Assalamualaikum and a very good night to everyone.
May all of you have a blessed night today :)
So this is the second part of Mr. Paraplegic Cintaku.
Enjoy reading everyone !
Mata yang tertutup dengan bibir yang sedikit terbuka itu menarik perhatianku. Ada desiran dan hembusan nafas halus yang lembut terbit dari hidung mancung milik Faliq. Wajah tampan itu aku tatap. Ada senyuman terukir di bibirku saat ini. Kalaulah Faliq tahu yang tidurnya sedang diperhatikan, gamaknya seminggu dia takkan benarkan aku tidur dengan dia. Hahaha. Nakal juga aku ni ya?
May all of you have a blessed night today :)
So this is the second part of Mr. Paraplegic Cintaku.
Enjoy reading everyone !
Mata yang tertutup dengan bibir yang sedikit terbuka itu menarik perhatianku. Ada desiran dan hembusan nafas halus yang lembut terbit dari hidung mancung milik Faliq. Wajah tampan itu aku tatap. Ada senyuman terukir di bibirku saat ini. Kalaulah Faliq tahu yang tidurnya sedang diperhatikan, gamaknya seminggu dia takkan benarkan aku tidur dengan dia. Hahaha. Nakal juga aku ni ya?
Teringatkan peristiwa indah kami beradu
asmara malam tadi membuatkan aku senyum sendiri. Geli hati pun ada juga.
Selepas hampir 2 bulan bernikah, malam tadi merupakan malam kemuncaknya. Malam
dimana buat pertama kalinya aku dengan relanya menyerahkan diriku dari segi
zahir dan batin kepada suamiku yang sah, Mohd Ammar Faliq. Kekurangan fizikal
Faliq bukanlah penghalang buat kami berdua untuk melaksanakan tanggungjawab
terhadap satu sama lain seperti apa yang dituntut di dalam agama. Mereka yang
tidak mengerti pasti akan menganggap itu semua sebagai satu kelemahan. Tapi
pada aku, itu semua satu anugerah yang indah pemberian Allah S.W.T. Aku
bersyukur. Bersyukur mempunyai suami yang kurang upaya tapi mempunyai hati waja
yang sangat kental dan berani. Keberanian sejati. Yang mungkin lelaki ataupun
manusia normal yang lain tidak akan pernah ada dan perolehi. Seorang lelaki
yang tidak kenal erti berputus asa dan tidak pernah jemu untuk terus berusaha.
Wajah bersih yang penuh dengan pesona lelaki
Melayu tulen itu aku tatap lagi. Sekali tengok, macam orang Arab pun ada juga
laki aku ni. Kening tebalnya cantik terletak. Bulu mata panjang. Mata bulat.
Hidung pula mancung. Semakin aku tatap, semakin erat terjalin rasa kasih,
sayang dan cinta aku pada lelaki ini.
Oh
Fal, I love you… Please don’t leave…
Jari-jemariku terus melata pada pipi bersih
dengan tulang pipi yang sedikit tinggi di hadapanku ini. Tiba-tiba, aku senyum
lagi. Masih jelas di ingatan kejadian Faliq menyelamatkan aku daripada lemas
sewaktu menyahut cabaran rakan-rakanku yang menyuruh aku untuk menyelam padahal
waktu itu aku langsung tidak punyai kepakaran dalam sukan menyelam dan
berenang. Sejak detik itu, segalanya mula berubah. 5 bulan saja masa yang
diambil sebelum dia melamar aku.
Tidakku duga lelaki yang dulunya selalu
berperang mulut denganku setiap kali bertemu muka untuk menjadi Imamku. Tapi
tidak hairanlah kerana takdir dan jodoh pertemuan serta ajal maut kita semuanya
ditentukan oleh Allah S.W.T. Ini semua kerja-Nya. Dia yang mengatur dan
menentukan. Yang pasti, ini akan menjadi takdir yang terindah.
Faliq membuka matanya perlahan-lahan. Aku
duduk dalam keadaan menopang dagu menunggu bola mata itu untuk terbuka
sepenuhnya. Aku menguntum senyuman di pinggir bibir.
“Assalamualaikum…
Good morning…” Aku memberi salam dan memberi ucapan selamat pagi
buatnya. Wajah itu berubah warna. Ada rona merah pada pipinya.
