Wednesday, 22 January 2014

Cerpen : Mr. Paraplegic Cintaku 2

Assalamualaikum and a very good night to everyone.
May all of you have a blessed night today :)
So this is the second part of Mr. Paraplegic Cintaku. 
Enjoy reading everyone !


Mata yang tertutup dengan bibir yang sedikit terbuka itu menarik perhatianku. Ada desiran dan hembusan nafas halus yang lembut terbit dari hidung mancung milik Faliq. Wajah tampan itu aku tatap. Ada senyuman terukir di bibirku saat ini. Kalaulah Faliq tahu yang tidurnya sedang diperhatikan, gamaknya seminggu dia takkan benarkan aku tidur dengan dia. Hahaha. Nakal juga aku ni ya?
Teringatkan peristiwa indah kami beradu asmara malam tadi membuatkan aku senyum sendiri. Geli hati pun ada juga. Selepas hampir 2 bulan bernikah, malam tadi merupakan malam kemuncaknya. Malam dimana buat pertama kalinya aku dengan relanya menyerahkan diriku dari segi zahir dan batin kepada suamiku yang sah, Mohd Ammar Faliq. Kekurangan fizikal Faliq bukanlah penghalang buat kami berdua untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap satu sama lain seperti apa yang dituntut di dalam agama. Mereka yang tidak mengerti pasti akan menganggap itu semua sebagai satu kelemahan. Tapi pada aku, itu semua satu anugerah yang indah pemberian Allah S.W.T. Aku bersyukur. Bersyukur mempunyai suami yang kurang upaya tapi mempunyai hati waja yang sangat kental dan berani. Keberanian sejati. Yang mungkin lelaki ataupun manusia normal yang lain tidak akan pernah ada dan perolehi. Seorang lelaki yang tidak kenal erti berputus asa dan tidak pernah jemu untuk terus berusaha.
Wajah bersih yang penuh dengan pesona lelaki Melayu tulen itu aku tatap lagi. Sekali tengok, macam orang Arab pun ada juga laki aku ni. Kening tebalnya cantik terletak. Bulu mata panjang. Mata bulat. Hidung pula mancung. Semakin aku tatap, semakin erat terjalin rasa kasih, sayang dan cinta aku pada lelaki ini.
Oh Fal, I love you… Please don’t leave
Jari-jemariku terus melata pada pipi bersih dengan tulang pipi yang sedikit tinggi di hadapanku ini. Tiba-tiba, aku senyum lagi. Masih jelas di ingatan kejadian Faliq menyelamatkan aku daripada lemas sewaktu menyahut cabaran rakan-rakanku yang menyuruh aku untuk menyelam padahal waktu itu aku langsung tidak punyai kepakaran dalam sukan menyelam dan berenang. Sejak detik itu, segalanya mula berubah. 5 bulan saja masa yang diambil sebelum dia melamar aku.
Tidakku duga lelaki yang dulunya selalu berperang mulut denganku setiap kali bertemu muka untuk menjadi Imamku. Tapi tidak hairanlah kerana takdir dan jodoh pertemuan serta ajal maut kita semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Ini semua kerja-Nya. Dia yang mengatur dan menentukan. Yang pasti, ini akan menjadi takdir yang terindah.
Faliq membuka matanya perlahan-lahan. Aku duduk dalam keadaan menopang dagu menunggu bola mata itu untuk terbuka sepenuhnya. Aku menguntum senyuman di pinggir bibir.
AssalamualaikumGood morning…” Aku memberi salam dan memberi ucapan selamat pagi buatnya. Wajah itu berubah warna. Ada rona merah pada pipinya.
Eh eh? Blushing? Bukan sepatutnya aku ke yang blushing? Pelik!
Tubuh yang terbaring itu perlahan-lahan di tegakkan. Aku membantu Faliq untuk membetulkan duduknya. Mata Faliq meliar memerhati persekitaran bilik. Aku turut memerhati. Rambutnya yang sedikit kusut itu di raup ke belakang. Aku senyum. Langsir yang telah aku selak sedikit sebentar tadi memudahkan aku untuk melihat keadaan di luar. Ternyata, di luar masih gelap. Azan yang berkumandang 20 minit yang lalu menandakan yang waktu subuh sudah pun masuk. Masih sempat untuk kami berjemaah.
“Jom subuh!” Sudah menjadi kebiasaan, selalunya apabila masuk saja waktu subuh Faliq yang akan mengejutkan aku bangun. Tapi hari ini, aku pula yang mengajaknya. Excited lebih!

