Saturday, 11 January 2014

Cerpen : Mr. Paraplegic Cintaku 1

So this what we call 'mengada-ngada'. Hahaha. Bab 5 Le' Charmer tak post lagi tapi dah gegatal buat Cerpen pula. Hahaha :D 



Written by and Original idea from: Andrea Charming (beyondimaginationworldofandrea.blogspot.com)

P/S : Ini cubaan pertama saya menulis cerpen. Jadi sebarang kekurangan harap dimaafkan. Tiada sebarang perancangan rapi dijalankan sebelum menulis cerpen. Ditulis berbekalkan basic knowledge yang saya ada sahaja. Sebarang komen saya akan terima dengan hati yang terbuka. Semoga terhibur! Do visit my blog!

Dari luar rumah aku sudah dapat menangkap bunyi alunan piano yang sedang dimainkan itu. Alunan yang cukup indah. Alunan semudah itu saja sudah berjaya membuatkan aku terbuai dan leka. Kenapa kau perlu menjadi sebegini? Ini benar-benar menguji kekuatanku.
Alunan lagu 'I'm yours' yang suatu ketika dahulu pernah dipopularkan oleh band The Script. Alunan piano itu kedengaran begitu lunak dan menenangkan.
Kasut di tangan aku simpan ke dalam almari kasut. Besar gedabak saiz almarinya ha! Berwarna coklat gelap dan sangat sesuai dengan rekaan serta susun atur dalaman rumah ini. Jelas sekali yang rumah ini menggunakan perkhidmatan interior designer. Tengok sajalah susun aturnya yang kemas, ringkas tapi mewah itu.
Mataku kemudiannya tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang leka bermain piano tanpa menyedari kepulanganku ini. Susuk tubuh yang tegap itu aku tatap dari jauh. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman meleret. Dia aku lihat sedang duduk di atas kerusi rodanya sambil bermain piano. Asyik dan penuh penghayatan. Sangat mendalam cara dia menghayati alunan muzik yang di mainkan itu.
Kerusi roda ? Teringat perihal itu. Serta-merta senyumanku mati. Kerusi roda… Ya, kerusi roda…
Aku penyebab dia bergantung harap pada kerusi roda buat masa yang sangat lama. Aku penyebab dia menderita. Dan sekarang, dia masih lagi bergantung harap pada kerusi roda itu. Kejamnya aku sehingga tergamak merampas kebahagiaan seorang Adam yang kini secara sah zahir dan batinnya sudah pun menjadi suamiku.
Ya Allah, kejamnya aku. Aku manusia yang kejam! Tapi… Aku tak sengaja. Aku cuai. Aku menunduk melepaskan keluhan berat.
Sisi hitam diri mula menghasut dan menghantui aku dengan rasa bersalah yang menggunung dan tidak tertanggung. Hmm. Buat ke sekian kalinya, aku mengeluh lagi. Penat rupanya memikul beban ini. Tapi apakan daya. Salah aku. Sememangnya salah aku. Sengaja atau tidak, yang pasti aku penyebabnya. Kebodohan dan kecuaian aku yang telah membuatkan dia lumpuh! Dan setiap kali rasa bersalah itu hadir, air mata aku akan turut mengalir.
Hati meronta ingin berterus-terang. Namun, jika aku berterus-terang sekarang. Aku mungkin akan kehilangan dia buat selamanya dan aku takkan dapat peluang untuk mengenalinya dan secara tidak langsung menebus segala kesalahan aku padanya.
Ya Allah… Ringankan beban hamba-Mu ini…
Mata aku pejam rapat. Tangan aku bawa ke dalam dakapan.

