Sunday, 5 January 2014

Ciri-ciri Remaja : Part 1

Assalamualaikum and hi readers !
Saya hanya mampu menaip banyak ini saja buat masa ni. Sebabnya otak tengah berserabut, minda dalam keadaan tak stabil, fikiran melayang menjauh, roh terpisah dari jasad, jiwa dirundum keresahan, hati minta ditabahkan.
Tragis bukan bunyinya? Well, itulah kehidupan. Bukan setiap hari, hari-hari kita akan berlalu dan diakhiri dengan penutup yang indah. Adakalanya kita di bawah, adakalanya kita di atas.
Hati ini sakit, tapi ditahankan kerana kesabaran itu indah. Insya-Allah syurga ganjarannya buat mereka yang tabah.
Mungkin bukan rezeki saya kali ini. Tapi dengan izin Allah, suatu hari nanti giliran saya akan tiba. Amin. Doakan ya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga doa saya dimakbulkan oleh-Nya.


Perkembangan Emosi Remaja daripada Perspektif Psikologi Dakwah

Ciri-ciri emosi remaja :

Romantik
Perasaan romantis remaja mempunyai pengaruh mendalam pada hidup mereka. Perasaan romantis ini mendorong remaja menulis atau meluahkan perasaan dan isi hati mereka di dalam diari atau jurnal peribadi mereka. Penulisan di dalam diari ini menunjukkan pengasingan diri dan keupayaan individu atau  remaja itu tentang dirinya. Di samping keinginannya untuk lari dari resah dan gelisah yang melanda diri. Diari atau jurnal dijadikan tempat untuk meluahkan rasa kecewa, cinta dan gembira.

Mudah Keliru
Ketika zaman remaja perubahan fizikal, emosi dan personaliti berlaku dengan begitu pantas dan remaja itu sendiri perlu memahami proses perubahan ini dengan begitu teliti. Pada proses perubahan ini juga remaja itu akan mengalami perubahan dalam perhubungan mereka dengan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat sekeliling. Pada tahap ini  remaja akan mula diberi peranan dan tanggungjawab untuk digalas. Kadangkala ini menyebabkan remaja itu keliru diantara peranan dan tanggungjawab mereka sendiri. Dan sebab itulah mereka akan mudah bertukar pendirian, pendapat, idealogi dan kawan-kawan.

Emosi Marah
Emosi marah wujud apabila manusia tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Zaman remaja dikatakan sebagai zaman storm dan stress yang boleh menyebabkan remaja menjadi mudah marah dan memberontak terhadap seseorang ataupun sesuatu perkara.
Setiap remaja mempunyai kehendak dan keinginan yang harus diterima oleh keluarga, rakan-rakan dan masyarakat disekelilingnya. Dengan ini, mereka akan berasa lebih gembira, bahagia dan disayangi apabila kehendak dan keinginan  mereka diterima. Tetapi apabila kehendak dan keinginan itu di tentang oleh pihak-pihak yang telah disebutkan tadi, remaja itu akan mula menunjukkan reaksi dan respon negatif seperti berubah menjadi agresif, marah, kecewa, takut, bimbang, cemburu dan dengki.
Tahap kemarahan seseorang berbeza mengikut tahap perkembangan. Peringkat awal kanak-kanak marah selalunya berpunca daripada konflikseperti kehilangan barang-barang permainan atau rutin hariannya yang membosankan dan memenatkan. Semasa remaja pula, kemarahan itu seringkali berpunca berasaskan faktor sosial. Contohnya, mereka terperangkap dalam situasi ataupun insiden yang memalukan.



Credit to the author of the book :)
I used his book as my reference resources.
Beneficial much. Masya-Allah.

No comments:

Post a Comment

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