Assalamualaikum w.b.t…” Selepas memberi salam di sebelah kanan, aku tamatkan solatku dengan memberi salam di sebelah kiriku pula. Kemudian kami sama-sama menadah tangan untuk berdoa. Seperti biasa, doa akan dibaca oleh Faliq.
“Ya Allah, aku memohon kemenangan dalam pengadilan dan beroleh kedudukan para syuhadah, kehidupan orang-orang yang bahagia, serta mampu mengatasi musuh. Lindungilah kami dan berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat, Ya Allah. Ya Allah, Kau teguhkanlah iman kami dan janganlah Engkau uji kami dengan sesuatu di luar batas kemampuan kami.” Aku meraup muka dengan kedua-dua belah tangan. Mengaminkan doa. Faliq juga begitu. Selepas itu tangannya aku capai dan aku kucup lembut. Faliq menundukkan wajahnya untuk mencium ubun-ubun dan dahiku.
Setiap kali dia mencium ubun-ubun dan dahiku, aku akan berasa tenang setenang-tenangnya. Ketenangan yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Betullah kata para Ulama’, ciuman dari suami itu banyak kelebihannya pada seorang isteri.
Setiap hari, selepas menunaikan solat fardhu ataupun solat sunat, kami akan adakan sesi bercerita ataupun usrah bersama. Membincangkan mengenai hal rumahtangga atau apa saja yang kami tidak pasti dan ingin berkongsi bersama. Itulah cara aku memulakan hariku semenjak aku tinggal bersama dengan Faliq sejak dua bulan yang lalu. Sebelum ini Faliq pernah menjemput ustaznya iaitu Ustaz Ghamidi untuk mengetuai usrah kami. Banyak yang aku pelajari dan perolehi dengan sesi usrah sebegini.
“Lepas ni kita mengaji, okay?” Faliq menggamit aku bersama senyuman meleret di bibir. Aku angguk.

