kotak di badan aku ramas kasar. Otak terasa buntu. Dah
gaya lipas kudung pun ada juga.
Dalam kepala otak aku
saat ini hanya ada satu perkara sahaja, iaitu siapa yang nak selamatkan aku
daripada mati rentung terbakar?
Ya Allah, selamatkanlah
hamba-Mu ini, Ya Rabbi. Aku berdoa dalam hati.
Lumrah manusia yang
jahil macam aku. Bila susah baru nak ingat Tuhan. Astaghfirullahalazim…
"Woi! Apa yang
terbakar? Rumah siapa yang terbakar?" herdik Zahra. Aku yang tersentak
dengan herdikan itu terus tergamam. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Aku memandang
Zahra dengan mata terkebil-kebil. Zahra membalas renunganku dengan
menjongketkan kening dan bahunya.
"You kenapa ni Thia?
Dah gila? Atau sawan? Ke dah sampai ‘seru’ ?" tanya Zahra lagi. Aku masih
membisu.
Seru yang Zahra
maksudkan itu adalah mati! Fuhh, cabul betul mulut minah ni tau. Minta di
jauhkan. Tapi kalau dah ajal, aku redha.
Okay jangan nak redha
sangat, Thia. Kau tu banyak dosa. Aku mengutuk diri sendiri.
Eh tapi betul ke takda
kebakaran? Ke aku yang mengigau ni? Alahai malunya. Hehehe. Geli hati pula aku
rasa. Suka benar mengigau aku ni haa. Hahaha.
"Takda lah. Tadi I
dengar bunyi macam loceng kebakaran je. Tu yang kelam-kabut I bangun. Habis
tunggang-langgang katil I. Sorry.
Hehehe." Aku sengih. Sengih kambing orang tua-tua panggil.
Zahra menghampiriku
bersama secawan kopi panas di tangan. Kopi dihulur kepadaku sebelum dia
menghempaskan badannya di atas sofa empuk berwarna magenta di hadapanku ini.
"Nah. Minum ni.
Haihh. Itu bukan loceng kebakaran. Tapi itukan bunyi phone alarm you. Dah lupa ke? Bunyi alarm macam nak kejutkan bomba. Phone
mahal, tapi ringtone kuno."
sempat lagi Zahra mengutuk aku. Aku mencebikkan bibir tanda protes. Ada ke
patut dia kutuk ringtone aku? Sampai
hati kau Zahra! Touching! Namun
huluran Zahra itu tetap aku sambut penuh berhati-hati.
. Wow, kopi panas babe. Kalau tumpah kopi ni dekat badan
aku, confirm sopak! Susahlah nak cari
job nanti. Hahaha.
Hot
caramel machiato coffee… S-w-e-e-t… Mug di tangan aku bawa ke hidung dan aroma yang terhasil
daripada coffee ini aku hidu sedalam
yang mungkin. Tahu tak yang aroma yang dihasilkan oleh hot coffee itu sangat seksi dan mengiurkan?
Coffee
mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Sebagai seorang penggemar dan coffee addict. Aku sudah sedia maklum
mengenai kelebihan kopi. Walaupun disebalik kebaikan itu ada terselit
keburukannya juga. But who cares?
Antara enam kelebihan
kopi ialah yang pertama ianya mengurangkan risiko seseorang daripada terkena
penyakit gout. Kedua, kopi baik untuk
kesihatan hati manusia. Ketiga, boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan
seseorang. Keempat, memberi tempoh hidup yang lebih lama. Tapi pada aku ajal
maut itu di tangan Allah S.W.T. Jadinya aku tak berapa nak setujulah dengan
kelebihan yang keempat itu. Mengikut kajian pakar, kopi dapat memanjangkan
tempoh usia seseorang. Tetapi kalau dah ditetapkan di Luh Mahfuz, yang mati
tetap akan mati tidak kira umur, masa atau dimana jua. Kelebihan kopi yang
kelima ialah dapat memberi kesihatan yang lebih baik kerana kopi mempunyai
perangsang yang boleh mempengaruhi minda dan psikologi seseorang. Dan yang
terakhir iaitu yang keenam ialah kopi dapat mengelakkan seseorang daripada
terkena penyakit merbahaya.
. "Alaaaa.. Biarlah…"
kataku manja. Aku melabuhkan punggung di sebelah Zahra. Mug tadi aku letakkan
di atas meja kecil bersebelahan dengan sofa.
"Zahra, Sophea
mana? Tak nampak batang hidung pun?" tanyaku penuh selamba. Kepala aku
lentokkan di atas bahu Zahra. Zahra membiarkan saja aku melentokkan kepalaku di
atas bahunya yang ‘empuk’ ini.
Empuk macam Dunlop pillow. Hahahaha
"Sophea keluar.
Ada family matters katanya."
balas Zahra. Mata masih melekat pada tv flatscreen
berjenama Samsung di depan.
"Ohh.."
balasku ringkas. Tak mahu bertanya lebih. Nanti di kata busy body pula.
"Zahra, you tak
keluar ke today? I ingatkan nak
keluarlah. Hehehe. You taknak temankan I?" Kedengaran sangat gedik suaraku
saat ini. Gedik yang sengaja di buat-buat.
Oh
please stop it, Lathia.
Okay tuan-tuan dan
puan-puan, ini namanya proses memujuk. Walaupun hakikat peratusan untuk Zahra
termakan pujuk rayuku ini sangat tipis. Mungkin 10 daripada 100 peratus? Sikit,
bukan?
Haih. Kalaulah si Zahra
ni nak makan pujuk rayu aku! Aku mencebik.
