Assalamualaikum and Good night everyone :)
Sorry for the lateness. I'm having a very busy and rough week. Fuhh...
So, this is the next chapter for Le' Charmer.
Not fully complete. Still not satisfy. Rasa macam ada something missing dalam bab ni. Tapi taktahu apa benda.
Kalau anda tahu, silalah bagitahu saya. Jangan risau. Saya tak marah ;)
Hehehe.
Enjoy reading!
Oh my Lord! Where am I?
Aku
ternganga. Rasa macam berada di syurga! Syurga yang penuh dengan bidadara
kacak, tinggi lampai dan sempurna fizikalnya.
Hmm… Syurga?
Ya, syurga
duniawi.
Syurga
duniawi yang merupakan neraka di akhirat nanti. Syurga duniawi yang penuh
dengan maksiat. Syurga duniawi yang melalaikan dan menyesatkan umat manusia.
Nauzubillahiminzalik…
Kawasan kolam
renang di penuhi oleh jejaka-jejaka tampan berbadan ketak-ketak. Ada yang
berbangsa Melayu. Ada juga yang berbangsa asing.
Interesting. Tak rugi aku berjalan keluar ke pool area. Dapat juga
cuci mata. Tak sangka pula macam ni keadaan di pool area waktu hari Ahad
sebegini. Maklumlah, aku kan sudah lama tidak ke sini. Banyak juga yang dah
berubah.
Mataku
melilau memerhatikan sekeliling.
Hot stuffs!
“Natalia, I
pergi masuk gym area balik ya. I need to workout.” pamit Keith dengan
tiba-tiba dari arah belakangku. Dengan tindakan reflek, aku segera berpaling.
Aku senyum seraya mengangguk kepadanya. Aku bagaikan tidak sedar yang sedari
tadi lagi Keith mengekoriku.
Haihh. Macam
mana boleh terlupa ni? Bebelku pada diri sendiri.
Mataku
menghantar susuk tubuh athletic Keith
yang semakin menghilang di sebalik celahan-celahan manusia yang bersepahan di
serata pool area.
Kaki kananku
memulakan langkah berjalan ke arah birai kolam renang. Saat kaki ingin
menyentuh permukaan air kolam. Telingaku tertancap pada jeritan nyaring yang berbunyi
lantang di sebelah kiriku. Sepantas kilat aku menoleh.
Kelihatan seorang
gadis persis model sedang bercekak pinggang sambil merenung tajam ke arah
seorang jejaka yang sedang elok terbaring di atas sun bed. Tangannya melapik kepalanya sendiri.
“Rayyan! I’m talking to you. You jangan nak buat
pura-pura tidur eh. I know you can hear
me. Come on Rayyan. Get up!” Gadis itu meninggikan suara serak basahnya.
Nampak benar marahnya tu. Aku menjadi pemerhati. Begitu juga dengan mereka yang
lain. Dah macam tengok drama teater saja lagaknya. Tuala berwarna pink di tangan aku campakkan ke tepi.
Bedebuk!
Alamak
tersalah campaklah pulak!
Tuala yang
aku campak tadi landing baik punya
atas kepala minah salleh yang tengah
elok dok menyapu body sun tanning cream ke badannya.
Err, nak
pergi kutip ke atau tak payah eh ? Aku mula berfikir. Ciss, macam mana boleh
tersalah campak ni?
Selepas
beberapa saat berfikir, aku memutuskan untuk membiarkan saja tuala itu disitu.
Dah pandai sangat pergi campak siapa suruh. Padanlah muka aku! Untung minah tu tak bising. Aku terkekek
seorang diri.
Fuhh, mental kau ni Thia. Mindaku mula
mengutuk diri sendiri.
“Rayyan!”
Laungan kuat dari gadis itu sekali lagi berjaya menggamit perhatian aku untuk
memerhatikan drama cintanya bersama jejaka idaman.
Kalau tak
salah aku, nama heronya, Rayyan.
Okay, tak
kisahlah apa pun nama dia. Tak penting untuk aku tahu. Buang masa saja. Typical playboy. That’s exactly what he’s
like.
