THIA melangkah dengan penuh tertib
tetapi bergaya. Tampak sangat elegan. Langkah yang tentunya mampu menggugat
iman mana-mana mata yang memandang. Tidak kira kaum Adam mahupun kaum Hawa.
Ramai juga kaum wanita yang mengaguminya.
Dia
bukanlah selebriti terkenal seperti kebanyakan mereka yang hadir pada majlis
malam ini. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai aura dan daya
penarik yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Hebat bukan?
Kaki yang panjang dan
cantik tanpa sebarang cela itu melangkah memasuki 'Sabah & Sarawak Ballroom' yang terletak di aras lower ground hotel lima bintang
terkemuka negara ini. Hotel ini sentiasa menjadi venue pilihan bagi acara-acara penting dan ekslusif yang dihadiri
oleh selebriti terkemuka dalam mahupun luar negara. Tidak lupa juga pada kaum
kerabat dan para VVIP yang selalu memilih hotel ini sebagai lokasi utama majlis
mereka.
Thia tampak mewah
bersama gaun labuh lengan panjang berwarna lilac
dan berpotongan ‘V’ di bahagian belakang badan yang dipakainya. Menampakkan
susuk tubuh rampingnya itu. Ada butiran rhinestone
berwarna ungu tua yang bertaburan menghiasi kaki gaun labuh rekaan Gucci tersebut.
Gucci?
Oh jangan bermimpi untuk memakainya jika anda bukan seorang yang kaya dan sanggup
menghabiskan puluhan mahupun ratusan ribu untuk sehelai gaun yang hanya akan
dipakai sekali seumur hidup!
Belahan di bahagian
kaki gaun menyerlahkan lagi kecantikan si pemakai. Kaki yang panjang dan
berkulit putih gebu? Sungguh mempesonakan! Solekan gold glimmer yang menghiasi raut wajah putih berseri itu
benar-benar menambahkan lagi seri pada wajah Thia. Solekan itu sesuai dengan
tona kulitnya. Gincu bibir berwarna nude
fuchsia teroles kemas pada bibir mungilnya yang seksi dan tidak lekang
daripada mengukir senyuman itu.
Bulu mata yang melentik
dan anak matanya yang berwarna coklat itu mampu memukau sesiapa sahaja yang
bertentangan mata dengannya. Di tambah pula dengan kasut tumit tinggi jenis pump setinggi 4 inci yang tersarung
kemas di kaki membuatkan Thia tidak ubah seperti seorang peragawati terkenal.
Macam Victoria's Secret Angels pun
ada juga. Rambutnya yang berwarna brunette
itu digayakan dengan gaya tousled
waves yang ternyata sangat sesuai apabila dipadankan dengan gaun Gucci Thia itu.
Suasana di dalam ballroom sangat meriah. Kawalan ketat
daripada pihak pengawal keselamatan majlis juga sangat mengagumkan. Terdapat
jambangan bunga ros berwarna merah dan putih menghiasi setiap meja bulat yang
tersedia khas buat para tetamu. Chandelier
mewah pula menghiasi langit ballroom
yang indah berkilauan dengan butiran keemas-emasan. Ada kristal bergantung dari
syiling ballroom.
Kaum Adam ternyata
terpukau dengan kecantikan Thia. Bayangkan sajalah, saat Thia lalu di sebelah mereka, ada yang menelan
liur. Ada yang berpaling bagai nak tercabut leher. Ada juga yang memandang
sampai nak tersembul biji mata.
Very
hypnotic.. A jaw dropping moment…
Dengan senyuman yang
tidak lekang di bibir, Thia meneruskan langkah menuju ke mejanya tanpa menghiraukan
mata-mata yang sedang memerhatikan gerak-gerinya yang menggoda itu. Pujian dan
umpatan yang berbisik halus di gegendang telinga tidak dihiraukan. Hanya
senyuman yang dilayangkan sepanjang perjalanannya itu.
Dari jauh kelihatan
seorang jejaka kacak sedang melambai tangan ke arahnya sambil disusuli dengan
senyuman penuh menggoda. Kacak! Tinggi lampai, berbadan sasa, dan super-rich! Si jejaka sangat segak
dengan sut berkilat aubergine-nya.
Rambutnya pula disisir kemas. Sekali imbas, tidak ubah seperti Zac Efron.
Pelakon popular Hollywood itu. Bijak sungguh si jejaka kacak ini memilih busana
untuk majlis pada malam ini. Sepadan pula dengan baju gaun labuh rekaan Gucci yang dipakai Thia.
Thia mendekati lelaki
tersebut. Sebuah killer smile
dihadiahkan buat si jejaka kacak di depan.
"Hello my beautiful lady.. Finally! After one
hour of waiting, here you are, princess.." kata Tengku Fauzan
kepadanya. Fauzan memandang tepat wajah Thia. Perlahan-lahan bibir nipis Fauzan
mengukir senyuman. Pinggang Thia dipaut lembut dan penuh kasih. Yang pasti,
ianya bakal menimbulkan pelbagai kontroversi panas. 'Tengku Fauzan Emerson
Tengku Jazmine sudah berpunya?' Itulah persoalan yang sedang ligat bermain di
benak fikiran setiap yang melihat adegan romantis Thia bersama Tengku Fauzan
Emerson.
Thia bersuara, "Sorry lah.. I was stuck in the traffic jammed! KL pula tu. Macam tak tahu you
ni. Anyway, I miss you so much!"
