Thursday, 19 February 2015

Bab 9 : Le' Charmer

Assalamualaikum and good night everyone :)
Enjoy. Sorry for the late posting. Saya sangat busy :(

Until we meet again. Soon. With more chapters to post.

Attention everyone!!” Laung Tan Sri Ridhwan. Lantang. Pantas menggamit perhatian para pekerjanya. Mereka yang sedang sibuk melakukan tugasan masing-masing segera memberhentikan kerja. Semua mata tertancap pada kami berdua.
Dari jauh, aku senyum. Mereka memandang aku dengan kerutan seribu. Ada yang berbisik sesama sendiri. Ada yang tersengih mesra. Macam-macam ragam dan reaksi.
Tan Sri Ridhwan mengajak aku untuk berganjak beberapa tapak ke hadapan. Aku menurut.
Let me introduces you to our new Managing Director, Miss Lathia Emilia.” Tan Sri memperkenalkan aku kepada semua stafnya. Aku senyum lagi. Saat nama aku dilaung bangga, ada satu perasaan aneh meresap ke dalam jiwa. Darah merah juga serta-merta meresap ke pipi. Membahang satu muka. Terbit juga perasaan malu dan segan. Tapi itu tidak akan pernah dapat menggoyahkan keyakinan aku. Inilah masanya untuk aku buktikan aku mampu melakukan apa sahaja.
When you believe it, you can achieve it.
Tan Sri Ridhwan dengan lembut menolak pinggang aku. Mendorong aku untuk bergerak setapak lagi ke hadapan. Begitu hampir dengan yang lain. Serentak dengan itu, satu tepukan gemuruh diberikan khas buat aku. Aku membalas tepukan mereka dengan melemparkan senyuman semanis mungkin.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Rezeki Tuhan beri jangan ditolak. Hargai sebaik mungkin.
Dalam hati aku berdoa supaya kesemua mereka dihadapan aku dan di RAFS Group ini dapat menerima aku dengan sebaiknya. Sebagaimana aku dapat menerima mereka. Aku juga sedar bahawa kehadiran aku di syarikat ini menjadi tanda tanya dan pastinya akan menjadi bualan orang.
Apatah lagi dengan status aku sebagai seorang yang baru tapi sudah dapat memegang jawatan tinggi di dalam syarikat. Tentu saja ada tanggapan negatif yang akan timbul. Kalau hendak difikirkan, siapa saja yang tidak akan berfikiran negatif?
Allahualam…
Tapi selepas melihat ekspresi muka setiap seorang daripada staf di sini, aku percaya, dengan izin Tuhan mereka akan dapat menerima kehadiran aku dengan baik dan positif. Aku yakin!
Alhamdulillah…
Melainkan ada diantara mereka yang tahu dan sedar mengenai status sosial aku!
Gulp!

            “Okay Thia, itu kawasan pantri. Yang dekat hujung itu pula kawasan Gents and Ladies. Manakala yang bersebelahan dengan pantri itu kawasan kerja-kerja printing dan photocopy dijalankan. Yang selebihnya, kalau awak ingin tahu awak boleh tanya staf-staf disini.” Jelas Tan Sri Ridhwan di sebelahku. Aku mengangguk faham bersama ekspresi muka yang ketara menunjukkan betapa kagumnya aku dapat berdiri disini. Senyuman senget tersungging dibibir. Tan Sri Ridhwan yang segak berdiri disamping aku ini turut sama tersenyum. Dengan tangan yang sengaja dimasukkan ke dalam poket seluar slack, bersama kot yang tersarung kemas di badan membuatkan dia nampak sangat menggoda.
He is old but amazing. Sorry Mister Emerson, this man’s obviously can beat you up!
Aku ketawa nakal dalam hati.
           