Aku kembali
menumpukan perhatian pada mereka berdua.
Seronok juga
jadi observer ni.
Selepas
beberapa kali mencuba, wanita itu masih juga tidak menerima sebarang respon
daripada lelaki yang sedang santai terbaring itu.
Dengan muka
yang sudah memerah dan dada yang sudah berombak-ombak menahan marah, gadis tinggi
lampai itu menengking, “Okay Rayyan.
You taknak bangun, right? Well, I guess this could makes you wake up.”
SPLASHHHH!
Air cocktail di atas meja kecil di sisi sun bed di ambilnya dan di curahkan tepat
ke muka lelaki yang dikenali sebagai Rayyan itu.
“What the… ?!!” Ayat Rayyan terhenti di
situ. Dengan lintang-pukang dia bangun dari pembaringan.
“What is wrong with you, Vee?” Rayyan
menjerkah. Merah padam mukanya. Gadis bersinglet
hijau lumut itu mendekatkan wajahnya ke wajah Rayyan yang sudah berdiri rapat
dengannya itu.
Oh Vee
namanya… Bisik suara mindaku.
Vee and Rayyan? Wow, interesting!
“I’m the one who supposed to ask you that,
Rayyan. What’s wrong with you? You ignore my texts. You reject my calls.
You’re avoiding me!” Tengking Vee dengan badan yang meliuk-lentok seperti
manusia tiada tulang belakang!
Fewww… Aku
bersiul perlahan.
Drama time! Ini yang paling seronok ni!
Si kasanova memulakan
drama dengan mempertahankan maruah serta haknya sebagai seorang lelaki! Siapa
saja yang tak marah bila tiba-tiba saja disimbah dengan air cocktail?
Dahlah
beralkohol. Melekit pula tu. Confirm
tak selesa! Kalau aku sendiri pun sudah tentu aku naik angin. Mahunya aku
humban minah tu ke dalam kolam ni.
“You ni
kenapa? Bising tahu tak?!! Dok
membebel dua puluh empat jam. I rimaslah. Can
you just leave me alone?!!”
“What?” Vee melopong. Matanya
terkebil-kebil. Dia membelakangkan diri selangkah.
Ahaaa,
kelakar sangat! Si Rayyan dah mula buat ayat. Suruh si gadis meninggalkan
dirinya sementara dia mencari jalan untuk melarikan diri dan cari perempuan
lain. Alahai… Very typical, Mr. Rayyan!
Teringatkan
hal itu, berdekah-dekah aku ketawa. Serentak dengan itu juga, Vee dan Rayyan
kedua-duanya berpaling memandangku yang sedang galak mentertawakan mereka ini.
Terperasan
akan panahan mata Vee yang bagai nak membunuh itu, aku segera menekup mulutku.
Gulp!
“Why? Tak faham bahasa? Nak I translate dalam bahasa apa lagi? Germany? Spanish? French?”
“You are son of a bitch, Rayyan!” Vee
mengangkat tangannya untuk menampar Rayyan.
PANGGGG!
Malangnya,
tangan Rayyan terlebih dahulu hinggap ke pipinya. “Don’t you dare to say that. The bitch that you meant is my mom. No.
She’s not a bitch. The true bitch is you. Not her. Get me?” Sinis dan panas
membakar gegendang telinga ayat yang dituturkan Rayyan itu. Rayyan menggenggam
jari-jemari. Erat. Menahan diri daripada bertindak diluar kawalan.
Disini dapat
aku tafsirkan yang Rayyan ini sangat menghormati ibunya. Maruah ibunya yang
hampir dipijak-pijak dipertahankan. Aku kagum!
Tapi kalau
sampai tangan naik ke muka tu aku rasa tidak patut sebab mengikut hadith sahih
Bukhari dan Muslim yang pernah aku baca dahulu, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila seseorang
daripada kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syarak)
hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."
Dan, kenapa bahagian
muka diharamkan untuk dipukul mahupun ditampar?
