Wednesday, 15 January 2014

Bab 5 : Le' Charmer

Assalamualaikum readers and hi !
How are you?
Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sihat walafiat belaka :)
So this is chapter 5. Rough draft. Hope you enjoy it!
Any idea or comment, just post it on my blog's comment box down there ;)
'Circle' me on Google+ 

Selamat pagi dunia! Alhamdulillah… Allah masih memberi aku peluang untuk hidup dan berbakti kepada-Nya. Terima kasih, Ya Rabbi!
 Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah balkoni. Pintu gelongsor aku tolak sedikit agar aku dapat meloloskan diri untuk keluar. Aku menoleh ke belakang. Jam di dinding aku kerling.
5.40 AM

Woahh! Awal betul aku bangun! Itu juga bermakna aku berpeluang untuk menunaikan solat subuh hari ini.
Berpeluang?
Oh no no no!
Aku rasa penggunaan ayat ‘berpeluang’ bukanlah satu kosa kata yang sesuai. Menunaikan solat subuh itu adalah kewajipan setiap Muslim kerana solat subuh adalah satu daripada lima solat fardhu.
Bukankah solat itu tiang agama?
Ya, solat itu merupakan tiang agama. Solat juga menjadi kunci untuk kita ke syurga selain menjadi imam bagi semua amalan baik kita. Solat dapat menghapuskan dosa, memberi ketenangan jiwa serta mendatangkan rahmat Allah S.W.T kepada kita. Solat itu juga boleh dijadikan sebagai tanda yang seseorang itu beragama Islam. Islam pada keimanan, ketaqwaan dan kepercayaan serta cara kehidupannya.
Bukan hanya sekadar Islam pada nama dan dalam kad pengenalan saja!
Dalam hadis riwayat Al-Tirmizi, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya amalan pertama hamba yang akan dihisab pada hari kiamat kelak ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya, maka ia akan mendapat kemenangan dan kejayaan dan sekiranya rosak solatnya, maka gagal dan rugilah ia.”
Amalan solat inilah merupakan amalan pertama yang akan dihisab di hari kiamat nanti. Jika nak diikutkan, dahulunya solat yang diwajibkan oleh Allah S.W.T pada peristiwa Mikraj kepada Rasullullah S.A.W adalah sebanyak 50 kali. Kemudian, Allah mengurangkan jumlah 50 kali tersebut kepada 5 kali sahaja iaitu sebanyak 5 waktu sehari. Apabila Allah S.W.T memerintah Rasulullah S.A.W dan umatnya yang terdahulu untuk menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari adalah kerana Allah percaya bahawa umat manusia mampu menunaikannya.
Kini, ada hikmahnya yang tersendiri kenapa Allah S.W.T mengurangkan jumlah tersebut. Walaupun solat yang diwajibkan kepada umat Rasulullah S.A.W kini adalah sebanyak 5 waktu sahaja, tetapi nilai rahmatnya adalah seperti menunaikan solat sebanyak 50 waktu. Ini juga sebagai motivasi kepada kaum Muslimin untuk sama-sama mengerjakan ibadah dan mengumpul sebanyak mungkin amalan yang dapat dijadikan bekalan kita di akhirat nanti.
Persoalannya, tidak cukup lagikah bukti yang Allah itu sentiasa memudahkan urusan hamba-Nya? Dan Islam itu mudah, bukan?
Ya, itu soalan yang patut diajukan pada diri aku sendiri.
Solat fardhu lima kali sehari yang wajib aku tunaikan ini mengingatkan aku yang bahawasanya aku adalah hamba Allah S.W.T dan hanya kepada Allah tempat pengabdianku untuk mengeratkan hubungan dan memperolehi keredhaan-Nya.
Sungguhpun begitu. Solat fardhu lima waktuku ini masih juga tidak lengkap bilangannya. Solat subuhlah yang paling kerap aku tinggalkan dengan sengaja mahupun tidak.
Ya Allah, jahilnya aku sebagai hamba-Mu yang hidup di muka bumi-Mu ini kerana lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku sebagai hamba-Mu dengan sempurna.
Astaghfirullahalazim…
Sesungguhnya aku tergolong daripada golongan mereka yang menzalimi diri sendiri.