"Awak..." Satu suara menyapa gegendang telinga. Aku segera memandang ke depan. Arah di mana suara itu hadir. Perlahan-lahan langkah kaki aku atur. Air mata yang masih bersisa aku kesat dengan jari.
"Hey gorgeous, why are you crying?" tanyanya lembut. Kerisauan jelas terpancar pada wajahnya. Lenganku ditarik agar aku duduk di atas ribaannya. Aku hanya menurut.
Aku mengereng sedikit memandangnya. "Eh mana ada saya menangislah. Tadi mata masuk habuk. Plus, dekat office tadi pun banyak sangat menghadap laptop. Itu yang mata berair tu. Don't worry. I'm fine." tipuku. Itu alasan yang paling logik yang dapat direka oleh  Wan Audrey Zulaikha buat masa ini.
Dia mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Matanya yang berwarna hitam dan bulat itu cuba mencari anak mataku untuk ditatap. "Are you sure? HmmAre you tired? Why don't you get inside and have a calming bath." Killer smile dihadiahkan ikhlas buatku bersama jari telunjuk yang ditudingkan ke arah bilik tidur.
Dup dap dup dap…
Oh tidak! Berhenti senyum begitu. Jantung aku mampu gugur dengan senyuman meleret kau yang menggoda itu Faliq! Berhenti seksa batinku!
Aku menundukkan wajah sambil menggelengkan kepala. Cuba menghalau perasaan aneh yang galak menyeksa jiwa. "Awak dah mandi? Kalau belum, saya nak sediakan pakaian awak ni.” Aku mengusap seraut wajah bersih yang sedikit pucat itu.
“Atau awak nak saya bawa awak ke bilik mandi ?" tanyaku nakal. Senyuman senget tersungging dibibir.
Faliq membalas senyumanku. "Saya dah mandi. Mak Lang yang sediakan pakaian saya tadi. Tak perlu susah-susah. Better awak yang pergi mandi. Haha." jawabnya bersama tawa dihujung ayat.
Pemegang kerusi roda di genggamnya kemas dan dia menyambung bicara, "Lagipun, saya boleh pergi mandi sendiri. Ni tengok ni… Kerusi roda ni kan ada. So, saya masih mampu untuk bergerak ke sana sini. Don't worry. I used to it, honey." Mata kiri dikenyitkan. Senyuman manis diukir mesra. Senyumannya itu cukup untuk membuatkan hatiku sebak. Sebak sebab aku rasa ayat tu sangat-sangat makan dalam! Rasa macam nak menjerit, meraung sepuas hati.
Faliq yang kini sangat mudah untuk bergelak ketawa. Sangat berbeza dengan dirinya yang dahulu. Aku suka perubahan positif yang satu ini. Gelak tawa yang dulunya sangat susah untuk aku dengar pada awal perkenalan kami. Kini dengan sedikit humor saja sudah mampu buat dia ketawa. Selain daripada itu, tutur bicaranya juga sangat romantis dan penuh sensual. Sejuk hati mendengarnya. Bahkan itu juga sesuatu yang sukar untuk aku dengar sewaktu mula-mula mengenali dirinya. Jika dulu, ayatnya semuanya pedas berdesing dan penuh sarkastik. Tapi kini tidak lagi. Kini dia lebih santai. Lebih mesra.
Tanpa sedar. Aku senyum.
Tapi… Sanggupkah aku menghadapi hakikat yang dia mungkin akan kembali menjadi dirinya yang asal? Kembali menjadi Mohd Ammar Faliq yang dahulu. Mungkin juga lebih kejam daripada yang sebelum ini? Sebelum kejadian itu berlaku.
            Pap!!
            “Ouch! Sakitlah! Apa ni Fal?” Dahiku yang baru di cepuk tadi aku gosok kasar. Berkerut-kerut wajahku menahan sakit. Tak makan saman betullah mamat ni. Tak padan lumpuh. Ishh. Bebelku dalam hati.
            “Hey, mengelamun ya?” Faliq melambai-lambaikan tangan kanannya di depan mukaku. Cepat-cepat aku menggelengkan kepala.
            Oh tidak! Mesti dia perasan yang aku dok mengelamun tadi. Alahai malunya. Aku menepuk dahi sendiri. Wahai dahi, maafkan aku. Kerana kebodohan aku, kau yang jadi mangsa. Hahaha.
Bagi mengelakkan dia mengesan perubahan pada air mukaku. Segera aku bangun dari ribaannya untuk bergerak ke bilik. Sebelum berlalu, sempat aku menghadiahkan satu kucupan di dahinya.
Muka Faliq berubah warna. Ada tompok merah di pipinya.
Oh yeahh, blushing alert! Awkward moment! How I wish that this is just an imagination and not a reality! Mukaku membahang! Faliq terkebil-kebil memandangku dengan mata bulatnya itu.
Alahai dia buat muka comel ala-ala kucing Parsi pula dah. Ini boleh menggoyahkan iman aku ni! Oh tidak tidak tidak. Rasa macam nak gomol-gomol saja.
Fuhh… Sabar Wan sabar…
Melihat Faliq yang masih kaku memandangku dengan mata bulatnya yang terkebil-kebil itu, cepat-cepat aku melangkah masuk ke bilik. Dalam hati, ada suara-suara ceria sedang bernyanyi riang. Beg Louis Vuitton di tangan aku hayun-hayunkan. Mengikut rentak lagu yang sedang rancak bermain di kotak minda.
Hadirnya dirimu berikan suasana baru
Kau mampu tenangkan aku di saat risau dalam hatiku
Lembutnya sikapmu meluluhkan hati ini
Terbuai aku terlena oleh dirimu