Sedang aku sibuk mengamati dan mengenalpasti setiap sudut dan bilik yang terdapat di ruangan kerja tingkat 20 ini, datang pula seorang wanita cina berumur awal 40-an menghampiri. Aku memandang tidak beriak.
            “Hi, Miss Thia. I’m Cathy.” Kata wanita cina di depanku ini. Lembut suaranya memperkenalkan diri. Sekali tengok dah macam baba nyonya Melaka. Tangan dihulurkan untuk bersalaman.
Aku menyambut hulurannya itu. “Oh hey… Lathia Emilia. Nice to know you, Cathy.” Balasku ramah dan teruja. Cathy yang manis berpakaian cheongsam ini juga turut teruja sama denganku.
Melihat aku dan Cathy beramah mesra, staf-staf yang lain mula menampilkan diri untuk bersalaman dan berkenalan. Tan Sri Ridhwan awal-awal lagi sudah meminta diri. Ada panggilan yang harus dibuat katanya.
“Selamat pagi, Cik Thia. Saya Aiman. 25 tahun dan masih solo.” Kata si jejaka berkulit hitam manis berkaca mata di depan. Bahu Cathy dirangkulnya rapat. Cathy cuba untuk menolak tetapi tidak berjaya. Aiman senyum nakal.
Aku tergelak lucu melihat gelagat Aiman. Suka menyakat. Kesian Cathy yang sudah agak berumur itu kerana perlu melayan kerenahnya. 
“Pagi Aiman. Haha. Saya rasa tak perlu kot awak sebut pasal umur dan status awak tu. Hahaha.” Jelas aku dengan mata sebelah kanan sengaja aku kenyitkan. Aiman ternganga. Kedua-dua tapak tangannya ditekupkan ke dada.
Rasa dupdapdupdap lettew Aiman tu. Siapa tak kenal penangan menggoda Lathia Emilia?
“Cik Thia tinggal dekat mana? Dah kahwin ke? Dah ada anak? Cik Thia, nak tak keluar makan malam dengan saya?” Bertalu-talu soalan yang ditanya. Terbuntang mata aku mendengarnya.
Aku cuba buka mulut untuk menjawab, namun sebelum sempat aku melakukan sedemikian, ada satu suara nyaring dan lantang mencelah.
Hello Aiman! A managing director doesn’t date an assistant, okay?” Sinis betul ayat itu. Berdesing telinga aku. Mereka yang mendengar hanya mampu telan liur. Menyinga juga rasa hati aku ini. Mulut siapa yang tiada lesen tu? Kesian pula aku lihat si Aiman yang sudah terkulat-kulat malu ini.
Anyway, excuse me?” Dari celah-celah mereka yang berdiri mengkerumuni aku, ada seorang gadis genit berjalan membelah laluan. Mereka semua berganjak ketepi. Membiarkan dia lalu menghampiri aku.
Hi. I’m Lolita.” Dia memperkenalkan diri. Kepalanya mendongak. Aku menunduk sedikit memandangnya. Mataku tepat memanah anak matanya. Lolita menghulurkan tangan untuk bersalam. Huluran itu aku sambut separuh hati. Kemudian baru aku sedar sesuatu, gadis genit ini sedang hamil! Perutnya memboyot ke depan.
Dari cara dia merenung mata aku, ada sesuatu yang terselindung dibalik mata gadis genit ini. Pandangannya tajam. Seperti cuba menyampaikan sesuatu. Tetapi tidak berjaya.
“Erm, Cik Thia.” Aiman memanggil. Menyedarkan aku. Aku mengangkat wajah mencari suara itu.
“Ya Aiman?”
“Saya pergi sambung kerja dululah. Maaflah tadi saya terbuat lawak bodoh. Saya bukan sengaja. Saja nak bergurau. Lagi pula Cik Thiakan orang baru. Saya tak naklah Cik Thia tertekan bekerja dengan kami. Anyway, it’s good to have you here. You’re very different compares to what we have before.” Luah Aiman dengan sayu. Nada suaranya lemah dan mengendur. Cathy disebelahnya memandang Aiman dengan penuh simpati. Lengan Aiman di usapnya. Lagak seorang wanita yang penuh dengan naluri keibuan.
Aiman, it’s okay.” Aku senyum. Kemudian Aiman berpaling meninggalkan kami. Mereka yang lain turut sama bergerak kembali ke meja masing-masing.
There is something strange about this so-called Lolita. I have to find out!
Apa pun aku memang tak boleh terima ayat langsi dia tadi. Main mencelah tak tentu pasal. Tak padan dengan hamil. Tak tahukah dia bahawa orang yang bersikap biadap ketika hamil selalunya akan mengalami kesukaran sewaktu ingin melahirkan nanti?

