Assalamualaikum readers and hi !
How are you?
Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sihat walafiat belaka :)
So this is chapter 5. Rough draft. Hope you enjoy it!
Any idea or comment, just post it on my blog's comment box down there ;)
'Circle' me on Google+
Selamat pagi dunia! Alhamdulillah… Allah masih memberi aku
peluang untuk hidup dan berbakti kepada-Nya. Terima kasih, Ya Rabbi!
Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke
arah balkoni. Pintu gelongsor aku tolak sedikit agar aku dapat meloloskan diri
untuk keluar. Aku menoleh ke belakang. Jam di dinding aku kerling.
5.40 AM
Woahh! Awal betul aku bangun!
Itu juga bermakna aku berpeluang untuk menunaikan solat subuh hari ini.
Berpeluang?
Oh no no no!
Aku rasa penggunaan ayat
‘berpeluang’ bukanlah satu kosa kata yang sesuai. Menunaikan solat subuh itu
adalah kewajipan setiap Muslim kerana solat subuh adalah satu daripada lima
solat fardhu.
Bukankah solat itu tiang
agama?
Ya, solat itu merupakan tiang
agama. Solat juga menjadi kunci untuk kita ke syurga selain menjadi imam bagi
semua amalan baik kita. Solat dapat menghapuskan dosa, memberi ketenangan jiwa
serta mendatangkan rahmat Allah S.W.T kepada kita. Solat itu juga boleh
dijadikan sebagai tanda yang seseorang itu beragama Islam. Islam pada keimanan,
ketaqwaan dan kepercayaan serta cara kehidupannya.
Bukan hanya sekadar Islam pada
nama dan dalam kad pengenalan saja!
Dalam hadis riwayat
Al-Tirmizi, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya amalan pertama hamba yang
akan dihisab pada hari kiamat kelak ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya, maka
ia akan mendapat kemenangan dan kejayaan dan sekiranya rosak solatnya, maka
gagal dan rugilah ia.”
Amalan solat inilah merupakan
amalan pertama yang akan dihisab di hari kiamat nanti. Jika nak diikutkan, dahulunya
solat yang diwajibkan oleh Allah S.W.T pada peristiwa Mikraj kepada Rasullullah
S.A.W adalah sebanyak 50 kali. Kemudian, Allah mengurangkan jumlah 50 kali
tersebut kepada 5 kali sahaja iaitu sebanyak 5 waktu sehari. Apabila Allah
S.W.T memerintah Rasulullah S.A.W dan umatnya yang terdahulu untuk menunaikan
solat sebanyak 50 kali sehari adalah kerana Allah percaya bahawa umat manusia
mampu menunaikannya.
Kini, ada hikmahnya yang
tersendiri kenapa Allah S.W.T mengurangkan jumlah tersebut. Walaupun solat yang
diwajibkan kepada umat Rasulullah S.A.W kini adalah sebanyak 5 waktu sahaja,
tetapi nilai rahmatnya adalah seperti menunaikan solat sebanyak 50 waktu. Ini
juga sebagai motivasi kepada kaum Muslimin untuk sama-sama mengerjakan ibadah
dan mengumpul sebanyak mungkin amalan yang dapat dijadikan bekalan kita di
akhirat nanti.
Persoalannya, tidak cukup
lagikah bukti yang Allah itu sentiasa memudahkan urusan hamba-Nya? Dan Islam
itu mudah, bukan?
Ya, itu soalan yang patut
diajukan pada diri aku sendiri.
Solat fardhu lima kali sehari
yang wajib aku tunaikan ini mengingatkan aku yang bahawasanya aku adalah hamba
Allah S.W.T dan hanya kepada Allah tempat pengabdianku untuk mengeratkan
hubungan dan memperolehi keredhaan-Nya.
Sungguhpun begitu. Solat
fardhu lima waktuku ini masih juga tidak lengkap bilangannya. Solat subuhlah
yang paling kerap aku tinggalkan dengan sengaja mahupun tidak.
Ya Allah, jahilnya aku sebagai
hamba-Mu yang hidup di muka bumi-Mu ini kerana lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku
sebagai hamba-Mu dengan sempurna.
Astaghfirullahalazim…
Sesungguhnya aku tergolong
daripada golongan mereka yang menzalimi diri sendiri.
Mataku yang masih kabur ini
terus terbuka luas apabila terlihat panorama alam yang indah terbentang di
depan mata. Subhanallah! Cantiknya!
Dalam hati aku memuji kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.T. Walaupun masih awal
pagi, tapi keadaan langit dan panorama alam dari tingkat 13 kondominium ini
sangat indah. Matahari seperti takut-takut untuk memunculkan diri. Bulan bulan
seperti liat untuk meninggalkan malam. Bintang ada yang masih kelihatan.