Kerana
mengikut Imam Nawawi, muka adalah anggota yang sangat lembut dan di muka atau di
wajah itulah terhimpunnya segala kebaikan. Muka juga merupakan anggota yang
sangat bernilai kerana di muka itu ada anggota panca indera yang berharga
seperti mata, hidung dan mulut. Oleh kerana pukulan seperti tamparan dapat
merosakkan anggota penting ini, serta mencacatkan atau menghodohkan seseorang,
sebab itulah diharamkan untuk memukul di bahagian muka atau wajah. Sungguhpun
dengan niat untuk mengajar. Tambahan lagi, kerosakan akibat pukulan di bahagian
muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.
Bayangkan
kalau melekat kesan tapak tangan Rayyan di muka Vee tu. Tak ke malu perempuan
tu nanti?
Ishh. Tak patut
betul Rayyan ni. Ya, aku tahu Vee bersalah sebab bersikap biadap. Tapi untuk
menyalahkan satu pihak sahaja tidak adil, bukan?
Memang benar
apa yang Rayyan lakukan iaitu mempertahankan maruah dan hak ibunya daripada
terusan digelar sesuatu yang kurang sopan. Tetapi tidak perlu diajar dengan
cara sebegitu.
Well, what can I say? I’m just an
observer.
Vee
mengusap-usap pipinya yang merah itu. Ada air mata bergenangan di tubir matanya.
Pantas gadis itu berpaling dan meneruskan langkah meninggalkan Rayyan seorang
diri dalam keadaan penuh kusut.
Selangkah,
dua langkah, tiga langkah… Vee menghampiriku. Dan…
PUSHHHHH!
Aku rasa
penglihatanku mulai kabur. Nafasku terasa sesak. Rongga hidung hingga ke saluran
kerongkong dipenuhi air. Aku cuba untuk berjalan naik ke permukaan. Tetapi
gagal. Kepalaku rasa berdenyut.
Aku cuba
meraba-raba belakang kepalaku. Ouchh! Ada benjolan kecil di belakang kepala.
Sakit. Sangat sakit. Kesakitan yang akhirnya membuat aku jatuh tidak sedarkan
diri.
“Miss, are you okay?” Lelaki di depanku
ini menepuk-nepuk kedua belah pipiku beberapa kali. Lembut saja tepukannya. Aku
rasa mamai. Perlahan-lahan aku membukakan mataku.
Where am I? Am I in heaven? Am I dead?
Kepala yang
memberat serta kesejukan yang mencengkam membuatkan aku kembali menutupkan
mataku. Namun tidak lama selepas itu, aku kembali merasakan yang sekali lagi
pipiku ditepuk. Kali ini tidak selembut tadi.
Aku buka
mata.
Ya Allah,
bidadara syurga ke ni? Kacaknya!
“Miss, are you okay? Are you injured? Should I call ambulance?” tanya lelaki dengan baju yang basah kuyup ini. Wajahnya terlalu
dekat dengan wajahku sehinggakan aku dapat merasakan hembusan nafasnya yang
sedikit deras dan hangat itu. Jantungnya juga berdegup laju. Cemas.
Soalannya
tidak aku jawab. Aku menatap wajah kalut itu. Lama.
I’m stunned!
“Miss, please
say something. I need to help you. I’m in guilt.” ujarnya. Tiap patah perkataan
yang terbit di bibir itu kedengaran sangat mendayu. Aku masih lagi terbaring
kaku. Mataku bulat memandang wajah tampannya.
Ehem… Goyah
ke, Thia? Suara hatiku mula berbicara.
Aku telan
liur. Kelat. Nafas ibarat tersekat di kerongkong. There are butterflies in my tummy.
Lelaki itu
meraup wajahnya dengan sebelah tangan. “I’m
so sorry. I’m truly sorry.” katanya lagi. Riak wajahnya berubah. Badanku
digoncang-goncangkan. Persis cuba menyelamatkan orang lemas daripada terus
lemas dan tidak bernafas.
It’s okay… Jawabku dalam hati dengan badan yang masih mengeras kaku
tidak bergerak.
Arghh! I’m melting. He is so
seductive!