***************************************************************************

            Selesai menunaikan solat Asar dan Maghrib serta membersihkan diri, aku terus menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam. Sungguhpun rumah ini ada menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, namun Faliq tetap mahu aku sendiri yang memasakkan makan malam buat kami bertiga. Dalam rumah ini hanya ada tiga orang penghuni sahaja. Aku, Faliq dan Mak Lang.
Mak Lang merupakan pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Faliq. Keluarga mertuaku telah menganggap Mak Lang sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Jadi aku juga perlu turut sama berbuat sedemikian. Wanita bertubuh gempal yang umurnya lingkungan lewat 50-an itu sangat lemah lembut tutur bicaranya. Sunggupun begitu, dalam kelembutan dan sifat keibuan Mak Lang, ada juga tegasnya. Pernah sekali aku melihat Mak Lang memarahi Faliq kerana enggan melakukan sesi fisioterapinya. Menurut Faliq, Mak Lang yang mengasuhnya dari kecil. Saat susah senang Faliq ditemani oleh Mak Lang. Setiap kelebihan dan kekurangan Faliq juga diketahuinya. Aku pun banyak bertanya mengenai kisah silam Faliq melalui Mak Lang.
            Sampai di dapur, aku mengeluarkan bahan-bahan basah dari dalam peti sejuk. Ada sotong, isi ayam, udang dan ikan. Ikan yang sudah bersih disiang aku letakkan di dalam mangkuk berisi perahan lemon untuk diperap. Ikan itu akan aku goreng nanti. Kemudian aku membuka pula laci di sebelah kiriku untuk mengambil cutting tray dan pisau. Bawang merah dan bawang putih aku hiris halus. Sotong, isi ayam dan udang pula aku masak tomyam.
            “Woi, tepilah sikit. Kau ingat jalan ni bapak kau punya ke?! Tak nampak aku tengah sibuk pilih kentang ni?!” tempikku kasar. Lelaki berkerusi roda itu memusingkan kerusi rodanya. Dia mendongak sedikit memandang wajahku. Aku memalingkan wajah. Tidak ingin melihat wajahnya.
Jual mahal kononnya. Tapi itulah aku. Penuh dengan ego. Tapi tinggi mana sangatlah ego seorang wanita jika nak dibandingkan dengan ego seorang lelaki?
            Apabila terasa seperti ada sepasang mata sedang merenung tajam ke wajahku, cepat-cepat aku berpaling memandangnya.
            Wow! Handsome! Boleh dikatakan aku terkesima juga buat beberapa saat. Who would think that a paraplegic could be a very handsome and well-dressed man?
            Tiba-tiba dia senyum. Senyum meleret. Eh eh? Tertiba senyum ni dah kenapa? Wayar putus ke mamat ni? Aku mengerutkan dahi. Dia kemudian bergerak sedikit ke depan. Meninggalkan beberapa inci saja jarak di antara kami. Dengan wajah yang tenang dia bersuara penuh sarkastik, “Awak ni cantik. Sangat cantik. Tapi sayangnya awak buta. Buta hati. Atau mungkin buta mata.” Dia mengenyitkan mata kirinya. Aku terpampan.
            How dare you?!
            “Excuse me?” tanyaku dengan jari telunjuk yang meliuk-lentok penuh gedik. Dia pula masih tersenyum manis. Gaya seorang kasanova! Tapi ada ke kasanova berkerusi roda?
            Well, dengan muka handsome dia tu. Apa-apa pun boleh jadi.
            “Kenapa? Salah ke apa saya cakap? Betullah, kan? Cuba awak tengok. Dengan saya yang cacat ni pun awak boleh nak cari pasal. Kan awak dah tahu yang jalan ni sempit. Sepatutnya, awak yang sempurna kejadiannya ni kenalah mengalah sikit. Takkan nak suruh saya yang berkerusi roda ni juga yang beralah?”
            “Hello! Kerusi roda ke, kerusi malas ke. Aku kisah apa. Ni jalan aku. So, kau tolonglah alih kau punya kerusi roda ni. Berambus dari sini. Please lah.” Aku berkata. Sombong.
            “Haihh. Kesianlah awak ni. Muka cantik, badan pun…” Dia memandangku dari atas ke bawah. Setiap inci tubuhku di tiliknya. Aku mula rasa tak selesa.
            “Well, body mantap. But… Maybe there’s something wrong with your brain.”
            Aku cekak pinggang. “Amboi amboi. Biadapnya kau ni. Tak padan dengan kuli, kan?!” Naik beberapa oktaf nada suaraku.
Aku meletakkan jari telunjukku tepat ke dahi lelaki berkerusi roda di depanku ini. “Kau. Tu. Dah. Lah. Cacat. Lepas. Tu. Kuli. Pula. Jadi. Kuli. Buat. Cara. Kuli!” Ayat itu aku sebut satu persatu dan dahinya aku tunjal-tunjal sesuka hati.
Hurh! Baru puas hati aku! Nak biadap dengan aku konon. Tengok oranglah wehh!
Astaghfirullahalaazim… Awak, saya bayar zakat juga tahu. Jadi awak takda hak nak tunjal-tunjal kepala saya sesuka hati.”
Like I care?”
Oh really? Kalau awak tak care, kenapa awak masuk supermarket ni? Banyak lagi supermarket lain. Pergilah beli dekat sana. Anyway, pulangkan balik kentang saya tu.”
“Kedai kau ke ni? Maksud aku, supermarket ni kau punya? Takda nama kau pun?” tanyaku sinis. Cepat-cepat lelaki di depanku ini menggeleng-gelengkan kepalanya. Riak wajahnya berubah.
Eh eh? Kalau bukan kedai dia, kenapa perlu takut? Dan kalau kedai dia sekali pun, aku kesah apa.
“Kennn-ta-tanggg.” katanya. Gagap.  
Ek? Tertiba gagap? Jadah?
“Kentang?” Aku kerut dahi. Dia memuncungkan bibir menunjuk ke arah plastik berisi kentang di tanganku.
Ohhhh…
Beg plastik di tangan aku angkat tinggi hingga ke paras mukanya. “Oh kentang ni yang kau maksudkan ?” Dia angguk.
Alright. Nahh.. Kau ambillah kentang kau ni ya, Mr.Potato. Muka kau tu pun dah macam kentang.” Kentang itu aku longgokkan di atas ribanya. Habis jatuh tergolek kentang tersebut.
It’s okay. Kentang pun kentanglah awak. Ini semua anugerah Allah. Saya bersyukur apa adanya. Walaupun muka saya macam kentang, tapi saya tahu awak terpikat. Kan kan?” Dia mengangkat-angkat keningnya beberapa kali.
Cehh… Cehh… Cehh… Tak padan cacat betullah mamat ni. Sabar sajalah.
“Erk!” Dahiku berkerut seribu. Dia sengih tayang gigi.
“Dah dah. Aku boleh beli dekat kedai lain. Banyak lagi tempat lain yang jual kentang selain kedai kau yang sempit ni! Huh!” Pantas aku berlalu keluar dari kedai. Meninggalkan lelaki berkerusi roda yang kacak itu terping-pinga seorang diri.