Selesai sesi usrah dan mengaji, aku menyediakan sarapan pagi untuknya. Mak Lang aku biarkan berehat di bilik. Orang tua itu kurang sihat hari ini. Lesu saja mukanya. Habis mengemas meja makan, aku berjalan pula ke ruang tamu. Aku melabuhkan punggung di sofa kulit empuk berwarna hitam di tengah-tengah ruang menonton televisyen. Faliq yang sedang tekun menonton rancangan Maharaja Lawak Mega 2013 tidak menyedari kehadiranku di sebelahnya. Sesekali terdengar dia melepaskan tawa berdekah-dekah. Seronok betul dia kalau dapat tengok pelawak kesukaannya di kaca televisyen.
“Sayang, awak tahu tak yang wanita itu istimewa?” tanyanya dengan tiba-tiba.
Aku kerut dahi. “Tahu.” Aku senyum senget sebelum menyambung kembali ayatku. “Wanita itu ibarat bintang yang bergemerlapan menerangi kegelapan.” kataku dalam nada ceria. Faliq mengangguk. Kepalaku diusapnya lembut.
“Beruntung saya dapat isteri yang baik macam awak. Yang boleh jaga saya, masakkan makanan yang sedap untuk saya, melayan kerenah saya. Kiranya, sayang  ni isteri yang solehahlah. Awak jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri dengan baik. Saya bangga. Walau sekaya mana pun saya, tiada tolak bandingnya dengan awak. Awak kaya dengan hati budi. I’m proud to be your paraplegic husband, Wan Audrey.” Dia senyum. Jari-jemariku dielus lembut. Aku hanya mampu membalas kata-katanya dengan senyuman dan rasa bersyukur yang menggunung dalam hati. Perlahan-lahan kepala aku lentokkan di atas bahu tegapnya.
Wanita muslimah yang solehah adalah mereka yang pandai melayan suami dan taat pada perintah suaminya setelah dia mentaati perintah Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W dahulu ada berpesan bahawa lelaki yang memiliki wanita muslimah yang solehah ini sebagai mereka yang beruntung. Ada suatu ketika dahulu Rasulullah ditanya ‘Siapakah wanita paling baik?’ Rasulullah bersabda dan perkara ini ada dinyatakan di dalam hadis riwayat An-Nasa’i iaitu wanita yang paling baik adalah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila si suami memandangnya, taat kepada suaminya bila si suami memerintahkannya, tidak pernah menentang bila dirinya diinginkan oleh suaminya dan tidak pernah menggunakan harta suaminya untuk perkara yang tidak disukai oleh suaminya.
            Malangnya, pada zaman globalisasi kini jarang sekali kita dapat melihat wanita solehah sebegini. Ada memang ada. Tapi tidak akan sama dengan mereka-mereka yang terdahulu. Tengok sajalah contoh terunggul iaitu Umamah binti Al-Harith. Belum lagi ada yang dapat menyaingi beliau. Nasihat yang pernah diriwayatkan olehnya buat puterinya, Ummu Iyyas binti ‘Auf masih dipakai sehingga kini. Itu antara nasihat-nasihat terhebat daripada wanita-wanita hebat terdahulu yang pernah di ciptakan oleh Allah S.W.T.
            Aku tidak sebaik mereka. Masih jauh perjalanan aku untuk menjadi seperti mereka…
Masihkah Faliq akan menganggap aku sebagai seorang isteri yang solehah apabila dia ketahui kebenarannya nanti? Suatu hari nanti, aku pasti kebenaran akan terbongkar. Saat itu, masih banggakah dia kerana dapat memperisterikan aku?

***************************************************************************
           
“Hari ni kita nak pergi semak stok-stok barang yang baru sampai.”
            “Oh…” responku. Aku angguk beberapa kali. Faliq di sebelah tekun memandu. Walaupun dia sudah mulai memandu sendiri, tapi pemanduannya tidaklah selincah orang yang normal.
Berkat ketekunan dan komitmennya melengkapkan sesi rawatan perubatan dan terapi, kini Faliq sudah mulai boleh berjalan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah lama ditinggalkan dahulu. Langkah kakinya tidaklah sesempurna manusia normal yang lain. Dia juga masih menggunakan tongkat untuk menstabilkan langkahnya. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya ada jugalah kemajuannya. Menurut doktor, proses perubatan dan penyembuhan untuk mereka yang menghidap masalah lumpuh seperti Faliq ini memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Beberapa bulan selepas kemalangan, Faliq sudah mula melakukan sesi fisioterapi dan mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital pakar di dalam dan luar negara. Kiranya sudah hampir 2 tahun setengah Faliq mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan lumpuh yang dihidapi. Kelumpuhan itu terjadi akibat daripada kerosakan pada saraf tunjang.
Hari ini genap 5  bulan kami berkahwin. Jadi selama 5 bulan hidup bersama, tinggal sebumbung dan sebilik, berkongsi suka dan duka, aku dapat lihat sendiri segala penat jerihnya berusaha untuk sembuh. Berusaha untuk bangkit daripada jatuh. Walaupun dirinya seorang paraplegic, itu bukanlah satu penghalang buat Faliq dan tidak sesekali akan dijadikan alasan untuk dirinya tidak berjaya.
Kelumpuhan itu tidak pernah membataskan impiannya untuk terus berjaya seperti orang lain meskipun dia terpaksa menukar bidang kerjayanya. Faliq dahulunya merupakan seorang lulusan Master dalam bidang architecture. Namun selepas kemalangan 3 tahun yang lalu menimpa dirinya, Faliq terpaksa mengubah bidang kerjayanya kepada sesuatu yang lebih santai dan tidak menggunakan terlalu banyak kudrat fizikal. Jadinya, dia menceburi dunia perniagaan sungguhpun itu bukan minatnya. Dengan usaha gigih dan keazaman serta dorangan daripada ayahanda tercinta yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Faliq sudah berjaya menjadi seorang usahawan muda dan terkenal.
Walaupun dia kehilangan upaya untuk berjalan, itu tidak menghalang Faliq daripada bergelar usahawan berjaya yang sudah mempunyai hampir 300 cawangan supermarker di dalam Malaysia sahaja. Itu tidak termasuk dengan yang di luar negara seperti di Singapura dan Australia. Kecacatan itu tidak dijadikan kelemahan sebaliknya dijadikan sebagai satu kelebihan untuk dia buktikan pada dunia yang sesiapa saja mampu berjaya.