Sementara aku menunggu Tan Sri Ridhwan kembali, aku mengambil peluang yang ada untuk melawat tempat-tempat yang ditunjukkan Tan Sri Ridhwan tadi. Dari bilik pantri, aku berjalan perlahan ke bilik photocopy and printing.
Thia, are you alright?” Cuitan di bahu bersama bisikan lembut ditelinga menyentakkan aku. Aku dongak kepala sedikit.
“Eh Tan Sri, maaf. Saya okay. Cuma belajar nak suaikan diri.” Jelas aku. Tan Sri Ridhwan sengih tayang gigi mendengar penjelasan aku.
“Tak apa. Take your time, okay?” Aku angguk kepala. Segan. Lembut tutur bicara dan sopan Tan Sri Ridhwan ini. Membuatkan aku rasa seperti sudah lama mengenali lelaki ini. Padahal baru pertama kali bersua muka.
Strange

Thia, are you free today?” Soal Tan Sri Ridhwan saat kami berdua-duaan di dalam lif.
Yes, I am. Kenapa Tan Sri? Ada apa-apa kerja ke yang saya nak kena buat?” Aku bertanya polos.
Tan Sri Ridhwan tersenyum lucu. Aku jadi pelik. Bibir aku ketap kemas.
Did I say something wrong?” Soalku.
Tan Sri Ridhwan geleng kepala. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
Would you like to have a lunch date with me, today?” Aku rasa bagai nak pengsan mendengar ajakan tanpa segan silu dari pemilik syarikat yang sedang merenung aku seperti hendak makan ini.
Err…” Aku kelu lidah.
Ermm… I-I-I…” Belum sempat aku memberi kata putus. Tiba-tiba pintu lif terbuka. Terjengul wajah seorang gadis di hadapan kami. Pantas aku dan Tan Sri Ridhwan keluar dari perut lif. Baju yang tidak berkedut ini aku betul-betulkan. Tan Sri Ridhwan pula membetulkan tali lehernya.il
Gadis melayu muda berbaju kurung songket ungu dengan rambut disanggul kemas di depan kami ini memandang aku dan Tan Sri Ridhwan silih berganti. Aku garu kepala. Tan Sri Ridhwan tayang muka selamba. Gadis itu telan liur. Gulp!
 “Err. What a pleasant surprise! Saya tak sangka pula Tan Sri dah sampai. Saya baru nak jemput Tan Sri dengan Miss Thia dekat bawah tadi.” Gadis bersongket ungu memecahkan kesunyian.
It’s okay. I think I better leave. Kamu berdua bolehlah berkenalan dulu.” Tan Sri Ridhwan meminta diri. Dia berpaling untuk menuju ke lif. Sebelum itu sempat dia menghadiahkan renungan tajam kepadaku. Aku telan liur. Jantung berdegup kencang.
Wow. This man's really is something... Hypnotic...

Hi Miss Thia. I’m Suzanna. Your PA. Lisa told me that you are here. But I have something to prepare just now. Sorry.” Suzanna meminta maaf .
Nahh.. It's okay. Awak mesti banyak kerja, kan? Saya faham.”
Thank you. Anyway, I’m looking forward to work with you.” Kami bersalaman. Sama-sama berbalas senyuman. Mesra tetapi tetap menjaga batas profesionalisma.
Pleasure to work with you, Miss Thia.” Ucap Suzanna.
You should be. Well, let's kick off. Shall we?” Ajakku dengan bersemangat. Suzanna jongket bahu. Kemudian kami berjalan beriringan menuju ke satu ruangan yang agak tersorok.
Hmm... Where are we heading actually?


