Assalamualaikum and Good Morning readers!
First of all, sorry for being late. I'm so busy lately. Have a lot of things to be settled.
So, by far this is the ending that I can think of. Any changes for Cerpen : Mr. Paraplegic Cintaku
I will inform later.
Sorry yaa.
Don't forget to leave you comments in the comment box!
Hari ini sudah genap 3 hari aku tidak
bertegur sapa dengan Faliq. Kami juga mulai tidur berasingan bilik sejak
insiden tempoh hari. Insiden pembongkaran rahsia mengenai kekejamanku terhadap
lelaki itu suatu ketika dahulu. Aku takut sekiranya masalah tidak bertegur sapa
kami ini akan menimbulkan permasalahan yang lebih besar seperti penceraian.
Kerana di dalan surah An-Nisa’ ayat 148 ada menyebutkan, “Dan
jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya ‘nusyuz’
(kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat
perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik (bagi
mereka daripada bercerai berai); sedang sifat bakhil (tidak suka memberi atau
bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika
kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan
kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang
kamu lakukan..”
Jadi sebagai isteri, aku wajib untuk
memperbetulkan keadaan dengan memujuk Faliq. Tapi, jauh di sudut hati aku sebenarnya
takut. Aku takut sekiranya Faliq tidak mahu memaafkanku. Dan aku takut
sekiranya dia akan memarahi aku seperti tempoh hari.
Ya Allah, apa yang harus aku
lakukan? Derhakakah aku, Ya Allah?
Jam
di dinding menunjukkan pukul 2.25 pagi. Aku rasa waktu sebegini memang sesuai
untuk aku menunaikan solat malam.
Aku
bangun dari tidur dan segera bergerak ke kamar mandi untuk mengambil wuduk.
Selesai berwuduk, sejadah di penyidai aku ambil dan aku hamparkan di
tengah-tengah ruang kosong dalam bilik tidur tetamu yang menjadi bilik tidurku
sejak 3 hari yang lalu.
Pening
kepala yang semakin berlarutan sejak seminggu yang lalu tidak menunjukkan
sebarang petanda untuk pulih. Mahu ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Tapi aku
memang tiada masa untuk semua itu. Bermula pukul 8 pagi hinggalah lewat malam.
Aku akan menghabiskan waktu di pejabat sungguhpun kerjaku di pejabat buat masa
ini tiadalah banyak mana pun.
Aku
lebih rela menghabiskan waktu lapangku di dalam bilik pejabatku berbanding
balik ke rumah yang kini terasa sangat kosong. Nak ajak Mak Lang berborak
denganku seperti dahulu, aku rasa takut. Iyalah. Semenjak Mak Lang sudah tahu
kesemuanya mengenai apa yang telah aku lakukan kepada anak majikannya yang
telah ditatang bagai menatang minyak yang penuh itu. Aku pasti dia juga kecewa
dan marah denganku.
Selesai
menunaikan solat sunat taubat. Aku mengambil sedikit masa untuk berdoa.
“Ya Allah,
aku memohon keampunan kepada Mu, Ya Allah Yang Maha Agung, yang tiada Tuhan
melainkan Engkau Yang Hidup dan terus ada. Dan aku bertaubat kepadanya
sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai
daya upaya untuk membuat mudarat atau manfaat untuk mati atau hidup pun ketika
dibangkitkan nanti.” Aku meraup muka dengan kedua belah tangan selepas selesai sahaja
memanjatkan doa meminta kemaafan daripada Yang Maha Esa.
Telekung yang
sudah dipakai aku lipat dan simpan kembali ke dalam almari. Sejadah aku sidai
semua di penyidainya. Mataku rasa memberat. Kepala juga pening semacam. Badan
rasa tak selesa. Jadi aku memutuskan untuk sambung tidur sebelum bangun semula
nanti untuk menunaikan solat subuh.
Erk.. Apa
benda yang berat semacam ni? Kataku dalam hati. Tanganku cuba menguis-nguis bantal
yang menghempap pinggangku. Tapi tak berjaya. Akhirnya aku tersedar daripada
tidur apabila terasa ada sesuatu melingkar di pinggangku. Ini bukan bantal ni!
Segera badan
aku iringkan ke kiri.
Ya Allah! Faliq?!
Mataku yang
masih mamai ini terus saja terbuka luas apabila melihat sesusuk tubuh yang
sedang nyenyak itu. Ada desiran nafas halus menghembus keluar dari hidungnya.
Macam mana
Faliq boleh ada dekat sebelah aku ni? Bila masa dia masuk? Macam mana aku boleh
tak sedar yang sedari tadi lagi tangannya erat melingkar memeluk pinggangku?
Persoalan
demi persoalan bermain di benak fikiran.
Selimut aku
tarik dan badan Faliq aku selimutkan dengan selimut tadi. Pipinya
perlahan-lahan aku usap. Takut sekiranya dia terbangun. Aku tidak mahu mengganggu
tidurnya. Biarlah dia tidur.
Eh kejap, jam
dah pukul berapa ni ya?
Tersedar akan
itu, aku pantas menoleh ke kanan memandang jam di dinding.