Satu kucupan hinggap di pipi Tengku Fauzan yang sedang berdiri segak di sebelahnya.
Seraya dengan itu, Tengku Fauzan mengemaskan lagi pelukan di pinggang Thia
sambil tersengih penuh menggoda. Thia senyum senget apabila tangan Tengku
Fauzan yang berotot itu semakin erat melingkar di pinggang rampingnya.
I
feel loved!
Mereka berdiri sama
padan. Ibarat dua merpati sejoli yang sedang sakan bercinta. Perfect couple, bukan?
"Shall I get you something to drink first?"
tanya Tengku Fauzan. Jari telunjuknya ditudingkan ke arah meja bufet yang
menghidangkan pelbagai jenis minuman. Ada minuman yang halal, ada juga yang
tidak. Majlis tertutup dan private
sebegini, halal dan haramnya sememangnya kurang dititikberatkan.
"Sure." Thia mengikut.
Mereka berjalan
beriringan ke arah meja bufet yang ditunjukkan oleh Tengku Fauzan tadi. Fauzan
menghulurkan segelas lemonade kepada
Thia. Thia menyambut tanpa banyak soal. Hanya senyuman yang menghiasi bibir
mungilnya itu.
Tengku Fauzan pula
mengambil segelas Vodka Mojito untuk
diminum. Namun belum sempat minuman itu hinggap ke bibir Fauzan, air beralkohol
di dalam gelas Kristal mewah itu segera dirampas oleh Thia dengan begitu cekap
sekali.
Thia tersenyum penuh
sinis memandang Fauzan bersama kening yang dijongketkan sedikit. "Vodka Mojito? Seriously? What are you
planning here, handsome? Get wasted?"
tanyanya sinis kepada Fauzan yang sedang memandangnya dengan riak wajah
terpinga-pinga sebelum lelaki itu menunduk dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Come on Fauzan. We've known each other for ages. You won't touch this stupid crap if you ain't planning to get wasted."
tanyanya lagi kepada Fauzan yang masih berdiri segak di sebelah dengan kedua-dua
belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
Sedang
Thia dan Tengku Fauzan rancak berborak, tiba-tiba datang seorang lelaki yang
berusia dalam lingkungan 40-an menghampiri dirinya dan Fauzan yang sedang
berdiri di satu sudut berdekatan dengan meja bufet tadi. Lelaki itu tidak
kurang tampannya daripada Fauzan.
"Hello princess.." sapa lelaki yang
sedang berdiri tegap di hadapannya itu. Tangan kanan Thia ditarik lembut oleh
lelaki tersebut. Lelaki itu berura-ura ingin mencium tangan gebu Thia. Namun
pantas Thia menarik semula tangannya sebelum tangan itu bersentuhan dengan
bibir lelaki yang tidak dikenalinya ini.
"Oppps! Excuse me.. No body contact please.." Dia bersuara penuh sopan.
Fauzan disebelah hanya
memerhati. Kagum sebenarnya bagaimana wanita cantik di sebelahnya itu begitu
menjaga maruahnya. Orang yang tidak mengenali wanita cantik ini pasti akan
memberi pelbagai tanggapan negatif. Yang pasti, dia bukan sebegitu. Dia kenal
benar dengan perangai Thia. Sudah lama mereka bersama. Bukan calang-calang
orang yang dapat berbual mesra mahupun bersentuhan dengan Thia selain Fauzan
sendiri. Mungkin faktor mereka terlalu rapat yang membolehkan Fauzan bermesra
dan bermanja dengannya. Terlalu awal untuk menilai segalanya.
Never
judge a book by its cover.
"What's your name, beautiful?" tanya
lelaki bersut hitam di depannya.
Belum sempat Thia
memperkenalkan dirinya, Fauzan terlebih dahulu menghulurkan tangan kanannya
untuk bersalaman dengan lelaki di hadapan mereka berdua itu. Serentak Fauzan
berkata, "She's my date for tonight
Dato’ Mauri. She's my beautiful Natalia!" Fauzan senyum.
Great
Fauzan, great!
Thia memuji kebijaksanaan
Fauzan.
Dato’ Mauri memandang
Thia dari atas ke bawah. Setiap inci susuk tubuh Thia ditiliknya. Ada kerutan
pada dahi Dato’ Mauri.
"Oh Natalia...." Dato’ Mauri berkata.
Kepala dianggukkan sedikit.
"What a pleasure to meet you, Miss Natalia.
What a nice name you got there too. Very
beautiful.." puji Dato’ Mauri dengan sebelah mata dikenyitkan. Thia
pula mengambil sikap profesional dengan membalas kenyitan mata Dato' G a.k.a Dato’ Gatal bernama Mauri itu
dengan melayangkan senyuman mesra.
Senyuman mesra? Huh!
Senyuman dalam keterpaksaan adalah!
LATHIA
EMILIA…
Itulah nama sebenarnya.
Lebih selesa dikenali sebagai Natalia oleh mangsa-mangsanya. Identiti ditukar
sejajar dengan misinya. Misi yang sudah lama dirancang dan dipahat rapi dalam
hati sehingga mengubah dirinya menjadi seperti kini…
Welcome
into Lathia Emilia's world…
Xoxo,
Thia
sedapnya nama heroin hihi..tengah membaca novel u neh...=)
ReplyDeleteHahaha. Thank you, babe :) Enjoy reading!
Delete