“Ya Allah, what have I done?” Dia
bertanya pula pada dirinya sendiri. Rambutnya direntap kasar. Urat-urat hijau
jelas kelihatan di dahi licinnya itu.
Dahi licin
dan luas. He must be a genius!
“Please breathe…You seems breatheless! Pleaseeee
breathe…” Rayunya dengan wajah yang seperti hendak menangis. Aku mula
berasa simpati. Namun apakan daya. Aku benar-benar lesu dan tidak bermaya.
Tambahan lagi dengan sikap caring kau
tu. Perempuan mana saja yang tidak goyah, wahai Encik Penyelamat?
I can’t breathe if you keep showing how caring you
are… You have a beautiful heart…
“Miss… Miss… Talk to me, please.” Tangannya
melambai-lambai di depan mukaku. Pipiku diusapnya lembut. Saat tapak tangan
sejuknya itu menyentuh pipiku. Cepat-cepat aku tersedar daripada terusan dibuai
keindahan yang melekakan ini.
“Err yes?” kataku separuh berbisik. Air
yang masih memenuhi ruangan tekak aku telan. Menyebabkan tekakku terasa sakit.
Ishhh. Penuh chlorine air kolam ni. Bisingku dalam
hati.
“Are you okay?” soalnya. Menggoda dalam
masa yang sama cuba menyelamat.
“Hmm.. Yeahh..” Aku membalas lemah.
“Oh thank Allah! I thought you’re dead. Cause you’re not moving. You look very static.
Even now. Still static.”
“What?” soalku polos. Kepala aku tolehkan
sedikit memandang ke kiriku. Ada beberapa orang lelaki dan wanita masing-masing
menumpukan perhatian kepada kami berdua.
“Who are you?
What happened?” Aku bertanya dalam nada sayu. Belakang kepalaku berdenyut. Rasa
macam baru lepas terhantuk.
“You jatuh
dalam kolam. And you terhantuk. Terus rebah dalam kolam. So, I saved you.” jawabnya. Ada senyuman tersungging di bibirnya.
He saved me?! Oh Lord, I’m
melting.
“What’s your
name, gorgeous?”
“I’m Natalia. And you are?” Apa pun yang
terjadi, penyamaran tetap perlu! Itu prinsip aku. Kecuali keadaan darurat. Tapi
kalau macam keadaan aku ni, rasanya belum cukup darurat ni. Hehehe.
“I’m Rayyan…”
Rayyan?
Woahh. Nama pintu syurga! Patutlah kacak orangnya. Sekacak bidadara. Ya Allah,
Tuhan yang memiliki sekian alam. Indahnya ciptaan-Mu.
Teringat akan
perihal syurga, otakku kembali memutarkan memori silam mengenai apa yang pernah
diceritakan kepadaku oleh mamaku mengenai syurga.
Di syurga itu
terdapat 1001 keindahan. Ada bidadara, bidadari dan keindahan yang tidak
terluah dengan kata-kata dan tidak mampu dibayangkan oleh akal manusia. Sebelum
masuk ke syurga, penghuni-penghuni syurga akan melalui pintu-pintu syurga
terlebih dahulu. Ada lapan pintu kesemuanya.
Di dalam
Surah Shaad, ayat 49 dan 50 ada menyebut mengenai perihal pintu-pintu syurga
ini. Ianya berbunyi, “Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi
orang-orang yang berna-benar bertaqwa, disediakan tempat kembali yang baik.
Iaitu Syurga dan pintu-pintunya terbuka bagi mereka.”
Pintu syurga
yang pertama tertulis kalimah La Ilaaha
Illallah, Muhammadur Rasulullah. Pintu syurga yang pertama ini dikhaskan
khusus buat para Rasul dan Nabi, mereka yang mati syahid serta golongan
dermawan.
Pintu syurga
yang kedua pula adalah bagi mereka yang mengerjakan solatnya dengan sempurna
dan sentiasa menjaga wuduknya dengan baik. Dan bagi pintu syurga yang ketiga,
ia adalah pintu masuk bagi mereka-mereka yang mengerjakan zakat keatas
harta-hartanya. Maka tunaikanlah zakat keatas harta apabila perlu.