7.30 AM?!!
Bermakna aku
dah terlepas waktu subuh! Astaghfirullahalazim…
Apa nak jadi dengan kau ni, Wan? Baru buat solat sunat taubat, dah terbuat dosa
lain pula. Aku memarahi diriku sendiri akibat kecuaianku.
Aku bangun
dari pembaringan dan duduk dalam keadaan mengiring sambil tangan kiriku memangku
kepalaku.
Wajah tenang Faliq
yang sedang khusyuk tidur aku tatap. Seperti bayi saja riak wajahnya.
Faliq, I miss you…
Desisku dalam
hati. Hatiku merintih sayu. Sungguh. Aku rindukan dirinya.
How I wish you know how much I missed you? How
much I missed your tender smile, your voice, your sweet words. Simply, I miss
everything about you, Mohd Ammar Faliq.
Rasa sebak
mula menyelubungi diri. Setitik demi setitik air mataku mengalir dan jatuh
membasahi permukaan wajah. Tanpa sedar, setitik air mataku jatuh tepat ke atas
pipi Faliq.
Oh no! Aku mulai kalut.
Patut aku lap
atau biarkan saja air mata di pipinya itu?
Kalau lap.
Mesti dia akan terjaga nanti. Kalau tak lap. Kantoilah yang aku menangis sambil
curi-curi tatap wajah dia.
Arghh! Better aku pergi mandi sekarang.
Selimut yang
menyelubungi separuh daripada badanku ini aku alihkan ke tepi. Perlahan-lahan
aku mengengsot untuk turun dari katil.
“Where are you going, sayang?” Tiba-tiba
ada suara serak-serak basah bertanya. Aku tersentak. Terasa seperti lenganku
digenggam erat. Automatik aku kaku. Badanku sejuk membeku seperti iceberg.
Oh tidak! Dia
dah bangun.
Aku kekal
membeku di atas katil. Tidak berani
untuk bergerak mahupun bersuara.
“Still don’t wanna talk to me?” bisiknya
lembut di telinga kananku. Aku diam. Tidak memberi sebarang respon.
“Sayang…”
Perlahan-lahan tangannya pula yang mula merayap memelukku dari arah belakang.
Aku
mula rasa semacam. Tak tahu sama ada hendak berasa bahagia atau pun takut dalam
pada masa yang sama.
“Sayang… I’m talking to you. Don’t you wanna
talk to me, baby?” pujuknya lembut dan penuh manja. Seketika aku terbuai
dengan suara sensualnya itu. Faliq mendekatkan badannya dengan belakang
badanku. Tangan kanannya memeluk erat pinggangku manakala tangan kirinya
mengusap-usap pelipisku.
“Sayang…
Awak tahu tak. Berdosa sekiranya isteri tidak melayan suami. Kita dah 3 hari
tak bertegur sapa. Don’t you miss me?”
Aku
menjawab soalan Faliq dengan menggelengkan kepala.
“Hmmm…”
Faliq mendengus deras. Badannya dipusingkan dan dia kembali berbaring dalam keadaan
meniarap dengan muka yang sengaja disembamkan pada bantal.
Merajuklah
tu. Manja! But still, he's my paraplegic husband. My Mr. Potato.Mohd Ammar Faliq, engkaulah Mr. Paraplegic Cintaku...
bestttttt tapi mcm pendek pulop...hehehehe...anywayy best and lagi best cite nie buat novel.....hehehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah dan terima kasih sudi membaca :)
DeleteBuat novel? Akan dipertimbangkan. Haha
Yeah memang pendek sebab writer's tengah busy for this circumstances. So sorry :)
Nanti akan disiapkan sepenuhnya :)
okayyy sepppp akak...nanti dah siap sepenuhnya roger and out okay....:)
DeleteI will :) InsyaAllah. Now tengah fully complete kan the whole ending :) Just wait for the surprise. Haha
Deletex puas ngan ending mcm tu... rasa mcm tergantung je ceritanya..
DeleteNot to worry because the full version of the ending is done but not yet publish :)
DeleteLaa..bru bca dh hbis..pendek la kak drea but it's ok..kak drea tgh busy...
ReplyDeleteSo sorry for the frustration :) And thanks for your understanding :) Keep supporting yaa.
Deletewaa..best.best.sambung lagi.tak sabar.btw,thumb up tuk kax rea
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteThank you Acah for your support.
alah...frust....nak sambungan dia...tak puas baca..cerpen ni sangat best...
ReplyDeleteHey Salmi, just saw your comment. Sorry! Actually ada sambungan khas dia. Just I belum sempat nak publish. Sorry for the frustration.
Deletesorry mummy rea bru baca cite mummy.. cite ni best.. sambung la lgi akk.. xpuas lg baca.. kalo mummy bt novel pon best ni :)
ReplyDeleteHey Su. Thank you reading. Anyway sambungannya ada. Cuma belum sempat nak post. Ada lah few things nak touch up. Buat novel? InsyaAllah. Keep on supporting. Thanks!
DeleteHai kak.. no biggie.. mmg suka bca cite org sbb nk menulis sendiri xkreatif..in shaa Allah.. i'm waiting.. always support you..fighthing!!
Delete