Alhamdulillah
Sebagai isteri, aku turut berbangga dan bersyukur dengan kejayaan dan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
Kereta Audi Q5-nya di parkirkan betul-betul di depan pintu masuk kilang. Kilang ini menjadi stor simpanan stok-stok barangan jualan yang baru sampai dari pembekal. Ada juga barang-barang yang dikeluarkan dengan penjenamaan Faliq sendiri. Selain membekal, perniagaan Faliq juga menyediakan perkhidmatan pengeluaran produk.

***************************************************************************

Telefon yang berbunyi nyaring minta diangkat menggamit perhatianku yang sedang sibuk memeriksa proposal untuk projek terbaru syarikat ini. Nama yang tertera di skrin telefon sangat-sangat membuatkan aku teruja.
Incoming call, “Lovely Bubblyboo : Faliq”
Dengan senyuman yang melebar merekah, panggilan itu aku jawab dengan segera.
Wan Audrey speaking.”
 “Where are you?” tegas suara Faliq di dalam talian. Pelik. Selalunya dia akan member salam terlebih dahulu. Kali ini tidak. Apa yang dah berlaku ni?
“Dekat dalam office. Kenapa?”
Meet me in the parking lot. Now.” Tegas dan kasar arahan yang keluar dari mulutnya.
Hatiku mula berdegup kencang. Rasa tidak sedap hati mula menjengah kotak hati.
Okay.” Talian aku matikan dan segera mengambil handbagku untuk pulang.