Eh eh? Blushing?
Bukan sepatutnya aku ke yang blushing?
Pelik!
Tubuh yang terbaring itu perlahan-lahan di
tegakkan. Aku membantu Faliq untuk membetulkan duduknya. Mata Faliq meliar
memerhati persekitaran bilik. Aku turut memerhati. Rambutnya yang sedikit kusut
itu di raup ke belakang. Aku senyum. Langsir yang telah aku selak sedikit
sebentar tadi memudahkan aku untuk melihat keadaan di luar. Ternyata, di luar
masih gelap. Azan yang berkumandang 20 minit yang lalu menandakan yang waktu
subuh sudah pun masuk. Masih sempat untuk kami berjemaah.
“Jom subuh!” Sudah menjadi kebiasaan,
selalunya apabila masuk saja waktu subuh Faliq yang akan mengejutkan aku
bangun. Tapi hari ini, aku pula yang mengajaknya. Excited lebih!
“Assalamualaikum
w.b.t…” Selepas memberi salam di sebelah kanan, aku tamatkan solatku dengan
memberi salam di sebelah kiriku pula. Kemudian kami sama-sama menadah tangan
untuk berdoa. Seperti biasa, doa akan dibaca oleh Faliq.
“Ya Allah, aku memohon kemenangan dalam
pengadilan dan beroleh kedudukan para syuhadah, kehidupan orang-orang yang
bahagia, serta mampu mengatasi musuh. Lindungilah kami dan berikanlah kami kebahagiaan
di dunia dan di akhirat, Ya Allah. Ya Allah, Kau teguhkanlah iman kami dan janganlah
Engkau uji kami dengan sesuatu di luar batas kemampuan kami.” Aku meraup muka
dengan kedua-dua belah tangan. Mengaminkan doa. Faliq juga begitu. Selepas itu
tangannya aku capai dan aku kucup lembut. Faliq menundukkan wajahnya untuk
mencium ubun-ubun dan dahiku.
Setiap kali dia mencium ubun-ubun dan dahiku,
aku akan berasa tenang setenang-tenangnya. Ketenangan yang tidak pernah aku
rasa sebelum ini. Betullah kata para Ulama’, ciuman dari suami itu banyak
kelebihannya pada seorang isteri.
Setiap hari, selepas menunaikan solat fardhu
ataupun solat sunat, kami akan adakan sesi bercerita ataupun usrah bersama.
Membincangkan mengenai hal rumahtangga atau apa saja yang kami tidak pasti dan
ingin berkongsi bersama. Itulah cara aku memulakan hariku semenjak aku tinggal
bersama dengan Faliq sejak dua bulan yang lalu. Sebelum ini Faliq pernah
menjemput ustaznya iaitu Ustaz Ghamidi untuk mengetuai usrah kami. Banyak yang
aku pelajari dan perolehi dengan sesi usrah sebegini.
“Lepas ni kita mengaji, okay?” Faliq menggamit
aku bersama senyuman meleret di bibir. Aku angguk.
Selesai sesi usrah dan mengaji, aku
menyediakan sarapan pagi untuknya. Mak Lang aku biarkan berehat di bilik. Orang
tua itu kurang sihat hari ini. Lesu saja mukanya. Habis mengemas meja makan,
aku berjalan pula ke ruang tamu. Aku melabuhkan punggung di sofa kulit empuk
berwarna hitam di tengah-tengah ruang menonton televisyen. Faliq yang sedang
tekun menonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 tidak menyedari kehadiranku
di sebelahnya. Sesekali terdengar dia melepaskan tawa berdekah-dekah. Seronok
betul dia kalau dapat tengok pelawak kesukaannya di kaca televisyen.
“Sayang, awak tahu tak yang wanita itu
istimewa?” tanyanya dengan tiba-tiba.
Aku kerut dahi. “Tahu.” Aku senyum senget
sebelum menyambung kembali ayatku. “Wanita itu ibarat bintang yang bergemerlapan
menerangi kegelapan.” kataku dalam nada ceria. Faliq mengangguk. Kepalaku
diusapnya lembut.
“Beruntung saya dapat isteri yang baik macam
awak. Yang boleh jaga saya, masakkan makanan yang sedap untuk saya, melayan
kerenah saya. Kiranya, sayang ni isteri
yang solehahlah. Awak jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri dengan baik.