Selepas hampir 10 minit
menghayati kehebatan alam ciptaan Tuhan ini, aku terus berpaling untuk
melangkah masuk semula ke dalam bilik. Tuala yang tersidai elok di penyidai
kain di belakang pintu bilik aku capai dan kaki melangkah laju ke kamar mandi.
Usai membersihkan badan, aku keluar dari kamar mandi dan berjalan ke wardrobe untuk mengambil pakaianku.
Sehelai baby-T berwarna biru firus dan seluar panjang Nike aku keluarkan dan
aku letakkan di atas katil. Rambutku yang lebat dan panjang ini aku keringkan
dahulu sebelum memakai baju.
Sedang elok aku selesai memakai pakaian dengan lengkap,
azan mula berkumandang. Menunjukkan waktu subuh telah masuk waktunya. Sejadah
di penyidai aku ambil. Sejadah itu aku hamparkan bersebelahan dengan ruang
kosong di tepi katil. Walaupun ada ruang yang lebih besar di tengah-tengah
ruangan bilik tidurku ini, aku tetap lebih selesa menunaikan solat disini.
Selesai solat, aku mengambil
masa untuk berdoa dan memohon petunjuk dari Allah S.WT, pemilik sekalian alam
ini. Dia jugalah yang menciptakan siang dan malam serta setiap apa yang berlaku
di dunia ini. Semuanya berlaku dengan keizinan dan rahmat-Nya. Dalam Al-Quran
ada menceritakan segalannya. Di dalam Al-Quran dan hadith itu juga terdapat
jawapan lengkap untuk semua persoalan. Memikirkan keunikan dan kesempurnaan
Islam membuatkan aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam walaupun aku
boleh di kategorikan sebagai Islam hanya pada nama dan dalam kad pengenalan
sahaja.
Semenjak aku tamat pengajian,
aku boleh dikategorikan sebagai penganggur sepenuh masa yang hanya tahu
menghabiskan duit ‘kekasih hati’, Tengku Fauzan Emerson. Sadis bukan? Bukan aku tidak ada duit sendiri.
Ada itu ada. Tapi Tengku Fauzan yang berkeras supaya membenarkan dia menanggung
kesemua perbelanjaanku.
Oh, I am so lucky!
Jadi apa lagi yang boleh aku
katakan? Sepanjang mengenali Tengku Fauzan. Rezeki aku sentiasa ada dan duit
dalam bank juga tidak pernah kosong sebab duit belanja yang abah bagi memang
aku tidak pernah sentuh sejak beberapa tahun yang lalu. Jika aku guna pun, itu
untuk kegunaan pelajaran seperti hendak membeli buku rujukan atau alat tulis.
Tidak bekerja tapi sentiasa
ada duit. Best, kan?
Ya, hidup aku memang awesome!
Oh, sewa rumah? Kondominium
inikan milik Zahra. Jadi tiada sebarang caj dikenakan. Bukan caj saja, sewa pun
tak perlu bayar sebabnya memang dari awal lagi Zahra sudah berjanji yang dia
tidak akan meminta sebarang bayaran. Pelawaannya mengajak aku dan Sophea
tinggal bersamanya adalah ikhlas. Papanya juga begitu.
Baik hati sungguh dua beranak
itu.
Semoga Allah membalas kebaikan
mereka anak-beranak dengan kebaikan juga.
Kerja pula masih dalam
perancangan sebabnya aku memang sudah merancang untuk mencari pekerjaan yang
sesuai dengan kelulusanku. Cuma aku memerlukan beberapa waktu untuk berehat
bagi mengumpul segala semangat baru sebelum memulakan dunia yang baru iaitu
dunia pekerjaan.
Melangkah ke dunia pekerjaan merupakan fasa terbaru dalam hidup aku selepas
bertahun-tahun bergelar pelajar disalah sebuah IPTA terkemuka negara itu. Zahra
dan Sophea masing-masing bekerja di syarikat milik keluarga mereka. Aku? Memang
kena usaha sendiri. Lagi pun aku memang tidak mahu bekerja dengan mereka. Aku
mahu berdikari sendiri.
Hari ini hari Ahad. Apa saja
yang boleh aku lakukan selain daripada melepak atau mengurung diri di dalam
rumah ini? Makan tidur, makan tidur. Kalau sebulan aku amalkan aktiviti kurang
sihat ini, mahu gemuk aku nanti.