            “How dare you!” bentak Faliq kasar bersama hentakan kuat di stereng kereta. Aku yang tersentak dengan hentakan itu cepat-cepat memejamkan mata dan beristighfar dalam hati.
            “I never thought it was you behind all this mess. Oh Lord! Why am I so blind?!” marahnya. Air mata yang mengalir laju disekanya kasar dengan lengan baju sweater knitted-wool yang dipakai.  
            Aku cuba menyentuh lengannya. Cuba memujuk.
“Fal, saya…”
            “Pemusnah!” sangkalnya pantas. Serentak dengan itu, tanganku yang cuba menyentuhnya ini juga ditepis kasar sehingga terdorong ke belakang.
Pemusnah?
Aku terlongo mendengar tuduhan itu. Walaupun ayatnya pendek dan cuma satu patah perkataan saja, tapi cukup memberi impak yang sangat besar. Apatah lagi apabila Faliq sendiri yang melafazkannya.
            “Awak pemusnah. Awak dah musnahkan hidup saya. Saya menderita sebab awak! Semuanya sebab awak! Tiga tahun saya menderita sebab awak, Wan! Three damn years!”
            “Let me explain everything, Fal. Please.” Aku masih cuba meraih simpati sungguhpun aku tahu yang saat ini, tiada simpati yang akan berpihak padaku. Satu-satunya lelaki yang aku sayang dan cinta sudah mulai membenciku. Ini semua adalah akibat daripada perbuatan kejamku padanya tiga tahun yang lalu.
            “Nak explain apa lagi?” jerkah Faliq.
            “Memang salah saya. Saya cuai. Saya buat kesilapan yang besar malam tu. Saya tahu saya yang langgar awak. Tapi saya tak sengaja.”
            “Tak sengaja? Oh awak dah langgar saya. Lepas tu awak terus cabut lari. Kalau saya nak, saya boleh failkan kes ni atas tuduhan kes langgar lari. Awak tahu tak?!” Tudungku direntap kasar dengan sebelah tangan. Tangan kanannya masih erat memegang stereng kereta. Muka Faliq membengis. Masih ada air mata yang merembes laju di wajah putih bersihnya.
            “Ya saya tahu. Saya bertuah dan bernasib baik sebab orang yang saya langgar tu tak failkan tuduhan langgar lari ke atas saya. Dan saya memang bersalah sebab tinggalkan mangsa yang saya dah langgar tu hampir mati keseorangan tanpa bantuan. Saya salah dan saya masih rasa bersalah sampai sekarang! Setiap hari, setiap waktu, setiap saat saya tengok awak. Saya akan rasa sebak. Saya akan rasa menyesal. Segala rasa bersalah akan mula menghantui saya. Saya diburu masa silam dan saya diburu kesalahan saya sendiri! Awak tak pernah tahu macam mana peritnya saya untuk tanggung semua ni. Awak tak tahu betapa payahnya untuk saya maafkan diri saya sendiri. Saya akui, saya kahwin dengan awak sebab saya nak tebus semua kesilapan saya. Tapi percayalah, saya ikhlas berkahwin dengan awak.” Aku melepaskan keluhan berat. Muka aku raup kasar dengan kedua-dua belah tangan. Air mataku aku biarkan mengalir.
            “I don’t give a damn, Wan Audrey Zulaikha! You’re a destroyer, a liar!” Suaranya tersekat-sekat. Ada sendu dalam nada suaranya. Aku tahu dia sangat sedih dan kecewa. Sedalam mana pun rasa kecewa dan marah aku pada diri sendiri, tiada tolak bandingnya dengan rasa kecewa dan marah Faliq terhadapku. Aku pemusnah hidupnya. Dia benar. Aku akur.
            Selepas kemalangan tiga tahun yang lepas. Menurut Mak Lang dan bonda, Faliq mengalami tekanan yang teruk sehinggakan badannya susut dan disahkan mengalami depression. Dia tertekan kerana tidak mampu menerima hakikat yang kakinya lumpuh. Sungguhpun peluang untuk pulih itu ada, tapi akan memakan masa yang lama.
            Tapi Faliq cekal hati dan kuat orangnya. Walaupun pada awalnya perit untuk dia menerima hakikat yang dirinya tidak seperti orang lain dan tidak seperti dahulu lagi, namun imannya cukup kukuh. Dia perlahan-lahan cuba menerima takdir hidupnya dengan redha sungguhpun perit.
            “Saya tak berniat nak menipu atau nak sembunyi hal sebenar dari awak. Saya cuma takut. Kalau saya berterus-terang sebelum kita kahwin. Masihkah awak dapat terima saya? Dan masihkah saya berpeluang untuk tebus kesilapan saya tiga tahun yang lalu?”
            “Kalau tiga tahun yang lalu awak minta maaf, mungkin saya takkan marahkan awak sampai macam ni sekali dan saya takkan salahkan awak. Saya masih boleh anggap ini sebagai takdir. Tapi selepas saya dapat tahu yang orang yang saya sayang, cinta dan saya anggap sebagai kekuatan saya adalah orang yang sama memusnahkan hidup saya. And that person is my own wife! Itu saya tak dapat nak terima! You’re digging your own grave, my love.” Keras ayat yang terbit dari bibirnya.
