Monday, 10 February 2014

Bab 6 : Le' Charmer

Assalamualaikum and Good night everyone :)
Sorry for the lateness. I'm having a very busy and rough week. Fuhh...
So, this is the next chapter for Le' Charmer. 
Not fully complete. Still not satisfy. Rasa macam ada something missing dalam bab ni. Tapi taktahu apa benda.
Kalau anda tahu, silalah bagitahu saya. Jangan risau. Saya tak marah ;)
Hehehe. 
Enjoy reading!



Oh my Lord! Where am I?
Aku ternganga. Rasa macam berada di syurga! Syurga yang penuh dengan bidadara kacak, tinggi lampai dan sempurna fizikalnya.
Hmm… Syurga?
Ya, syurga duniawi.
Syurga duniawi yang merupakan neraka di akhirat nanti. Syurga duniawi yang penuh dengan maksiat. Syurga duniawi yang melalaikan dan menyesatkan umat manusia.
Nauzubillahiminzalik…
Kawasan kolam renang di penuhi oleh jejaka-jejaka tampan berbadan ketak-ketak. Ada yang berbangsa Melayu. Ada juga yang berbangsa asing.
Interesting. Tak rugi aku berjalan keluar ke pool area. Dapat juga cuci mata. Tak sangka pula macam ni keadaan di pool area waktu hari Ahad sebegini. Maklumlah, aku kan sudah lama tidak ke sini. Banyak juga yang dah berubah.
Mataku melilau memerhatikan sekeliling.
Hot stuffs!
“Natalia, I pergi masuk gym area balik ya. I need to workout.” pamit Keith dengan tiba-tiba dari arah belakangku. Dengan tindakan reflek, aku segera berpaling. Aku senyum seraya mengangguk kepadanya. Aku bagaikan tidak sedar yang sedari tadi lagi Keith mengekoriku.
Haihh. Macam mana boleh terlupa ni? Bebelku pada diri sendiri.
Mataku menghantar susuk tubuh athletic Keith yang semakin menghilang di sebalik celahan-celahan manusia yang bersepahan di serata pool area.
Kaki kananku memulakan langkah berjalan ke arah birai kolam renang. Saat kaki ingin menyentuh permukaan air kolam. Telingaku tertancap pada jeritan nyaring yang berbunyi lantang di sebelah kiriku. Sepantas kilat aku menoleh.
Kelihatan seorang gadis persis model sedang bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arah seorang jejaka yang sedang elok terbaring di atas sun bed. Tangannya melapik kepalanya sendiri.
“Rayyan! I’m talking to you. You jangan nak buat pura-pura tidur eh. I know you can hear me. Come on Rayyan. Get up!” Gadis itu meninggikan suara serak basahnya. Nampak benar marahnya tu. Aku menjadi pemerhati. Begitu juga dengan mereka yang lain. Dah macam tengok drama teater saja lagaknya. Tuala berwarna pink di tangan aku campakkan ke tepi.
Bedebuk!
Alamak tersalah campaklah pulak!
Tuala yang aku campak tadi landing baik punya atas kepala minah salleh yang tengah elok dok menyapu body sun tanning cream ke badannya. 
Err, nak pergi kutip ke atau tak payah eh ? Aku mula berfikir. Ciss, macam mana boleh tersalah campak ni?
Selepas beberapa saat berfikir, aku memutuskan untuk membiarkan saja tuala itu disitu. Dah pandai sangat pergi campak siapa suruh. Padanlah muka aku! Untung minah tu tak bising. Aku terkekek seorang diri.
Fuhh, mental kau ni Thia. Mindaku mula mengutuk diri sendiri.