Saya bangga. Walau sekaya mana pun saya, tiada tolak bandingnya dengan awak.
Awak kaya dengan hati budi. I’m proud to
be your paraplegic husband, Wan Audrey.” Dia senyum. Jari-jemariku dielus
lembut. Aku hanya mampu membalas kata-katanya dengan senyuman dan rasa
bersyukur yang menggunung dalam hati. Perlahan-lahan kepala aku lentokkan di
atas bahu tegapnya.
Wanita muslimah yang solehah adalah mereka
yang pandai melayan suami dan taat pada perintah suaminya setelah dia mentaati perintah
Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W dahulu ada berpesan bahawa lelaki yang memiliki
wanita muslimah yang solehah ini sebagai mereka yang beruntung. Ada suatu
ketika dahulu Rasulullah ditanya ‘Siapakah wanita paling baik?’ Rasulullah
bersabda dan perkara ini ada dinyatakan di dalam hadis riwayat An-Nasa’i iaitu
wanita yang paling baik adalah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila
si suami memandangnya, taat kepada suaminya bila si suami memerintahkannya, tidak
pernah menentang bila dirinya diinginkan oleh suaminya dan tidak pernah
menggunakan harta suaminya untuk perkara yang tidak disukai oleh suaminya.
Malangnya, pada zaman globalisasi
kini jarang sekali kita dapat melihat wanita solehah sebegini. Ada memang ada.
Tapi tidak akan sama dengan mereka-mereka yang terdahulu. Tengok sajalah contoh
terunggul iaitu Umamah binti Al-Harith. Belum lagi ada yang dapat menyaingi
beliau. Nasihat yang pernah diriwayatkan olehnya buat puterinya, Ummu Iyyas
binti ‘Auf masih dipakai sehingga kini. Itu antara nasihat-nasihat terhebat
daripada wanita-wanita hebat terdahulu yang pernah di ciptakan oleh Allah
S.W.T.
Aku tidak sebaik mereka. Masih jauh
perjalanan aku untuk menjadi seperti mereka…
Masihkah
Faliq akan menganggap aku sebagai seorang isteri yang solehah apabila dia ketahui
kebenarannya nanti? Suatu hari nanti, aku pasti kebenaran akan terbongkar. Saat
itu, masih banggakah dia kerana dapat memperisterikan aku?
***************************************************************************
“Hari
ni kita nak pergi semak stok-stok barang yang baru sampai.”
“Oh…” responku. Aku angguk beberapa kali. Faliq di
sebelah tekun memandu. Walaupun dia sudah mulai memandu sendiri, tapi
pemanduannya tidaklah selincah orang yang normal.
Berkat
ketekunan dan komitmennya melengkapkan sesi rawatan perubatan dan terapi, kini
Faliq sudah mulai boleh berjalan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah
lama ditinggalkan dahulu. Langkah kakinya tidaklah sesempurna manusia normal
yang lain. Dia juga masih menggunakan tongkat untuk menstabilkan langkahnya.
Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya ada jugalah kemajuannya. Menurut doktor,
proses perubatan dan penyembuhan untuk mereka yang menghidap masalah lumpuh
seperti Faliq ini memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Beberapa bulan
selepas kemalangan, Faliq sudah mula melakukan sesi fisioterapi dan mendapatkan
rawatan di beberapa buah hospital pakar di dalam dan luar negara. Kiranya sudah
hampir 2 tahun setengah Faliq mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan lumpuh
yang dihidapi. Kelumpuhan itu terjadi akibat daripada kerosakan pada saraf
tunjang.
Hari
ini genap 5 bulan kami berkahwin. Jadi
selama 5 bulan hidup bersama, tinggal sebumbung dan sebilik, berkongsi suka dan
duka, aku dapat lihat sendiri segala penat jerihnya berusaha untuk sembuh. Berusaha
untuk bangkit daripada jatuh. Walaupun dirinya seorang paraplegic, itu bukanlah satu penghalang buat Faliq dan tidak
sesekali akan dijadikan alasan untuk dirinya tidak berjaya.