Mataku yang masih kabur ini terus terbuka luas apabila terlihat panorama alam yang indah terbentang di depan mata. Subhanallah! Cantiknya! Dalam hati aku memuji kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T. Walaupun masih awal pagi, tapi keadaan langit dan panorama alam dari tingkat 13 kondominium ini sangat indah. Matahari seperti takut-takut untuk memunculkan diri. Bulan bulan seperti liat untuk meninggalkan malam. Bintang ada yang masih kelihatan.
Selepas hampir 10 minit menghayati kehebatan alam ciptaan Tuhan ini, aku terus berpaling untuk melangkah masuk semula ke dalam bilik. Tuala yang tersidai elok di penyidai kain di belakang pintu bilik aku capai dan kaki melangkah laju ke kamar mandi.

Usai membersihkan badan,  aku keluar dari kamar mandi dan berjalan ke wardrobe untuk mengambil pakaianku. Sehelai baby-T berwarna biru firus dan seluar panjang Nike aku keluarkan dan aku letakkan di atas katil. Rambutku yang lebat dan panjang ini aku keringkan dahulu sebelum memakai baju.
Sedang elok  aku selesai memakai pakaian dengan lengkap, azan mula berkumandang. Menunjukkan waktu subuh telah masuk waktunya. Sejadah di penyidai aku ambil. Sejadah itu aku hamparkan bersebelahan dengan ruang kosong di tepi katil. Walaupun ada ruang yang lebih besar di tengah-tengah ruangan bilik tidurku ini, aku tetap lebih selesa menunaikan solat disini.

Selesai solat, aku mengambil masa untuk berdoa dan memohon petunjuk dari Allah S.WT, pemilik sekalian alam ini. Dia jugalah yang menciptakan siang dan malam serta setiap apa yang berlaku di dunia ini. Semuanya berlaku dengan keizinan dan rahmat-Nya. Dalam Al-Quran ada menceritakan segalannya. Di dalam Al-Quran dan hadith itu juga terdapat jawapan lengkap untuk semua persoalan. Memikirkan keunikan dan kesempurnaan Islam membuatkan aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam walaupun aku boleh di kategorikan sebagai Islam hanya pada nama dan dalam kad pengenalan sahaja.
Semenjak aku tamat pengajian, aku boleh dikategorikan sebagai penganggur sepenuh masa yang hanya tahu menghabiskan duit ‘kekasih hati’, Tengku Fauzan Emerson.  Sadis bukan? Bukan aku tidak ada duit sendiri. Ada itu ada. Tapi Tengku Fauzan yang berkeras supaya membenarkan dia menanggung kesemua perbelanjaanku.
Oh, I am so lucky!
Jadi apa lagi yang boleh aku katakan? Sepanjang mengenali Tengku Fauzan. Rezeki aku sentiasa ada dan duit dalam bank juga tidak pernah kosong sebab duit belanja yang abah bagi memang aku tidak pernah sentuh sejak beberapa tahun yang lalu. Jika aku guna pun, itu untuk kegunaan pelajaran seperti hendak membeli buku rujukan atau alat tulis.
Tidak bekerja tapi sentiasa ada duit. Best, kan?
Ya, hidup aku memang awesome!
Oh, sewa rumah? Kondominium inikan milik Zahra. Jadi tiada sebarang caj dikenakan. Bukan caj saja, sewa pun tak perlu bayar sebabnya memang dari awal lagi Zahra sudah berjanji yang dia tidak akan meminta sebarang bayaran. Pelawaannya mengajak aku dan Sophea tinggal bersamanya adalah ikhlas. Papanya juga begitu.
Baik hati sungguh dua beranak itu.
Semoga Allah membalas kebaikan mereka anak-beranak dengan kebaikan juga.
Kerja pula masih dalam perancangan sebabnya aku memang sudah merancang untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusanku. Cuma aku memerlukan beberapa waktu untuk berehat bagi mengumpul segala semangat baru sebelum memulakan dunia yang baru iaitu dunia pekerjaan. Melangkah ke dunia pekerjaan merupakan fasa terbaru dalam hidup aku selepas bertahun-tahun bergelar pelajar disalah sebuah IPTA terkemuka negara itu. Zahra dan Sophea masing-masing bekerja di syarikat milik keluarga mereka. Aku? Memang kena usaha sendiri. Lagi pun aku memang tidak mahu bekerja dengan mereka. Aku mahu berdikari sendiri.