“Rayyan!” Laungan kuat dari gadis itu sekali lagi berjaya menggamit perhatian aku untuk memerhatikan drama cintanya bersama jejaka idaman.
Kalau tak salah aku, nama heronya, Rayyan.
Okay, tak kisahlah apa pun nama dia. Tak penting untuk aku tahu. Buang masa saja. Typical playboy. That’s exactly what he’s like.
Aku kembali menumpukan perhatian pada mereka berdua.
Seronok juga jadi observer ni.
Selepas beberapa kali mencuba, wanita itu masih juga tidak menerima sebarang respon daripada lelaki yang sedang santai terbaring itu.
Dengan muka yang sudah memerah dan dada yang sudah berombak-ombak menahan marah, gadis tinggi lampai itu menengking, “Okay Rayyan. You taknak bangun, right? Well, I guess this could makes you wake up.
SPLASHHHH!
Air cocktail di atas meja kecil di sisi sun bed di ambilnya dan di curahkan tepat ke muka lelaki yang dikenali sebagai Rayyan itu.
What the… ?!!” Ayat Rayyan terhenti di situ. Dengan lintang-pukang dia bangun dari pembaringan.
What is wrong with you, Vee?” Rayyan menjerkah. Merah padam mukanya. Gadis bersinglet hijau lumut itu mendekatkan wajahnya ke wajah Rayyan yang sudah berdiri rapat dengannya itu.
Oh Vee namanya… Bisik suara mindaku.
Vee and Rayyan? Wow, interesting!
I’m the one who supposed to ask you that, Rayyan. What’s wrong with you? You ignore my texts. You reject my calls. You’re avoiding me!” Tengking Vee dengan badan yang meliuk-lentok seperti manusia tiada tulang belakang!
Fewww… Aku bersiul perlahan.
Drama time! Ini yang paling seronok ni!
Si kasanova memulakan drama dengan mempertahankan maruah serta haknya sebagai seorang lelaki! Siapa saja yang tak marah bila tiba-tiba saja disimbah dengan air cocktail?
Dahlah beralkohol. Melekit pula tu. Confirm tak selesa! Kalau aku sendiri pun sudah tentu aku naik angin. Mahunya aku humban minah tu ke dalam kolam ni.
“You ni kenapa? Bising tahu tak?!! Dok membebel dua puluh empat jam. I rimaslah. Can you just leave me alone?!!”
What?” Vee melopong. Matanya terkebil-kebil. Dia membelakangkan diri selangkah.
Ahaaa, kelakar sangat! Si Rayyan dah mula buat ayat. Suruh si gadis meninggalkan dirinya sementara dia mencari jalan untuk melarikan diri dan cari perempuan lain. Alahai… Very typical, Mr. Rayyan!
Teringatkan hal itu, berdekah-dekah aku ketawa. Serentak dengan itu juga, Vee dan Rayyan kedua-duanya berpaling memandangku yang sedang galak mentertawakan mereka ini.
Terperasan akan panahan mata Vee yang bagai nak membunuh itu, aku segera menekup mulutku.
Gulp!
Why? Tak faham bahasa? Nak I translate dalam bahasa apa lagi? Germany? Spanish? French?”
You are son of a bitch, Rayyan!” Vee mengangkat tangannya untuk menampar Rayyan.
PANGGGG!
Malangnya, tangan Rayyan terlebih dahulu hinggap ke pipinya. “Don’t you dare to say that. The bitch that you meant is my mom. No. She’s not a bitch. The true bitch is you. Not her. Get me?” Sinis dan panas membakar gegendang telinga ayat yang dituturkan Rayyan itu. Rayyan menggenggam jari-jemari. Erat. Menahan diri daripada bertindak diluar kawalan.
Disini dapat aku tafsirkan yang Rayyan ini sangat menghormati ibunya. Maruah ibunya yang hampir dipijak-pijak dipertahankan. Aku kagum!
Tapi kalau sampai tangan naik ke muka tu aku rasa tidak patut sebab mengikut hadith sahih Bukhari dan Muslim yang pernah aku baca dahulu,  Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syarak) hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."
Dan, kenapa bahagian muka diharamkan untuk dipukul mahupun ditampar?
Kerana mengikut Imam Nawawi, muka adalah anggota yang sangat lembut dan di muka atau di wajah itulah terhimpunnya segala kebaikan. Muka juga merupakan anggota yang sangat bernilai kerana di muka itu ada anggota panca indera yang berharga seperti mata, hidung dan mulut. Oleh kerana pukulan seperti tamparan dapat merosakkan anggota penting ini, serta mencacatkan atau menghodohkan seseorang, sebab itulah diharamkan untuk memukul di bahagian muka atau wajah. Sungguhpun dengan niat untuk mengajar. Tambahan lagi, kerosakan akibat pukulan di bahagian muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.
Bayangkan kalau melekat kesan tapak tangan Rayyan di muka Vee tu. Tak ke malu perempuan tu nanti?
Ishh. Tak patut betul Rayyan ni. Ya, aku tahu Vee bersalah sebab bersikap biadap. Tapi untuk menyalahkan satu pihak sahaja tidak adil, bukan?
Memang benar apa yang Rayyan lakukan iaitu mempertahankan maruah dan hak ibunya daripada terusan digelar sesuatu yang kurang sopan. Tetapi tidak perlu diajar dengan cara sebegitu.
Well, what can I say? I’m just an observer.