Kelumpuhan
itu tidak pernah membataskan impiannya untuk terus berjaya seperti orang lain
meskipun dia terpaksa menukar bidang kerjayanya. Faliq dahulunya merupakan
seorang lulusan Master dalam bidang architecture. Namun selepas kemalangan 3
tahun yang lalu menimpa dirinya, Faliq terpaksa mengubah bidang kerjayanya
kepada sesuatu yang lebih santai dan tidak menggunakan terlalu banyak kudrat
fizikal. Jadinya, dia menceburi dunia perniagaan sungguhpun itu bukan minatnya.
Dengan usaha gigih dan keazaman serta dorangan daripada ayahanda tercinta yang
juga merupakan seorang ahli perniagaan. Faliq sudah berjaya menjadi seorang
usahawan muda dan terkenal.
Walaupun dia
kehilangan upaya untuk berjalan, itu tidak menghalang Faliq daripada bergelar
usahawan berjaya yang sudah mempunyai hampir 300 cawangan supermarker di dalam Malaysia sahaja. Itu tidak termasuk dengan
yang di luar negara seperti di Singapura dan Australia. Kecacatan itu tidak
dijadikan kelemahan sebaliknya dijadikan sebagai satu kelebihan untuk dia
buktikan pada dunia yang sesiapa saja mampu berjaya.
Alhamdulillah…
Sebagai
isteri, aku turut berbangga dan bersyukur dengan kejayaan dan rezeki yang telah
dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Kereta
Audi Q5-nya di parkirkan betul-betul di depan pintu masuk kilang. Kilang ini
menjadi stor simpanan stok-stok barangan jualan yang baru sampai dari pembekal.
Ada juga barang-barang yang dikeluarkan dengan penjenamaan Faliq sendiri.
Selain membekal, perniagaan Faliq juga menyediakan perkhidmatan pengeluaran
produk.
***************************************************************************
Telefon
yang berbunyi nyaring minta diangkat menggamit perhatianku yang sedang sibuk
memeriksa proposal untuk projek
terbaru syarikat ini. Nama yang tertera di skrin telefon sangat-sangat
membuatkan aku teruja.
Incoming call, “Lovely Bubblyboo : Faliq”
Dengan
senyuman yang melebar merekah, panggilan itu aku jawab dengan segera.
“Wan Audrey speaking.”
“Where
are you?” tegas suara Faliq di dalam talian. Pelik. Selalunya dia akan
member salam terlebih dahulu. Kali ini tidak. Apa yang dah berlaku ni?
“Dekat
dalam office. Kenapa?”
“Meet me in the parking lot. Now.” Tegas dan
kasar arahan yang keluar dari mulutnya.
Hatiku
mula berdegup kencang. Rasa tidak sedap hati mula menjengah kotak hati.
“Okay.” Talian aku matikan dan segera
mengambil handbagku untuk pulang.
“How dare you!” bentak Faliq kasar
bersama hentakan kuat di stereng kereta. Aku yang tersentak dengan hentakan itu
cepat-cepat memejamkan mata dan beristighfar dalam hati.
“I never thought it was you behind all this
mess. Oh Lord! Why am I so blind?!” marahnya. Air mata
yang mengalir laju disekanya kasar dengan lengan baju sweater knitted-wool yang dipakai.
Aku
cuba menyentuh lengannya. Cuba memujuk.
“Fal, saya…”
“Pemusnah!”
sangkalnya pantas. Serentak dengan itu, tanganku yang cuba menyentuhnya ini
juga ditepis kasar sehingga terdorong ke belakang.
Pemusnah?
Aku terlongo
mendengar tuduhan itu. Walaupun ayatnya pendek dan cuma satu patah perkataan
saja, tapi cukup memberi impak yang sangat besar. Apatah lagi apabila Faliq
sendiri yang melafazkannya.
“Awak
pemusnah. Awak dah musnahkan hidup saya. Saya menderita sebab awak! Semuanya
sebab awak! Tiga tahun saya menderita sebab awak, Wan! Three damn years!”
“Let me explain everything, Fal. Please.”
Aku masih cuba meraih simpati sungguhpun aku tahu yang saat ini, tiada simpati
yang akan berpihak padaku. Satu-satunya lelaki yang aku sayang dan cinta sudah
mulai membenciku. Ini semua adalah akibat daripada perbuatan kejamku padanya tiga
tahun yang lalu.
“Nak
explain apa lagi?” jerkah Faliq.