Err, gemuk?! Oh tidak! Mana
mungkin aku jadi gemuk. Nanti jatuhlah saham aku. Lathia Emilia being fat? Yewww. No way, man.
Sedang hati bermonolog, aku
membuat keputusan untuk turun ke gimnasium. Gimnasiumnya tidak adalah jauh
mana. Dekat aras A1 tu saja. Di aras A1 itu juga terdapat sebuah kolam renang. Kalau
aku berpeluang, memang rezeki akulah dapat skodeng
mat-mat salleh yang suka tayang body dekat gym and pool area tu.
Muahahahah!
Disebabkan
kondominum ini dihuni oleh 3 orang anak dara sahaja. Memang sunyilah jadinya bila
masing-masing sudah pulang ke rumah untuk bersama dengan keluarga tercinta. Zahra
pulang ke Johor. Sophea pula pulang ke Subang. Yang tinggal hanyalah aku. Kalau
nak keluar, rasanya macam malas pula. Lagi pula nak keluar dengan siapa? Tengku
Fauzan?
Hari-hari tengok muka mamat tu bosan juga. Hahaha!
Sekali-sekala nak juga aku jumpa orang baru. Rezeki baru. Duit baru. Paling
penting, mangsa baru. Hahahaha.
*********************************************************************************
“At last!” Aku mendepangkan tangan seluas-luasnya saat kaki menjejak
gym and pool area di aras A1 ini.
Setelah sekian lama, akhirnya aku berjaya untuk kembali menjejakkan kaki ke gimnasium.
Kesibukan menghalang aku daripada melakukan rutin mingguan yang telah menjadi salah
satu hobi wajib aku sejak zaman sekolah menengah lagi.
Beg sandang berjenama
Nike di bahu aku simpan di dalam loker khas. Kemudian aku berjalan memasuki
gimnasium mewah bertaraf 5 bintang ini. Saat pintu kaca yang berat ini aku
tolak, mataku hampir tersembul keluar apabila terpandangkan begitu ramai orang
di dalam gimnasium ini. Rata-ratanya bukan local
citizen.
Bukan local citizen, bermakna memang bermacam-macam ragamlah ada.
Yang wanita, ada yang
berbikini sambil berlari di atas treadmill.
Tidakkah mereka sedar akan kewujudan etika dalam setiap perkara yang ada di
dunia ini? Bersenam juga tidak terlepas daripada itu. Bersenam juga ada
etikanya dan sebagai seorang yang bertanggungjawab, mereka perlu tahu dan perlu
patuhi etika ketika bersenam. Salah satunya adalah dengan memakai pakaian yang
sesuai dan bukannya berbikini!
Stupid blonde. Perhaps, beauty with no brain! Aku mencebik.
Well, yang
lelaki juga tidak ada kurangnya. Jika si perempuan berbikini, yang lelaki pula
tidak berbaju. Kalau yang tidak berbaju itu badannya cantik persis model atau
ahli bina badan aku tidak kesah sangat. Ini dengan perut boroinya duduk
terkangkang di atas kerusi rehat. Kurang sopan sungguh gayanya. Mana perginya
adab mereka?
Erghhhh! Not a perfect view!
Aku mendengus geram. Tekakku
terasa loya. Loya dengan pemandang kurang menyelerakan itu. Nak mengelak tidak
boleh sebab ini saja laluan utama yang aku ada untuk bergerak ke bahagian cardio.
“Hi!” Aku terasa seperti ada seseorang mencuit bahuku dari arah
belakang. Aku berhenti melangkah dan berpaling ke belakang.
Ada seorang jejaka
tampan yang ketinggiannya sama paras denganku sedang tersenyum manis. Rambutnya
berwarna blonde dan matanya berwarna
biru. Potongan badan pula gaya seorang atlet.
Hurmmm… Who is he? Aku
tertanya sendiri. Minda ligat berfikir jika aku sebelum ini pernah bersua muka
dengannya ataupun pernah keluar bersama lelaki berambut blonde dan berkulit sawo matang ini. Atau mungkin juga dia
merupakan salah seorang daripada mangsa-mangsaku?
“Yes?” Aku bertanya. Lelaki
itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Aku membalas huluran itu.
“I’m Keith.” Jelasnya dalam pelat asing.
“I’m
Natalia.” Aku senyum separuh. Kemudian, aku berpaling ke depan dan kembali
meneruskan perjalanan menuju ke mesin treadmill
di bahagian cardio yang terletak di
sudut kiri gimnasium. Keith mengikut. Dia berjalan di sebelahku.
“So you frequently come here or this is your first time? I’ve never seen
you before.”