Vee mengusap-usap pipinya yang merah itu. Ada air mata bergenangan di tubir matanya. Pantas gadis itu berpaling dan meneruskan langkah meninggalkan Rayyan seorang diri dalam keadaan penuh kusut.
Selangkah, dua langkah, tiga langkah… Vee menghampiriku. Dan…
PUSHHHHH!

Aku rasa penglihatanku mulai kabur. Nafasku terasa sesak. Rongga hidung hingga ke saluran kerongkong dipenuhi air. Aku cuba untuk berjalan naik ke permukaan. Tetapi gagal. Kepalaku rasa berdenyut.
Aku cuba meraba-raba belakang kepalaku. Ouchh! Ada benjolan kecil di belakang kepala. Sakit. Sangat sakit. Kesakitan yang akhirnya membuat aku jatuh tidak sedarkan diri.

Miss, are you okay?” Lelaki di depanku ini menepuk-nepuk kedua belah pipiku beberapa kali. Lembut saja tepukannya. Aku rasa mamai. Perlahan-lahan aku membukakan mataku.
Where am I? Am I in heaven? Am I dead?
Kepala yang memberat serta kesejukan yang mencengkam membuatkan aku kembali menutupkan mataku. Namun tidak lama selepas itu, aku kembali merasakan yang sekali lagi pipiku ditepuk. Kali ini tidak selembut tadi.
Aku buka mata.
Ya Allah, bidadara syurga ke ni? Kacaknya!
            “Miss, are you okay? Are you injured? Should I call ambulance?” tanya lelaki dengan baju yang basah kuyup ini. Wajahnya terlalu dekat dengan wajahku sehinggakan aku dapat merasakan hembusan nafasnya yang sedikit deras dan hangat itu. Jantungnya juga berdegup laju. Cemas.
            Soalannya tidak aku jawab. Aku menatap wajah kalut itu. Lama.
I’m stunned!
Miss, please say something. I need to help you. I’m in guilt.” ujarnya. Tiap patah perkataan yang terbit di bibir itu kedengaran sangat mendayu. Aku masih lagi terbaring kaku. Mataku bulat memandang wajah tampannya.
Ehem… Goyah ke, Thia? Suara hatiku mula berbicara.
Aku telan liur. Kelat. Nafas ibarat tersekat di kerongkong. There are butterflies in my tummy.
Lelaki itu meraup wajahnya dengan sebelah tangan. “I’m so sorry. I’m truly sorry.” katanya lagi. Riak wajahnya berubah. Badanku digoncang-goncangkan. Persis cuba menyelamatkan orang lemas daripada terus lemas dan tidak bernafas.
It’s okay… Jawabku dalam hati dengan badan yang masih mengeras kaku tidak bergerak.
Arghh! I’m melting. He is so seductive!
Ya Allah, what have I done?” Dia bertanya pula pada dirinya sendiri. Rambutnya direntap kasar. Urat-urat hijau jelas kelihatan di dahi licinnya itu.
Dahi licin dan luas. He must be a genius!
Please breatheYou seems breatheless! Pleaseeee breathe…” Rayunya dengan wajah yang seperti hendak menangis. Aku mula berasa simpati. Namun apakan daya. Aku benar-benar lesu dan tidak bermaya. Tambahan lagi dengan sikap caring kau tu. Perempuan mana saja yang tidak goyah, wahai Encik Penyelamat?
I can’t breathe if you keep showing how caring you are… You have a beautiful heart…
Miss… Miss… Talk to me, please.” Tangannya melambai-lambai di depan mukaku. Pipiku diusapnya lembut. Saat tapak tangan sejuknya itu menyentuh pipiku. Cepat-cepat aku tersedar daripada terusan dibuai keindahan yang melekakan ini.
Err yes?” kataku separuh berbisik. Air yang masih memenuhi ruangan tekak aku telan. Menyebabkan tekakku terasa sakit.
Ishhh. Penuh chlorine air kolam ni. Bisingku dalam hati.
Are you okay?” soalnya. Menggoda dalam masa yang sama cuba menyelamat.
Hmm.. Yeahh..” Aku membalas lemah.
Oh thank Allah! I thought you’re dead. Cause you’re not moving. You look very static. Even now. Still static.”
What?” soalku polos. Kepala aku tolehkan sedikit memandang ke kiriku. Ada beberapa orang lelaki dan wanita masing-masing menumpukan perhatian kepada kami berdua.
Who are you? What happened?” Aku bertanya dalam nada sayu. Belakang kepalaku berdenyut. Rasa macam baru lepas terhantuk.
“You jatuh dalam kolam. And you terhantuk. Terus rebah dalam kolam. So, I saved you.” jawabnya. Ada senyuman tersungging di bibirnya.