“Memang
salah saya. Saya cuai. Saya buat kesilapan yang besar malam tu. Saya tahu saya
yang langgar awak. Tapi saya tak sengaja.”
“Tak
sengaja? Oh awak dah langgar saya. Lepas tu awak terus cabut lari. Kalau saya
nak, saya boleh failkan kes ni atas tuduhan kes langgar lari. Awak tahu tak?!”
Tudungku direntap kasar dengan sebelah tangan. Tangan kanannya masih erat
memegang stereng kereta. Muka Faliq membengis. Masih ada air mata yang merembes
laju di wajah putih bersihnya.
“Ya
saya tahu. Saya bertuah dan bernasib baik sebab orang yang saya langgar tu tak
failkan tuduhan langgar lari ke atas saya. Dan saya memang bersalah sebab
tinggalkan mangsa yang saya dah langgar tu hampir mati keseorangan tanpa
bantuan. Saya salah dan saya masih rasa bersalah sampai sekarang! Setiap hari,
setiap waktu, setiap saat saya tengok awak. Saya akan rasa sebak. Saya akan rasa
menyesal. Segala rasa bersalah akan mula menghantui saya. Saya diburu masa
silam dan saya diburu kesalahan saya sendiri! Awak tak pernah tahu macam mana
peritnya saya untuk tanggung semua ni. Awak tak tahu betapa payahnya untuk saya
maafkan diri saya sendiri. Saya akui, saya kahwin dengan awak sebab saya nak
tebus semua kesilapan saya. Tapi percayalah, saya ikhlas berkahwin dengan
awak.” Aku melepaskan keluhan berat. Muka aku raup kasar dengan kedua-dua belah
tangan. Air mataku aku biarkan mengalir.
“I don’t give a damn, Wan Audrey Zulaikha!
You’re a destroyer, a liar!” Suaranya
tersekat-sekat. Ada sendu dalam nada suaranya. Aku tahu dia sangat sedih dan
kecewa. Sedalam mana pun rasa kecewa dan marah aku pada diri sendiri, tiada
tolak bandingnya dengan rasa kecewa dan marah Faliq terhadapku. Aku pemusnah
hidupnya. Dia benar. Aku akur.
Selepas
kemalangan tiga tahun yang lepas. Menurut Mak Lang dan bonda, Faliq mengalami
tekanan yang teruk sehinggakan badannya susut dan disahkan mengalami depression. Dia tertekan kerana tidak
mampu menerima hakikat yang kakinya lumpuh. Sungguhpun peluang untuk pulih itu
ada, tapi akan memakan masa yang lama.
Tapi
Faliq cekal hati dan kuat orangnya. Walaupun pada awalnya perit untuk dia
menerima hakikat yang dirinya tidak seperti orang lain dan tidak seperti dahulu
lagi, namun imannya cukup kukuh. Dia perlahan-lahan cuba menerima takdir
hidupnya dengan redha sungguhpun perit.
“Saya
tak berniat nak menipu atau nak sembunyi hal sebenar dari awak. Saya cuma
takut. Kalau saya berterus-terang sebelum kita kahwin. Masihkah awak dapat
terima saya? Dan masihkah saya berpeluang untuk tebus kesilapan saya tiga tahun
yang lalu?”
“Kalau
tiga tahun yang lalu awak minta maaf, mungkin saya takkan marahkan awak sampai
macam ni sekali dan saya takkan salahkan awak. Saya masih boleh anggap ini
sebagai takdir. Tapi selepas saya dapat tahu yang orang yang saya sayang, cinta
dan saya anggap sebagai kekuatan saya adalah orang yang sama memusnahkan hidup
saya. And that person is my own wife!
Itu saya tak dapat nak terima! You’re
digging your own grave, my love.” Keras ayat yang terbit dari bibirnya.
Kereta
yang di pandu kini diparkirkan di tepi lereng bukit.
