Wednesday, 18 December 2013

Prolog : Le' Charmer

THIA melangkah dengan penuh tertib tetapi bergaya. Tampak sangat elegan. Langkah yang tentunya mampu menggugat iman mana-mana mata yang memandang. Tidak kira kaum Adam mahupun kaum Hawa. Ramai juga kaum wanita yang mengaguminya.
            Dia bukanlah selebriti terkenal seperti kebanyakan mereka yang hadir pada majlis malam ini. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai aura dan daya penarik yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Hebat bukan?
Kaki yang panjang dan cantik tanpa sebarang cela itu melangkah memasuki 'Sabah & Sarawak Ballroom' yang terletak di aras lower ground hotel lima bintang terkemuka negara ini. Hotel ini sentiasa menjadi venue pilihan bagi acara-acara penting dan ekslusif yang dihadiri oleh selebriti terkemuka dalam mahupun luar negara. Tidak lupa juga pada kaum kerabat dan para VVIP yang selalu memilih hotel ini sebagai lokasi utama majlis mereka.
Thia tampak mewah bersama gaun labuh lengan panjang berwarna lilac dan berpotongan ‘V’ di bahagian belakang badan yang dipakainya. Menampakkan susuk tubuh rampingnya itu. Ada butiran rhinestone berwarna ungu tua yang bertaburan menghiasi kaki gaun labuh rekaan Gucci tersebut.
Gucci? Oh jangan bermimpi untuk memakainya jika anda bukan seorang yang kaya dan sanggup menghabiskan puluhan mahupun ratusan ribu untuk sehelai gaun yang hanya akan dipakai sekali seumur hidup!
Belahan di bahagian kaki gaun menyerlahkan lagi kecantikan si pemakai. Kaki yang panjang dan berkulit putih gebu? Sungguh mempesonakan! Solekan gold glimmer yang menghiasi raut wajah putih berseri itu benar-benar menambahkan lagi seri pada wajah Thia. Solekan itu sesuai dengan tona kulitnya. Gincu bibir berwarna nude fuchsia teroles kemas pada bibir mungilnya yang seksi dan tidak lekang daripada mengukir senyuman itu.
Bulu mata yang melentik dan anak matanya yang berwarna coklat itu mampu memukau sesiapa sahaja yang bertentangan mata dengannya. Di tambah pula dengan kasut tumit tinggi jenis pump setinggi 4 inci yang tersarung kemas di kaki membuatkan Thia tidak ubah seperti seorang peragawati terkenal. Macam Victoria's Secret Angels pun ada juga. Rambutnya yang berwarna brunette itu digayakan dengan gaya tousled waves yang ternyata sangat sesuai apabila dipadankan dengan gaun Gucci Thia itu.
Suasana di dalam ballroom sangat meriah. Kawalan ketat daripada pihak pengawal keselamatan majlis juga sangat mengagumkan. Terdapat jambangan bunga ros berwarna merah dan putih menghiasi setiap meja bulat yang tersedia khas buat para tetamu. Chandelier mewah pula menghiasi langit ballroom yang indah berkilauan dengan butiran keemas-emasan. Ada kristal bergantung dari syiling ballroom.
Kaum Adam ternyata terpukau dengan kecantikan Thia. Bayangkan sajalah, saat  Thia lalu di sebelah mereka, ada yang menelan liur. Ada yang berpaling bagai nak tercabut leher. Ada juga yang memandang sampai nak tersembul biji mata.
Very hypnotic.. A jaw dropping moment…
Dengan senyuman yang tidak lekang di bibir, Thia meneruskan langkah menuju ke mejanya tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang memerhatikan gerak-gerinya yang menggoda itu. Pujian dan umpatan yang berbisik halus di gegendang telinga tidak dihiraukan. Hanya senyuman yang dilayangkan sepanjang perjalanannya itu.
Dari jauh kelihatan seorang jejaka kacak sedang melambai tangan ke arahnya sambil disusuli dengan senyuman penuh menggoda. Kacak! Tinggi lampai, berbadan sasa, dan super-rich! Si jejaka sangat segak dengan sut berkilat aubergine-nya. Rambutnya pula disisir kemas. Sekali imbas, tidak ubah seperti Zac Efron. Pelakon popular Hollywood itu. Bijak sungguh si jejaka kacak ini memilih busana untuk majlis pada malam ini. Sepadan pula dengan baju gaun labuh rekaan Gucci yang dipakai Thia.
Thia mendekati lelaki tersebut. Sebuah killer smile dihadiahkan buat si jejaka kacak di depan.
"Hello my beautiful lady.. Finally! After one hour of waiting, here you are, princess.." kata Tengku Fauzan kepadanya. Fauzan memandang tepat wajah Thia. Perlahan-lahan bibir nipis Fauzan mengukir senyuman. Pinggang Thia dipaut lembut dan penuh kasih. Yang pasti, ianya bakal menimbulkan pelbagai kontroversi panas. 'Tengku Fauzan Emerson Tengku Jazmine sudah berpunya?' Itulah persoalan yang sedang ligat bermain di benak fikiran setiap yang melihat adegan romantis Thia bersama Tengku Fauzan Emerson.
Thia bersuara, "Sorry lah.. I was stuck in the traffic jammed! KL pula tu. Macam tak tahu you ni. Anyway, I miss you so much!" Satu kucupan hinggap di pipi Tengku Fauzan yang sedang berdiri segak di sebelahnya. Seraya dengan itu, Tengku Fauzan mengemaskan lagi pelukan di pinggang Thia sambil tersengih penuh menggoda. Thia senyum senget apabila tangan Tengku Fauzan yang berotot itu semakin erat melingkar di pinggang rampingnya.
I feel loved!
Mereka berdiri sama padan. Ibarat dua merpati sejoli yang sedang sakan bercinta. Perfect couple, bukan?
"Shall I get you something to drink first?" tanya Tengku Fauzan. Jari telunjuknya ditudingkan ke arah meja bufet yang menghidangkan pelbagai jenis minuman. Ada minuman yang halal, ada juga yang tidak. Majlis tertutup dan private sebegini, halal dan haramnya sememangnya kurang dititikberatkan.
"Sure." Thia mengikut.
Mereka berjalan beriringan ke arah meja bufet yang ditunjukkan oleh Tengku Fauzan tadi. Fauzan menghulurkan segelas lemonade kepada Thia. Thia menyambut tanpa banyak soal. Hanya senyuman yang menghiasi bibir mungilnya itu.
Tengku Fauzan pula mengambil segelas Vodka Mojito untuk diminum. Namun belum sempat minuman itu hinggap ke bibir Fauzan, air beralkohol di dalam gelas Kristal mewah itu segera dirampas oleh Thia dengan begitu cekap sekali.
Thia tersenyum penuh sinis memandang Fauzan bersama kening yang dijongketkan sedikit. "Vodka Mojito? Seriously? What are you planning here, handsome? Get wasted?" tanyanya sinis kepada Fauzan yang sedang memandangnya dengan riak wajah terpinga-pinga sebelum lelaki itu menunduk dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Come on Fauzan. We've known each other for ages. You won't touch this stupid crap if you ain't planning to get wasted." tanyanya lagi kepada Fauzan yang masih berdiri segak di sebelah dengan kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

