Thursday, 30 January 2014

Cerpen : Mr. Paraplegic Cintaku 3 (Ending Draft)

Assalamualaikum and Good Morning readers!
First of all, sorry for being late. I'm so busy lately. Have a lot of things to be settled. 
So, by far this is the ending that I can think of. Any changes for Cerpen : Mr. Paraplegic Cintaku 
I will inform later.
Sorry yaa.
Don't forget to leave you comments in the comment box!





Hari ini sudah genap 3 hari aku tidak bertegur sapa dengan Faliq. Kami juga mulai tidur berasingan bilik sejak insiden tempoh hari. Insiden pembongkaran rahsia mengenai kekejamanku terhadap lelaki itu suatu ketika dahulu. Aku takut sekiranya masalah tidak bertegur sapa kami ini akan menimbulkan permasalahan yang lebih besar seperti penceraian. Kerana di dalan surah An-Nisa’ ayat 148 ada menyebutkan,  “Dan jika seorang perem­puan bimbang akan timbul daripada suaminya ‘nusyuz’ (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai); sedang sifat bakhil (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan..”
            Jadi sebagai isteri, aku wajib untuk memperbetulkan keadaan dengan memujuk Faliq. Tapi, jauh di sudut hati aku sebenarnya takut. Aku takut sekiranya Faliq tidak mahu memaafkanku. Dan aku takut sekiranya dia akan memarahi aku seperti tempoh hari.
            Ya Allah, apa yang harus aku lakukan? Derhakakah aku, Ya Allah?

            Jam di dinding menunjukkan pukul 2.25 pagi. Aku rasa waktu sebegini memang sesuai untuk aku menunaikan solat malam.
            Aku bangun dari tidur dan segera bergerak ke kamar mandi untuk mengambil wuduk. Selesai berwuduk, sejadah di penyidai aku ambil dan aku hamparkan di tengah-tengah ruang kosong dalam bilik tidur tetamu yang menjadi bilik tidurku sejak 3 hari yang lalu.
            Pening kepala yang semakin berlarutan sejak seminggu yang lalu tidak menunjukkan sebarang petanda untuk pulih. Mahu ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Tapi aku memang tiada masa untuk semua itu. Bermula pukul 8 pagi hinggalah lewat malam. Aku akan menghabiskan waktu di pejabat sungguhpun kerjaku di pejabat buat masa ini tiadalah banyak mana pun.
            Aku lebih rela menghabiskan waktu lapangku di dalam bilik pejabatku berbanding balik ke rumah yang kini terasa sangat kosong. Nak ajak Mak Lang berborak denganku seperti dahulu, aku rasa takut. Iyalah. Semenjak Mak Lang sudah tahu kesemuanya mengenai apa yang telah aku lakukan kepada anak majikannya yang telah ditatang bagai menatang minyak yang penuh itu. Aku pasti dia juga kecewa dan marah denganku.
            Selesai menunaikan solat sunat taubat. Aku mengambil sedikit masa untuk berdoa.
“Ya Allah, aku memohon keampunan kepada Mu, Ya Allah Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Engkau Yang Hidup dan terus ada. Dan aku bertaubat kepadanya sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk membuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup pun ketika dibangkitkan nanti.” Aku meraup muka dengan kedua belah tangan selepas selesai sahaja memanjatkan doa meminta kemaafan daripada Yang Maha Esa.
Telekung yang sudah dipakai aku lipat dan simpan kembali ke dalam almari. Sejadah aku sidai semua di penyidainya. Mataku rasa memberat. Kepala juga pening semacam. Badan rasa tak selesa. Jadi aku memutuskan untuk sambung tidur sebelum bangun semula nanti untuk menunaikan solat subuh.