Hari ini hari Ahad. Apa saja yang boleh aku lakukan selain daripada melepak atau mengurung diri di dalam rumah ini? Makan tidur, makan tidur. Kalau sebulan aku amalkan aktiviti kurang sihat ini, mahu gemuk aku nanti. 
Err, gemuk?! Oh tidak! Mana mungkin aku jadi gemuk. Nanti jatuhlah saham aku. Lathia Emilia being fat? Yewww. No way, man.
Sedang hati bermonolog, aku membuat keputusan untuk turun ke gimnasium. Gimnasiumnya tidak adalah jauh mana. Dekat aras A1 tu saja. Di aras A1 itu juga terdapat sebuah kolam renang. Kalau aku berpeluang, memang rezeki akulah dapat skodeng mat-mat salleh yang suka tayang body dekat gym and pool area tu.
Muahahahah!
                Disebabkan kondominum ini dihuni oleh 3 orang anak dara sahaja. Memang sunyilah jadinya bila masing-masing sudah pulang ke rumah untuk bersama dengan keluarga tercinta. Zahra pulang ke Johor. Sophea pula pulang ke Subang. Yang tinggal hanyalah aku. Kalau nak keluar, rasanya macam malas pula. Lagi pula nak keluar dengan siapa? Tengku Fauzan?
Hari-hari tengok muka mamat tu bosan juga. Hahaha! Sekali-sekala nak juga aku jumpa orang baru. Rezeki baru. Duit baru. Paling penting, mangsa baru. Hahahaha.

*********************************************************************************

            “At last!” Aku mendepangkan tangan seluas-luasnya saat kaki menjejak gym and pool area di aras A1 ini. Setelah sekian lama, akhirnya aku berjaya untuk kembali menjejakkan kaki ke gimnasium. Kesibukan menghalang aku daripada melakukan rutin mingguan yang telah menjadi salah satu hobi wajib aku sejak zaman sekolah menengah lagi.
            Beg sandang berjenama Nike di bahu aku simpan di dalam loker khas. Kemudian aku berjalan memasuki gimnasium mewah bertaraf 5 bintang ini. Saat pintu kaca yang berat ini aku tolak, mataku hampir tersembul keluar apabila terpandangkan begitu ramai orang di dalam gimnasium ini. Rata-ratanya bukan local citizen.
            Bukan local citizen, bermakna memang bermacam-macam ragamlah ada.
            Yang wanita, ada yang berbikini sambil berlari di atas treadmill. Tidakkah mereka sedar akan kewujudan etika dalam setiap perkara yang ada di dunia ini? Bersenam juga tidak terlepas daripada itu. Bersenam juga ada etikanya dan sebagai seorang yang bertanggungjawab, mereka perlu tahu dan perlu patuhi etika ketika bersenam. Salah satunya adalah dengan memakai pakaian yang sesuai dan bukannya berbikini!
            Stupid blonde. Perhaps, beauty with no brain! Aku mencebik.
Well, yang lelaki juga tidak ada kurangnya. Jika si perempuan berbikini, yang lelaki pula tidak berbaju. Kalau yang tidak berbaju itu badannya cantik persis model atau ahli bina badan aku tidak kesah sangat. Ini dengan perut boroinya duduk terkangkang di atas kerusi rehat. Kurang sopan sungguh gayanya. Mana perginya adab mereka?
Erghhhh! Not a perfect view!
            Aku mendengus geram. Tekakku terasa loya. Loya dengan pemandang kurang menyelerakan itu. Nak mengelak tidak boleh sebab ini saja laluan utama yang aku ada untuk bergerak ke bahagian cardio.
            “Hi!” Aku terasa seperti ada seseorang mencuit bahuku dari arah belakang. Aku berhenti melangkah dan berpaling ke belakang.
            Ada seorang jejaka tampan yang ketinggiannya sama paras denganku sedang tersenyum manis. Rambutnya berwarna blonde dan matanya berwarna biru. Potongan badan pula gaya seorang atlet.
Hurmmm… Who is he? Aku tertanya sendiri. Minda ligat berfikir jika aku sebelum ini pernah bersua muka dengannya ataupun pernah keluar bersama lelaki berambut blonde dan berkulit sawo matang ini. Atau mungkin juga dia merupakan salah seorang daripada mangsa-mangsaku?
“Yes?” Aku bertanya. Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku membalas huluran itu.
I’m Keith.” Jelasnya dalam pelat asing.
 “I’m Natalia.” Aku senyum separuh. Kemudian, aku berpaling ke depan dan kembali meneruskan perjalanan menuju ke mesin treadmill di bahagian cardio yang terletak di sudut kiri gimnasium. Keith mengikut. Dia berjalan di sebelahku.
So you frequently come here or this is your first time? I’ve never seen you before.
Aku senyum sebelum menjawab pertanyaan lelaki bernama Keith ini. “I used to come here very often but lately I’ve been very busy. So... Yeah… Consider this as my first time after quite a long time I didn’t come here.
Keith angguk kepala. Tuala di lehernya di ambil dan peluh-peluh kecil yang merintik jatuh ke dahi dilapnya.
You have an unique accent. I bet you’re not from the States or UK. Are you from France?” tanyaku. Menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lelaki di sebelahku ini.
Yes. I’m from France. But I stay and lived in Malaysia for more than 10 years now.”
Oh really?” Aku membulatkan mata tanda teruja.
I studied in one of the local private instituition for my Degree and Master. Currently working for a private conglomerate.
Modelling? Or any artistry field?”
Hahahaha. Nope. I’m in the management field.” Keith ketawa besar di awal ayatnya. Aku sengih. Aku memandang lelaki di depanku ini dari atas ke bawah sebelum menyambung kata-kata. “I don’t think management suits you well, Mr. Keith. Haha. Modelling would be a perfect career for you.”
“Tidaklah, Natalia. Saya tak minat modelling.” Jelasnya. Mesra.
Tidaklah, Natalia? Oh sekejap! Dia cakap Bahasa Melayulah siot!
Jantungku hampir saja melompat keluar dari badan saat terdengar lelaki Perancis di sebelahku ini bertutur dalam Bahasa Melayu. Sungguhpun pelat, jelas ketara yang aku kagum!
“Awak boleh berbahasa Melayu?!” Aku bertanya penuh ceria. Mulutku melopong membentuk ‘O’ yang besar. Keith tersenyum lebar melihat riak wajahku yang jelas ketara memaparkan riak terkejut ini.
“Hahaha. Kan saya dah kata yang saya tinggal di Malaysia sudah masuk 10 tahun. Jadi sudah tentulah saya ada belajar Bahasa Malaysia. And frankly, I’m good at it.”
Aku kerut dahi tanda tidak bersetuju. “Not good but perfect, indeed! Honestly, I’m impressed. It’s not easy for someone who came from other country and has different cultures to actually able to masters in Bahasa Malaysia. I used to have friend who was very keen to learn Bahasa Malaysia but yet, end up give up at the early stage.” Sangkalku dengan penuh rasa hormat.
When you have a strong will upon something, hardship won’t ease your eagerness. Everything will seem to be very easy. No excuses. Just commitment and passion. Patient also needed here.” Aku bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki berbangsa Perancis ini. Orangnya nampak berbudi bahasa. Penuh tatasusila. Jarang untuk berjumpa orang berbangsa asing yang sanggup mempelajari budaya hidup masyarakat Malaysia dan Melayu terutamanya. Selalunya orang asing akan berpendapat yang sesetengah kaum Melayu ini fikirannya kolot dan tidak up-to-date. Tapi tidak pada Keith. This man is different! He’s unique and for sure, he caught my attention at the first place.
Oh, tertiba aku terhidu bau ‘rezeki’!