“Saya
sanjung awak. Saya jaga awak bagai menatang minyak yang penuh. Sebab saya rasa,
selain Mak Lang yang dah banyak membazirkan masa melayan kerenah saya, awak
sajalah yang sanggup buat semua tu. Awak bagi saya semangat, bagi saya
kekuatan. Jadi perangsang untuk saya melangkah setapak lebih maju dari diri
saya yang sekarang. Awak hadir saat saya merangkak cuba untuk bangkit dari
terus tersungkur. Tapi saya tak pernah sangka yang awak jugalah penyebab saya
jatuh tersungkur sampai macam ni sekali, Wan. Saya tak sangka.” Akhirnya Faliq
menangis teresak-esak. Muka disembamkan pada stereng kereta. Pertama kali dalam
hidupku aku melihat Faliq menangis seteruk ini. Air mata lelakinya mengalir
sederas hembusan nafasnya yang penuh dengan kekecewaan dan kemarahan yang tidak
bertepi.
“Macam
mana awak tahu saya yang langgar awak padahal waktu tu awak tak nampak pun muka
saya dan awak tak sedarkan diri?” Tiba-tiba terdetik di hatiku untuk bertanya
soalan itu.
“Macam
mana awak tahu saya adalah mangsa langgar lari awak padahal waktu tu awak tak
nampak pun muka saya dan saya masih berhelmet di kepala?” Soalanku dibalas juga
dengan soalan.
“Awak
tak jaw…”
“No! You
answer me first.” jerkahnya kasar. Aku tersentak. Bahuku terenjut akibat
terkejut dengan jerkahannya itu.
Satu
badanku mula menggigil. Bibirlah yang paling ketara.
“Saya
cam awak melalui gambar. Ingat tak dulu waktu kita baru mula nak berkenalan dan
rapat, awak ada bawa saya jumpa Mak Lang? Haa waktu tu Mak Lang ada tunjukkan
album gambar awak waktu kemalangan. Saya dapat cam pun sebab motor awak. Saya
masih ingat nombor plat motor orang yang saya langgar tu. FAL7007. Saya tahu
yang nombor plat tu di tempah khas dan dalam Malaysia ni takkan ada pemilik
lain yang mempunyai nombor plat yang sama.
That’s very common. Since that I know that, orang yang saya dah musnahkan
hidupnya itu adalah awak. Saya mungkin tak berhentikan kereta untuk bantu awak,
tapi saya masih ingat jenis motor dan nombor plat motor tu.” Rasa sebak mula
bermukim dalam hati.
Jari-jemari aku genggam sekuat hati.
Ya
Allah, tabahkan aku… Redakan amarah suamiku, Ya Allah… Berdosa besarlah andai
seorang isteri membuat semuanya marah. Ampun Ya Allah, ampun.
Ini
baru Faliq. Macam mana kalau bonda, ayahanda dan Mak Lang tahu yang sebenarnya
akulah manusia kejam yang telah melanggar satu-satunya putera mereka? Mungkin
aku bakal di penggal kepala. Atau mungkin aku akan diheret ke muka pengadilan.
Siapa
sangka tiga tahun yang lepas dalam sekelip mata aku telah merampas kebahagiaan
orang lain. Aku telah menghancurkan harapan seorang ibu yang ingin melihat
putera tunggalnya bergelar seorang arkitek terkemuka dunia dengan kecuaianku.
Aku juga telah menghancurkan harapan seorang ayah yang ingin melihat putera
kesayangannya berjaya menempa nama di persada dunia serta meneruskan legasinya
apabila aku melanggar lari si anak itu.
Jika
aku berhentikan kereta dan aku membantu Faliq waktu itu, adakah semua ini tidak
akan berlaku? Adakah aku tidak akan dimarahi sebegini ? Atau mungkin aku akan diseksa
dengan teruk setelah di humban ke dalam kandang jel?
Ya
Allah… Berat sungguh ujian-Mu ini. Aku tidak setabah ini. Aku takut, Ya Allah.
Nice story kak drea..waiting for the next entry! -tiera
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteTerima kasih Tiera.
Kalau free singgahlah lagi blog ni. Baca karya yang lain.
Heheh.
akak dreaaaa nak sambungannyer.....tak sabar nihhhh...<3...-syathirah
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteInsyaAllah Syathirah.
I'll do it when I'm free ;)
nice one...berbakatnya, i tak pandai tulis cerpen...tolong ajar hehe
ReplyDeleteThank you so much babe! :)
DeleteHahaha. Dengan berbesar hati I ajar you buat cerpen nanti. Hehe.
best citer ni :) ... sungguh menusk kalbu..... -hanif
ReplyDeleteMenusuk kalbu ? Hahaha. Thank you Hanif :) Thanks for reading ;)
Delete