He saved me?! Oh Lord, I’m melting.
What’s your name, gorgeous?”
I’m Natalia. And you are?” Apa pun yang terjadi, penyamaran tetap perlu! Itu prinsip aku. Kecuali keadaan darurat. Tapi kalau macam keadaan aku ni, rasanya belum cukup darurat ni. Hehehe.
I’m Rayyan…”
Rayyan? Woahh. Nama pintu syurga! Patutlah kacak orangnya. Sekacak bidadara. Ya Allah, Tuhan yang memiliki sekian alam. Indahnya ciptaan-Mu.
Teringat akan perihal syurga, otakku kembali memutarkan memori silam mengenai apa yang pernah diceritakan kepadaku oleh mamaku mengenai syurga.
Di syurga itu terdapat 1001 keindahan. Ada bidadara, bidadari dan keindahan yang tidak terluah dengan kata-kata dan tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuni syurga akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Ada lapan pintu kesemuanya.
Di dalam Surah Shaad, ayat 49 dan 50 ada menyebut mengenai perihal pintu-pintu syurga ini. Ianya berbunyi, “Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang berna-benar bertaqwa, disediakan tempat kembali yang baik. Iaitu Syurga dan pintu-pintunya terbuka bagi mereka.”
Pintu syurga yang pertama tertulis kalimah La Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah. Pintu syurga yang pertama ini dikhaskan khusus buat para Rasul dan Nabi, mereka yang mati syahid serta golongan dermawan.
Pintu syurga yang kedua pula adalah bagi mereka yang mengerjakan solatnya dengan sempurna dan sentiasa menjaga wuduknya dengan baik. Dan bagi pintu syurga yang ketiga, ia adalah pintu masuk bagi mereka-mereka yang mengerjakan zakat keatas harta-hartanya. Maka tunaikanlah zakat keatas harta apabila perlu.
Ini peringatan untuk aku juga.
Manakala pintu syurga yang keempat adalah buat mereka yang menyuruh orang lain kearah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Bagi pintu syurga yang kelima pula, ianya bagi mereka yang menahan diri daripada mengikut dan tergoda dengan godaan nafsu syahwatnya sendiri.
Dengan dunia yang semakin dibelenggu oleh godaan maksiat ini, masih ada lagikah yang mampu menahan diri daripada godaah nafsu syahwatnya sendiri? Aku bertanya sendiri.
Seterusnya ialah pintu syurga yang keenam dan ketujuh. Ianya adalah bagi orang-orang yang mengerjakan haji dan umrah, serta berjuang jihad di jalan Allah S.W.T. Dan yang terakhir iaitu pintu syurga yang kelapan, adalah bagi orang-orang yang mengawal dirinya daripada melakukan sebarang perkara yang haram di sisi agama Islam, mengerjakan kebaikan, berbuat baik kepada kedua orang tuanya serta mengeratkan tali silaturahim sesama manusia.
Di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang bahawasanya, dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak di antara Makkah dan Basrah.
Lihatlah betapa luasnya jarak pintu-pintu syurga itu, bukan?
Subhanallah indahnya syurga!
Itu tidak lagi termasuk dengan kewujudan bidadara-bidadara dan bidadari-bidadari syurga yang mengikut cerita para Ulama’ rupa paras mereka sangat sempurna. Jika tidak, bagaimana pasangan suami isteri yang sudah berkahwin di syurga masing-masing boleh tergoda dengan ketampanan dan kecantikan bidadara dan bidadari syurga ini sehingga ada yang sanggup meninggalkan isteri atau suami masing-masing demi mahu mendekati bidadara dan bidadari syurga.
 “Sifat syurga yang telah dijadikan buat orang yang bertaqwa adalah seperti yang berikut : Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orangnya meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga (yang sedemikian keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur.”
Disini jelas menceritakan betapa sempurnanya syurga itu. Jika di dunia ini, arak yang diminum oleh mereka-mereka yang menggemarinya memabukkan dan membawa kemudaratan. Tetapi tidak pula bagi arak yang tersedia enak rasanya di syurga Allah S.W.T itu.