            Kereta yang di pandu kini diparkirkan di tepi lereng bukit.
            “Saya sanjung awak. Saya jaga awak bagai menatang minyak yang penuh. Sebab saya rasa, selain Mak Lang yang dah banyak membazirkan masa melayan kerenah saya, awak sajalah yang sanggup buat semua tu. Awak bagi saya semangat, bagi saya kekuatan. Jadi perangsang untuk saya melangkah setapak lebih maju dari diri saya yang sekarang. Awak hadir saat saya merangkak cuba untuk bangkit dari terus tersungkur. Tapi saya tak pernah sangka yang awak jugalah penyebab saya jatuh tersungkur sampai macam ni sekali, Wan. Saya tak sangka.” Akhirnya Faliq menangis teresak-esak. Muka disembamkan pada stereng kereta. Pertama kali dalam hidupku aku melihat Faliq menangis seteruk ini. Air mata lelakinya mengalir sederas hembusan nafasnya yang penuh dengan kekecewaan dan kemarahan yang tidak bertepi.
            “Macam mana awak tahu saya yang langgar awak padahal waktu tu awak tak nampak pun muka saya dan awak tak sedarkan diri?” Tiba-tiba terdetik di hatiku untuk bertanya soalan itu.
            “Macam mana awak tahu saya adalah mangsa langgar lari awak padahal waktu tu awak tak nampak pun muka saya dan saya masih berhelmet di kepala?” Soalanku dibalas juga dengan soalan.
            “Awak tak jaw…”
            “No! You answer me first.” jerkahnya kasar. Aku tersentak. Bahuku terenjut akibat terkejut dengan jerkahannya itu.
            Satu badanku mula menggigil. Bibirlah yang paling ketara.
            “Saya cam awak melalui gambar. Ingat tak dulu waktu kita baru mula nak berkenalan dan rapat, awak ada bawa saya jumpa Mak Lang? Haa waktu tu Mak Lang ada tunjukkan album gambar awak waktu kemalangan. Saya dapat cam pun sebab motor awak. Saya masih ingat nombor plat motor orang yang saya langgar tu. FAL7007. Saya tahu yang nombor plat tu di tempah khas dan dalam Malaysia ni takkan ada pemilik lain yang mempunyai nombor plat yang sama. That’s very common. Since that I know that, orang yang saya dah musnahkan hidupnya itu adalah awak. Saya mungkin tak berhentikan kereta untuk bantu awak, tapi saya masih ingat jenis motor dan nombor plat motor tu.” Rasa sebak mula bermukim dalam hati.
Jari-jemari aku genggam sekuat hati.
            Ya Allah, tabahkan aku… Redakan amarah suamiku, Ya Allah… Berdosa besarlah andai seorang isteri membuat semuanya marah. Ampun Ya Allah, ampun.
            Ini baru Faliq. Macam mana kalau bonda, ayahanda dan Mak Lang tahu yang sebenarnya akulah manusia kejam yang telah melanggar satu-satunya putera mereka? Mungkin aku bakal di penggal kepala. Atau mungkin aku akan diheret ke muka pengadilan.
            Siapa sangka tiga tahun yang lepas dalam sekelip mata aku telah merampas kebahagiaan orang lain. Aku telah menghancurkan harapan seorang ibu yang ingin melihat putera tunggalnya bergelar seorang arkitek terkemuka dunia dengan kecuaianku. Aku juga telah menghancurkan harapan seorang ayah yang ingin melihat putera kesayangannya berjaya menempa nama di persada dunia serta meneruskan legasinya apabila aku melanggar lari si anak itu.
            Jika aku berhentikan kereta dan aku membantu Faliq waktu itu, adakah semua ini tidak akan berlaku? Adakah aku tidak akan dimarahi sebegini ? Atau mungkin aku akan diseksa dengan teruk setelah di humban ke dalam kandang jel?
            Ya Allah… Berat sungguh ujian-Mu ini. Aku tidak setabah ini. Aku takut, Ya Allah. 

8 comments:

  1. Nice story kak drea..waiting for the next entry! -tiera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)
      Terima kasih Tiera.
      Kalau free singgahlah lagi blog ni. Baca karya yang lain.
      Heheh.

      Delete
  2. akak dreaaaa nak sambungannyer.....tak sabar nihhhh...<3...-syathirah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)
      InsyaAllah Syathirah.
      I'll do it when I'm free ;)

      Delete
  3. nice one...berbakatnya, i tak pandai tulis cerpen...tolong ajar hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much babe! :)
      Hahaha. Dengan berbesar hati I ajar you buat cerpen nanti. Hehe.

      Delete
  4. best citer ni :) ... sungguh menusk kalbu..... -hanif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menusuk kalbu ? Hahaha. Thank you Hanif :) Thanks for reading ;)

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