“Sayang!” Punggungku ditepuk seseorang. Menyedarkan aku dari lamunan.
“Opocot mak kau muka macam kentang lenyek kerat sepuluh!” latahku. Aku kembali ke alam nyata. Hilang segala memori indah saat pertama kali kami bertemu muka dahulu. Ishhh. Baru nak flashback sikit, ada saja gangguan-gangguan yang suka potong steam gua. Haihhh.
“Amboi. Muka mak siapa yang macam kentang lenyek haa?” Faliq membuat muka. Hidung dikembangkan bersama bibir atas yang sengaja dijongketkan. Dahi pula dikerutkan. Lawak sungguh mukanya. Macam beruk makyeh!
Astaghfirullahalazim… Terkutuk suami sendiri pula. Ampun sayang, ampun.
“Eh eh! Mana ada mak siapa-siapa. Saya melatah tadi. Heeeeeeee. Ni tengah potong kentang. Tertiba teringat waktu kita mula-mula kenal dulu.”
Dia sengih. Aku turut tersengih sama. “Hahaha! Cinta bertamu di Supermarket. Awak panggil saya Mr.Potato.”
“Tahu takpa!”
 “Mr. Potato pun handsome, kan kan?” kata Faliq sambil membetul-betulkan kolar baju tidurnya.
Aku hanya mampu ketawa melihat gelagatnya yang kadangkala suka memuji diri sendiri itu. “Very handsome!” Kedua-dua belah pipinya aku tarik dan aku cubit kuat. Comel!
Your thick eyebrow, big eyes, tender smile, broad shoulder and spiky well-dressed hair makes you the most perfect person in my eyes, Fal. Walaupun tidak sempurna di mata orang lain, tapi cukup sempurna di mataku.
“Dah siap masak dah?” tanyanya. Lobak merah yang baru aku potong itu diambilnya dan disuap masuk ke dalam mulut. Memang itulah tabiatnya. Pantang nampak lobak, mesti akan di ratah.
“Kalau dah siap masak. Kenapa dok potong kentang lagi ni?”
“Oh ni untuk esok. Saja potong siap-siap sementara nak tunggu tomyam tu sejuk sikit. Lepas tu baru nak hidangkan. Heee.”  Aku sengih. Dia angguk kepala. Mak Lang masuk ke dapur untuk membantu aku menghidangkan makan malam tanpa perlu di suruh.
Right on time, Mak Lang!
“Jom makan!” Aku menggamit Faliq dan Mak Lang untuk makan bersama.