“Suzanna…” Aku memanggil Suzanna yang sibuk mencatat sesuatu di dalam planner. Suzanna segera mengangkat wajahnya, planner ditutup dan dia menoleh ke arah aku.
Suzanna, do you know Lolita?” Soalku tanpa berbasa-basi. Langkah kaki yang laju tadi aku perlahankan sedikit. Suzanna ikutan sama memperlahankan langkahnya. Sampai di satu selekoh, Suzanna berhenti. Aku pun berhenti sama. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari celahan planner tadi.
Sekeping kad akses bersalut platinum dileretkan pada autolock.
Come in…” Pelawa Suzanna. Aku ikut.
Saat kaki kami melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat yang luas dan kosong di tingkat 29 ini, dengan tiba-tiba Suzanna bertanya, “The 10th floor’s Lolita?”
Aku jongket bahu. Perjalanan diteruskan lagi.

Secara terperincinya dapat aku ulaskan yang suasana di tingkat 29 ini sangat kosong dan sunyi. Ruangan penuh privasi dan terselindung jauh dari dunia luar.
Menggunakan tema hitam putih dan diserikan pula dengan perhiasan pasu dan ukiran kayu abstrak berkonsepkan kontemporari, itu sememangnya menambahkan lagi seri hiasan dalaman ruangan ini.
Simple… Elegance… Rich… Perfect!
Penggunaan perabot dalam kadar yang sangat minima menunjukkan betapa pereka ruangan ini sangat bijak bermain dengan ruang dan mempunyai citarasa yang unik. Lukisan-lukisan mahal karya pelukis terkenal turut menghiasi dinding yang kosong dan lebar.
Mataku tiba-tiba tertancap pada sebuah lukisan besar di belakang tabir meja kerjaku.  . Menggunakan teknik sketching, lukisan itu tampak hidup walaupun dilukis dengan hanya menggunakan arang.
            Am I in a heaven?
            Tak terasa seperti berada di sebuah pejabat langsung!
Di sudut kirinya pula terdapat satu set sofa berwarna putih berbentuk separa bulat. Di hadapan sofa itu ada sebuah meja kecil dan diatasnya tersusun beberapa naskah majalah Vogue dan Malaysian Tattler. Manakala di sudut kanan pula diletakkan sebuah meja kerja yang panjang dan lebar. Diatasnya meja kerja berwarna hitam itu ada satu set komputer berteknologi tinggi Apple.
Itu mesti meja kerja Suzanna. Aku meneka sendiri.
Are you ready?” Tanya Suzanna dengan muka penuh teruja. Dia menggosok-gosok kedua-dua belah telapak tangannya. Excited! Aku jadi gemuruh dengan tiba-tiba. Nafas aku tarik dalam. Hati melafazkan kalimah Bismillahirahmanirrahim.
Close your eyes.” Aku pejam mata.
Miss Thia, this is your room.” Pintu sliding door yang diperbuat daripada kayu dan berpegang stainless steel di depanku ini ditolaknya kuat dari arah luar. Aku tercengang. Liur terasa kelat dengan tiba-tiba.
Tak tahu bagaiman hendak aku gambarkan perasaan aku ketika ini. Pintu besar berwarna hitam dengan pembuka pintu yang memanjang kebawah itu kelihatan sangat menyeramkan.