Erk.. Apa benda yang berat semacam ni? Kataku dalam hati. Tanganku cuba menguis-nguis bantal yang menghempap pinggangku. Tapi tak berjaya. Akhirnya aku tersedar daripada tidur apabila terasa ada sesuatu melingkar di pinggangku. Ini bukan bantal ni!
Segera badan aku iringkan ke kiri.
Ya Allah! Faliq?!
Mataku yang masih mamai ini terus saja terbuka luas apabila melihat sesusuk tubuh yang sedang nyenyak itu. Ada desiran nafas halus menghembus keluar dari hidungnya.
Macam mana Faliq boleh ada dekat sebelah aku ni? Bila masa dia masuk? Macam mana aku boleh tak sedar yang sedari tadi lagi tangannya erat melingkar memeluk pinggangku?
Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran.
Selimut aku tarik dan badan Faliq aku selimutkan dengan selimut tadi. Pipinya perlahan-lahan aku usap. Takut sekiranya dia terbangun. Aku tidak mahu mengganggu tidurnya. Biarlah dia tidur.
Eh kejap, jam dah pukul berapa ni ya?
Tersedar akan itu, aku pantas menoleh ke kanan memandang jam di dinding.
7.30 AM?!!
Bermakna aku dah terlepas waktu subuh! Astaghfirullahalazim… Apa nak jadi dengan kau ni, Wan? Baru buat solat sunat taubat, dah terbuat dosa lain pula. Aku memarahi diriku sendiri akibat kecuaianku.
Aku bangun dari pembaringan dan duduk dalam keadaan mengiring sambil tangan kiriku memangku kepalaku.
Wajah tenang Faliq yang sedang khusyuk tidur aku tatap. Seperti bayi saja riak wajahnya.
Faliq, I miss you
Desisku dalam hati. Hatiku merintih sayu. Sungguh. Aku rindukan dirinya.
How I wish you know how much I missed you? How much I missed your tender smile, your voice, your sweet words. Simply, I miss everything about you, Mohd Ammar Faliq.
Rasa sebak mula menyelubungi diri. Setitik demi setitik air mataku mengalir dan jatuh membasahi permukaan wajah. Tanpa sedar, setitik air mataku jatuh tepat ke atas pipi Faliq.
Oh no! Aku mulai kalut.
Patut aku lap atau biarkan saja air mata di pipinya itu?
Kalau lap. Mesti dia akan terjaga nanti. Kalau tak lap. Kantoilah yang aku menangis sambil curi-curi tatap wajah dia.
Arghh! Better aku pergi mandi sekarang.
Selimut yang menyelubungi separuh daripada badanku ini aku alihkan ke tepi. Perlahan-lahan aku mengengsot untuk turun dari katil.
Where are you going, sayang?” Tiba-tiba ada suara serak-serak basah bertanya. Aku tersentak. Terasa seperti lenganku digenggam erat. Automatik aku kaku. Badanku sejuk membeku seperti iceberg.
Oh tidak! Dia dah bangun.
Aku kekal membeku di atas katil.  Tidak berani untuk bergerak mahupun bersuara.
            “Still don’t wanna talk to me?” bisiknya lembut di telinga kananku. Aku diam. Tidak memberi sebarang respon.
            “Sayang…” Perlahan-lahan tangannya pula yang mula merayap memelukku dari arah belakang.
            Aku mula rasa semacam. Tak tahu sama ada hendak berasa bahagia atau pun takut dalam pada masa yang sama.
            “Sayang… I’m talking to you. Don’t you wanna talk to me, baby?” pujuknya lembut dan penuh manja. Seketika aku terbuai dengan suara sensualnya itu. Faliq mendekatkan badannya dengan belakang badanku. Tangan kanannya memeluk erat pinggangku manakala tangan kirinya mengusap-usap pelipisku.
            “Sayang… Awak tahu tak. Berdosa sekiranya isteri tidak melayan suami. Kita dah 3 hari tak bertegur sapa. Don’t you miss me?”
            Aku menjawab soalan Faliq dengan menggelengkan kepala.
            “Hmmm…” Faliq mendengus deras. Badannya dipusingkan dan dia kembali berbaring dalam keadaan meniarap dengan muka yang sengaja disembamkan pada bantal.
            Merajuklah tu. Manja! But still, he's my paraplegic husband. My Mr. Potato.Mohd Ammar Faliq, engkaulah Mr. Paraplegic Cintaku...

15 comments:

  1. bestttttt tapi mcm pendek pulop...hehehehe...anywayy best and lagi best cite nie buat novel.....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan terima kasih sudi membaca :)
      Buat novel? Akan dipertimbangkan. Haha
      Yeah memang pendek sebab writer's tengah busy for this circumstances. So sorry :)
      Nanti akan disiapkan sepenuhnya :)

      Delete
    2. okayyy sepppp akak...nanti dah siap sepenuhnya roger and out okay....:)

      Delete
    3. I will :) InsyaAllah. Now tengah fully complete kan the whole ending :) Just wait for the surprise. Haha

      Delete
    4. x puas ngan ending mcm tu... rasa mcm tergantung je ceritanya..

      Delete
    5. Not to worry because the full version of the ending is done but not yet publish :)

      Delete
  2. Laa..bru bca dh hbis..pendek la kak drea but it's ok..kak drea tgh busy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So sorry for the frustration :) And thanks for your understanding :) Keep supporting yaa.

      Delete
  3. waa..best.best.sambung lagi.tak sabar.btw,thumb up tuk kax rea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)
      Thank you Acah for your support.

      Delete
  4. alah...frust....nak sambungan dia...tak puas baca..cerpen ni sangat best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey Salmi, just saw your comment. Sorry! Actually ada sambungan khas dia. Just I belum sempat nak publish. Sorry for the frustration.

      Delete
  5. sorry mummy rea bru baca cite mummy.. cite ni best.. sambung la lgi akk.. xpuas lg baca.. kalo mummy bt novel pon best ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hey Su. Thank you reading. Anyway sambungannya ada. Cuma belum sempat nak post. Ada lah few things nak touch up. Buat novel? InsyaAllah. Keep on supporting. Thanks!

      Delete
    2. Hai kak.. no biggie.. mmg suka bca cite org sbb nk menulis sendiri xkreatif..in shaa Allah.. i'm waiting.. always support you..fighthing!!

      Delete

Love,
A
Thanks for your positive comments 🐰