            Sedang Thia dan Tengku Fauzan rancak berborak, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an menghampiri dirinya dan Fauzan yang sedang berdiri di satu sudut berdekatan dengan meja bufet tadi. Lelaki itu tidak kurang tampannya daripada Fauzan.
"Hello princess.." sapa lelaki yang sedang berdiri tegap di hadapannya itu. Tangan kanan Thia ditarik lembut oleh lelaki tersebut. Lelaki itu berura-ura ingin mencium tangan gebu Thia. Namun pantas Thia menarik semula tangannya sebelum tangan itu bersentuhan dengan bibir lelaki yang tidak dikenalinya ini.
"Oppps! Excuse me.. No body contact please.." Dia bersuara penuh sopan.
Fauzan disebelah hanya memerhati. Kagum sebenarnya bagaimana wanita cantik di sebelahnya itu begitu menjaga maruahnya. Orang yang tidak mengenali wanita cantik ini pasti akan memberi pelbagai tanggapan negatif. Yang pasti, dia bukan sebegitu. Dia kenal benar dengan perangai Thia. Sudah lama mereka bersama. Bukan calang-calang orang yang dapat berbual mesra mahupun bersentuhan dengan Thia selain Fauzan sendiri. Mungkin faktor mereka terlalu rapat yang membolehkan Fauzan bermesra dan bermanja dengannya. Terlalu awal untuk menilai segalanya.

Never judge a book by its cover.

            "What's your name, beautiful?" tanya lelaki bersut hitam di depannya.
Belum sempat Thia memperkenalkan dirinya, Fauzan terlebih dahulu menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan lelaki di hadapan mereka berdua itu. Serentak Fauzan berkata, "She's my date for tonight Dato’ Mauri. She's my beautiful Natalia!" Fauzan senyum.
Great Fauzan, great!
Thia memuji kebijaksanaan Fauzan.
Dato’ Mauri memandang Thia dari atas ke bawah. Setiap inci susuk tubuh Thia ditiliknya. Ada kerutan pada dahi Dato’ Mauri.
"Oh Natalia...." Dato’ Mauri berkata. Kepala dianggukkan sedikit.
            "What a pleasure to meet you, Miss Natalia. What a nice name you got there too. Very beautiful.." puji Dato’ Mauri dengan sebelah mata dikenyitkan. Thia pula mengambil sikap profesional dengan membalas kenyitan mata Dato' G a.k.a Dato’ Gatal bernama Mauri itu dengan melayangkan senyuman mesra.
Senyuman mesra? Huh! Senyuman dalam keterpaksaan adalah!

            LATHIA EMILIA…

Itulah nama sebenarnya. Lebih selesa dikenali sebagai Natalia oleh mangsa-mangsanya. Identiti ditukar sejajar dengan misinya. Misi yang sudah lama dirancang dan dipahat rapi dalam hati sehingga mengubah dirinya menjadi seperti kini…

Welcome into Lathia Emilia's world…

Xoxo,

Thia

2 comments:

  1. sedapnya nama heroin hihi..tengah membaca novel u neh...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Thank you, babe :) Enjoy reading!

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