Staring from today, this is going to be your office. So this is your room.” Terang Suzanna. Aku masih diam tidak terkutik. Kaget!
“Ini bilik yang sama ke bekas Managing Director awak yang dulu guna?” Suzanna menggeleng. Aku kerut dahi.
“Bukan?”
“Bukan.” Suzanna senyum.
“Habis itu ini bilik siapa?” Aku bertanya lagi. Aku rasa semua ini sangat memerlukan penjelasa. Kesemua ini nampak seperti tidak masuk akal dan sangat diluar jangkaan. Tak mungkin bilik seorang Managing Director adalah sebesar dan semewah ini. Sedangkan bilik Tan Sri Ridhwan selaku pemilih syarikat juga tidak sehebat bilik yang aku miliki sekarang.
“Soalan Miss Thia itu saya tak dapat nak jawab. Saya cuma menjalankan tugas selaku PA Miss Thia sahaja. Selebihnya, bukan dibawah skop kerja saya.” Serius dan tegas Suzanna menerangkan. Aku ketap bibir.
This is insane; a mind-blowing kind of insanity, Suzanna.” Suzanna senyum mendengar  pendapat aku. Geram pula aku rasa.
“Ini alat kawalan jauh. Alat ini dapat membantu Miss Thia untuk menyelak atau membuka tirai langsir tanpa perlu bergerak dari tempat duduk. So, just push the button here.
Suzanna memberi sedikit demonstrasi ringkas. Aku masih terasa seperti berada di dunia yang lain. This is beyond crazy!
“Semua benda yang ada dalam bilik ni adalah milik Miss Thia.” Aku tercengang. Mulutku melopong membentuk ‘O’ yang besar.
Suzanna menyambung lagi, “Maksud saya. Semua kemudahan, peralatan atau apa saja yang berada di dalam bilik ini adalah untuk kegunaan Miss Thia.”
Really??!” Suzanna mengangguk.
            Suzanna susun langkah ingin meninggalkan ruangan, tapi dengan pantas aku menghalang. “Awak tak habis lagi jawab soalan saya. Lolita… Awak kenal dia?” Soalan aku dibalas dengan satu senyuman sinis.
            “Miss Thia, untuk pengetahuan Miss Thia. Dalam RAFS Group ini siapa saja tak kenal dengan si Lolita tu? Nama pun Lolita. Saya rasa dari namanya saja, Miss Thia dah boleh agak bagaimana si Lolita tu sebenarnya.” Suzanna kenyit mata. Aku gigit bibir. Otak memproses laju apa yang dituturkan oleh Suzanna tadi.
            Lolita? Hmm…
            Kalau tak salah aku, Lolita itu asalnya pada zaman 60an. Lolita merupakan gelaran yang diberikan oleh orang pada zaman ketika itu untuk mana-mana gadis muda yang suka menggoda lelaki lebih tua atau terlebih umur. Tapi tidak pernah pula aku mengambil tahu dengan lebih lanjut mengenai perihal golongan Lolita ni. Tapi kalau bimbo, memang aku selalu dengar. Dunia hari ini memang banyak dipenuhi bimbo!
            “Is she married?” Suzanna angkat bahu. Tak pasti sama ada itu non-verbal sign untuk ‘tidak tahu’ ataupun ‘no comment’. Perbualan kami terhenti di situ. Masing-masing membisu.












6 comments:

  1. X de sambungan ke?..lama sy tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum and hi @HanaYusaini :)

      Thank you for your supports and kesabaran tunggu sambungan cerita saya yg tak seberapa ni. Thanks again.

      Anyway, sambungan itu ada. Cuma belum sempat nak post. Plus blog ni problem sikit.

      Nanti saya post banyak sikit. InSyaAllah soon.
      Hope you enjoy the story. Hehe.


      xo,

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum and hi @HanaYusaini :)

      Thank you for your supports and kesabaran tunggu sambungan cerita saya yg tak seberapa ni. Thanks again.

      Anyway, sambungan itu ada. Cuma belum sempat nak post. Plus blog ni problem sikit.

      Nanti saya post banyak sikit. InSyaAllah soon.
      Hope you enjoy the story. Hehe.


      xo,

      Delete
  3. Replies
    1. Assalamualaikum and Hi !
      Terima kasih sudi baca cerita tak seberapa ni.
      Saya akan sambung. Don't worry. Mungkin tak update banyak.
      But I try my best to give the best :)

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