Saat aku sampai di bahagian cardio, kesemua treadmill sudah dipenuhi dengan pengguna lain. Minah salleh yang berbikini tadi pun masih rancak berlari di atas treadmill.
Woahhh! Malangnya nasib! Dahlah kena redah permandangan yang meloyakan tekak. Sampai-sampai saja sudah ada orang lain yang ambil treadmill tu.
Hurmm… Aku mengeluh lemah.
Keith di sebelah hanya memandang. Tekun dia memerhati setiap gerak-geriku.
Disebabkan treadmill ini semuanya sedang digunakan, jadi aku memutuskan untuk pergi ke kawasan kolam renang.
Tak dapat exercise, swimming pun boleh. 

Tiba-tiba…



5 comments:

  1. akak dreaaa best sgt4...syat tak tahu nak ckap mcmmne agy.....yg pasti best gilerrrrrrrrrrrrrrr!!! i love it...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah :)
    Glad you enjoy it ;)
    Thank you Syat for spending your precious time reading my masterpiece.
    I really do appreciate it :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome.....publish cepat2 ye...kahkahkah XD....

      Delete
  3. alaa cepatlah sambung...keith cakap melayu tuuu...nama keith ku terbayang keith foo la pulak...hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hold on hold on! Haha. Sambungan dah ada. Cuma tak sempat nak publish lagi. Haha. I will let you know when I'm done. Hehe. Ahahaha. Keith Foo? Pun bolehlah. Nama dah dekat tu. Hehehe

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