Ini
peringatan untuk aku juga.
Manakala
pintu syurga yang keempat adalah buat mereka yang menyuruh orang lain kearah
kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Bagi pintu syurga yang kelima pula,
ianya bagi mereka yang menahan diri daripada mengikut dan tergoda dengan godaan
nafsu syahwatnya sendiri.
Dengan dunia
yang semakin dibelenggu oleh godaan maksiat ini, masih ada lagikah yang mampu
menahan diri daripada godaah nafsu syahwatnya sendiri? Aku bertanya sendiri.
Seterusnya
ialah pintu syurga yang keenam dan ketujuh. Ianya adalah bagi orang-orang yang
mengerjakan haji dan umrah, serta berjuang jihad di jalan Allah S.W.T. Dan yang
terakhir iaitu pintu syurga yang kelapan, adalah bagi orang-orang yang mengawal
dirinya daripada melakukan sebarang perkara yang haram di sisi agama Islam,
mengerjakan kebaikan, berbuat baik kepada kedua orang tuanya serta mengeratkan
tali silaturahim sesama manusia.
Di dalam
hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang
bahawasanya, dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak di antara Makkah dan
Basrah.
Lihatlah
betapa luasnya jarak pintu-pintu syurga itu, bukan?
Subhanallah indahnya syurga!
Itu tidak
lagi termasuk dengan kewujudan bidadara-bidadara dan bidadari-bidadari syurga
yang mengikut cerita para Ulama’ rupa paras mereka sangat sempurna. Jika tidak,
bagaimana pasangan suami isteri yang sudah berkahwin di syurga masing-masing
boleh tergoda dengan ketampanan dan kecantikan bidadara dan bidadari syurga ini
sehingga ada yang sanggup meninggalkan isteri atau suami masing-masing demi
mahu mendekati bidadara dan bidadari syurga.
“Sifat syurga yang telah dijadikan buat orang
yang bertaqwa adalah seperti yang berikut : Ada padanya beberapa sungai dari air
yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak
berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orangnya
meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang bersih. Dan ada pula untuk
mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di
dalam syurga (yang sedemikian keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal
kekal di dalam neraka dan diberi minum air yang menggeledak sehingga menjadikan
isi perut mereka hancur.”
Disini jelas
menceritakan betapa sempurnanya syurga itu. Jika di dunia ini, arak yang
diminum oleh mereka-mereka yang menggemarinya memabukkan dan membawa kemudaratan. Tetapi tidak pula bagi arak yang tersedia enak rasanya di syurga Allah S.W.T itu.
Persoalannya.
Layakkah aku untuk ke Jannah-Mu, Ya Allah?
assalamualaikum kak dreaaa....bestttttt tapi mcm ada yg hilang lah...tapi syatt tak tahu lah apa dia....cer akak tanya yg pro dlm novel...sorry ya kak...anyway and by the way the line story was awesome and besttt..keep it up and don't give up okay...do the main and important firstly then do this novelll...i'm still waiting the continues this story...kihkihkih XD
ReplyDeleteWaalaikumussalam Syat :) Thankyou for your support and willingness in reading my novel. Hihi. Ya, akak rasa akak dah tahu apa yang hilang :) Haha. Dalam bab ni takda JIWA. Lol. Lost the inner characters' soul. Haihh. Need to trigger that back. By the way, thanks :)
Deleteu're welcome....if sis update any story ...roger and out k...hehehehe...
DeleteWwaahhh...best2...!tpi mcm x puas la plk sbb pndek....*mgada je tiera ni kan..hihi..nk lg boleyh?? Nnt bila kak drea dh update bab 7 gtaw eh..
ReplyDeletePendek ?? Ya Allah, akak rasa macam dah panjang dah Tiera. Hihi. It's okay ;) InsyaAllah. I'll inform bila dah update Bab 7 :) Dah siap cuma belum publish. Hihi
Deletenak lagi..best ar novel ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih sebab sudi baca :) Nanti saya update bab seterusnya jika tidak ada apa-apa curfew ;)
Delete