"Taknaklah Thia. I
penat. I ni dari hari Isnin sampailah Jumaat I kerja. Keluar pagi, malam baru
balik. Haa bukan macam you. You tu hidup goyang kaki aje. Kan, Thia?" Pehaku
digosok-gosoknya sebelum dia menoleh kemudiannya tersenyum lebar ke arahku. Nampak
gayanya Zahra memang berniat untuk perli aku.
Pedas berdesing ayatnya masuk ke dalam rongga telingaku.
Ouch!
Tetapi jika nak
diikutkan secara faktanya, betul juga cakap Zahra itu. Sememangnya sejak dari
zaman kuliah lagi Zahra telah mula membantu ayahnya menguruskan syarikat
sedikit demi sedikit. Zahra mula berkerja secara part-time sebagai seorang
Managing Director di syarikat pembinaan ayahnya selepas tamat sahaja
pengajian diplomanya. Itu menurut apa yang pernah diberitahu oleh Zahra sendiri
sewaktu pertama kali aku mengenalinya pada sesi suai kenal minggu pertama kami
belajar bersama di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam dulu.
Sewaktu kami sama-sama
mengambil degree dahulu, setiap hari
Sabtu dan Ahad, Zahra akan menghabiskan masanya di pejabat. Menguruskan
syarikat. Kadangkala, aku dan Sophealah yang akan membantunya di pejabat. She’s a hard-working lady, doesn’t she?
Tetapi sekarang, Zahra
sudah bekerja secara sepenuh masa di syarikat ayahnya seminggu selepas kami
tamat saja pengajian Master in Business
Administration (Hons) International Business. Kini, kami masing-masing menunggu
hari graduation day yang bakal
berlangsung dalam tempoh tiga atau empat bulan dari sekarang.
"Alaaa I kerja
juga okay. Kerja menghabiskan duit orang lain. Hahaha!" sambungku. Berdekah-dekah
aku ketawa. Kalah jantan. Saja nak buat Zahra sakit hati.
Zahra menjegilkan biji
matanya yang bulat itu. "Menghabiskan duit Tengku Fauzan you tu? Itu jelahkan
kerja you? Thia.. Thia.." katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala
mendengar jawapanku tadi.
"Haa Thia, I
dengan Sophea tak kisah kalau you nak buat apa pun. Cuma.. Please do take care of yourself. Men nowadays are very dangerous. Pagi tadi I tengok berita, ada
seorang perempuan ni mati dibunuh. Menurut Polis, motif pembunuhan disebabkan oleh
dendam. Lelaki tu berdendam dengan si mati. Katanya, si mati tu kaki kikis. I
harap you tak tergolong daripada kaki kikis tu Thia.. Nauzubillah.. " Zahra mengusap-usap kepalaku. Aku tergamam
mendengar kata-kata yang baru saja meluncur laju keluar daripada mulut Zahra
tadi.
Gulp!
Tiba-tiba aku rasa
terharu. Perasaan terharu itu menyelinap masuk ke dalam sanubariku tanpa aku
pinta dan sedari. Terharu kerana dikurniakan dua orang sahabat yang sangat
penyayang dan mengambil berat.
Ya Allah, mereka sangat
mengambil berat tentang diriku... Sungguh aku terharu… Dalam hati aku
memanjatkan syukur kepada Yang Maha Esa. Walaupun ada perlian dalam ayat yang
dituturkan oleh Zahra itu, tapi aku tahu dia berniat baik dan dia tidak mahu
sesuatu yang buruk menimpaku. Sungguh aku terharu dengan keprihatinan dua orang
sahabat sehidup sematiku ini.. Zahra dan Sophea.. Aku beryukur, Ya Allah.
Leher Zahra aku peluk
erat. Sebelah tanganku melingkat di lehernya. "Eh Zahra!" Peha gadis
itu aku tampar dengan kuat. Tersentak dia dengan tamparan paduku itu. Hahaha.
Opocot! Sorry Zahra! Hehehe.
Aku tersengih melihat
muka cemberut Zahra. Bersama cerlungan mata yang seperti hendak menelanku itu,
Zahra bersuara, "You kenapa Thia?! Terkejut tahu tak? Kalau ya pun nak
suruh I mati cepat. Agak-agaklah. Sakit tahu tak? You tu kering tapi boleh tahan ganasnya.
Macam nyah tahu? Ish." Zahra
menggosok-gosok pehanya yang baru ditamparku itu. Laser betul mulut Zahra ni.
Dia kalau dapat bercakap, memang main lepas sahaja. Siapa yang tidak
mengenalinya, mungkin akan berasa kurang senang dengan perangainya yang
terlebih 'jujur' itu.
"Janganlah marah.
I nak tanya ni. Hurmm.. Pagi tadi siapa hantar I balik sampai masuk ke dalam
bilik? Seriously, I tak sedar
apa-apa. I was too exhausted and
super-duper tired." Peha Zahra yang aku tampar tadi, aku gosok
perlahan-lahan. Tak dinafikan, kuat juga tamparanku tadi. Berbekas!
"Tengku Fauzan
Emerson." Ringkas Zahra menjawab. Matanya memfokus pada rancangan Master
Chef US musim keempat yang sedang bersiaran itu. Aku terkejut. Pucat lesi
mukaku saat mendengar sebaris nama itu terbit keluar daripada mulut Zahra.
What?!
TENGKU FAUZAN EMERSON?!
best! cptlah smbung next chapter :)
ReplyDeleteThanks Amirah Hidayah :) Oh next chapter dah siap cuma tak publish lagi :) Thanks for the support ;)
ReplyDelete