***************************************************************************

            Faliq menyarungkan jari-jemarinya dicelah-celah ruangan jari-jemariku. Tangan kami bersatu. Pinggangku pula dirangkulnya sebelum dia mendorong aku untuk duduk di atas ribaannya. Seperti biasa, aku hanya akan menurut. Wajahnya yang bersih dan sedikit pucat itu aku tatap. Pelipis kanannya aku usap lembut. Dia turut menggeselkan pipinya di atas tapak tanganku.
“Wan Audrey Zulaikha Binti Wan Zulkarnain… Have you ever feel regret marrying me, honey?” soalnya. Dia senyum separuh. Senyuman yang padaku tampak sangat tidak ikhlas. Senyum paksa.
            “What makes you say that? All of sudden, awak tanya soalan yang pelik. Kenapa ni?” Aku bertanya kembali. Soalannya aku balas dengan soalan. Hakikatnya aku sendiri tidak pasti kenapa soalan sebegitu yang diajukan oleh Faliq.
            “Orang lain waktu bersanding, boleh buat macam-macam benda menarik dengan wife dia. Tapi saya tak mampu nak buat semua tu untuk awak.”
            “Maksudnya?”
            “Awak cuba tengok orang lain punya wedding. Husband they all mesti akan ajak wife dia dance. First dance. Atau mungkin buat persembahan untuk wife dia. Menarilah, menyanyilah. Tapi saya, saya tak mampu nak berdiri, nak ajak awak menari. I can’t dance.” Bicaranya sayu sebelum wajah ditundukkan. Hujung baju tidurnya itu di pintal-pintal. Dah macam budak kecil saja lagaknya.
Aku senyum lebar. Dagunya aku dongakkan agar aku dapat tatap wajah sayunya itu. Kemudian aku senyum lagi. Tiba-tiba muncul satu idea nakal.
            Hey, bukan Wan Zulaikhalah kalau tak penuh dengan idea nakal. Aku memuji diri sendiri dalam hati.
            “Who says you can’t?” Aku jongket kening. Dia sudah berkerut.
            “Come. Let me show you that you can too.” Tangan kanannya aku tarik dan aku lingkarkan di leherku. Tangan kiriku pula memeluk erat pinggangnya. Sungguhpun berat, aku gagahkan juga diri untuk memapah Faliq. Selepas agak stabil diriannya, aku merapatkan badanku dengan badannya supaya aku dapat menampung badan Faliq dengan lebih kemas. Kerusi rodanya aku tolak ke belakang menggunakan kaki. Kini kami berdiri rapat. Tiada ruang langsung di antara kami berdua. Dia terpampan. Matanya membulat. Aku senyum meleret melihat reaksi terkejutnya. Degupan jantungnya yang berdegup kencang itu dapat aku dengar dengan jelas.
            Perlahan-lahan, aku bergerak setapak ke kiri dan setapak ke kanan. Gaya orang menari waltz.
            “See, now you’re dancing.” Aku mendongak sedikit memandangnya. Ada sinar kecerian pada wajahnya. Ada air mata berlinangan ditubir matanya. Aku tahu dia terharu dan sedih pada masa yang sama.
Remote control home theather aku capai. Butang play aku tekan. Lagu Can I Have This Dance mula berkumandang. Aku menggerakkan badan aku dan Faliq serentak mengikut rentak lagu.
            “Let’s have a waltz!” kataku ceria.


            Kami terbuai dalam tarian yang begitu romantis. 

4 comments:

  1. hai akk nice story..hehe..semoga terus berkarya k :)

    ReplyDelete
  2. nice story ... hehe >.< besttt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ain :) Alhamdulillah. Keep supporting my writing. Heheh

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