Aku senyum sebelum menjawab
pertanyaan lelaki bernama Keith ini. “I
used to come here very often but lately I’ve been very busy. So... Yeah…
Consider this as my first time after quite a long time I didn’t come here.”
Keith angguk kepala. Tuala di
lehernya di ambil dan peluh-peluh kecil yang merintik jatuh ke dahi dilapnya.
“You have an unique accent. I bet you’re not from the States or UK. Are
you from France?” tanyaku. Menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai lelaki di sebelahku ini.
“Yes. I’m from France. But I stay and lived in Malaysia for more than 10
years now.”
“Oh really?” Aku membulatkan mata tanda teruja.
“I studied in one of the local private instituition for my Degree and
Master. Currently working for a private
conglomerate.”
“Modelling? Or any artistry
field?”
“Hahahaha. Nope. I’m in the management field.” Keith ketawa besar di
awal ayatnya. Aku sengih. Aku memandang lelaki di depanku ini dari atas ke bawah
sebelum menyambung kata-kata. “I don’t
think management suits you well, Mr. Keith. Haha. Modelling would be a perfect
career for you.”
“Tidaklah, Natalia. Saya tak
minat modelling.” Jelasnya. Mesra.
Tidaklah, Natalia? Oh sekejap!
Dia cakap Bahasa Melayulah siot!
Jantungku hampir saja melompat
keluar dari badan saat terdengar lelaki Perancis di sebelahku ini bertutur
dalam Bahasa Melayu. Sungguhpun pelat, jelas ketara yang aku kagum!
“Awak boleh berbahasa Melayu?!”
Aku bertanya penuh ceria. Mulutku melopong membentuk ‘O’ yang besar. Keith
tersenyum lebar melihat riak wajahku yang jelas ketara memaparkan riak terkejut
ini.
“Hahaha. Kan saya dah kata
yang saya tinggal di Malaysia sudah masuk 10 tahun. Jadi sudah tentulah saya
ada belajar Bahasa Malaysia. And frankly,
I’m good at it.”
Aku kerut dahi tanda tidak
bersetuju. “Not good but perfect, indeed!
Honestly, I’m impressed. It’s not easy for someone who came from other country
and has different cultures to actually able to masters in Bahasa Malaysia. I
used to have friend who was very keen to learn Bahasa Malaysia but yet, end up
give up at the early stage.” Sangkalku dengan penuh rasa hormat.
“When you have a strong will upon something, hardship won’t ease your
eagerness. Everything will seem to be very easy. No excuses. Just commitment
and passion. Patient also needed here.” Aku bersetuju dengan apa yang
diperkatakan oleh lelaki berbangsa Perancis ini. Orangnya nampak berbudi
bahasa. Penuh tatasusila. Jarang untuk berjumpa orang berbangsa asing yang
sanggup mempelajari budaya hidup masyarakat Malaysia dan Melayu terutamanya. Selalunya
orang asing akan berpendapat yang sesetengah kaum Melayu ini fikirannya kolot
dan tidak up-to-date. Tapi tidak pada
Keith. This man is different! He’s unique and for sure, he caught my attention
at the first place.
Oh, tertiba aku terhidu bau
‘rezeki’!
Saat aku sampai di bahagian cardio, kesemua treadmill sudah dipenuhi dengan pengguna lain. Minah salleh yang berbikini tadi pun masih rancak berlari di atas treadmill.
Woahhh! Malangnya nasib!
Dahlah kena redah permandangan yang meloyakan tekak. Sampai-sampai saja sudah
ada orang lain yang ambil treadmill
tu.
Hurmm… Aku mengeluh lemah.
Keith di sebelah hanya
memandang. Tekun dia memerhati setiap gerak-geriku.
Disebabkan treadmill ini semuanya sedang digunakan,
jadi aku memutuskan untuk pergi ke kawasan kolam renang.
Tak dapat exercise, swimming pun
boleh.
Tiba-tiba…
akak dreaaa best sgt4...syat tak tahu nak ckap mcmmne agy.....yg pasti best gilerrrrrrrrrrrrrrr!!! i love it...
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeleteGlad you enjoy it ;)
Thank you Syat for spending your precious time reading my masterpiece.
I really do appreciate it :)
u're welcome.....publish cepat2 ye...kahkahkah XD....
Deletealaa cepatlah sambung...keith cakap melayu tuuu...nama keith ku terbayang keith foo la pulak...hahahhaa
ReplyDeleteHold on hold on! Haha. Sambungan dah ada. Cuma tak sempat nak publish lagi. Haha. I will let you know when I'm done. Hehe. Ahahaha. Keith Foo? Pun bolehlah. Nama dah dekat tu. Hehehe
Delete