            Persoalannya. Layakkah aku untuk ke Jannah-Mu, Ya Allah?

7 comments:

  1. assalamualaikum kak dreaaa....bestttttt tapi mcm ada yg hilang lah...tapi syatt tak tahu lah apa dia....cer akak tanya yg pro dlm novel...sorry ya kak...anyway and by the way the line story was awesome and besttt..keep it up and don't give up okay...do the main and important firstly then do this novelll...i'm still waiting the continues this story...kihkihkih XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Syat :) Thankyou for your support and willingness in reading my novel. Hihi. Ya, akak rasa akak dah tahu apa yang hilang :) Haha. Dalam bab ni takda JIWA. Lol. Lost the inner characters' soul. Haihh. Need to trigger that back. By the way, thanks :)

      Delete
    2. u're welcome....if sis update any story ...roger and out k...hehehehe...

      Delete
  2. Wwaahhh...best2...!tpi mcm x puas la plk sbb pndek....*mgada je tiera ni kan..hihi..nk lg boleyh?? Nnt bila kak drea dh update bab 7 gtaw eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek ?? Ya Allah, akak rasa macam dah panjang dah Tiera. Hihi. It's okay ;) InsyaAllah. I'll inform bila dah update Bab 7 :) Dah siap cuma belum publish. Hihi

      Delete
  3. nak lagi..best ar novel ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih sebab sudi baca :) Nanti saya update bab seterusnya jika tidak ada apa-apa curfew ;)

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